|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
1. Mizan bermakna timbangan.
Kita di ajar di akhirat nanti akan ada alam mizan di mana semua amalan akan di timbang. Siapa yg berat amalan baiknya akan di masukkan ke syurga. Siapa yg berat amalan burok akan di masukkan ke neraka.
Semua orang mencari2 segala amalan untuk memberatkan timbangan amalan baik. Segala macam usaha dibuat. Ada yg meminta dari isteri, suami, anak, emak, bapa dan sesiapa sahaja yg boleh menolong.
Bila diminta kepada bapa, bapa akan kata sepatutnya anak yg menolong bapa pada masa itu, kerana di dunia, bapa yg telah susah payah untuk anak. Begitu juga suami isteri, adik abang kakak. Masing2 akan cuba menyelamatkan diri sendiri.
Segala alasan digunakan untuk memberatkan timbangan amalan baik. HInggakan nama yg baik juga menjadi sumber utk memberatkan timbangan.
2. Mizan juga ialah nama kepada Yang Dipertuan Agong yg baru ditabalkan.
Semuga dibawah era baginda, Malaysia lebih maju dalam pertimbangan keadilan bermasyarakat dan semuga aduan2 masalah rakyat mendapat pertimbangan sewajarnya dari pemerintah sebelum aduan2 itu terus kepada Raja segala Raja yg pasti dan pasti tidak akan menolak aduan orang2 yang teraniaya.
Luqman:034
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok [1188]. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayah Hj telah pergi. Pergi yg tiada kembali lagi. Setelah hampir 2 minggu di ICU, perjuangan hidup telah berakhir.
Kedatangan beliau disini utk menziarahi anak dan juga ke Tanah Haram merupakan perjalanan sehala.
Itulah hakikat hidup. Setiap yg hidup pasti mati. Dan hanya Allah yg Maha Mengetahui yg tahu bila dan dimana kah tibanya giliran kita.
Muga kita juga telah bersiap sedia untuk menghadapi giliran kita pergi ke tempat yg sama dan juga alam2 seterusnya. Selagi hayat di kandung badan selagi itu masih ada peluang untuk menyiapkan diri.
Astaghfirullah...
Seorang wartawan tempatan menulis satu artikel mengenai orang Arab yg telah kehilangan kecermelangan silam. . Untuk sebab terakhir yg beliau senaraikan, beliau menulis kenyataan berikut :
• Most Arabs do not have natural resources. Except for a few oil-rich countries, we are poor.
This would have been an acceptable reason a couple of decades ago. In the digital age, unleashed, well-trained brains can make a poor nation rich. Look at Malaysia. In two decades, a deprived land has become one of the high-tech, information-age economies. Tailor-made democratic constitution and civic institutions helped the rise of one of Asia’s best tigers. Malaysia is now doing better than Arab countries on education, tourism and knowledge industry.
Kemudian beliau menulis sebuah artikel lanjutan sebagai menjawap komen setengah pembaca yg mengingatkan beliau tentang kejayaan Turki dan Dubai.
Hari ini di ruangan beliau di siarkan pendapat pembaca mengenai artikel ini. Antara yg menarik perhatian ialah komen berikut:
Malaysia is an Asian, not Arab country. Its progress was achieved mainly by the Indian and Chinese communities. Turkey and Dubai have the right attitude toward humanity that is more important than any religious attitude.
Bulbul
Ulasan selari - Khariban !
Kebiasaan orang melayu.
Sekali peristiwa, Hazrat Umar (r.a) lalu berhampiran dengan seorang lelaki yg sopak, buta, pekak dan bisu. Beliau bertanya kepada teman2nya, "Adakah anda melihat apa2 nikmat Allah keatas orang itu ?" Mereka menjawap, "Apakah nikmat yg ada padanya?" Hazrat Umar (r.a) menjawap, "Tidakkah dia membuang air kecil dengan mudah?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapa yg ada masalah membuang air tentu tahu akan nikmat ini. Bahan2 buangan dan toksik yg telah di proses, patut keluar bila kita menyambut panggilan alam. Tetapi bagi orang yg tidak dapat membuang air dengan sempurna, bahan2 toksik ini akan menimbulkan masalah kepada badan.
Oleh itu, jangan lupa baca doa selepas ke sungai bila menyambut panggilan alam.
"KeampunanMu, segala puji-pujian bagi Allah yg telah menjauhi daripadaku penyakit dan memberi keafiatan(kesihatan) kepadaku."
Panjang sangat ? Baca saja 'Alhamdulillah'
Buang air dengan sempurna adalah satu nikmat.
Ayah Hj masih di ICU sejak di masukkan Isnin lalu. Dia yg semakin sukar bernafas dan lemah dicadangkan oleh doktor di klinik utk dihantar ke hospital utk rawatan lanjut dan seterusnya ke ICU.
Bila kawan2 di tempat kerja selalu bercerita ttg bayaran hospital yg mahal dan selalu pekerja2 akan mencari rawatan di negara masing2, tidak terpikir pula akan sebegitu kritis keadaannya. Tapi bila berlaku depan mata sendiri, pengurus hospital meminta disegerakan bayaran deposit yg beribu2 dengan amaran akan discaj pesakit, barulah jelas keadaan nya. Bagai tiada rasa kemanusiaan lagi sehingga tidak boleh menunggu sedikit masa untuk waris mengambil baki duit utk bayaran deposit.
Seperti selalu di rungutkan si Shafik, kalau kita nampak binatang di jalanan pun kita akan ambil dan selamatkan dari bahaya, tapi di sini nyawa manusia dinilai dengan wang riyal. Mafi fulus, rohhhhh...khalas !
Although you can be quite intense, your feelings may be somewhat subdued now. But you still could get worked up over a difference of opinion with a family member, especially if neither of you is willing to be flexible. Instead of trying to resolve the dilemma, simply acknowledging each other's point of view can be a healthy start down the road of reconciliation.
Thursday, April 12, 2007.
Orang melayu dan Nusantara memang kaya dengan ilmu perang.
Ada yang di ajar secara terang-terangan dengan gelanggang disetiap kota dan kampung. Ada juga yg di ajar secara senyap dan hanya di kalangan tertentu.
Dizaman komunis dimana orang melayu digugat tanpa kelengkapan senjata yg cukup, maka para kiyai menurunkan segala ilmu perang bukan untuk Ethnic Cleansing tapi lebih kepada mempertahankan diri. Bila kejadian 13 Mei juga, ramai yg kembali mengasah parang dan memakai selempang selendang merah.
Siapa kah yg telah memukul gendang perang ? Dimana agaknya selendang merah yg sudah lama tersimpan. Mungkin serban merah pun buleh sebagai ganti ?
ada satu perasaan aneh bila mula2 mendengar bait2 lagu ini
mungkin perasaan remaja menginjak dewasa semasa itu yg mula mahu mengenal erti hidup yg lebih luas.
tapi sentuhan aneh itu terasa bila mendengarnya terutama bila guruh hujan kilat sabung menyabung.
Semuanya mungkin, semuanya boleh ?
Memang ada yg boleh melihat tanpa mata. Boleh berjalan ke sana sini untuk urusan seharian malah ada yg lebih hebat dari orang lain yg punya mata. Lihat sahaja Si Buta dari Gua Hantu yg handal ilmu perang bisa mengalahkan orang yg celik. Walaupun itu cuma watak hayalan layer perak tapi pesan yg hendak disampaikan ialah alah bisa tegal biasa. Ramai yg dah berjaya menembusi tembuk halangan kekurangan penglihatan kerana usaha gigih dan kehendak yg tidak mudah berputus asa. Mufti di sini juga buta, tetapi celik ilmu agama mengalahkan orang lain.
Bagaimana pula si celik yg berlagak buta ? Walau punya mata tapi tidak mahu melihat. Seperti orang jaga yg pura2 tidur, jenuh lah nak di kejutkan, tapi tidak bangun2. Si celik buta pura2 tidak nampak apa2 yg berlaku walaupun kejadian di depan mata. Puaslah orang menyampaikan berita, menanyakan ehwal, meminta penjelasan atau menunggu tindakan2 sewajar, tapi jawapan yg diterima ialah “Saya tidak tahu menahu hal itu !”
Bayangkan si celik buta itu seorang pemimpin negara. Bagaimana ya ?
Rakyat yg telah menerima pendidikan tentu dapat menilai baik buruk dan salah benar sesuatu perkara. Masyarakat yg peka dan mengambil berat tentang kebajikan negara tentu gelisah serta marah jika melihat penyalahgunaan kuasa serta usaha memilik-peribadikan harta negara seperti kepunyaan bapak mereka oleh orang yg memegang kuasa.
Tapi kerana kuasa ditangan mereka, maka dibutakan mata dari melihat kebejakan yg berlaku hanya kerana pelaku nya kaum kerabat dan sahabat handai. Malah di pekak kan telinga dari mendengar aduan rakyat marhaen yg terhina kecerdikan nya dengan alasan2 tak masuk akal.
Buat yg tidak mahu melihat atau tidak mahu mendengar walaupun punya mata dan telinga, baiklah di cungkil kedua mata mu dan di potong telinga untuk di beri kepada si Buta dari Gua Hantu dan si Badak yg pekak.
orang yg tidak melihat walaupun mempunyai mata = buta tak boleh dipimpin, dan jika si buta ini di beri kuasa, maka porak perandalah jadi nya.
melihat tanpa mata
mendengar tanpa telinga
berkata2 tanpa suara
mungkin kah ?
Bukan lah orang KL, jika tak pernah mendengar nama Benteng.
Siapa yg tak pernah makan di Benteng ?
Disini lah antara tempat mula perkenalan dengan si Chee Kang ni. Sejak dari itu, mulalah timbul bibit2 percintaan. Cinta pandang pertama lah katakan.
Jadi cuba lah bayangkan bila ada orang yg mencemar kesucian si Chee Kang ni ? Betapa tak patutnya mereka !
Dah lah nama di ubah jadi Lai Chi Kang, bentuk rupa nya pun di cemar juga.
Untuk sekian kali nya di peringatkan bahawa tiada laici di dalam Leng Chee Kang. Tidak mungkin ! Kalau tak kenal Leng Chee Kang, janganlah mengguna nama tu untuk melariskan jualan air laici campuran.
Cuba cari Chee Kang di Bangsar Food Court di sebelah Masjid. Kalau jumpa Station 21 (tempat jual steak paling sedap di KL), mintalah Leng Chee Kang. Dulu sebelum di ubahsuai Food Court tu, mereka sendiri sediakan. Sekarang, buleh di dapati dikedai sebelah. Tapi kualiti masih terjamin asli.
Jika rajin buat lah sendiri. Itu lebih baik dari sakit hati bila minum digerai yg mengaku jual Leng Chee Kang, tapi jual air entah apa2.
Leng Chee bermaksud biji teratai (Lotus Seed). Jadi bahan asas yg perlu ada ialah biji teratai. Antara bahan lain ialah air mata kuching, red date, white fungus, barli dan gula batu. Kalau suka boleh juga letak biji sagu dan halua.
Resepi Leng (/Len) Chee Kang Biji teratai Buah mata kucing kering White fungus Kurma Merah barli air daun pandan gula batu
Rebus biji teratai, white fungus dan kurma merah.
Rebus mata kucing dgn gula batu beserta daun pandan.
Rebus barli.
Campurlah bahan2 mengikut selera. Masukkan air mata kucing kedalam mangkuk. Toskan bahan2 lain sebelum dicampurkan kedalam mangkuk. Jika mahu yang sejuk, masukkan ketulan ais.
(Buleh juga tambahkan kembang semangkuk dan getah anggur yg telah di rendam terlebih dahulu atau herba2 china yg lain .)
Leng Chee Kang, semangkuk dua kupang ...
Rujukan :
1. Dapur Mami Stella 2. Masak-masak 3. Vietnamese Recipes & Cuisines (Desserts & Drinks)
|