home
login::signup
we::blog

cakap tak serupa bikin.

ramai yg suka cakap 
cakap bukan sebarang cakap 
 
cakap meninggi langit 
sampai tak jejak kaki kebumi 
 
tapi bila diuji 
mengapa berdiam diri ? 
 
================================================== 
 
dasar manusia punya kecewa 
tapi tidak akan ku berputus asa. 
 
akan ku teruskan perjuangan ini 
walau tinggal seorang diri 
 
muga dapat petunjuk ilahi 
buat bekalan meniti hari 
 
---------------------------------------------------------------- 
 
banyak yang dirancang hari ni hingga hujung minggu. 
semuga berjalan lancar. InsyaAllah...

last modified Aug 21, 2003 at 0:06



[ add a comment ]

Manusia memang begitu...cakap lain dan dibuatnya lain. Kita seboleh-bolehnya elakkan bersifat demikian kerana ia akan meninggalkan tanggapan yang tak elok orang kepada kita. Kadang-kadang kita buat perancangan yang rapi tapi akhirnya gagal melaksanakanya kerana kekangan atau masalah yang tidak dapat dielakkan. Tapi kita jangan lupa kita hanya mampu merancang sahaja...Allah maha menentukan segalanya. Kalau kita mengajar orang sesuatu ilmu, terlebih baik kita dahulu mengamalkan ilmu itu, maka akan luaskan ilmu itu dan akan sejahteralah kita dan terhindarlah diri kita dari cakap-cakap orang yang kita ini "cakap tak serupa bikin".

Wallahualam.

Lissa

72467 | posted by pootet on August 21, 2003 at 16:32