|
dah mula dah...
3:00 pagi... Masa nak ke kedai untuk pekena teh tarik, nampak di hujung jalan tu, macam ramai orang dan kenderaan. Apa lagi, tarik le tali pinggang keledar. Ye lah... kot2 road blok ke apa ke kan... Rupa2nya orang sibuk pasang bendera, sepanduk dan banner. Kereta punya banyak, ada ler dekat sepuloh buah. Sekilas tenguk nampak macam warna biru, merah dan kuning. Malas nak kepoh, so pecut terus ke destinasi. Wah dah mula dah perang poster ni...Masa balik tu, co-pilot sempat baca sikit banner tu... macam ada nama bekas No. 1... wah... betul ke dia nak dtg ke sini, tapi di sebut dato' pulak, bukan nya tun ! So, lepas suboh tu, untuk kepastian, aku pusing balik kejalan tu...rupanya salah baca... no. 1 selangor rupanya. Kawasan perumahan aku ni hampir 99% orang melayu. Terdapat 2 surau di sini. Surau pertama, bunyinya kearah warna hijau. Surau yang kedua pula, dengar2 berwarna biru ! Sampaikan menara pun berwarna biru. Aku ? Well, aku akan solat di surau yang paling dekat la. Bukan, bukan sebab warna nya. Sebab dekat dengan rumah. Itu sahaja. Kadang2 bengkerk juga dengan orang2 yang tak reti nak bertolak ansur tentang benda2 ni. Sebab warna lain, nak bermasam muka, tak bertegur sapa dan berpatah arang. Apa tujuan surau diadakan ? Apa tujuan kita ke surau ? Kalau tujuan kita buat surau, supaya amalan solat dapat di syiarkan, dan kalau tujuan kita ke surau supaya dapat rahmat yang diturunkan di rumah2 Allah, kenapa kita nak menjauhkan orang dari surau ? Menjauhkan ? Masakan tidak ! Kalau orang baru nak berjinak2 solat berjemaah dan mendengar kuliah, tiba2 apa yang di dengar ialah kutuk-mengutuk, kata-mengata dan caci-mencaci. Macamana nak tahan. Sakit telinga mendengarnya. So, kalau hati tak kuat, tak payah lah datang lagi. Bila di ziarahi, di jemput, marilah kita ke surau, meramaikan, memakmurkan maka inilah jawapan nya. 'Saya ni, bukan tak nak ke surau, tapi ceramah asyik kutuk orang aje, malas la nak pergi !' Macamana tu ? Walaupun itu alasan2 sahaja, tapi mungkin perlu difikirkan juga oleh pemegang2 amanah surau. Janganlah kita syok sendiri saja nanti. Yang datang surau, orang2 tu juga. Banyak nak cakap sebenarnya. Tapi...aku pun sendiri masih banyak kena diperbetulkan ! Walaupun begitu, disenaraikan disini, peluang2 pembaikan untuk menarik lebih ramai orang ke surau supaya dapat difikirkan bersama (ewah, macam buat report kat office pulak) 1. Waktu jemaah di setkan masa nya. e.g. 10 minit lepas azan. 2. Waktu jemaah pada hari cuti di lewatkan sikit e.g 15 minit lepas azan 3. Kuliah - perkara asas - iman, solat...walaupun org nampak remeh...tp penting...perlu diulang2... 4. Kutbah Jumaat ..ringkas, padat dan tepat...kalo nak ceramah panjang2 tu, buat sebelum azan. 5. Imam... patut tau situasi semasa di kawasan perumahan ni.... Jgn lak syok sendiri gak... Bacaan lepas fatihah tu, biar ringkas, sebab makmum ni berbagai...kalau time orang ramai ada keperluan... ringkas kan solat tu...jgn sebab kita nak mengulang hafalan kita, makmum tak mau lagi solat berjemaah dibelakang ! Wah... banyak nya....tapi jangan silap sangka pulak. Aku bukan anti apa2... cuma terpikir saja benda2 ni kat kepala... nak cerita kat orang surau kang, lain pulak tafsiran nya. Bukan aku berpihak ke mana2 kumpulan apatah lagi mana2 warna ! Aku hanya manusia biasa, rakyat marhaen. Ingin melihat semua kita bersatu hati, bersatu suara dan beramai2 memakmurkan surau ! Pilihan calun ? Undi tu kan rahsia !
last modified Mar 5, 2004 at 18:29
aku yang tak pernah ngundi hehehe
pelangisenja...i like that old song too, rindu nak dengar,bcos the new one really sux.
saya tak layak mengundi ....
Saya bersetuju dengan pendapat "Orang melayu perlu bersatu hati bukan bercakaran sesama sendiri". Jika ingin menyuarakan rasa tidak puas hati biar di tempat yang benar.....bukan di tempat beribadah.... Anyway.....awak undi kaler biru, hijau, merah atau kelabu??? atau....... pelangi ??? :D
|