pizza yang melugai...

 
 
Semalam berbuka di pizza hut Batu Pahat. Order Puasa Combo(sebab ada alfredo spaghetti, ada orang tu teringin sangat nak makan) + garlic bread + lasagna. Dah makan banyak-banyak nak termuntah pulak, pasal semuanya bercheese.  
 
Semua sekali RM46. Service charge empat ringgit, tapi service macam ampesssssss..... mintak sos kat budak pompuan tu, sampai dah kenyang, sos tak sampai2... dah tu, bila panggil dia nak suruh bungkus pizza yang tak abih(pasal sakit hati sos tak dapat), dia buat bodo jerrr.... memang nak kena penampo budak pompuan nih.....  
 
Lupa pulak nak tanya nama dia... kalau tak, boleh komen kat boss dia.. biar dia tau...orang bayar gaji kau untuk kau bekerja... Kalau kau malas nak kerja, kau buka francais kau sendiri, supaya kau boleh goyang kaki, orang lain pulak kena ikut telunjuk kau... 
 
Mari kita renung-renungkan... 
"Jika seorang customer membelanjakan RM 20.00 untuk meal yang paling murah di Pizza Hut, dia perlu membayar RM2 bagi service charge. Kita andaikan, dalam satu jam ada sepuluh customer membelanjakan minimum RM 20 seorang. Jadi jumlah keseluruhan service charge dalam tempoh sejam 
1 customer = RM2 
10 customer = RM 2 x 10 = RM 20.00/jam 
 
Kita andaikan pula gaji seorang pekerja (bawahan) di Pizza hut adalah RM4 sejam, oleh yang demikian dalam tempoh sejam Pizza Hut telah dapat membayar gaji 5 orang pekerja hanya dengan menggunakan pendapatan daripada service charge... Boleh kita andaikan pada masa itu, kita adalah bos mereka. Kerana kita yang telah bayar gaji mereka.... 
 
So..apa yang sepatutnya pelanggan (bos ketika itu) dapat balik kerana telah membayar gaji 5 orang pekerja mereka...? 
 
1. Layanan yang baik 
2. Layanan yang memuaskan hati 
3. Sentiasa alert pada keperluan pelanggan, contohnya...pelanggan nak sos ke, pelanggan nak sudu, pinggan,mangkuk lebih ke...,pelanggan nak suruh clearkan meja ke...(meja untuk dua orang kat pizza hut sempit kan..?)...dan lain-lain lagi lah keperluan pelanggan. 
4. Senyum2 la selalu, dan sentiasa menyapa pelanggan dengan ucapan-ucapan seperti selamat pagi, selamat malam, macam mana hidangan kami, macam mana layanan kami ( macam mana nak tanya kalau dah tak layan..) dn lain-lain... 
5. Lain-lain....sila tambah apa yg patut....
 
 
Inilah kesan monopoli di satu-satu tempat, mungkin Pizza Hut Batu Pahat merasa selesa dengan kedudukan mereka kerana tiada saingan dari rangkaian pizza lain seperti Domino, Vivo atau Shakey's... Jadi kepuasan pelanggan tidak menjadi primary target mereka. Yang penting sale mereka tinggi... Siapa yang rugi...? Pelanggan jugakkkkkk... Ada ka patut makan pizza tak dak sos....  
 
Kepada sesiapa yang berhajat nak bukak francais Shakey's ker...meh la kat Batu Pahat ni..... 
 
nur indah... amaran untuk pekerja: jangan makan gaji buta,tak baik untuk kesihatan kau dan keluarga kau



[ JUAL SELENDANG ]

NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

kena hantar training banyak-banyak tu

125753 | posted by anon:Anonymous on October 25, 2004 at 16:16