|
Masuk sekolah.
Hari ni ramai yg cuti. Masuk sekolah semula. Bukan utk belajar abc, tapi utk uruskan anak2 yg baru kenal alam sekolah. Walaupun bukan nak menemankan anak2 di kelas sebab ramai yg pernah belajar di pra-sekolah, tapi banyak lagi yg perlu diuruskan. Urusan yuran, bas sekolah malah menentukan kelas yg akan diduduki. Si kenit dua org tu, walaupun berbeza tahun, seorang tahun 2 dan seorang lagi tahun 1, sebab tak ada di sini setahun, maka dua2nya baru di alam sekolah di sini. Kalau di Darnall dulu, sekolah menyeronok kan bagi mereka. Tiada berbeban buku yg nak dibawa. Di sekolah selalu dpt 'star'. Ada break utk games. Ada study visit kesana-sini. Ada peluang utk jadi kreatif dlm kelas. Macam2 lagi yg menjadikan masa utk kesekolah tu satu yg menyeronokkan. Alangkah baik nye sekolah kat sini pun begitu. Si kakak mula ke sekolah menengah. Ramai kawan2 dia yg akan ke sekolah asrama sebab cemerlang dlm UPSR. Tinggal lah dia di sekolah tu nanti. Tapi tentu ada kawan2 baru di sekolah yg juga baru di buka tu. Muga2 sekolah tu juga dpt melahirkan pelajar2 cemerlang spt sekolah kebangsaan di kawasan ni. Untung budak2 sekarang ! Semuanya serba baru. Baju, beg, kasut dan buku2. Kalau aku dulu, semua dapat barang2 warisan. Tambah lagi dgn keluarga besar macam aku ni. Baju abang2, itulah baju aku nantinya. Begitu juga dengan beg dan kasut. Bila dah terlalu uzur, barulah dpt yg baru. Ke sekolah juga, abang2 atau kakak2 lah yg akan uruskan. Ayah dan emak mungkin kerana kesibukan masa tu, tak selalu ada di hari pertama sekolah. Abang kakak lah yg uruskan pendaftaran dan segala urusan sekolah yg lain. Masa tu, emak selalu siapkan sarapan. Selalunya roti dgn majerin. Air teh O. Biasanya, aku suka rendam roti dlm air teh, kemudian cicah dgn gula. Kdg2 cicah dgn kuah kari atau kuah masam dan kemudian dgn gula. Roti yg sedap masa tu ialah roti benggali. Roti yg ada keraknya tu. Kadang2 tu saja minta dengan benggali roti, kerak2 roti yg banyak dia simpan. Itu pun sedap gak dicicah teh atau pun kopi. Ahhh.... masa dulu2..... Bila di cerita dgn anak2 tentang susah hidup dulu2, mereka kata 'itu dulu, ayah..., sekarang keadaan dah berubah. !' ****************************************************** zaza, untung kau, at least dpt basikal. aku berjalan aje ke sekolah rendah. batpupu, ye, hidup tak selalu indah. terpulang kita untuk menceriakannya walau tak punya apa2. zz, muga dilimpahi kasih sayang dalam kehidupan ini... hs, ya, hidup bak putaran roda ! dan selalu juga terasa cam deja vu !
last modified Jan 5, 2004 at 11:38
teringat diri sendiri yg ke sekolah dgn duit belanja 30 sen sehari. pegi ke sekolah mak yg hantarkan. bila dah besar sikit, darjah 3, abah belikan basikal, berbasikal pulak ke sekolah. berpanas......berhujan.....tetap dgn basikal.
hehehe....today actually I'm not in a very good mood...bored! But sincerely, after I went thru your blog, I started to smile and wallaaaaa...thanks, I got myself back. I always felt that other people's life is much, much better than mine. That's why I like to read your blog, because it make me feel to have my own one, so at least I can share suck day with someone that don't even know my gender...*sigh*....life is always a life, not forever....till when? don't know maaa...
tidak berkesempatan seperti yang lainnya....dari dulu hingga kini tidak pernah merasa ditemani ibu@ayah ....
hehehe...seorang orang... mungkin suatu hari mereka akan mengerti apabila anak anak mereka pulak yang akan ke sekolah :D Masa tu mungkin cucu2 seorang orang pulak yang akan kata, Ala Mak, Ayah...itu dulu ...dan seorang orang pulak yang akan tersenyum 
|