|
NurIndah™
dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23



1-Kena siapkan RP , quotation & lampiran 2-Kena completekan semua borang 3-Pegi phothostat & binding 4 copy
Esok....
Submit !!!
nur indah... lepas tu kena la tunggu orang gov buat keje. Harap-harap cepat la... cepat ke? Nak raya ni...
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..."
Ramadhan kali ini mmg cukup penuh bermakna bagi mereka di Tak Bai
nur indah... berita tadi, mereka (yg dibebaskan) ckp bahasa melayu loghat Kelantan. Mereka cakap bahasa orang kita bercakap. Itu buat aku lagi sangat sedih..kerana rasa kuatnya tautan mereka dan kita... sungguh, sedih ini tak dapat ku tahan-tahan
  Photo from harakahdaily.net
Saya sangat sedih tengok jendela dunia semalam. Kes pembunuhan penunjuk perasaan di Tak Bai, selatan Thai. Air mata ini untuk saudara-saudara seIslam ku yang dilayan bagai binatang, yang nyawa mereka melayang langsung tak berharga di mata si baju hijau celoreng2 itu. Allah huakbarrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!
Sedih bila melihat mereka berlari menyelamatkan diri, tapi mereka ditangkap, dipijak2, ditendang2, disepak terajang, dipukul dgn senapang dan belantan, mereka (kebanyakannya remaja) diikat dari leher, tangan hinggan kaki. Kemudian dicampak2 ke dlm trak tanpa simpati sdkt pun. Bertindih2 lah anak2 itu antara satu sama lain.... hati siap tidak belas ??????
Saya teringat berita semasa kes selesema burung sedang menular hari tu di Kelantan, mereka tangkap dan ikat ayam2 tu, mereka masukkan dlm plastik dlm keadaan ayam2 tu masih hidup, maka menggelupur lah ayam2 tu, lalu mereka humban dalam lori, penuh satu lori dgn beratus2 plastik yang di dlmnya ada berpuluh2 nyawa ayam. Melihatkan nasib ayam2 itu, lagikan hati jadi sedih, inikan pula melihat nyawa manusia dihumban begitu, nyawa saudara-saudara seIslam kita.
Sedih... sangat sedih.... saya membayangkan, bagaimana kalau yang dipijak2 itu adik lelaki saya...? Bagaimana kalau yang disepak terajang itu ayah saya..? Bagaimana kalau yang ditembak mati itu suami saya...? Bagaimana kalu yang dihumban dan dibiar bertindih2 dan sesak nafas itu saudara mara saya, kaum kerabat saya?
Bagaimana...? Bagaimana rasanya menyaksikan orang-orang tersayang ditindas tanpa belas lalu tumpas di depan mata sendiri...? Hati isteri mana yang mampu menanggung pilu ini...? Hati ibu mana yang dapat menanggung sebak ini...? Hati kental ayah mana yang tidak menyimpan dendam..? Hati anak mana yang tidak memberontak?
Perjuangan ini belum selesai.... dendam itu beraja di hati..... bermahkota di jiwa.... Tiap titisan darah yang mengalir pasti dituntut !!!!!!!!!! Baca lagi !!!
nur indah... aku sangat sedih....sedih sangat... siapa yang akan membela nasib mereka...? Bukankah negara kita Pengerusi OIC? Apa peranannya... aku kurang pasti...
Satu hari tu, dlm perjalanan saya nak berbuka puasa, saya ternampak satu signbod kempen TAK NAK merokok kat tepi jalan.... , tak adalah apa pun yg pelik ttg signbod tu, sama jugak macam kat tempat lain, rokok tu tetap juga bengkok...
Yang lainnya cuma, signbod tu tlh diconteng dgn perkataan 'Prejudis Perkauman'... erk!! Baru hari tu saya tahu PEROKOK juga merupakan satu kaum. Seperti Sabah dan Sarawak yang terdiri drpd pelbagai kaum, Bajau, Melanau, Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain2. Sudah pasti, kaum perokok juga ada pelbagai, kaum dunhill, marlboro, salem, gudang garam... wah..!!! Malaysia memang kaya dgn kaum majmuk.
Tak jauh dr situ, ada pula terconteng perkataan 'Diskriminasi'.... kasihan... kaum mereka di anaktirikan.... ... 'Bagus' betul dia, bangun memperjuangkan kaumnya....
nur indah... kaum tembakau dan curut jgn dipinggirkan 
Semalam lawan main helikopter kat tempat zz ngan orang tu. Semalam saya tak dapat nak celen dia. Tapi hari ni, dengan semangat dan azam baru, saya dah menang!!!! 2508 vs 1565... Hehehe... bangganyaaaaaa... erk!!! Tak baik riak... Ah....ini bukan riak.. tapi tanda kepuasan diri kerana mencapai cita-cita dan impian... 


nur indah... nyanyi:jika kau fikirkan kau boleh..kau pasti boleh melakukan.... fikirkan BOLEH!!!
Penat....!!! Pagi tadi ke Bank Islam, ambil buku cek dan kad ATM, kemudian bergegas pula ke CH William, ambil report taksir tanah. 3 copy for RM 530. Wah...!!! Saya agak kos dia cuma dalam 100 je, duit minyak dia pegi balik tgk tanah dan kos photostat report tu. Selebihnya... kos professional... Kaya dia!!!
Itulah bezanya orang yang bekerja guna keringat, berhempas pulas, keluar semua peluh jantan dan bet.. erk!! tak sedap nak sebut 'betin*', peluh pompuan ade ker....? dan orang yg bekerja guna otak, duduk dalam econ, boleh bergayut, sembang2, makan2...tapi... hasilnya berganda2.... emmm... apa yg saya nk cerita sebenarnya... aduh...otak saya berselirat... dan penat juga!!!
nur indah...peluh jantan.. kalau orang perempuan keje berpeluh2 panggil apa ye..?
Tadi sempat ym dengan sorang kawan masa belajar dulu. Masa second year, dia penah duduk depan bilik saya.
You currently appear invisible to t**.
aku: aku nyer blog pakai lagu kiroro... best...best... t**: hehe t**: aku ngah bengang t**: ko tak bengang ke aku: apsal aku: hehehe aku: ko kena marah ke t**: tak la... t**: baru lepas berbincang dgn org yg takleh bertolak ansur t**: memang la aku tak puas hati aku: lol.... aku: ko buat bodo je la.. t**: sebab dah lama tak puas hati dgn dia t**: dah ajdi tak paus hati terkumpul t**: silap t**: tak puas hati terkumpul t**: mula la aku rasa nak cari saurng kusyen mak aku nih t**: rasa nak tgk wayang pun ada aku: hahahahha aku: satung kusyen nak wat pe plak... t**: raya la aku: ops silap aku: sarung kusyen aku: cehhh t**: mak aku suh cari warna oren t**: matching ngan langsir aku: ko cakap tak de continuity la t**: nak cari sarung kusyen adalah tindakbalas kpd kebengangan aku: abih tu ko nak warna pe t**: kan ada relation tu aku: hahahaha aku: aku pun rasa nak cari lidi ni t**: entah kenapa aku rindu betul zaman study t**: (emoticon nangis) aku: aku punnnn aku: (emoticon nangis) aku: (emoticon nangis) t**: kenapa jumpa org2 mcm ni t**: dulu aku pon jahat gak t**: tp takde la sampai begini jadinya aku: what u give u get back.... aku: (emoticon sengih) t**: (emoticon jelir lidah) aku: hidup ni kan timbal balik... hehehhe t**: huk huk huk aku: tengok pokok la t**: (emoticon apa ntah)
dan seperti selalunya............... hanging session!! Tak penah ada ending. Sama ada dia atau saya akan diam begitu saja, bila rasa tiada apa lg nak dibualkan. Esok-esoknya berbual lagi, dan endingnya tetap juga begitu.. Barangkali, diam begitu adalah tindak balas yang bagus jika malas meneruskan perbualan... 
nur indah... aku juga rindukan waktu itu, masa kita bergelar penuntut dahulu...
Keratan dari harakahdaily semalam:
"Sebagaimana lagu Bukan Orang Biasa, Harakahdaily belum tahu lagi siapakah penulis lirik yang kreatif ini.
Penulis lirik Bukan Orang Biasa, Mat Jan atau mungkin Mohamad Syafizan dari http://jongkang.blogspot.com/ hanya diketahui setelah tersiarnya cerita mengenainya dalam Harakahdaily.
Mungkin selepas tersiarnya maklumat mengenai perkara ini dalam Harakahdaily semalam, ketika penulis cuba pergi lagi ke blogspotnya pagi ini, ia tidak boleh dimasuki lagi...Bandwidth Limit Exceeded."..... Baca lagi!!
nur indah... patut la semalam mencuba, tak boleh-boleh nak masuk jongkang-jongket,ini sebabnya
Hora ashimoto wo mite goran Kore ga anata no ayumu michi Hora mae wo mite goran Are ga anata no mirai
Haha ga kureta takusan no yasashisa Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai Sonna watashi no te wo nigiri Isshoni ayundekita
Yume wa itsumo sora takaku aru kara Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no Jibun no story dakara koso akirametakunai Fuan ni naruto te wo nigiri Isshoni ayundekita
Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mite goran Kore ga anata no ayumu michi Hora mae wo mite goran Are ga anata no mirai
Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mite goran Kore ga anata no ayumu michi Hora mae wo mite goran Are ga anata no mirai
Hora ashimoto wo mite goran Kore ga anata no ayumu michi Hora mae wo mite goran Are ga anata no mirai Mirai e mukatte Yukkuri to aruite yukou
************************************************** Translation :
Look, watch your step This is your path Look, watch in front of you That is your future
Mother gave me so much kindness Holding on to love, I refrained as I walked At that time I was still young and didn't know the meaning She grabbed the innocent me tightly and walked together
Since dream is always high up in the sky I am afraid of not reaching it, however I continue to pursue it Her own story, because of it, I don't want to give up When I felt anxious, she grabbed me tightly and walked together
That kind of kindness, sometimes I dislike I cannot be docile to my separated mother
Look, watch your step This is your path Look, watch in front of you That is your future
That kind of kindness, sometimes I dislike I cannot be docile to my separated mother
Look, watch your step This is your path Look, watch in front of you That is your future
Look, watch your step This is your path Look, watch in front of you That is your future Facing the future Walk slowly toward it
nur indah... translate tu tak tahu betul ke salah, saya ambil dari lirik lagu kiroro
Bila kau tak ada apa-apa nak di kata Baik kau diam saja
Kerana bila kau banyak berkata-kata Di situlah timbulnya dusta
nur indah... petang nanti bercadang untuk berbuka di luar, dah lama tak makan tomyam kegemaran
Aktiviti pagi tadi... Bangun. Mandi & bersiap2..Pegi Maybank... Wah..wah..wah wah..wah... Hari ni hari Isnin rupanya. Patut la ramai orang. Dapat nombor utk private counter. Tak sampai sepuluh minit kat situ. Ni buat saya saaayang dekat Maybank nih..
Bank Islam.. Orang tak ramai... Tapi...opsss...bulan puasa... Tak baik mengata.... Kena banyakkan bersabar... Saya nak bukak akaun semasa. Banyaknye borang nak kena isi Patutnya saya tak payah tunggu. Terus pegi kat kaunter je Tapi.. saya tanya officer tu dia suruh amik nombor jugak. Orang baru kot...
nur indah... kalau semua bank pun buat keje macam lipas kudung (macam Maybank) amalkan, mesti semua orang pun suka
Barangkali hari ini juga dia resah Memandang mendung yg pekat Bila tiba masanya Dia buka meja, dia pacakkan payung Susun semua yg dia bawa atas meja itu
Seperti semalam dan hari sebelumnya Hujan pun turun Orang ramai yang ada di situ Bertempiaran cari tempat berteduh Yang belum keluar rumah Sudah pasti tidak akan ke tempatnya Dan kuih-muih, lauk-pauk dia tak habis lagi
Aduhai..sabarlah peniaga-peniaga Rezeki kau ada di mana-mana Itu janji Tuhan Bila kau berusaha dan mencarinya
nur indah... mungkin semalam dan hari ini rezekimu kurang, jika kau bersabar, tentu rezeki kau akan berlipat ganda esok-esok nya, percaya padaNya

Semalam berbuka di pizza hut Batu Pahat. Order Puasa Combo(sebab ada alfredo spaghetti, ada orang tu teringin sangat nak makan) + garlic bread + lasagna. Dah makan banyak-banyak nak termuntah pulak, pasal semuanya bercheese.
Semua sekali RM46. Service charge empat ringgit, tapi service macam ampesssssss..... mintak sos kat budak pompuan tu, sampai dah kenyang, sos tak sampai2... dah tu, bila panggil dia nak suruh bungkus pizza yang tak abih(pasal sakit hati sos tak dapat), dia buat bodo jerrr.... memang nak kena penampo budak pompuan nih.....
Lupa pulak nak tanya nama dia... kalau tak, boleh komen kat boss dia.. biar dia tau...orang bayar gaji kau untuk kau bekerja... Kalau kau malas nak kerja, kau buka francais kau sendiri, supaya kau boleh goyang kaki, orang lain pulak kena ikut telunjuk kau...
Mari kita renung-renungkan... "Jika seorang customer membelanjakan RM 20.00 untuk meal yang paling murah di Pizza Hut, dia perlu membayar RM2 bagi service charge. Kita andaikan, dalam satu jam ada sepuluh customer membelanjakan minimum RM 20 seorang. Jadi jumlah keseluruhan service charge dalam tempoh sejam 1 customer = RM2 10 customer = RM 2 x 10 = RM 20.00/jam
Kita andaikan pula gaji seorang pekerja (bawahan) di Pizza hut adalah RM4 sejam, oleh yang demikian dalam tempoh sejam Pizza Hut telah dapat membayar gaji 5 orang pekerja hanya dengan menggunakan pendapatan daripada service charge... Boleh kita andaikan pada masa itu, kita adalah bos mereka. Kerana kita yang telah bayar gaji mereka....
So..apa yang sepatutnya pelanggan (bos ketika itu) dapat balik kerana telah membayar gaji 5 orang pekerja mereka...?
1. Layanan yang baik 2. Layanan yang memuaskan hati 3. Sentiasa alert pada keperluan pelanggan, contohnya...pelanggan nak sos ke, pelanggan nak sudu, pinggan,mangkuk lebih ke...,pelanggan nak suruh clearkan meja ke...(meja untuk dua orang kat pizza hut sempit kan..?)...dan lain-lain lagi lah keperluan pelanggan. 4. Senyum2 la selalu, dan sentiasa menyapa pelanggan dengan ucapan-ucapan seperti selamat pagi, selamat malam, macam mana hidangan kami, macam mana layanan kami ( macam mana nak tanya kalau dah tak layan..) dn lain-lain... 5. Lain-lain....sila tambah apa yg patut....
Inilah kesan monopoli di satu-satu tempat, mungkin Pizza Hut Batu Pahat merasa selesa dengan kedudukan mereka kerana tiada saingan dari rangkaian pizza lain seperti Domino, Vivo atau Shakey's... Jadi kepuasan pelanggan tidak menjadi primary target mereka. Yang penting sale mereka tinggi... Siapa yang rugi...? Pelanggan jugakkkkkk... Ada ka patut makan pizza tak dak sos....
Kepada sesiapa yang berhajat nak bukak francais Shakey's ker...meh la kat Batu Pahat ni.....
nur indah... amaran untuk pekerja: jangan makan gaji buta,tak baik untuk kesihatan kau dan keluarga kau
Dia telefon semalam Kerjanya dah sempurna Dia suruh datang ambil Bukan hari ini Isnin nanti
nur indah... hati senang, bila semakin byk urusan hampir selesai

nur indah... ramai betul pencuri di sini, pencuri telefon, pencuri duit, pencuri bateri...pencuri hati..? ahaks..
Petang tadi, saya tanya suraya tempat char k tiau yg orang asyik cakap sedap tu kat mana.. Kata suraya dulu belakang Alkaria, tapi dah pindah depan pejabat pos, sebelah Alkaria pulak.
"Pi lambat satgi oghang ghamai..." kata adik
Malam itu saya dan ayah keluar awal untuk beli char k tiau. Baru pukul 8 lebeh , orang dah ramai dah.. Ramai yang makan kat situ, ramai jugak yang tapau macam saya. Saya order 6 bungkus. 2 untuk saya, 2 untuk ayah, 2 untuk adik. Mak tak lalu makan char k tiau. Tak sesuai dgn tekak katanya.
Masa menunggu tu ada sekumpulan (2/3 orang) mamat yang berambut panjang semua, duduk di satu meja berdekatan saya. Sambil menunggu tu saya terpandang kat menu dia tulis..
BESAR RM 3.50 KECIL RM 2.50 UDANG SEPINGGAN RM 5.00
Tiba-tiba salah seorang adri mamat2 tadi, datang dekat saya..
"Ni ****** ka...?"
Berderau.... macam mana dia tau nama penuh saya...?
"Eh...tak lah...ehhhh..." Sapa mamat ni, sapa mamat ni...macam mana dia kenal aku?
"Duduk dekat mana.."
"Penanti..." Saya tipu dia sebenarnya 
"Dulu bukan duduk dekat rumah Pah ka...?
"Eh..ye la...eh...mana tau..."
"Betoi la ni ******."
Opssss...saya terjerat.
"Ha la...sapa ni...?" Saya pulak tanya dia...Serius, saya tak kenal dia...sapa ek...?
"KK, Fikri...Satu sekolah dulu...sekolah rendah..."
"Kita satu kelas ka...?" Saya ingat2 tak sebenarnya.
"Dak...Saya kelas 6H..."
Kalau tak salah... budak ni pernah minat dekat saya masa sekolah rendah dulu. Tapi, dia hebohkan pada orang konon2 saya yg minat dekat dia. Tapi...dulu dia hensem la, putih dan pendek sikit....sekarang nih kurus kering, gelap dan tinggi sikit....macam mat gian pun ada....opss
Order saya dah siap... Bayar RM15.00. Sampai rumah terus makan... Tapi...kenapa banyakkkk...? Selalu char k tiau sikit jer.... Sebab tu saya order sorang dua, takut tak cukup... . Ni banyak sangat... sampai tak larat nak habiskan...
Saya agak orang tu dah salah kira... Mesti tukang masak buat yang besar harga 3.50 tu, tapi si tukang kira, kira harga kecil 2.50.. Rezeki saya mungkin. Malam itu, saya kekenyangan char k tiau...dan..char k tiau dia memang sedap.. Agaknya macam mana rupa udang sepinggan tu...? Saya rasa dia kena letak nama char k dang la untuk menu tu...
nur indah... nak tengok gambar kena pergi tempat mat jan
Alhamdulillah... beberapa kerja telah hampir selesai. Hari isnin ke C.H William, hantar geran tanah yang nak ditaksir.
"Bayar lepas siap..." katanya
Ahhh...kalau tahu begini dari minggu lepas saya dah bawa geran. Betullah, kalau berat mulut bertanya, akhirnya diri sendiri yang rugi. Saya telah rugi seminggu.... Ya...saya rugi...
"Innal insaana lafiqusr... Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
Sayalah orang yang rugi itu...
Semalam dapat respons. Hari ni, ke Ayer Baloi tengok tanah. Kalau semua urusan secepat ini, kerja saya pun akan jadi lebih cepat dan mudah.
Mungkin berurusan dengan pihak MARA akan mengambil masa, terpaksa pula berhadapan dengan karenah birokrasi. Prosedur demi prosedur yang memakan waktu dan menuntut kesabaran.
"Illallazinaamanuwaa'milussolihatiwatawasaubilhaq,watawasaubissabr... Kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh kearah kebenaran dan mereka yang bersabar"
nur indah... Semoga saya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman dan bersabar... Amin

Ada pangkin bawah pokok lemuni tepi parit. Kata mak, sejuk kalau petang-petang duduk bawah tu. Petang tu saya, mak, suraya dan 2 orang budak yang mak jaga duduk di situ. Saya tengok tepi-tepi longkang, tempat saya menyauk ikan masa kecil-kecil dulu. Mata terpandang sekumpulan ikan-ikan kecil.
"Suraya...cari apa-apa, nak tangkap ikan..."
"Mana ada ikan...pembohong laaa"
"Tu...tak nampak ka...? Tepi longkang tu, ikan kecik-kecik, warna dia putih, memang la tak nampak..."
Saya amik penyodok, sauk ikan-ikan tu. Saya menjerit gembira.
"Dapat dah!!!...dapat dah!!!..."
Bila saya angkat penyodok tu,air berjejer keluar... Rupa-rupanya penyodok saya bocor. Arghh...
Saya ambil penyodok yang lebih besar.... Saya kaut lagi. Saya angkat penyodok. Ada ikan kecil berenang-berenang dalam tu. Saya tuang ikan tu dalam tin susu tepung, saya sauk lagi...dapat lagi.. Budak-budak kecil tu suka sangat tengok ikan-ikan tu. Kata mak, tu ikan kerpas....(mmm lupa la ikan apa mak cakap..).
nur indah... terkenang zaman kecik-kecik di situ. Berkawan dengan orang laki2, tangkap ikan, main polis sentri, main menyorok,pukul berapa datuk harimau,rounders,...indah betul masa tu
Akhirnya…saya balik kampung jugak…. Ada la orang tu silap beli tiket… Saya suruh beli tiket Butterworth dia pi beli tiket pi Penang… Petang tu saya dok membebel kat orang tu… Kalau bas tu tak singgah Bagan lagu mana…? Sebelum naik bas saya suruh dia pi tanya pak cik drebar bas tu… Nasib baik bas nih singgah bagan. Tiket saya pukoi 10 malam. Maka bertolaklah saya menuju ke kampung halaman.. Dalam kepala saya dah terbayang char k teow yang mat jan cerita tu... wowowo…balik kampung…wowowo balik kampung….hati giranggggggg
Sebenarnya…dalam hati saya takut sangat pasai hari sebelum tu ada tanah runtuh kat Gua Tempurung…. Adoi….awat la lani baru nak runtuh…. Time saya tak nak balik tak runtuh pulak… ishh….takdir yang menentukan pertemuan (nyanyi:keruntuhan)yang tak disangka (nyanyi sikit). Bak kata Samy vellu…
“Tukar manusia pun tak boleh kasi halang itu tanah runtuh…. “
Kalau boleh saya tak nak tido dlm bas…pasai saya takut apa-apa terjadi… Tapi…aura mengantuk nih memang tak dapat nak dikontrol2.. lalu saya pun tertidur sepanjang perjalanan…. Saya tak inform mak pun bgtau saya nak balik. Konon-konon nak surprise…
Disebabkan saya beli tiket last minute, single seat dah habis, terpaksa la duduk sebelah sorang uncle nih.. Ish…tak best betul la… Uncle nih pulak peramah yang amat. Dia dok bersembang ngan budak yang dok kat kerusi single sebelah seat dia tu…. Ada jer idea dia nak bersembang.. Budak perempuan tu pun dok melayan la si uncle nih… Saya buat bodo jer dan asyik memandang keluar tingkap, sebab saya malas la nak berbual2 nih..
Sampai di Bagan dalam pukul 6 lebih. Jalan kat situ dah berubah sikit. Dah tu saya dok cari bas 501 atau 502 nak pi BM tak dak pulak. Saya pelik jugak… Kat mana dia parking..? Last2 saya naik bas 60. Sampai Summit dah ada bas Sg. Petani, nasib saya baik di pagi hari Khamis tu. Selalu nak menunggu bas kat situ berjanggut. Dari Summit nak ke rumah saya kalau jalan kaki pun boleh, dalam 20 minit sampai la… Jauh lagi saya jalan kaki dari KTC nak ke Klinik Kesihatan UTM yang jauh nun di hujung dunia tu.
Masa saya sampai rumah, ayah baru dok bersiap nak p gheja. Tergezut bukan main diorang saya balik tak habaq. Mak pulak asyik dok tanya pasai apa saya balik tiba-tiba…
“Mesti ada sebab ni, pasai apa hang balik..? Kalau tidak hang susah nak balik, ni dah dekat nak ghaya dah hang balik pulak… Habaq kat mak, pasai apa hang balik ni…”
“Tak dak apa la… saja la balik. Awat…tak boleh ka balik…”
“Dak la…ni mesti ada sebab ni…. Habaq mai lekaih”
“Kak long nak p Jepun ni… ghaya kat sana la…”
Terkejut monkey mak saya bila saya cakap macam tu…saya dah tau dah.. Tu pasal la saya saja je cakap macam tu. Mak saya ni jenih cepat risau sikit. Sikit-sikit risau…sikit-sikit risau. Kalau saya tepon bgtau nak balik, mesti mak saya tak bg balik pasai tanah runtuh kat Perak tu..
nur indah… dulu penah jugak balik tk bgtau konon2 nk surprise. Last2 kena tepon jugak bila sampai dekat Summit, pasai tunggu bas lama sangat. Berjanggutttt
malam ni saya balik kampung....bestnyee... yang tak bestnya ada pulak orang p beli tiket salah... suruh p beli tiket pun susahhhhhhhhhhh...
nur indah...tengah bengang nih

Mari menyusun seroja bunga seroja Aaa aaaa …. Hiasan sanggul remaja puteri remaja Rupa yg elok dimanja jangan dimanja Aaaa aaaaa Pujalah ia oh saja sekadar saja Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung Janganlah engkau percaya dengan asmara Sekarang bukan bermenung jangan bermenung Mari bersama oh adik memetik bunga Mari menyusun seroja bunga seroja Aaa aaaa Hiasan sanggul remaja puteri remaja Rupa yang elok dimanja jangan dimanja Aaa aaaa Puja lah ia oh saja sekadar saja Mari kita mengarang oh adik bunga seroja Sumbang di hati oh cinta Tandanya cinta Bunga ku sunting oh jiwa di taman jiwa Bercerai kasih merana jiwa merana Mari menyusun seroja bunga seroja Aaa a aaa Hiasan sanggul remaja puteri remaja Rupa yang elok dimanja jangan dimanja Aaa aaaa Puja lah ia oh saja sekadar saja Mari menyusun seroja bunga seroja Aaa aaaa Hiasan sanggul remaja puteri remaja
nur indah... sekarang bukan bermenung zaman bermenung

nur indah... sesungguhnya yg halal itu telah jelas, dan yg haram itu juga telah jelas
Sehari di JB semalam banyak yang saya nak ceritakan... Semalam lagi saya dah mengarang-ngarang dalam kepala apa yang nak ditulis...
Tapi...pagi-pagi tadi on server. Dia buat hal pulak. Hard disk dok berbunyi tut..tut..tut..tut.... pastu tak boleh masuk window...kuar screen kelabu berdot-dot je.. Adoiiiiiiiii..... macam-macam la.... Terus hilang mood nak tulis...nanti-nanti laaaa
nur indah... sabar je la
Terengganu vs Perak ---> 0 - 3.... Kejor yop kejor.... ahaks... kejar di saat2 akhir....ok la tu...
nur indah... jgn sampai yg dikejar tak dapat,yg dikendong berciciran

Esok banyak kerja yang kena settle.... Pagi-pagi nak kena pegi JB. Dalam kepala saya dah terbayang... singgah Skudai dulu, nak makan roti sardin dekat Restoran Faznur (if i'm not mistaken..esok saya g nengok bebetul nama dia). Puas hati makan kat situ.... sedap dah confirm la.... pastu inti tu dia letak telur segala macam...
Kat tempat lain kalau order roti sardin, diorang hentam tempek sardin semata-mata kat dalam roti tu.... Mahal sama jugak.... Isi...kosong....
Lepas tu, saya nak kena pegi SSM, nak buat lesen. Borang belum ada...so, mesti lama kat sana.... Nak isi pas tu nak kena pegi Pesuruh Jaya Sumpah pulak... Esok nak kena settle semua tu..
Boleh lunch kat warung batu, pasai tempat Pesuruh Jaya Sumpah tu dekat ngan warung batu... Nak makan ape ye esok... Banyak choice betul le kat situ....
Lepas tu nak amik beberapa quotation... ngan amik geran tanah. Then nak g Carefour nak tgk2 mesin basuh... Asyik anta dobi jer... Sebulan nyer kos anta dobi dah boleh beli mesin...
Nak kena anta geran tanah buat taksir sebelum saya balik kampung.... balik kampung...? Yeye...yeye... saya nak balik kampung... cheura....saya pun nak balik kampung jugak....  Mak...ayah....nantikan kepulangan ku...
nur indah... benar penantian ini satu penyeksaan

Hari ni mendung semendung mendungnye... Dingin angin menyucuk ke segenap urat saraf.... lalu... saya pun lapar....
nur indah... damai nan indah
Hari ni kepala rasa pening-pening lalat.... Rasa beratttt sangat... Jongkang-jongket 2001 saya dah khatam.... Saya ketawa aje sepanjang mentelaah tu. Ingat semalam nak baca jongkang-jongket 2000. Tapi...tertengok cerita ED TV pulak....
Bukan saya tengok sangat pun... saya dok godek2 weblog nih.... Tido lambat... Bangun awal.... Tu pasal la kepala sakit. Rasa malasss jer nak bangun pasai bila saya bukak mata, gelap je pemandangan.... Ingat kan malam lagi.... Tengok jam dah kol 9. Selak curtain... Rupanya hari nak hujan...
Dalam hati saya dok kata.... kalau saya bukak awal pun bukan ada orang..pasai diorang pun nak tido mcm saya. Tapi..saya tau..diorang nih mesti akan datang jugak walaupun terpaksa lencun meredah hujan lebat...
Adoiiiii malasnyer nak bangun..... Kalau bukan hari Sabtu, saya dah sambung lagi tido.... Ni la hari dalam seminggu kedai saya paling ramai orang.... Jadi... saya pun dapat untung besar... pak cik kayo...pak cik kayo.....
nur indah... ikhlaskan hatimu dalam menuntut keredhaan Ilahi
Bukak e-mail pagi tadi... ada mail baru dari seorang kawan... cukup terharu membaca kiriman tersebut... dan saya ingin kongsi bersama di sini...
**************************************************
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.
Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata,
"Abang akan memberikan jawapannya esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
moralnya: cinta tak semestinya apa yang kita inginkan seseorang berikan pada kita, tapi apa yang sebenarnya diberikan oleh seseorang pada kita. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri sehingga kita lupa bahawa orang yang mencintai kita telah berkorban membahagiakan kita. Bila kita kehilangan baru kita sedar akan kelebihan yang ada padanya. Selalu lah berbincang dan semarak kan lagi cinta anda.
**************************************************
p/s: cinta yang dimaksudkan tidak terhad kepada suami atau kekasih sahaja...tetapi..cinta ini adalah untuk semua.. ibu, ayah, adik, kakak, abang,guru, teman-teman..
nur indah... bila cinta bersemi berkuntumlah sejuta nada..bingkisan rindu satu nostalgia

Kenapa orang selalu cakap 'kurang asam punya budak'..... kalau budak tu buat something yang kita tak suka.... atau kalau orang tu menyakitkan hati....?
Apakah kalau terlebih asam orang-orang tu akan jadi baik...? Mungkin sebab tu la saya baik kottt (hehehe...this is the point actually... )... sebab saya suka sangat makan asam kat atas tu..
Masa belajar kat Kelantan dulu, saya suka sangat makan asam nih... Kalau pegi dekat pasar besar Siti Khadijah tu.. boleh kata kebanyakan mokcik2 kat situ ada jual asam nih...
Mula-mula of course la tak pandai nak makan.... Tapi...bila dah lama duduk sana... dah pandai dahhh.... Memang sedap bangat....Rasa dia manis-manis buah... rega dia pun murah jer... Satu bungkus tu baru 2 ringgit jer..
Tapi....saya cukup berhati-hati kalau nak makan asam nih...pasai kadang-kadang ada ulat kat dalam dia....huwaaaaa.... geli + takut.... Yang peliknyer kenapa kat situ jer ada asam tu....
Bila saya balik Penang...dah tak dapat makan lagi..... Bila duduk Johor pun dah tak de lagi... Asam jawa sepeket lima puluh sen yang orang buat untuk masak tu ada la..... takkan nak makan tu kot... sememeh la mulut.... Tapi masa kecik2 dulu penah jugak makan asam jawa ketul tu... gaul dengan gula.... sedap jugakkk...
Kenapa tak de orang jual asam tu kat sini ekk... Saya teringin sangat nak makan.... dah lama tak makan..... Kalau ada tokei kedai asam tu yang baca saya tulis ni... Bukak la francais asam tu kat Johor n Penang.... Confirm saya jadik pelanggan tetap....
nur indah... alah bisa tegal biasa
kita hadirkan sebuah kisah yang pasti sukar dilupakan kerana penamatnya tak pernah wujud dalam seribu erti hanya kasih sejati menjadi bukti
nur indah... kerana aku telah kau pilih, lalu engkau setia ku kasih
Mulai 15 haribulan ni, photobucket dah start kena bayar.... Nampaknya saya nak kena cari store lain la ni... Ni la masalahnye kalau guna service free nih.... Tak tahu sampai bila boleh bertahan.... Danchan ni pun.... gamaknyer sampai bila laa free....
nur indah... cari cari carilah...pasangan hidup betul-betul
Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave trail
nur indah... bangkitlah segera dr mimpi ngeri..pulihkan kembali harga diri..

Tgk gambar baby kat atas tu makan bunga, teringat mak penah cerita.... masa saya kecik2 dulu.... saya pernah termakan ihat( dibaca terbalik : penulis malu nak mengaku ) sendiri.
Masa tu saya lom pandai merangkak lagi... baru boleh meniarap.... MAk tinggal saya jap.... bila datang balik tengok mulut saya dah penuh dengan benda alah tu.... Alahaiiiiiiiiii anak omakkkkkkk !!!
Adik-adik saya asyik dok kutuk saya jer pasal kes tu.... Kalau mak bukak cerite....gamat la diorang ketawa.... tak penah2 jemu nak kutuk saya...
Mak risau jugak....mana la tau kot2 memudaratkan kebijaksanaan saya.... Tapi... Alhamdulillah....anak emak dapat UPSR 4A, PMR 9A, SPM Aggregat 7 (betul ke ejaan saya nih...dah lupa la), masuk U pun..... dan InsyaAllah.... sikit masa lagi... anak mak akan membanggakan mak dan ayah lagi.... Restuilah anakmu dengan doa tulus mu....
nur indah... semua ini untukmu
Kegagalan bukanlah bermakna hidup telah berakhir. Orang yang tabah dan sabar ketika menghadapi kesulitan adalah orang yang boleh menghadapi rintangan hidup dan berjuang untuk mengatasi perasaan.
Hidup ini satu perjuangan. Perjuangan bukanlah sekadar berjuang menggunakan senjata tetapi berjuang dengan menggunakan akal fikiran dan pena.
Namun... Sekiranya kita tidak berani melakukan apa-apa. Janganlah mengharap kita akan mendapat apa-apa. Perjuangan tidak akan ke mana andainya tidak disertai dengan usaha....
**********************************************
Hari ini adalah langkah pertama buat saya... Jalan di depan sana masih panjang dan penuh ranjau... Semoga Tuhan redhai jalan yang salah pilih dan semoga usaha saya bukan lah sia-sia...
Semarakkan semangat juangmu bagai jentayu melebarkan sayapnya....
nur indah... akan kuatkah kaki yang melangkah...?
Keje yang sepatutnya saya siapkan minggu lepas.. Hari ni pun belum settle lagi... Bukannya keje susah... Setakat nak amik borang dekat pejabat MARA....
Kenapa suka bertangguh....?
Macam-macam alasan untuk menutup kesilapan sendiri... Salah satunya... awal lagi... ada masa lagi.... buat apa nak cepat..
******* Winner vs Loser*********
The winner is always part of the answer The loser is always part of the problem The winner is always has a program The loser always has an excuse The winner says let me do it fo you The loser says that's not my job The winner sees an answer for every problem The loser sees a problem for every answer The winner says it may be difficult put it possible The loser says it may be possible to put it difficult
Saya ambil ketika mengadakan program khidmat pendidikan di Sek. Tun Aminah, Batu Pahat pada 14 Ogos 2000. Banyak kenangan betul buat program kat situ. Pasal tu la satu-satunya (rasanya) sepanjang tempoh saya berprogram... ramai student cina. Pening nak handle...
Mula-mula tu memang problem... pasal fasi cuma 5 orang je termasuk saya.. tapi.. Alhamdulillah.. berkat usaha dan kebijaksanaan masing-masing (p/s - tak baik riak)... semua tentatif terpaksa ditukar last minute... tapi semuanya berjalan lancar..... Kalau teringat balik macam tak percaya jer....
nur indah... jika kau fikirkan kau boleh,kau pasti boleh..
Pada suatu petang, seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pengajian tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.
Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya,
"Nak, apakah bendanya itu?"
"Burung gagak..",jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk , namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,
"Itu burung gagak, ayah!"
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat,
"BURUNG GAGAKKKK!!"
Si ayah terdiam seketika. namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah,
"Gagak la ayah....".
Tetapi agak mengejutkan si anak apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.
"Ayahhh!!! Saya tak tahu sama ada ayah faham atau tak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan?? Itu burung gagak, burung gagaklah..."' kata si anak dengan nada yang begitu marah.
Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.
"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu"
Si anak akur dan membaca perenggan yang dimaksudkan si ayah.
" Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berusia lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya,
" Ayah...apa tu?".
Dan aku menjawab, "Burung gagak".
Walaubagaimanapun, anakku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali itu aku menjawab dengan jawapan yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga buatnya.
Setelah selesai membaca perenggan tersebut, si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara,
"Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah." ************************************************ Ibu dan bapa kita mendidik dan mengasuh kita semasa kecil dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Walaupun kadangkala perbuatan kita menyebabkan mereka rasa kurang sabar dan amat marah namun mereka tetap menahan sabar demi anak yang mereka kasihi.
Apabila kita meningkat dewasa, kita suka memberontak dan membantah setiap teguran dan nasihat mereka. Mengapakah kita tidak boleh bersabar sahaja sepertimana mereka bersabar dengan kita sewaktu kita masih kecil...?
nur indah... kasih sayang ini untukmu
Sungguh... saya tak suka perasaan macam ni... Kenape ye berdebar-debar tiba-tiba.... Resah dan gelisah berpadu.... Buat hati jadi tak menentu....
nur indah... datangmu tak berjemput, pergimu ku tuntut
Archive dah jadi... saya makin bersemangat nak berblogging...
nur indah... perjuangan yg belum selesai
Menyampah betul saya tengok orang tu.... Sangat...sangat... Tak baik ek.... Tapi... nak buat macam mana, memang saya menyampah... Menggelegak je rasa kepala otak nih... Kalau letak telur pun boleh masak rasanya... <strike>Apa kejadahnye</strike> buat apa ntah asyik datang jer..
|