|
NurIndah™
dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23



SECARA RASMINYA SELENDANGBIRU TELAH BERPINDAH KE RUMAH BARU. DAH LAMA BERPINDAH TAPI SENGAJA MENYEPI. BUAT SEMENTARA WAKTU.
JEMPUT LAH BERTANDANG KE slendangbiru.blogspot.com
t.u.j.u.h h.a.r.i l.a.g.i
ibarat air
mengalir deras...
11 hari lagi?
se-be-las hari lagi?
...selepas 7 tahun
TU-JUH tahun?
wahh... selama itukah?
Wahh!!! lama sungguh tak update.
Cepat sungguh masa berlalu.
Tinggal lagi beberapa minggu.
Minggu-minggu terakhir sebelum berstatus baru.
Bwahahahhahahaha
Akhirnya
Jiwa Kacau Menjadi Milik Aku
Bwahahahahahha
Aku suka! Aku suka!
*************************************************
Jiwa-Jiwa Kacau Bubuh Dalam Sampul Humban Dalam Tong Dijamin Sampai Esok Posman Datang Tersengeh2 Aku Terima Tersipu2 Posmen tanya "sapa bagi tu?" Aku jawab "Private & Confidential" Dia angguk-angguk bukannya tahu pun Posman blah Aku bukak sampulnya Jiwa kacau dah menjadi milik aku Aku suka!Aku suka! Ha ha ha ha ha!! Kalau ingin sendiri punya, cepat order! Mari!Mari!Mari!Mari... Order!! Tapi jgn lupa ongkosnya.. Aku tlg promote takdak komisyen ke! ataupun jiwa kacau percuma? mana ada benda percuma masuk tandas pun kena bayar Kita nyanyi dulu..'Duit oh duit, di mana kau duit???' Kita cari Ayah Pin mungkin dia boleh sponsor se-copy dua Duit ada tapi syiling seringgit berkepuk-kepuk dalam poket Mahukah? laku lagi la wei duit tu,apsal lak tak mau... sampai disember ni masih laku kalau tak mau sila masukkan ke akaun maybank 551463003878 ekekekeke Atau hulurkan saja pada penunggu di kaki lima Sekarang kaki lima sudah tidak berpenunggu, habis Penguatkuasa DBKL halau setiap Sabtu, Beri Sahaja duit itu kepadaku, kubuat kalung digantung menjadi rantai di leherku takpun aku tukar dibank saja, boleh dapat satu lagi buku! Baik tak payah beli lagi satu, dengar-dengar JK II akan terbit, jadi TUNGGGUUUU!
*Komen sambung-menyambung, aku suka! aku suka! Kopipes dari blog Mat Jan.
Lagi-lagi di jongkang jongket
nur indah...Rupa-rupanya posmen tu dah datang pagi tadi. Aku belum bukak. Petang tadi pukul 3 lebih posmen tu tepon, suruh amik di post office. Aku ingat dah tak sampai dah. Kot-kot dia tinggal je kat luar, pas tu budak-budak rembat. Hahahahahha Aku suka! Aku suka!
Beberapa hari (atau minggu? Tak sedar masa cepat sangat berlalu. Kadang-kadang rasa cepat, sedangkan dah lama berlalu. Kadang-kadang rasa dah lama, padahal baru saja benda tu berlaku.) lepas, secara tak sengaja, mula-mula memang sengaja. Tak paham?
Jap.. aku pun tengah blank macam mana nak mula cerita. Aku fail bab karang-mengarang sekarang nih walaupun dulu masa zaman sekolah-sekolah markah aku jarang bawah 80.
Ceritanya, aku pegi blog Afdlin, tercurious lah jugak aku tentang StudoTraffic kat blog dia tu, sebab ada satu komen dalam blog dia ada tersebut jugak pasai ST nih. Mula-mula aku buat tak kisah je, lepas tu bila dekat tempat lain pun aku nampak ST nih, aku mula lah teruja.
Jadi, aku godek-godek balik komen kat blog dia, sebab kalau aku nak tanya afdlin terus betul ke tak ST nih, dah confirm lah tak terlayan, dia kan fofular. Mana lah ada masa nak layan soklan-soklan budus macam nih.
Di sinilah bermulanya, aku rasa dunia internet nih sungguh kecil, bagaikan dunia du hujung jari. Sungguh Indah. Apa yang suratan dan kebetulannya?
Ini lah aku nak cerita nih...
Akhirnya aku jumpa jugak komen yang aku carik tuh. Link ke blog empunya pengomen, nonie. Aku tinggalkan mesej di tag bod dia, lepas tu aku sesaja lah baca-baca entry dia yang lepas. Aku memang jenis macam nih. Kalau aku pegi satu-satu blog dan pada pandangan pertama, blog tu sesuai dengan citarasa aku, aku akan baca dari mula. Ya.. baca dari mula. Dari mula-mula, dari hari pertama orang tu tulis blog.
Samapi pada entry kawan-kawan dia datang dari Brisbane bercuti. Dia sebut nama 4 orang kalau tak salah. Dan salah satu nama tu... 'Is',buat aku terinstinctkan sesuatu. Untuk memuaskan rasa ingin ingin tahu dan dan tertanya-tanya yang mendesak, aku tak berlengah-lengah terus buka fotopages dia. Aku cari gali pada tarikh entry diblog, waktu kawan-kawan dia datang. Dan mata aku tertangkap pada satu gambar seorang perempuan.
Kau ingat entry aku tentang mesej misteri tahun lepas??? Dialah itu!!!! Kawan sekolah rendah, juga di menengah rendah lebih sedekad lalu di AIGS. Tapi, dia makin berisilah.. Kali terakhir aku jumpa dia masa kenduri kawin Siti dan Ajun, dia datang cukup bergaya, ala-ala model gitu. Oh ya... cita-cita dia masa dulu-dulu nak jadi modelling, aku ingat itu.
Hebat kan dunia internet ni??? Tapi.. Lagi hebat perancangan Tuhan!!! Aku pergi ke blog tu, untuk tanya pasal ST, tapi apa yang aku jumpa di situ, lebih bermakna dari apa yang mahu aku cari. Sungguh!!!! Walaupun....aku sedikit jelous, sebab dia dapat mengejar cita-cita dia untuk belajar di luar negara. Aku rasa dia adalah anak murid pertama dari SKTL yang dapat sambung belajar di luar. Mesti cikgu-cikgu aku bangga!!!
nur indah... uhuhuhuhuhu jelesnye aku!!!!
mana hilang conveyer link aku?
apsal bila aku guna mozilla firefox ada link gerak2 tu?
nape bila aku pakai internet explorer tak ader?
kenapa?
kenapa?
kenapa?
baru ini hari aku perasan, sebab selama-lama nih aku pakai mozilla je. Laju sikit dan tak de pop-up dan tak payah risau pasal virus.
Eh... adakah aku je atau adakah sape2 yang pakai internet explorer jugak tak kuar conveyer link kat atas, bawah daun mohabbatein tu?
nur indah... ni la buat aku jadik malas nih. Adeh... mana link gerak2 aku? Huwaaaaaa
dengan lenggang lenggoknya...
dia datang!
dia datang!
dia datang!
Dah terjangkit lagu Penthol dah nih!
Punya la lama aku tak masuk sini, sekali aku terlupa password daaa.... 
Alahai, terguna mozilla la pulak. Musang api nih, tak user friendly la. Coding html pun aku dah terlupa ni. Nak kena tengok hat lepas2 dulu. Karang2 la aku tulis lagi. Karang tu bila la gamaknye.
Segan la pulak aku, dah lama tak berupdate. Masa tinggal komen kat blog kak su rasanubari, kak su cakap dia ada datng sini, alahai segan nye aku. Kak su tu ada aje updatenye, dah tu panjang2 berjela pulak tu. Alahai segannya aku!!
Sekali mat jan pun terdatang sini, nak reply pasai jiwa kacau. Itu pun mesej 1.9.05, dah berbelas hari kemudian baru aku tau. Muahahhahahah. Blog dia hari2 aku pi, blog sendiri aku tak jenguk pun. Wakakakakkakaka. Adeh, kacau betul la jiwa aku. Malu malu. Rumah aku bersawang giler!!!
nur indah... semalam nisfu sya'ban, baca yasin 3 kali. 1 untuk panjang umur untuk beribadat pada Allah, 1 untuk murah rezeki yang halal, 1 untuk ditetapkan iman dalam Islam.
Uiks... ader jugak orang tersesat masuk rumah aku yang dah bersawang sangat-sangat ni. Erkkk... maaf la nooo kalau kepala hangpa tersangkut kat celah-celah sawang labah-labah yang besaq dan berselirat merata ceruk ni.
**************** aku jawab komen sat, it's all about MALAIH**************
humph..meluahkan perasaan buleh pelbagai cara melalui penulisan,melalui lagu atau melalui gambar...ia buleh dilakukan melalui pelbagai cara..yang diminati oleh seseorang itu..
144345 | posted by anon:masahido aizawa on July 6, 2005 at 9:16
AKU: YE, BOLEH MELALUI PELBAGAI CARA, SELAGI ORANG TU TAK MALAIH MACAM.. <icon jari tunjuk muka sendiri > errrr jap, ini masahido aizawa yang kat blog mat jan tu ke?
aluu selendangbiruuuu apoo citooo
144417 | posted by anon:zz on July 7, 2005 at 14:49 AKU: TAK DAK CITER PAPE ZZ.. CITER MALAIH JERRR hehehhe
Mai ai? besarnya lelabah ehe. Erk mana pie? sehat?
144803 | posted by anon:cheura on July 15, 2005 at 15:22 AKU: KURANG SIHAT LA CHEURA.. SAKIT MALAIH 
heheh....kena bergotongroyong la lepas ni, membersihkan sarang labah-labah
144974 | posted by anon:gtb@Niza on July 19, 2005 at 20:23 AKU: EHEHHEEH... MALU SAYER, ERK.. CIK DOKTOR, ADE KE UBAT NAK BAGI HILANG MALAIH???
skarang dah julai la kak hikss
145028 | posted by anon:kurekure on July 20, 2005 at 22:54 AKU: HEHEHE.. YE, INI ENTRY WAKIL JULAI, ACI DAK?? ENTRY MALAIH errrrr ini kurekure sakti ke?
SEKIAN SAJA, IT'S ALL ABOUT MALAIH. HEHEHEH
*********************************************** Aku ni nak kata tak dak internet, adaaaa... 24 hours. Streamyx lagi.. nak kata aku sibuk sangat, tak jugak. Sepanjang masa dok duduk depan pc. Pendek kata, dunia kat hujung jari, mau dengan tak mau saja. Mau?? Mau.. mau.. tapi, tu la.. malaih tahap cimpanzi.
Yang aku tau, cuma merayap, melompat2 kat blog tu, blog ni. Sampai laaaa aku rasa bohsan sangat2 sebab dah habih baca dah archieve2 depa nih.. Seronok aku baca Kak Tin punya blog. KIranya aku ni ketinggalan ketapi la pasai Kak Tin pun dah stop (?) kot.
Yang terbaru aku pi, (pada aku la baru, tp depa ni dah lama dah ada, dah otai-otai pun, hehehe), blog dugongsenyum, bila dah habih aku baca arkib dia, aku jadik bosan sebab aku dah tak dak bahan bacaan dah.
Ni yang aku malaih nih, bila baca nak cepat2 habih, sebab seronok. Bila dah habih, tak best pulak, sebab depa ni pun bukan hari-hari update. Ish.. sudah la, mau tak mau aku main merayap aje la... sampai la aku pi godek pak bear nyer arkib pulak. Ni dah habih la ni, tu yang aku tak tau nak p mana pulak nih, nanti ada la lagi tempat2 baru aku explore ni.
Dia dah mai dah. Dia dah mai dah. Sebelum apa-apa baik la aku post. Sat gi si malaih ni sampai sesia je aku taip pepanjang, pas tu tak post-post. Lantak la tak dak ending pun.
Agak2 nak kena tunggu sbeulan lagi ka baru aku masuk sini balik? Jom bet!!!!!
Jun 2005 akan berakhir beberapa hari lagi...
Diam tak diam dah setengah tahun 2005 berlalu. Cepatnye masa berlalu, tak sedar pun. Tup- tup dah bulan Jun, tup-tup nanti dah puasa lagi. Tup-tup dah raya. Tup-tup dah masuk tahun baru lagi... Ohhhhhh time flies n life goes on.
Banyak benda yang berlaku sepanjang tempoh tak berupdate nih. Macam-macam perkara yang menimpa, ada cerita gembira, ada cerita duka, ada cerita sayang, ada cerita benci, ada cerita sedih, ada cerita takut, ada cerita debar, pendek kata, macam-macam adaaaaa!!!!!
Tapi... inilah masalah aku, malassss sangat nak tulis-tulis. Kalau nak diikutkan, macam-macam aku nak cerita supaya nanti-nanti bila lama-lama aku baca balik, aku boleh ingat cerita susah senang gembira bahagia aku.
Aku teringin nak jadi rajin macam kak su (hari-hari ada cerita rasanubari, baru je aku khatam rasanubari nih. Bukan senang ooo nak habiskan baca sumer arkib kak su. Sebab kak su dah lama mem'blog'kan diri, aku baca dari mula, dan kak su sangat rajin, hari-hari ada entry. Dan memang kak su rajin sangat, entry-entry kak su semuanya panjang-panjang berjela. Tapi, aku tak penat pun baca sebab aku boleh bayangkan satu-satu yang kak su cerita, walaupun aku tak penah jumpa atau tak tau di mana apa benda yang kak su cerita, walaupun aku selalu lepak di rasanubari, tp aku tak pun tinggalkan jejak. Ada sekali saja dulu)
Tapi... aku malas...!!!! Hehehheheheh 
Aku memang selalu online, selalunya aku merayap ajelah, masuk rumah mak andeh, rumah joe, rumah honeybiru (sera pun dah lama tak update, sihat ke dia? harap-harap dia ok), pegi umah cik tipahvogue, main jongkang jongket, bila dah penat, aku dengar pulak maknenek bercerita (baru jumpa blog nih, sbb riuh-rendah sana-sini dok suruh maknenek buatkan banner, aku selalu pegi tp tak penah lg tinggalkan jejak. Dah habih baca dah sumer arkib maknenek nih. Kisah hidup maknenek ni 'menarik', tp akhirnya dia jumpa prince charmingnya dan mereka pun hidup bahagia ever after. Macam citer Cinderella pun ader.. : ) ).
Aku pegi kat blog namaku anne (dulunya kupu-kupu), saorang-orang, dr gigitakbertatoo, kak sofe, kumprinx, auntyn, 30 tahun mencari cinta, tok ghimau, darekampo, cik tenah, unsunghero (yang dah bersatu dengan applenya) banyak le lagi aku merayap-rayap. Banyak sangat sampai tak ingat time tulis nih.
Tapi dalam banyak-banyak tu, rumah aku sendiri aku lupa. Ish..ish..ish... seriyes, malam ni lah baru aku masuk. Uishhhhh dah bersarang ye..
nur indah... labah-labah besar sudah buat sarang besar????
Tapi...
Kau jangan ketawa ekkkk
"Fish & Co kat Bangsar dan 1 utama tu HALAL ke tak?"
nur indah... Aku sangat-sangat nak tahu ni, kau tahu tak?
Satu dua tiga lekuk, jantan betina KENA KETUK!!!!
Aku KENA KETUKKKK!!!! Adoiiiiiiiii Sakitttttt!!!!!!!!!
Ooooooo kau ketawa ye…
Kau pun KENA KETUK jugak… hahahhahahaaha 
Padan muka aku!!!
Padan muka kau!!!
*Depa marah peniaga sebab depa kata peniaga ni SUKE-SUKE je naikkn rega barang, tp depa lupa depa pun SUKE-SUKE je naikkan rega minyak, depa-depa bandingkan dgn Thai, depa-depa kata Thai lagi mahai minyak dari Malaysia Boleh!!!, Tapi depa-depa lupa, Malaysia Boleh!!! kan ada telaga minyak…???? Malaysia Boleh!!! kan ada Petronas-yang-keluar-berita-dalam-suratkhabar-untung-juta-juta-tu. Kau baca tak?????
Takkan Malaysia Boleh!!! nak jadi macam Acheh??? Negeri kaya-raya dengan hasil bumi, kaya-raya dengan minyak, tapi apa dah jadi pada penduduk Aceh?? Apa dah jadi pada Nanggroe Aceh Darussalam?? Ohhhhh kau bukan orang Aceh, kau takkan paham. Aku pun bukan orang Aceh, tapi aku kenal pejuang-pejuang dan penduduk-penduduk Aceh yang bersepah-sepah di selatan Malaysia Boleh!!! yang datang mencari rezeki, sedangkan kalau hasil minyak itu, mereka yang peroleh, mereka lebih kaya dari Brunei Darussalam. Wallahua’lam.
Aku kesian kan pakcik-pakcik, mak cik-mak cik, budak-budak dan sapa-sapa saja la, yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan esok pulak.
Aku kesian kan pakcik-pakcik, mak cik-mak cik, budak-budak dan sapa-sapa saja la yang hidup mereka cukup-cukup makan.
Dan…
Aku kesian kan diri aku!!!!! Uhuhuhuuhuhuh…  Tambang bas naik gile-gile, ohhohohohoho tambang aku pegi-balik Penang sudah cecah SATU RATUS RINGGIT MALAYSIA BOLEH!!!
nur indah… Lu cilok gua. Gua cilok luuuuuuuuu (ikut cam afdlin n d gang nyanyi, hehe).Erk!!! Tp macam mana? Jangan bayar JPA? Ohh tidakkk… nanti aku kena masuk jail!!!
Dalam minggu ni saja dah berapa kali aku menyaksikan pemandangan ‘indah’ lori2, bas2, jip2, teksi2, keta2 beratur panjang berjela2 nak isi diesel.. Mak aaaaiiiiiii panjang gile2 diorang beratur… boleh hilang sabar beb…
Td untuk kesekian kalinya ada ‘show’ lagi… dan aku pun teringin nak kira berapa banyak yang dok beratur nak isi minyak tuh… satu dua tiga lekuk… jantan betina aku ketuk… Ada plus minus 80 bijik lori, bas, keta dan yang sewaktu dgnnya dok sabar menanti kat stesen minyak mobil tu.aku tgk muka masing-masing pun dah macam sotong kerabu kena simbah cuka. Bapak-bapak menteri…. What say u…?
“Kita boleh bagi minyak, tapi harga kena naik, kerajaan tak mampu nak tanggung subsidi..”
Ehehehheeh… tu aku nye assumption je la…diorang sengaja buat macam ni… Orang bengang minyak tak de.. Lori tak jalan, bas tak jalan, barang tak leh anta cepat, keje tergendala… semua tergendala… aku pun dah banyak kali tergendala keje pasai bas dok ke hulu ke hilir cari stesen minyak on d way ke JB… Dua tiga minggu nih aku bz turun naik JB. Ada seklai tuh bas Johor Motor tak jalan, pukol 3 baru ada bas, sebab minyak tak de… Fuhhhhh mau berpeluh nak tunggu dari kol 12 dampai kol 3.. Semua benda jadi tak produktif. Apa nak kata?????
Hmmmm back to aku nye andaian, bila orang bengang, ye la kena tunggu panajng oooooooo. Mau berjam2 tersadai tepi jalan semata2 nak isi minyak. Then gov. akan umumkan diorang boleh bagi tambahan minyak dengan syarat HARGA kena naik. Mesti tak banyak bantahan sebab orang terpaksa terima cadangan tu. Kalau tak, tunggu la ngkau tepi jalan tu berjam-jam eva n forever… Take it or leave it!!!!hehheheh… 
Dan natijahnya… siapa yang susah???? Pengusaha2 lori??? Pengusaha2 bas???? Pak cik-pak cik teksi??? Diorang memang susah… tapi apa diorang akan buat supaya diorang tak susah???? Diorang akan naikkan harga…. Harga bas naik (sekarang mmg dah naik, aku tgk notice tambang ke Jb dr RM 7 naik ke RM 8.20) Tak agak-agak punya naik…!!!
Macam2 benda akan naik, siapa yang susah nanti??? Aku yang susah, kau pun susah, semua orang susah. What to say???? Orang kita tak akan kata apa-apa, sebab orang kita cuma pandai angguk-angguk kepala!!!!
nur indah… gaji(elaun???)bapak2 menteri dan bapak-bapak YB naik kan???? *bersiul*
Hari ini ulangtahun kelahiran aku yang ke -..
HAPPY BIRTHDAY TO ME.. 
nur indah... perjuangan ini belum selesai, jalannya masih panjang berliku
Hmmmm… sekarang nih isu sausej usus B-A-B-I jadi kes besar. Jadik isu nasional, hmmm memang patut pun. Sebab ini berkaitan dengan agama, Sensitivity orang-orang beragama Islam tak boleh dipandang jelek. Telah jelas babi tu memang haram bg orang Islam.
Makan babi jadi B-O-D-O-H dan L-E-M-B-A-P ?????
Ini mengingatkan aku pada satu peristiwa…
Beberapa tahun yang lalu di pejabat FKE... (suasana kabur-kabur time nih... ala2 drama tv1 gitu, hehehe)
Aku temankan Ami nak mintak sign Dr. Jo untuk luluskan dia bawak kredit lebih, sem depan. Masa untuk hantar slip pendaftaran dah makin suntuk. Kena cepat-cepat mintak sign Dr. Jo, waktu tu petang, mmmm tengahhari sebenarnya.. masa tu dia macam kelam kabut sikit, biasa la..orang-besar-besar, busy memanjang…
“Dr… saya nak mintak sign Dr…” kata Ami
“Untuk apa..?”
“Saya nak ambik kredit lebih sem depan”
“Kenapa awak kena ambik kredit lebih?” Dr Jo tanya dengan nada yang dah lain sikit. Aku dah berdebar-debar ni..
“Emmmm sebab sem lepas saya ada fail subjek, jadi sem depan kena ambik lebih, kalau tak, nanti saya kena extend”
“Saya tak mau sign, sepatutnya awak tak perlu semua ni…”
“Tapi Dr…. nanti sy kena extend”
“Itu bukan masalah saya, kenapa awak fail ? Kenapa orang Cina tak de datang jumpa saya nak tambah kredit. Kenapa orang Melayu je yg dtg jumpa saya? Diorang boleh habis ikut masa.. kenapa diorang PANDAI? Sebab diorang orang kapir??? Sebab diorang makan BABI..??? sebab tu jadi pandai??????!!!
Ting Tong Ting Tong Toink Toink Bzzzzz… Aduhhhh Adoi doi doiiii… Malu yak amat… Muka kitorang dah merah sama naik dengan merah muka Dr. Jo… Merah kitorang merah malu… merah dia merah marah… Huhuhuhu… sedih… malu dan BERBEKAS!!!!
Kami blah… tak terkata!!!
“Tak pe la… biar la aku extend… Aku nak buktikan dekat dia !!!!
Ami cakap penuh semangat bercampur sedih teramat.. !!!
nur indah... kenapa orang Ci*na pandai-pandai-berjaya-berjaya-hebat-hebat belaka????
Disclaimer: Entry ini tak bermaksud makan BA*BI jadi pandai, berjaya dan hebat belaka. Pls read between d' line. Harap maklum.
Soalan mudah susah nak jawab…
Tiba-tiba….
Rasa tak bersemangat
Tiba-tiba…
Rasa hilang mood
Tiba-tiba…
Rasa malas teramat
Tiba-tiba
Macam-macam jadi…
Terima kasih buat yang tak jemu berkunjung
Yang meninggalkan jejak (kk, arisa)
Biarpun sekadar menjenguk
Bertamu di Selendang Biru
Terima lah kasih ku seadanya…
Apa aku buat bila tak update blog?
Bukan sekadar tak update malah tak jenguk pun kadang-kadang..
Kenapa?
Malas sebab danchan lembap?
Ye jugak kot, selebihnya aku tak ada jawapan…
Aku jalan-jalan blog kk, kak sofe, itikputih,kmx, sera, arisa, arcahijau, gtb, cheura byk la lagi
Aku menebeng kat blog MA, Mat Jan.
Aku skodeng blog Joe Perantau, aku nengok kan je Phantom Of the Blog , anne75 (kk la tu), AuntyN, MA, delinn, puteri, xmen, ramai la nak ku sebut tak termampu , hehhehe dok rancak bersembang kat tag. Aku tengokkan jer.. Seronok skodeng orang nih…. J
Ada sekali tu aku baru je ngendap kat tag joe, kk tanya itikputih pernah jumpa selendang biru ke tak? Jawab itikputih “Tak pernah, dia tak bgtau nama sebenar, tp dia janji nak datang konvo nanti, bagi bunga” Hehehe tersenyum sendirik aku…. Tak sempat aku nak balas…server kat sini buat hal…
Itu aje lah keje aku hari-hari, ngendap blog orang, skodeng kejap-kejap, kalau aku rasa nak tinggal jejak, aku letak la komen, bila rasa dah penat, aku buat keje lain (keje di dunia nyata) makan ke, minum ke, tulis-tulis ke, conteng2 ke, paling tak pun…. Aku tengok orang je laaa… seronok tengok gelagat manusia nih… buat kita tersenyum sendiri-sendiri.
nur indah… aku insan biasa, menulis sesedap rasa
Al-Fatihah.. Daripada Dia kita datang, kepadaNya kita kembali...
Pagi kejadian aku terima panggilan telefon dan SMS membawa berita musibah yang menimpa Allahyarham.. Allahyarham pernah bersama2 mereka mengadakan program motivasi sewaktu di UTM dulu.
Tak sangka dia pergi dalam usia yang muda. Sedih aku membayangkan isteri dan anak-anak kecil yang ditinggalkan.
Begitulah janji Tuhan, bila Dia mengkehendaki... jadilah ia...
nur indah... ajal maut tak kenal siapa, muda atau tua, bila-bila masa kau boleh dijemputNya... Al-Fatihah..
...Jeslina yang kutemui

1. Aku dapat dari forwarded e-mail. 2. Sumber asal di sini. 3. Aku bukan sengaja nak blur-blurkan gambar, aku copy dari word, paste di paint... dia jadik blur... aku malas nak buang masa (tak reti sesebenonye.. hehe), biarlah dia blur nampak cam creative gitu... ekekekeke..
nur indah... yang halal telah jelas halalnya, yang haram juga telah jelas haramnya...fikir-fikirkanlah...
dia kacau aku lagi laaa... aku tak suka, betul-betul tak suka rasa terganggu kejap-kejap ada call misteri kejap-kejap ada mesej misteri huhuhuhu... aku tamau tukar nombor lagi baru je aku pakai nombor ni tapi aku tak suka diganggu...!!! jangan la kacau aku, ek... 
nur indah... jangan membiarkan diri aku di selubungi misteri... panggilan rindu
Hangin betul aku. Satu badan berasap jer rasa… Dah le musim panas nih…
Tadi tengahhari, time aku dok sibuk melayan orang, nak nak nye pulak komputer ni buat hal.. Telepon aku dok berkelip2 (tak bunyi, pasai aku memang suka vibrate jer)… aku tak angkat sebab bz sesangat.
Lepas tu, aku call le balik no yang missed call aku tu. (Aku ingatkan ada orang nak kasik bisnes kat aku. Boleh le tambah2 duit kopi) Dengar le bunyik lagu ntah hapa2 ntah (sekarang kan segala mak nenek caller ringtone dok ada)… menyampah aku dgr lagu tu. Aku letak tepon.
Tak lama pas tu aku dapat mesej “ sape kh yg berani membuat panggilan palsu seperti kedekut kredit nie ha…” Cessssss…. Tak guna betul!!!! Dia yang missed call aku dulu, aku pulak yg kena…
Aku balas balik “ Got missed call from this no. Does anybody frm ur no call my no..?” Dia balas…. “eh ye ke..? rasanye tak de…” Tengkoraksss engkau le tak de… Kalau tak de takkan le tiba-tiba ada no kau kat aku… Takkan hantu2 Constantine kot tepon aku????? No aku memang aku tak kasik kat ramai org. 2-3 kerat je yg tau. Aku malas nak layan orang tu…. Aku diam jerk..
Ingatkan habis dah takat tu… jap tadi aku dapat call. Aku angkat je terus orang tu Tanya “Sapa tu..” Ehhh…ehhh engkau yang tepon aku, patutnya aku yang tanya engkau, pehal pulak aku yang ditanya? Aku tanya balik sapa dia? Dia kata Daniel…Pas tu dia dok tanya sapa aku… Aku tanya apsal.. ada masalah ker..? “Tak ada masalah, saja je nak tau sape..” Hahhhh boleh blah… aku terus letak tepon…. Enough!!!
Ntah sape2 la…. Kalau tak kenal orang, tak yah le nak tepon2.. Silap orang la… aku bukan kaki layan orang… Nak nak nye… orang yang dok ‘Sapa ni?” “Sapa ni..” Hahhh boleh blah la…
Huhhhhhh legaaaa..... 
Hehehehhe... tau apsal aku marah sangat? Sebab aku teringat dulu masa aku mula2 pakai nombor nih, ada orang mesej aku dok tanya mana dapat nombor ni... Aku cakap aku beli kat kedai la... Pastu dia siap cakap ‘ye ke beli...tak baik menipu’.. dia bgtau tepon dia penah kena curi hilang ngan nombor nih... Siap bg tazkirah percuma lagi, Tuhan tak suka orang yang mencuri bla bla bla...
Hangin betul aku... Aku anta msg balik ajak dia jumpa kalau tak caya... Aku boleh tunjuk starter pack yang aku beli tu... Kalau teringin sangat, aku sudi bagi kotak starter pack tu sebagai hadiah... buat kenang-kenangan mengenangkan henpon dia yang hilang.
Tau pulak tak berani.. Dia siap anta kaum kerabat, mak nenek dia tepon aku, tanya itu ini... siap ada keling buat2 salah tepon nombor.. tanya kat mana la... macam2 la..
Bengang betol aku.. Nyaris2 aku nak tukar nombor lagi. Aku tak puas hati... aku anta mesej kat dia “Tak ader pencuri bodoh yang nak guna tepon yang dia curi, yg ader orang bodo yang fikir pencuri tu bodo...!!! Jangan biarkan diri anda diselebungi misteri... kebodohan... P/s memfitnah tu lebih laknat dari membunuh” Hah... ambik engkau... Hehehhehe... puas hati aku...
Elooo minah, tepon aku pun penah kena curik.... tapi tak de la aku nak meracau2 cam orang bodoh macam engkau...!!!
Ntah2 si Daniel ni pun kaum kerabat pompuan tu.
Heheheh... emosi pulak aku petang ni... 
nur indah... sarang tebuan jangan dijolok...
Sejak dua menjak nih aku rasa malas sesangat. Malas nak menulis2 (menaip2)... Otak pun buntu je...
Aku dah jumpa port best nak menebeng (hehehe dah pandai guna sejak dok 'menebeng' kat blog MA)... Warung biasa2 jer... Roti canai dia sedap yak amat. Makan roti je dah cukup sedap... Roti dia tak liat, tak keras... senang nak makan. Tak perlu nak pegang sudu ngan garpu kuat2 nak tarik roti tu...
Ada sekali tu, aku tak ingat makan kat mana, sampai menggigil tangan aku nak tarik roti, liat yak amat... Aku risau roti tu terpelanting jer... 
Sayang... tempat dia jauh kat ceruk kampung. Kalau la kat tepi2 jalan orang lalu lalang.. mesti ramai orang pegi...
nur indah... esok pagi aku nak menebeng kat sana lagi...
"Dah lama tak berjumpa Rindu rasa hati.."
Hmmm.. makan fikir, minum fikir, duduk fikir, berdiri fikir, jalan fikir, tidur fikir (aku mimpi.. mesti sbb aku fikir!), termenung pun fikir... berfikir-fikir.. nak PINDAH ke tak nak nih...????!!!
Hmmmm... akhirnya... aku buat keputusan tanak pindah.. aku selesa di sini. Tapi.. aku dah buat back-up kalau-kalau danchan buat hal..
Aku rasa tenang... aku tak perlu fikir-fikir lagi...
***SECARA RASMINYA AKU UMUMKAN DI SINI, AKU TAK NAK PINDAH BUAT MASA INI. KEPADA SESIAPA YG TELAH LINKKAN SELENDANG BIRU DI RUMAH BARU, MAAF KERANA KESULITAN INI. HARAP MAKLUM***
Peace... 
nur indah... setiaku di sini..
Al Fatihah untuknya Dari Dia kita datang KepadaNya kita kembali
Aku tak kenal dia dia pun tak kenal aku Aku kenal adik dia Patutla semalam adik dia tak datang sini Kakak meninggal rupanya.. Innalillahiwainnailaihiraji'un..
"Berapa umur?" "28" (Mmmmm muda lagi) "Sakit apa?" "Entah... kena buat orang, busung, perut besar.."
************************************************************************************
"Takut la.. penyakit lain doktor boleh ubat, kalau penyakit buatan orang nih... payah la, ishhh takut la.." "Emmm awak pecaya? Ada lagi ke buat-buat orang ni... Tak de penjelasan sains ker?" "Ehhhh... tu semua dah termaktub, benda2 ghaib ni kita kena pecaya jugak... sains sains la... ghaib ghaib punya cerita..!!"
Bagi yang tak pernah mengalami, mungkin sukar nak percaya.. tp aku percaya!! Sebab tok aku, mak cik aku, sedara mara aku pernah menderita akibat dengki khianat manusia.
Dari segemuk2 orang, tok aku jadi kurus kering! Pertama kali tengok dia selepas sihat (masa ni belajar di UTM, jarang blk kg), aku terkejut...Tok mana? Rupa2nya depan aku. Tak terbendung air mata!!!
nur indah... ajal maut tak kira usia, tak kenal kau siapa... yang hidup-perlu teruskan, tapi beringat-ingatlah.. erk!!! aku takut oiii... tak boleh dengar citer org meninggal- fobia, trauma.. mesti dalam tempoh tertentu jadi pasif dan takut2 gitu...
|