|
comfort zone.
pernah terfikir nak keluar dari 'daerah selamat' ? keluar dari rutin harian. keluar dari persekitaran harian. kesibukan/kebiasaan dgn rutin/persekitaran biasa menyebabkan kita 'tak da masa' nak buat refleksi keatas diri sendiri. apatah lagi nak buat koreksi ! sebab tu perlunya dlm sesuatu organisasi tu, ada audit dalam, org luar yg buat review. sebab org2 yg kerja bhg operasi kdg2 tak nampak kesilapan sebab dlm comfort zone ! lagi baik kalau di buat control self assessment, self-auditing lah tu, oleh bhg operasi itu sendiri. semalam dok cerita dgn seorang kawan, ttg kita2 yg islam ni, born muslim, tapi tak sedar nilai iman islam ni...compare to those new muslim.. yg lebih menghargai...dgn usaha utk tetapkan dan tingkatkan. kesimpulannya, sebab masing2 dah duduk dlm 'comfort zone' ! jadi tak sempat nak buat refleksi/koreksi/audit diri sendiri. so, masing2 sendiri mau ingatlah.... **************************************** hadith - suboh. sesiapa yang mendirikan masjid, akan dibina mahligai utk dia di akhirat. + setiap amalan yg dibuat di masjid, masuk dlm buku amalan org tersebut. + termasuk juga org2 yg derma utk sebahagian masjid. ----------------------------------------------------------
last modified Aug 9, 2003 at 0:26
sebaik sahaja aku ingin mengejar waktu itu dengan malangnya aku diberitahu tentang rintangan yang amat besar berada di hadapan. dengan berpandukan ilmu yang tidak seberapa ini namun mampukan impian menjadi kenyataan? aku sedar jika terus melawan arus aku akan hanyut jua kelak, tapi sekarang aku mesti pertaruhkan nyawa sebagai risiko terbesar dalam hidupku. kalau untuk sabut timbullah ia...dan kalau sudah suratan nasibku bertimpa-timpa malang maka kewujudan aku untuk terus bertapak di sini hanyalah mimpi belaka. akan ramailah orang yang akan ketawa dan tak kurang juga yang akan mencebik gembira...namun aku tak pernah kisah dengan semua itu dan bagiku itu cumalah gurauan yang sinis yang tidak dapat aku elakkan sebagai seorang manusia...cuma yang aku amat jelas kini ialah destinasiku dan halatuju ialah satu kini dan dengan berbekalkan keyakinan ini mungkin masa depanku bukan lagi mimpi...
Lissa
i'm chasing the time
selagi nyawa di kandung badan....
Aku pernah fikir untuk keluar dari segala-galanya danmeninggalkan segala-galanya yang berada dalam diriku dan sekelilingku namun aku sama sekali tidak berdaya. Bagiku bila aku meninggalkan daerah ini ramai orang yang akan untung dan aku pula akan selamat dari segala-galanya namun berbaloikan aku dengan berbuat demikian? tak ramai orang mahu melihat aku gembira dan tak ramai juga yang ingin aku berjaya, tapi keinginan aku untuk bahagian dan berjaya itu terlalu kuat dan telah lama terselit dalam hatiku. Aku gagahi jua segalanya ini kerana aku percaya masih ada waktu untukku meneruskan kehidupan ini....
Lissa
|