B *A * B* I...

Hmmmm… sekarang nih isu sausej usus B-A-B-I jadi kes besar. Jadik isu nasional, hmmm memang patut pun. Sebab ini berkaitan dengan agama, Sensitivity orang-orang beragama Islam tak boleh dipandang jelek. Telah jelas babi tu memang haram bg orang Islam. 
 
Makan babi jadi B-O-D-O-H dan L-E-M-B-A-P ????? 
 
Ini mengingatkan aku pada satu peristiwa… 
 
Beberapa tahun yang lalu di pejabat FKE... (suasana kabur-kabur time nih... ala2 drama tv1 gitu, hehehe) 
 
Aku temankan Ami nak mintak sign Dr. Jo untuk luluskan dia bawak kredit lebih, sem depan. Masa untuk hantar slip pendaftaran dah makin suntuk. Kena cepat-cepat mintak sign Dr. Jo, waktu tu petang, mmmm tengahhari sebenarnya.. masa tu dia macam kelam kabut sikit, biasa la..orang-besar-besar, busy memanjang… 
 
“Dr… saya nak mintak sign Dr…” kata Ami 
 
“Untuk apa..?”  
 
“Saya nak ambik kredit lebih sem depan” 
 
“Kenapa awak kena ambik kredit lebih?”
Dr Jo tanya dengan nada yang dah lain sikit. Aku dah berdebar-debar ni..  
 
“Emmmm sebab sem lepas saya ada fail subjek, jadi sem depan kena ambik lebih, kalau tak, nanti saya kena extend”  
 
“Saya tak mau sign, sepatutnya awak tak perlu semua ni…” 
 
“Tapi Dr…. nanti sy kena extend” 
 
“Itu bukan masalah saya, kenapa awak fail ? Kenapa orang Cina tak de datang jumpa saya nak tambah kredit. Kenapa orang Melayu je yg dtg jumpa saya? Diorang boleh habis ikut masa.. kenapa diorang PANDAI? Sebab diorang orang kapir??? Sebab diorang makan BABI..??? sebab tu jadi pandai??????!!!
 
 
Ting Tong Ting Tong Toink Toink Bzzzzz… Aduhhhh Adoi doi doiiii… Malu yak amat… Muka kitorang dah merah sama naik dengan merah muka Dr. Jo… Merah kitorang merah malu… merah dia merah marah… Huhuhuhu… sedih… malu dan BERBEKAS!!!! 
 
Kami blah… tak terkata!!! 
 
“Tak pe la… biar la aku extend… Aku nak buktikan dekat dia !!!!  
 
Ami cakap penuh semangat bercampur sedih teramat.. !!! 
 
nur indah... kenapa orang Ci*na pandai-pandai-berjaya-berjaya-hebat-hebat belaka???? 
 
Disclaimer: Entry ini tak bermaksud makan BA*BI jadi pandai, berjaya dan hebat belaka. Pls read between d' line. Harap maklum.



[ JUAL SELENDANG ]

NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

orang kata apa yang kita makan akan membentuk diri kita. sebab tu dalam Islam sangat tegas mengatakan mana yang haram dan mana yang halal. makanan yang halal pun, kalau dibeli dengan wang haram akan jadi haram.

mungkin babi ni pandai, sebab tu orang yang makan daging dia pun pandai.

tapi di satu sisi yang lain, babi penuh dengan sifat-sifat buruk yang lain dan mungkin orang tak pernah tahu atau exposed. sifat buruk yang ada pada pemakan daging babi ni mungkin sebenarnya berasal dari binatang.

wallahualam

139740 | posted by anon:gtb on April 1, 2005 at 16:26