balik kampung Part1

Akhirnya…saya balik kampung jugak…. Ada la orang tu silap beli tiket… Saya suruh beli tiket Butterworth dia pi beli tiket pi Penang… Petang tu saya dok membebel kat orang tu… Kalau bas tu tak singgah Bagan lagu mana…? Sebelum naik bas saya suruh dia pi tanya pak cik drebar bas tu… Nasib baik bas nih singgah bagan. Tiket saya pukoi 10 malam. Maka bertolaklah saya menuju ke kampung halaman.. Dalam kepala saya dah terbayang char k teow yang mat jan cerita tu... wowowo…balik kampung…wowowo balik kampung….hati giranggggggg 
 
Sebenarnya…dalam hati saya takut sangat pasai hari sebelum tu ada tanah runtuh kat Gua Tempurung…. Adoi….awat la lani baru nak runtuh…. Time saya tak nak balik tak runtuh pulak… ishh….takdir yang menentukan pertemuan (nyanyi:keruntuhan)yang tak disangka (nyanyi sikit). Bak kata Samy vellu…  
 
“Tukar manusia pun tak boleh kasi halang itu tanah runtuh…. “ 
 
Kalau boleh saya tak nak tido dlm bas…pasai saya takut apa-apa terjadi… Tapi…aura mengantuk nih memang tak dapat nak dikontrol2.. lalu saya pun tertidur sepanjang perjalanan…. Saya tak inform mak pun bgtau saya nak balik. Konon-konon nak surprise…  
 
Disebabkan saya beli tiket last minute, single seat dah habis, terpaksa la duduk sebelah sorang uncle nih.. Ish…tak best betul la… Uncle nih pulak peramah yang amat. Dia dok bersembang ngan budak yang dok kat kerusi single sebelah seat dia tu…. Ada jer idea dia nak bersembang.. Budak perempuan tu pun dok melayan la si uncle nih… Saya buat bodo jer dan asyik memandang keluar tingkap, sebab saya malas la nak berbual2 nih.. 
 
Sampai di Bagan dalam pukul 6 lebih. Jalan kat situ dah berubah sikit. Dah tu saya dok cari bas 501 atau 502 nak pi BM tak dak pulak. Saya pelik jugak… Kat mana dia parking..? Last2 saya naik bas 60. Sampai Summit dah ada bas Sg. Petani, nasib saya baik di pagi hari Khamis tu. Selalu nak menunggu bas kat situ berjanggut. Dari Summit nak ke rumah saya kalau jalan kaki pun boleh, dalam 20 minit sampai la… Jauh lagi saya jalan kaki dari KTC nak ke Klinik Kesihatan UTM yang jauh nun di hujung dunia tu.  
 
Masa saya sampai rumah, ayah baru dok bersiap nak p gheja. Tergezut bukan main diorang saya balik tak habaq. Mak pulak asyik dok tanya pasai apa saya balik tiba-tiba…  
 
“Mesti ada sebab ni, pasai apa hang balik..? Kalau tidak hang susah nak balik, ni dah dekat nak ghaya dah hang balik pulak… Habaq kat mak, pasai apa hang balik ni…” 
 
“Tak dak apa la… saja la balik. Awat…tak boleh ka balik…” 
 
“Dak la…ni mesti ada sebab ni…. Habaq mai lekaih” 
 
“Kak long nak p Jepun ni… ghaya kat sana la…” 
 
Terkejut monkey mak saya bila saya cakap macam tu…saya dah tau dah.. Tu pasal la saya saja je cakap macam tu. Mak saya ni jenih cepat risau sikit. Sikit-sikit risau…sikit-sikit risau. Kalau saya tepon bgtau nak balik, mesti mak saya tak bg balik pasai tanah runtuh kat Perak tu.. 
 
nur indah… dulu penah jugak balik tk bgtau konon2 nk surprise. Last2 kena tepon jugak bila sampai dekat Summit, pasai tunggu bas lama sangat. Berjanggutttt



[ JUAL SELENDANG ]

NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

trisakti: dodol tak mau laa...ferrero roche nak la.. ehehe

itikputih: it was long long time ago... masa tu utm belum jadi u metropolitan lagi ...sedih ooo mase tu... kawan demam teruk, kena jalan jauh dgn dia....nak tercabut tapak kaki berjalan...rentas padang, lalu SUB, CP, KTF...jalan lagi...dan lagi...

adiema: bukan kat sp la adiema...kat BM jer...jom la mai ghaya kat ghumah. boleh bawak p makan char k teow sedap..hehehe

125010 | posted by anon:selendangbiru on October 19, 2004 at 11:23

selendang kg kat sp ker??? area mana tu? adiema byk member kat sana...

124966 | posted by anon:adiema on October 19, 2004 at 8:06

eh.. tapi sekarang nih dah ader kolej 17.. so nak gi pusat kesihatan tak yah jalan kaki dah.. hehehe bas byk gi saner maklumlah 12 , 13 , 14, 15 , 16 dan 17 semua area2 P K UTM...

124938 | posted by anon:itikputih on October 19, 2004 at 1:18

nie raya dah beli tiket...ke balik jalan kaki..ke nak raya kat perantauan...amacam...raya kat rumah trisakti jelah...trisakti jamu dodol perisa horlick....nak....

124925 | posted by anon:trisakti on October 18, 2004 at 21:50