home
login::signup
we::blog

cerita pagi buta.

.. saidin marah betul..  
 
harapannya setinggi gunong untuk berjumpa buah hati pengarang jantung, setelah sekian lama terpisah. sejak pindah ke bandar tiada lagi peluang berjumpa. walaupun sesekali pulang ke kampung itu dan ke madrasah, tetapi kelibat Haryati tidak kelihatan. masakan tidak, ayah Haryati telah menghalang anaknya itu dari menghadiri kelas agama setelah peristiwa dia sering bertemu Saidin diketahui umum.... 
 
setelah diberitakan oleh Haryati yang dia akan mengunjungi kawan karib semasa kecil dulu di bandar, saidin telah memasang angan2 tinggi untuk bertemu muka kekasihnya itu. dengan baju yang baru, dia menyiapkan diri utk ke keramaian di bandar itu... 
 
alangkah terkejutnya dia, bila dilihat Haryati dan kawan2nya sedang mengikut rentak pertunjukan tarian dikeramaian itu. dia memanggil Haryati dan cuba mengingatkan dia.. tapi dilihat Haryati seperti tak mendengar apa yang dibicarakan olehnya. dan kawan2 nya segera menarik Haryati berlalu dari Saidin.. 
 
hancur remok hatinya, dan kegembiraannya sebelum pergi tadi telah bertukar menjadi kemarahan yang berapi2.... 
 
keciwakah dia ???

last modified Nov 12, 2003 at 2:05



[ add a comment ]