|
TAK NAK !!!!!
Satu hari tu, dlm perjalanan saya nak berbuka puasa, saya ternampak satu signbod kempen TAK NAK merokok kat tepi jalan.... , tak adalah apa pun yg pelik ttg signbod tu, sama jugak macam kat tempat lain, rokok tu tetap juga bengkok... Yang lainnya cuma, signbod tu tlh diconteng dgn perkataan 'Prejudis Perkauman'... erk!! Baru hari tu saya tahu PEROKOK juga merupakan satu kaum. Seperti Sabah dan Sarawak yang terdiri drpd pelbagai kaum, Bajau, Melanau, Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain2. Sudah pasti, kaum perokok juga ada pelbagai, kaum dunhill, marlboro, salem, gudang garam... wah..!!! Malaysia memang kaya dgn kaum majmuk. Tak jauh dr situ, ada pula terconteng perkataan 'Diskriminasi'.... kasihan... kaum mereka di anaktirikan.... ... 'Bagus' betul dia, bangun memperjuangkan kaumnya.... nur indah... kaum tembakau dan curut jgn dipinggirkan 

|