home
login::signup
we::blog

Talian Hayat.

Pernah dulu semasa di Kuching, semasa kursus Counseling, facilitator suroh tuliskan senarai org2 yg boleh dihubungi jika berlaku mala petaka/kesusahan. Senarai ikut peringkat kesusahan, 
 
Jika takde duit - siapa yg boleh menolong 
Jika kemalangan - siapa yg boleh tolong 
dan sebagainya. 
 
Siapa yang punya senarai yang panjang, menunjukkan dia seperti tidak akan menghadapi masaalah bila terjadi apa2 bencana. Tetapi orang yang terkial2 nak menulis senarai tu, alamatnya sukarlah dia bila ditimpa masaalah.  
 
Tujuan senarai tu, sebenarnya nak ingatkan kita dengan sistem sokongan yang kita ada. Siapa yang kita boleh rujuk bila kita ada masaalah didalam hidup kita ni. Kepada siapa kita boleh berkongsi derita supaya ringan beban yang menimpa. 
 
Orang2 bermasaalah, biasanya tidak punya sesiapa untuk tempat mengadu. Maka berbagai cara di buat untuk keluar dari masaalah, hingga sanggup mengambil nyawa sendiri ! 
 
Memang kadang2 tu, kawan ramai. Tapi ada ke kawan yg betul2 boleh diharapkan untuk membantu semasa dalam kesusahan. Mungkin saudara mara sudi menolong. Tetapi kalau berjumpa pun setahun sekali, itupun sebab ada Hari raya, kalau tidak tak taulah. Bagaimana orang nak 'kenal' kita ? 
 
Jaringan persaudaraan perlu ditebarkan. Dan jangan harap orang yang mulakan. Kitalah yang perlu memulakan. Kalau tak dapat ziarah kerumah, berbagai kemudahan komunikasi ada. Telefon, sms, email etc...Kalau ada jemputan kenduri kendara, jangan lepaskan peluang untuk merapatkan perhubungan. Apalagi jika ada kematian, ziarah lah keluarga yang ditinggalkan...Kita hidup bermasyarakat, kenal mengenal dan bantu membantu sesama kita. Lainlah kalau hidup sorang2 dalam hutan !  
 
Jadi, siapa kita nak ziarah hari ni ? Siapa kita nak telefon buat bertanya khabar ? Siapa kita nak hantar email ? Siapa kita nak tegur untuk chatting ?  
 
Jangan sampai ada yang jauh hati dari kita sebab lama tak bertanya khabar !

last modified Feb 9, 2004 at 8:44



[ add a comment ]

Persahabatan @ perhubungan..

Adakalanya "saudara" yang kita harapkan sepenuhnya tak semestinya seperti yang kita jangkakan. Oleh itu hargailah persahabatan yang telah terbina. Peliharalah perhubungan yang sedia ada. Mungkin bukan untuk hari ini tapi mungkin untuk bekalan esok lusa....

89054 | posted by zz on February 10, 2004 at 8:23