dah tak mampu bersabar lagi...

Semalam hati runsing, mak telefon sambil nangis2... ni semua dia tu punya pasal.. Aku tak ambil tahu hal rumahtangga kau, kau jgn nak ambil tahu hal rumahtangga aku... Aku tak pernah nak sibuk-sibuk anak kau jadi anak dara tua, kawin lambat (ada jodoh jalan.. tak de jodoh mungkin belum masanya...) , aku tak kisah bila anak kau yang memilih tu kawin dgn lelaki tua (memilih sangat... tu la..). 
 
Aku tak pernah nak sibuk-sibuk bila menantu kau tak boleh mengandung walaupun dah berpuluh tahun kawin, (itu kerja Tuhan, ada rezeki, ada...) , aku tak penah sibuk-sibuk ttg segala macam kekurangan kau. Jadi, kau jgn nak sibuk-sibuk hal aku dan keluarga aku.  
 
Dah bertahun-tahun aku sabar, sangat sabar, malah aku lebih suka mendiamkan diri bila orang bercakap ttg kau, aku malas nak ambil port. Malas nak tambah dosa aku mengutuk kau. Dan selalunya... dulu-dulu kalau mak dan adik aku bercakap pasal kau, akulah orangnya yg akan backing kau, aku tutup kesilapan kau dgn berbagai alasan. Sampai kadang-kadang mak aku pun tak puas hati dgn aku. Sebab apa...? Sebab aku tak nak orang benci kau.. Aku mahu hidup dalam keluarga besar yg bahagia dan harmoni.  
 
Tapi... bila kau buat mak aku menangis, bila kau buat bapak aku makan hati, aku memang tak boleh sabar lagi. Aku hormat kau pasal kau dah tua, tapi kalau kau dah melampau aku tak sabar lagi. Kau boleh cakap apa saja dkt aku, tapi jgn buat mak aku terluka, jgn buat bapak aku terasa.  
 
Kau buat bapak aku macam kuli kau, sebab bapak aku tak pandai, sebab bapak aku tak habis sekolah, tak keja pangkat tinggi, tak jadi pegawai itu ini... kau ingat bapak aku tak ada perasaan...? Kau perkuda bapak aku macamlah bapak aku sorang anak kau. Benda senang pun kau cari bapak aku, benda susah apa lagi.... Carilah anak-anak kau yang kaya raya tu... Buat apa cari bapak aku... 
 
Sampai kan anak kau nak pindah rumah pun kau telefon bapak aku datang tolong, aku tak kesah, tapi aku jadi kesah bila aku dapat tau kau panggil bapak aku datang jauh-jauh cuma setakat nak angkat beg pakaian dari dalam rumah ke kereta yg jarak sekangkang semut.  
 
Buat apa belaki kalau laki tak boleh nak buat keje. Apa... laki dia anak raja Brunei ke....? Beg tak berat mana pun suruh bapak aku jugak...!!! Anak kau balik dgn laki dia dari KL pun kau suruh bapak aku ambik, sedangkan bapak aku dah tak sempat nak pegi keje....Anak kau kan kaya.. naik teksi je laaaa....  
 
Aku balik pun tak suruh bapak aku ambik, aku naik bas balik rumah. Sebab apa...? Sebab aku tak mau kacau bapak aku pagi-pagi, sebab aku tau bapak aku nak pegi keje...  
 
Itu pun kau masih cakap mak bapak aku tak boleh harap !!!! Panasssss... Telinga aku sangat panas bila dengar kau cakap mcm tu... Grrrrrrrrrrrrr.... memang kau jenis manusia yang tak reti nak mengenang budi....!! 
 
Bertahun mak aku makan hati dengan kau, selama ni kau buat apa pun mak aku tak pandai nak melawan kau. Sebab mak aku hormatkan kau, sebab mak aku tak mau bapak aku kecil hati, tapi... sekarang tak lagi. Kau sengaja undang kebencian orang terhadap kau, dan aku takkan bersabar kalau orang buat mak bapak aku macam ni. Kalau ada org nak porak perandakan keluarga aku. Aku tak peduli apa orang nak kata...  
 
Sepatutnya dekat-dekat nak raya ni, kau jangan buat hal... Orang nak bergembira, bermaaf-maafan kau cari pasal... Aku, adik aku dan mak dah planning tak nak pegi rumah kau. Tapi.. aku kesian dengan bapak aku, mesti dia nak jumpa kau dan keluarga dia... Seburuk-buruk kau, kau tetap mak yang mengandung dan melahirkan dia.  
 
Aku keliru, nak pegi rumah dia dan menghadapi mulut dan perangai dia yang macam *toooot*, atau kesiankan ayah aku... Arghhhhhhhhhh.... confuse!!!!!!!!! 
 
nur indah... kesabaran ini ada batasnya, jangan sampai kita tercungap dek kerana terlalu bersabar.. dan aku memang dah tak sabar lagi...!!!!



[ JUAL SELENDANG ]

NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

bawak banyak bersabar, bulan˛ pose ni. Tapi aper ker siot sgt dia tu......rejam jer dia nak tak..?

127628 | posted by anon:zz on November 9, 2004 at 12:13

ahaks.... kalau leh rejam dah lama dah saya buat... uishhhhh.... banyak tol le dosa saya ngan dia nih...

127632 | posted by anon:selendangbiru on November 9, 2004 at 12:18

seorang kawan mengingatkan :

apa2 pun masalah di dunia ini
samada besar atau kecil
berkaitan dgn orang atau tidak
dapat di selesaikan dengan
sabar dan solat

apatah lagi di akhir2 bulan mulia ini
munajat di dinihari bisa menarik perhatian ilahi
semuga yg kusut terurai kembali

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

"wahai orang-orang yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar"
(al-Baqarah:153)

cakap memang senang
berat mata memandang
berat lagi bahu memikul

tapi itu saja selindang yg dapat dijual
suka kalo beli, tarak kalo i'm sorry.

127633 | posted by anon:hanya saorgorg on November 9, 2004 at 12:26

terima kasih saorgorg... saya suka selendang ni... saya nak beli... semoga selendang yang saya pakai ni, dapat 'mencantikkan' hati dan wajah saya...

127635 | posted by on November 9, 2004 at 12:37