Ada orang tanya aku…

“Kalau dah kawin nanti, katalah suami kau kaya. Bulan2 dia kasi kau sepuluh ribu. Kau nak keje ke nak duduk rumah je. Jaga anak, jaga suami, jaga harta benda suami….?” 
 
Aku nak keje sendiri…!!!  
 
Selalu orang akan jawab… 
 
“Rugi la belajar tinggi2 tak kerja, baik tak payah belajar dulu, buang masa, buang duit..!!!” 
 
Itu bukan main alasan aku. Tak dinafikan that is 1 of the reason, tapi…. aku nak pegang duit hasil titik peluh aku sendiri. Aku tak nak bergantung 100% pada suami.  
 
Aku mahu ada kerjaya sendiri dan mampu teruskan hidup aku dan anak2 aku bila sesuatu terjadi nanti. Manalah tau jika ditakdirkan kasih sayang dia berubah atau dia pergi terlalu awal menyahut pangggilan Ilahi (nauzubillah)….  
 
Macam2 boleh terjadi dgn kehendak Tuhan.Hari ni abang sayang, esok abang melayang..!!! What can we do is bersedia.. Aku kira…. Inilah persediaan aku. Terlalu banyak pengalaman dan kisah hidup orang lain yang boleh aku ambil sebagai iktibar.  
 
Tok teh aku sendiri, mengalami pengalaman hidup yang memeritkan. Asalnya dia bekerja, tapi selepas kawin, dia berenti. Konon2nya nak jaga suami dan anak-anak. Nak tumpukan perhatian terhadap keluarga.Tapi… kita merancang, Allah merancang.. but Allah is d’ great planner.  
 
Kasih yang terpatri bersama suami, tidak kekal lama. Ada ranjau yang menawan.. akhirnya hidup sendirian membesarkan dua orang anak yg kurang upaya (kedua-duanya, abang n kakak tak boleh mendengar dan bercakap, si abang boleh la jugak ckp sikit2…).  
 
Apa nak buat..? Ada keje elok2 masa muda dulu dah berenti…. Nasib pandai jahit baju.. Jadilah dia si tukang jahit. Tapi… banyak mana sangat la tempahan yg ada. Ikut musim… bulan raya banyak la… Abih 11 bulan lagi nak buat apa….?  
 
Kesian… suami lepas tangan…!!! Anak-anak yg normal pun suami selalu lepas tangan, inikan pulak anak-anak macam ni. Langsung tak peduli makan pakai anak2, Susah senang anak-anak hanya ibu tempat bergantung. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang… 
 
Arghhh… aku tak nak nasib aku dan anak-anak begitu!!! 
 
Aku mahu menjadi perempuan tabah dan kuat Seperti dalam kebanyakan novel Norhayati Berahim yg aku gemar baca tu… Dah lunyai Rindu dan Noktah…  
 
Aku tak pernah jemu ulang baca, kerana di situ aku temui kekuatan seorang perempuan!!! Tidak hanya pandai menangis bila menghadapi ujian dan derita.. tapi juga cekap menguruskan hidup!! Tidak hanya tunduk pada keegoan seorang lelaki, dia bangun mempertahan maruah diri. Aku ingin jadi perempuan seperti itu..!! ! 
 
Aku tak mendoakan, tp… kita tak tahu apa yg akan terjadi dalam rentetan perjalanan hidup kita. Mak Andeh juga tak menjangka perkahwinan yang terbina tak kekal lama…  
 
Seandainya ia berlaku terhadap aku, at least aku telah bersedia untuk menerima. Sebab tu aku tak nak goyang kaki kat rumah walaupun suami aku orang kaya bendahara….hehehehe  
 
“Kalau suami suruh duduk rumah je cemaner…? Isteri kan kena ikut cakap suami..!!!” 
 
Erk!!! Aku merancang…. Tuhan merancang…. Dan Dialah sebaik-baik perancang…. 
 
nur indah… kalau dia jodoh aku, aku kira dia cukup memahami… aku hanya merancang, juga memasang angan-angan !!!!



[ JUAL SELENDANG ]

NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

boleh ke kite buat mcm ni... sebelum akad nikah kan.. tok kadi akan bacer aper ek namenyer..taklik..(ntahlah kalau salah harap betulkan) ala..yang kat situ ader cakap kalu suami tak bagi nafkah..isteri boleh buat aper.. semua tu.. boleh tak kat situ kiter tambah..isteri dibenarkan bekerja..sehingga kemahuan sendri untuk berhenti..bolehkan???? ehehehe

129232 | posted by anon:itikputih on November 26, 2004 at 11:01

hish..

xpam la aku org cm ko ni...

129236 | posted by anon:kick on November 26, 2004 at 11:17

itikputih: mmm.. menarik jugak tu... why not buat agreement mcm buat loan PTPTN, siap matikan setem sekali.... nanti boleh tuntut if anything happen coz ada black n white dia... ehehe.. perempuan zaman sekarang...!!!

kick: orang perempuan zaman skrg kena berhati2 coz ramai lelaki tak de hati skrg ni... kalau semua baik mcm ko tak pe la... erkk!! ko baik ker...? eheheh

129242 | posted by anon:selendangbiru on November 26, 2004 at 11:30

aku bantai je nih!

nanti kan, kalau 2-2 keje, pastu anak-anak hantar kat taska-kurang kasih sayang. Pastu bila besar besok diaorang berpotensi untuk menghisap dadah. eh..?

129251 | posted by on November 26, 2004 at 12:33

chewa dan adik tak isap dadah pun, dah jadi doktor dan lecturer pun, mama dan abah 2-2 keje, malam baru ada masa jumpe, tak tahu lah kalau org tak bernama mcm tu. maaf ye kalau terasa ke

selendang... chewa setuju dgn selendang, kita kena bersedia. Kawan chewa baru 5 tahun kawen, lps kawen resign, skrg bila dh divorce tergagau cari keje

129254 | posted by anon:chewa on November 26, 2004 at 13:05

hidup mesti independent

kupukupu terpegun dengan novel bukan puteri lindungan bulan. best sangat. pun dapat sikit panduan dari novel itu.

129257 | posted by anon:kupukupu on November 26, 2004 at 13:37

Sorang keje atau 2-2 keje tak penting pada aku. Yang penting bagaimana kita mendidik anak2. Jika kita langsung tidak amik kesah hal anak2, mana dia pegi, sapa kawan dia, apa dia buat.. aku mungkin bersetuju dia bakal jadi penagih dadah bila dewasa. Tapi, jika kita amik kesah perihal anak2 dan pendidikan yg bagaimana mahu kita beri, aku fikir tak salah 2-2 bekerja. Banyak juga kes isteri full time hswife, tp anak2 masing2 perangai mcm hantu... Maaf, aku tak kata semua.
Mak.. orang tak kata mak ye.. Anak2 mak sumer dah berjaya... Alhamdulillah.. Semua benda ada pro n kontra, aku berdoa moga Tuhan redhai jalan yg aku pilih.. Amin...

chewa: Mudah-mudahan dijauhkan dari perkara yg tak diingini, terima kaseh krn berkongsi cerita

kupukupu: My fav novel Rindu, Noktah, BSKB (Bila Sena Kembali Berbunga 1 & II )dan... banyak lagi... Baca novel buat hati jd tenang...( of course la Al-Quran comes first. )

129275 | posted by anon:selendangbiru on November 26, 2004 at 15:42

sukati cuculah...asalkan laki ko tak marah sudah....

129361 | posted by anon:mak enon on November 27, 2004 at 18:52

selendang...maaf yer..pasal tak jadi gath hari tu..

pompuan macammana pun kena independent, mandiri.. kerja bukan cuma masalah duit dan income, tapi suatu pernyataan akan identiti dan jati diri serta mengembangkan potensi sebagai seorang manusia.

129999 | posted by anon:gigitakbertatoo on December 2, 2004 at 21:20