home
login::signup
we::blog

Seorang tua dipinggir desa.

Satu hari seorang raja meminta menteri nya menjawap 3 soalan. 
Jika jawapan dapat diberikan, maka hadiah2 akan diberikan kepada menteri tersebut. Tetapi jika disebaliknya, maka menteri akan dihukum. 
 
Soalan pertama : Apakah kebenaran yang tak boleh dipalsukan kebenarannya ? 
Soalan kedua : Apakah kepalsuan yang tak boleh dibenarkan kepalsuannya ? 
Soalang ketiga : Apakah benda paling sedap didunia ? 
 
Menteri pun pergi lah bertanya orang2 disekeliling istana, muga2 ada yang boleh membantu. Sayangnya, tiada yang dapat menolong. Maka pergilah Menteri dari satu kampung kesatu kampung, bertanya kepada semua orang. Tetapi, tiada satu orang pun yang tahu jawapan kepada soalan dari raja tersebut. 
 
Berjalanlah Menteri masuk kampung keluar kampung, hinggalah dia keletihan. Maka berehatlah Pak Menteri di bawah sepohon pokok, di hujung sebuah kampung sehinggalah dia tertidor. 
 
Pada masa itu, lalulah seorang tua berhampiran pokok itu. Beliau terlihat Menteri yang tidor keletihan di situ. Katanya di dalam hati, ini tentu orang asing disini, kerana tak pernah bersua muka. Dan tentu punya masalah, kerana dalam tidor pun, air mukanya kelihatan penuh kerunsingan. 
 
Maka orang tua pun mengejutkan Menteri dari tidornya. Dan tanya pada Menteri, 'Tuan dari mana dan kenapa tidor di sini ? ' 
 
Menteri pun menceritakan masalah yang dihadapi nya. Orang tua itu pun berkata ' Cubalah ceritakan apa soalan dari raja tu, muga2 dapat saya membantu '. Menteri pun beritahu soalan pertama dari raja. 'Apakah kebenaran yang tak boleh dipalsukan kebenarannya ?' 
Maka orang tua itu pun senyum. Menteri sangat gembira kerana ini menunjukkan orang tua itu mengetahui jawapan nya. Dia pun mengesa 'Tolong lah beritahu apa jawapannya !'. Orang tua pun berkata ' Kebenaran yang tak boleh dipalsukan kebenarannya, ialah Mati ! Tiada siapa yang boleh menafikan mati. Semua orang akan menghadapi mati. Samada orang itu percaya dengan tuhan atau tidak, tidak ada orang yang akan mengatakan dia akan hidup selama2nya. 
 
Kemudian, orang tua itu menanyakan tentang soalan kedua. Menteri pun berkata 'Apakah kepalsuan yang tak boleh dibenarkan kepalsuan nya ? ' Orang tua itu senyum lagi. Menteri sangat gembira dan mengesa supaya jawapan diberi segera. Orang tua itu menjawap. ' Kepalsuan yang tak boleh dibenarkan kepalsuannya ialah dunia ! Semuanya didunia tidak kekal keadaannya. Muda akan jadi tua, baru akan jadi lama. Semalam sihat tetapi hari ini boleh jatuh sakit ! Dunia penuh dengan tipu daya dan kepalsuan. Tiada yang kekal didunia'. 
 
Kemudian, orang tua itu menanyakan tentang soalan ketiga. Menteri pun berkata ' Apakah benda yang paling sedap didunia? ' Orang tua itu tersenyum lagi. Menteri sangat gembira kerana ini menandakan dia akan dapat menjawap semua soalan2 raja. Dia segera mengesa orang tua itu untuk memberikan jawapan nya.  
 
Orang tua itu tersenyum lagi dan berkata ' Sebelum saya beri jawapannya, tuan dapat lihat tak, di bawah pokok sebelah sana, terdapat bekas makanan anjing. Tuan perlu kesana dan makan makanan anjing itu barulah saya akan berikan jawapannya.' Apalagi, menteri pun segera berlari kepokok yang ditunjukkan itu, dan mengambil bekas makanan anjing untuk dimakan. Sebelum dia menyuap masuk kemulut, orang tua itu menahannya. ' Nanti dulu ! Ha... inilah benda yang paling sedap didunia iaitu Ikut Nafsu ! Anak ni sanggup buat apa sahaja, kerana mengikut nafsu untuk lepas dari hukuman raja, hingga bekas makanan anjing pun sanggup untuk di makan ! Nafsu lah benda yang paling sedap didunia. Di dunia ini, nafsu mengatasi kudrat yang ada ! '

last modified Feb 16, 2004 at 19:34



[ add a comment ]

cerita yang penuh dengan pengajaran untuk dijadikan panduan bagi manusia yang sering lupa..... thanks

93276 | posted by pelangisenja on March 6, 2004 at 0:04

benda paling sedap ?

sekali tu, lepas buka cerita ni kat sekumpulan budak2, bila ditanya balik, apa benda paling sedap kat dunia ni.. tau apa jawapnye ?

'makanan anjing !'

eeemmmmmm ????!

90107 | posted by saorangorang on February 17, 2004 at 16:40

sy sendiri terkial-kial nak menjawab!

90098 | posted by zaza on February 17, 2004 at 15:31

wah, bess bess. memberi pengajaran :D

90091 | posted by hanyasayang on February 17, 2004 at 14:50