|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Emak selalu mengajar supaya tidak membazir. Bukan hanya cakap2 saja, tapi juga dengan amalan. Makanan2 lebihan semalam seperti ikan goreng, akan di masak semula contohnya menjadi sambal. Kadang2 sambal ikan itu lebih enak dari kuah/lauk yg baru.
Entah kenapa semasa kecil dulu, saya kerap bersama emak. Bila emak ke pasar di hari minggu saya selalu di bawa bersama. Buat meneman dan tukang bawang barang2 pasar. Seronok berjalan dengan emak. Emak tunjuk macamana nak memilih ikan dan sayur2an. Boleh lah ke pasar sendiri lepas tu. Siapkan list aja. Antara gerai yg wajib disinggah ialah gerai Apek menjual jagung rebus ataupun kacang rebus. Kalau minggu ni jagung, minggu depan kacang pula. Dan bila terjumpa cendol, musti mengenden emak utk singgah.
Selalu juga bersama emak di dapur. Belajor lah sikit2. Macamana nak siang ikan, potong sayur, basuh beras dan memasak. Walau pun tidak menjadi pakar seperti sesetengah orang, cukup lah perkara asas utk survival sendiri. Masakan emak ringkas tapi sedap. Kuah masam, taucu, kicap dan singgang. Cukup mudah. Asalkan banyak kuah dan bila makan buleh itik berenang kata orang, tentu makan berpinggan2. Semua perlu cukup untuk kami 11 beranak. Dan jika lauk tu, emak akan siapkan bahagian untuk semua.
Dan hari ini bila makan lauk sambal ikan goreng semalam, tiba2 rindu dengan masakan emak dan tentunya juga teramat rindu pada emak.
Semuga emak dipanjangkan umur dan di rahmati Allah dengan kesihatan utk terus kekal dalam ketaatan dan amal.
[anak yg jauh]
satu perjalanan yg kelmarin ini sungguh aku kepingin lagi dan lagi hingga akhir nanti
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Duhai Kekasih. kembali lagi aku ke rumah Mu yg penuh damai, tenang disebalik hiruk pikuk dunia sekeliling dicelah2 ribuan tetamu dari seluruh alam yg mencari redha Mu yg mencari ampunan Mu yg menyambut panggilan Mu
Ohhh..Ya Majid betapa hina aku yg pendosa ini yg selalu lupa mensyukuri nikmat2 Mu yg sentiasa leka dengan buaian nafsu yg kerap bermain dengan murka Mu betapa hina aku datang mengadap Mu
Ohh.. Ya Wadud betapa Engkau masih mengasihani ku masih mengizinkan ku di sini, di rumah Mu yg mulia menjejak kaki yg hina dina bersujud, bertilawah, berzikir dan berdoa, memohon ampun taubat
Ohh… Ya Ghafur keampunan Mu ku harap kan segala salah silap besar dan kecil sembunyi dan terang2an bersendiri dan di khalayak ramai yg dahulu dan akan datang
Ya Samad jangan biarkan aku hanyut di bawa ombak kehangatan nafsu dunia tertipu dengan hembusan si laknat iblis hingga lupa tujuan bagai hilang pedoman mahu kemanakah nanti ?
Ohh…Ya Rahman Aku takut menghadapi hari di alam muka dengan dosa berbeban-beban Aku hanya makhluk yg lemah lagi hina tidak akan tertanggung siksaan
Ya Rahim hanya ampunan Mu ku harapkan kasih sayang dari Mu yg Maha Penyayang kasihani lah aku ampunikah dosa-dosaku… kasihani lah aku kasihani lah aku….
Ohhh… Tuhan berikan ku kesempatan menjadi muslim menjadi mukmin menjadi mukhlisin… menjadi hamba Mu sejati seperti yg kau ingini seperti yg di tunjukkan Nabi..
Ya..Allah…Ya Rahman.. Ya Rahim…Ya Dzul-Jalaali wal Ikraam…
al musafir. [Baitullahil Haram - Ba'da Jumaat /2 May 2008]
|