pasar ramadhan...

Barangkali hari ini juga dia resah 
Memandang mendung yg pekat 
Bila tiba masanya 
Dia buka meja, dia pacakkan payung 
Susun semua yg dia bawa atas meja itu 
 
Seperti semalam dan hari sebelumnya 
Hujan pun turun 
Orang ramai yang ada di situ 
Bertempiaran cari tempat berteduh 
Yang belum keluar rumah  
Sudah pasti tidak akan ke tempatnya 
Dan kuih-muih, lauk-pauk dia tak habis lagi 
 
Aduhai..sabarlah peniaga-peniaga 
Rezeki kau ada di mana-mana 
Itu janji Tuhan 
Bila kau berusaha dan mencarinya 
 
nur indah... mungkin semalam dan hari ini rezekimu kurang, jika kau bersabar, tentu rezeki kau akan berlipat ganda esok-esok nya, percaya padaNya



[ JUAL SELENDANG ]

NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!