home
login::signup
we::blog

hidup mesti terus.

selasa. 
 
hantar budak2 ke library selepas hantar emaknya ke sekolah. rajin budak2 ni ke library, nak mengodam komputer/internet lah tu.dah dua hari tak dapat usik komputer kat rumah ni sebab sabtu dan ahad hari tu diorang tak mengaji.  
 
susah sangat nak suroh mengaji. masa main komputer tak pernah lupa. mengaji selalu terlupa. nak cerita tinggi melangit tentang kepentingan mengaji pun, tak faham diorang nanti. so kena buat gitu, muga diorang tak lupa lagi. ada cara lain yg lebih baik ? 
 
masak 2 kuah lepas tu. 
mulanya nak masak kuah kicap aje. recycle ikan goreng semalam. tapi si goku nak kuah lain. so buatkan kari juga. tapi dua2 buat agak2 untuk sekali makan aja. bila emaknya nak makan, tinggal kuah kari aja. dah 3 orang bedal kuah kicap tu mana tak habis ! 
 
petang. 
ke taman permainan. 
dioarang nak try boomerang yg dapat free kat carboot hari tu. aku pun join sekejap. saja nak tenguk, betul ke boleh balik semula bila dibalingkan. cuba 2 3 kali. tapi macam tak jadi aje. salah teknik baling kot. 
 
bila nak ambil diorang semula, bawa sikenit sekali. suka betul dia dapat jalan2 kat padang tu. apatah lagi bila dibawa kakaknya main sorong2. nampak gaya kebawa selalu ni….. 
 
pengajaran hadith. ba'da isya. industry rd. 
Allah tiada rakan kongsi. siapa yg mengambil selain Dia (sebagai Tuhan) tidak akan dihiraukan olehNya. 
terdapat 2 jenis syirik. 
a. syirik nyata, sembah selain Allah 
b. buat sesuatu bukan kerana Allah. - tidak ikhlas.

last modified Aug 20, 2003 at 1:09



[ add a comment ]

terima kasih....

akan di usahakan nasihat2 tu.

72335 | posted by saorangorang on August 20, 2003 at 18:51

sikit pendapat

satu cara nak tarik minat anak anak pada Quran ialah sama sama bertadarus baca Quran...lepas tu bacakan tafsir dan kalau boleh kupas la sikit sikit ayat Quran tu in simple terms. Elok juga kalau dapat introducekan dalam bentuk bercerita atau sembang casual dengan anak anak kenapa Quran tu penting dalam hidup, kenapa ianya perlu dipelajari, apa yang ada dalam Quran...kelebihan Quran...sejarah Al-Quran, macam mana keadaan Nabi masa mula mula menerima Quran dan ceritakan jugak kisah para sahabat yang amat cintakan Quran. Dengan anak anak kena lembut supaya senang untuk dia terima...lepas tu kena pulak pelbagaikan cara nak mengajar sebab anak anak cepat boring kalau rutinnya sama.

Saya ingat masa kursus solat dulu Ustaz Hassan Din ada cerita kisah keluarga dia. Dia dan keluarga solat jemaah setiap Maghrib Isyak termasuklah anak kecik dia yang masa tu umur 5 tahun. Dia ikut sembahyang main main la...tapi selalunya kalau telefon berdering masa tu...anak kecik tu la yang angkat...then satu hari...masa tu anak dia dah nak masuk 7 tahun...keluarga Ustaz Haasan Din solat jemaah macam biasa, tapi lepas tu adalah telefon berdering. Takda siapa pun angkat then lepas solat, Ustaz tanya anak kecik dia tu...kenapa tadi tak angkat fon...lalu anak kecik tu berkata...abah...orang sembahyang mana boleh angkat fon. So dari main main...lama lama anak tu mula mengikut...dia ikut berdasarkan contoh ayah dan ahli keluarga yang lain...dari kecik dia dah dibiasakan dengan rutin begitu jadi lama lama dia faham akan kewajipan dan automatically dia jugak akan adapt ibadah sebagai amalan dalam hidup.

72310 | posted by hanyasayang on August 20, 2003 at 15:59