|
Slanga.
Orang kata, kalau bahasa tak berkembang, bangsa tu pun tak berkembang. Namun kalau tak dikawal, bahasa boleh jadi carca-merba, rojak - pasembor ! Lihat sahaja bahasa yang digunakan untuk sms atau chatting. Bila digunakan pula di dewan periksa, bertambah berserabut lah jadinya. Jadi isu pula seluruh negara. Adakah perkembangan teknologi menyebabkan kelemahan pelajar berbahasa ? Bahasa pasar yang digunakan dalam perbualan seharian di kalangan rakyat berbilang kaum kita ni, memudahkan komunikasi. Tetapi bila bahasa itu masuk dalam kelas tutorial dan ujian lisan universiti, tu yang kena penangan dari lecturer tu, ' Awak ingat ni kat pasar ke ??' Nasib juga lulus ujian wajib tu. Slanga banyak digunakan dalam perbualan seharian. Terutama bagi warga kota dan generasi muda. Dan setiap generasi rasanya punya slanga sendiri. Sebelum aku terlupa, di senaraikan disini slanga yang pernah aku tahu. Pada yang tak setuju, buatlah hampa punya senarai sendiri ! ciluk : celah - bawa kereta ciluk menciluk / bawa kereta celah mencelah kantoi : kena - skodeng : mengintai kemut : kedekut ...............to be continued !
last modified Jan 12, 2004 at 10:29
|