home
login::signup
we::blog

Kebab.

hadith : lepas isya' : 6 August 2003 
Jika kamu dapati pada sesorang dua perkara iaitu; tidak kebendaan dan tak banyak cakap (cakap bila perlu dan yg bermenafaat saja) duduklah bersama nya, muga dapat 'wisdom' darinya. 
 
ingatkan nak singgah kat takeway dekat rumah tu, tangkap kebab sikit. tapi dah tutup. cepat betul.. rasanya dulu jam 12 ++ baru tutup, ni baru 11:++ dah tutup. tak de benda nak kunyah lah. tapi tadi dah kena roti pita dgn dhal kat masjid. ada brother 'mehman' ajak makan. jamah lah sikit. walaupun dalam hati rasa nak hentam aje sepinggan, tapi control nafsu beb. dah lah kita tak 'nusrah' bawa makanan utk diorang ! org2 tua kata, terbalik kot ! 
 
selalunya ada nasi/lauk lebih makan siang tadi. tapi sekarang masak agak2 cukup aje. yalah, kalau kuah tu berhari2 tak habis, last2 buang juga. nasi pulak, nampaknya cepat betul basi. rasanya air kat sini tak berapa bagus kot.  
 
Kuah : Tauchu 
goreng ikan 
hiris bawang merah, bawang putih & halia 
tumis hingga naik bau 
masukkan tauchu. kacau. 
masukkan air asam jawa. 
tambah air 2/3 gelas. 
masukkan terung dan ikan. 
bila menggelegak, masukkan garam/gula secukup rasa. 
 
hari tu buat sambal tumis sotong.suka si Ali. dia tu kuah lain susah sikit nak makan. dia kata, sambal tu sama macam emak dia buat. teringat masa kecik2 kat sentul dulu. selalu juga beli sotong bersambal kat org jual kuih. selalunya sotong berjanggut lah yg diorang guna. alah, macam sotong kurita tu. kadang2 tu diorang cucuk2 macam satay. tapi sedap betul lah. tapi sekarang dah tak pernah pulak terjumpa orang jual sotong macam tu. kalau dapat resepi dia lagi bagus.  
 
dah jadi macam 'chef' pulak sekarang ni. at least tak nyusahkan mem. tapi dia masih jadi tempat rujukan. hari tu ngidam nak makan masak lodeh & kuah kacang. kesian pulak nak suruh dia masak. so, tanya resepi, hentam ajelah, kalau kata orang sarawak tu, main tikam ajak. nampak OK. mem pun bagi thumbs-up. 
 
hadith lepas fajar : 7 August 2003 
Kematian bagi org mukmin merupakan satu hadiah. 
~ setelah membuat persiapan dgn mentaati Allah dan sunah Nabi, kematian adalah langkah untuk si mukmin berjumpa yg di Cintai. 
 
~ kepadaMu aku pasrahkan 
~ seluruh jiwa dan ragaku 
~ hidup dan mati ada di tanganMu 
~ bahagia sedih ada di jari Mu 
...... Ebiet G Ade

last modified Aug 6, 2003 at 23:46



[ add a comment ]

Good

teruskan amalan yang terbaik semoga diberkati Allah selalu.

Lissa

70639 | posted by pootet on August 7, 2003 at 15:09