home
login::signup
we::blog

pemutus kesedapan dunia.

hari ni ada kematian lagi di industry road. bapa salah seorang pemegang amanah masjid. ahad lepas, pengerusi masjid sendiri. semalam pun dapat berita ttg kematian pakcik di masjid elahi. masa baru sampai ke sini, aku pernah merangka2 utk menyewa salah satu rumah sewa pak cik ni. 
 
well...dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali ! 
 
masa kat Doncaster, bila berita kematian pengerusi tu diterima, org tua di sana kata, 'death comes to every man, either they are mosque chairman or not'! benar sebenar2nya lah. inilah kebenaran yg tak boleh dipalsukan kebenarannya. tak siapa yg berani kata kematian itu palsu, w/pun org yg tak percaya kat tuhan sekalipun. semua akan membenarkan kematian. dan bila bercakap ttg kematian, akan putuslah segala kesedapan/kenikmatan dunia ini....kegelapan, kesaorangan, kedinginan menanti...oh Tuhan bantu lah aku disana... 
 
apa pula kepalsuan yg tak boleh dibenarkan kepalsuannya ? apa agak2nya ya ? nanti kita cerita di blog akan datang ! 
 
************************************************* 
tak lama lagi nampaknya kat sini. dah dapat berita dr pejabat. kena balik spt yg diluluskan dulu. no extension ! berbaur lah sekarang antara keinginan balik, melepas rindu kat mak ayah, dgn terpaksa meninggalkan mem dan budak2 kat sini, terutama si kenit tu.  
 
dulu masa kata kat kawan pejabat, rindu sungguh2...kat m'sia/kl terutama kat mee rebus, soto, dia kata, ya lah masa kat sini, rindu kat m'sia, bila dah balik nanti, rindu pula kat sini. ya lah orang dah berpengalamanlah katakan... itu dah memang adatlah. bila dah tak bersama orang atau tempat, setelah mengalami perdampingan dlm jangka masa yg agak panjang, memang perasaan rindu tu akan datang. tapi selalunya semasa kita bersama, tak pula nak ambil kesempatan semaksima mungkin...dan bila dah berlalu... datanglah kerinduan... 
 
...Tuai padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan.... 
 
so, banyak lah rancangan nak di atur, supaya masa yg tinggal tak seberapa ni dapat dimenafaatkan sepenuhnya. ya lah...bukan senang nak datang daerah ini lagi. kalau nak berjalan saja2 tu, tak delah jawapnya. tambah lagi dengan masalah2 dunia sekarang ni... 
 
esuk nak ke Sunderland lagi...dah talipon semalam kat kilang tu. member pun nak ikut. piknik lagi lah wehhhh. 
 
insyaAllah semuga semua berjalan lancar....

last modified Sep 5, 2003 at 17:53



[ add a comment ]