|
korban
Untuk peringatan diri sendiri. Cakap pasal korban ni, terbayang lembu, kambing di pegang ramai2, di tumbangkan di sisi lubang yg telah siap digali.Dengan iringan takbir, sembelihan dijalankan. Lepas tu lapah, bungkus dan dibahagi2kan ! Kemudian ada kenduri sup tulang dan nasi lauk daging. Siap semua, masing2 balik dgn daging sekilo dua. Selesai ? Tahun, demi tahun begitu ! Alangkah baiknya pula kalau pengajaran disebalik korban itu di ambil perhatian dan jadi amalan dlm kehidupan. Ibadat ini di kaitkan dengan cerita pengorbanan sebuah keluarga. Pengorbanan mereka sangat disukai, hinggakan perbuatan2 mereka telah dijadikan ibadat utk umat akhir zaman ini. Setiap orang yg mengerjakan haji akan membuat perbuatan2 mereka setiap tahun. Seorang ayah yg diperintahkan utk menyembelih anaknya dan si anak yg sanggup si sembelih. Semuanya kerana perintah Tuhan. Kerana suka melihat kesanggupan mereka menurut perintah, anak telah ditukar dgn kibas. Dan amalan ini dijadikan ibadat setiap tahun hingga kiamat. Bagaimana pula dengan korban seorang isteri yg ditinggalkan suami ditengah padang pasir kering kontang bersama anak yg masih bayi. Tapi kerana perintah tuhan, isteri redha dan dalam kepayahan mencari air, berlari2 antara dua bukit Safa dan Marwa. Sehingga kiamat, setiap orang yg mengerjakan haji akan membuat perkara yg sama, berlari2 anak antara dua bukit itu. Setiap hari kita berkorban. Untuk mencari rezeki dan keperluan seadanya. Memang dah jadi tanggungjawap pun. Tetapi bagaimana pula dengan berkorban untuk agama ? Berkorban untuk mentaati perintahnya ? Adakah sebab anak isteri dan negara ini berkaitan dengan kita, maka kita sanggup susah payah berkorban ? Berkorban untuk agama, bukannya dgn mengangkat senjata sahaja. Banyak lagi yg perlu dibuat untuk agama...Paling kurang, memastikan amalan agama tip top dalam kehidupan sendiri. Jangan ilmu kehidupan aje kita beroleh Master, PHD tapi amalan agama macam org baru masuk sekolah. Amalan dan pemikiran ttg agama juga perlu dipertingkatkan. Berkorban lah utk tingkatkan ilmu dan amalan agama. Bersusahpayah lah sedikit untuk jumpa alim ulama dan memakmurkan masjid. Semuanya perlukan perngorbanan ! Korban masa rehat, korban wang ringgit, korban perasaan malu, tebal muka. Tapi apalah semua itu, kalau dibandingkan dengan keredhaan Tuhan ? Dan apalah nak dibanding kan kesusahan di dunia yg sebentar ini dgn kesenangan di alam yg kekal selamanya ! So, berkorban apa kita tahun ini ? Selamat Aidil Adha dan selamat BERKORBAN !
last modified Jan 30, 2004 at 20:28
Tanya diri kita apakah pengorbanan kita untuk tahun ini...???dan sepaling seketika utk tahun yang sebelumnya....
|