S Spiritual
E Emotional
L Luscious
E Extreme
N Nutty
D Dignified
A Appreciative
N Nice
G Gorgeous
B Brutal
I Ideal
R Rich
U Useful
Ada Apa Dgn Nama


LAYAN KARAT
Tiada Lagi Kidungmu
Kenangan Bersamamu
Lagenda Cinta
Puteriku Sayang
Kak El-Mungkin
Kak El-Penawar

S E L E N D A N G...B I R U

Indahnya Ciptaan Tuhan


NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

Wednesday, December 1, 2004

selamat menyambut orang baru...

"Saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1kg pada jam 2004, 30 Nov 2004 di Hosp. Pakar Puteri JB"

Erk!!! bukan.. bukan aku yg melahirkan, itu msg dari best fren aku, Ani Mayoniese. Dari MRSM sampai masuk U, keluar U, keje, dah beranak pinak she is d' only best fren I have. Dia jugak begitu!!

Sebab itu, aku sangat terkilan bila tak dapat menunaikan permintaan dia utk jadi pengapit di hari bahagia dia tahun lalu.. Cuma aku saja sahabat dia, n aku tak mampu menunaikan tanggungjawab seorang sahabat waktu itu.

Actually, slps saja diberitakan dia akan melangsungkan perkahwinan (aku orang pertama yg tahu), aku terus menghubungi seorang kawan, Yan namanya, juga seorang sahabat dulunya, berjanji untuk sama2 ke sana sbb aku tak ada kawan untuk pergi bersama. Aku khabarkan jugak pada dia aku akan jd pengapit nanti. Dia bersetuju. Aku kira tak ada apa2 masalah lah…

Beberapa hari sebelum kenduri, aku call Yan, hajat di hati nak plan pegi kenduri nanti. But, jawapan dari dia sangat mengecewakan aku… Dia tak confirm lg nak pegi ke tak, kawan dia pun kenduri on d’ same day, dan lagi alasan dia, dia tak tau jalan nak ke grik dan grik tu jauhhhh.

Jauh? Aku nak ketawa dgr jawapan tu, sbb aku ni dari Johor nak travel ke kedah (rumah Yan) then baru ke grik. Berapa ratus batu aku cover tu? Dia duduk sebelah grik dan dia bg alasan tu kat aku. Mmg aku tak boleh nak admit. Grrrrrr… telinga aku sangat panas waktu itu. How come she could do this to me?

Aku tak kesah kalau dia tak nak pegi, but pls tell me awal2, so that aku boleh cari kawan2 yg lain. Lagi 2/3 hari nak pegi sapa nak volunteer ikut. Kalau tak boleh telefon, mungkin mahal sbb aku kat selatan dia kat utara, msg kan boleh? Masa tu aku sangat kecewa, aku terpaksa bgtau ani aku tak dapat jd pengapit dia dan lagi menyedihkan aku tak dapat menyaksikan dia bersanding!! Sungguh, aku sangat kecewa. Bayangkan lagi 2/3 hari nak kawen baru dok sibuk nak cari pengapit, pasal pengapit lama buat hal (aku la tu !!!)

Lama aku menyepi selepas itu, bukan cemburu dia dah kawen, tapi aku malu dan segan pada diri sendiri jugak pada dia!! Dari cerita kawan2, diorang cari aku masa kenduri tu, ye la, aku best fren dia, of course aku wajib hadir, mesti la kawan2 lain expect aku ada kat sana, sebelah pengantin!! Tak ada sebab utk aku tak datang, but what pass is pass.

Terkemudian, dia ada menghubungi aku dan aku sangat lega bila dapat meluahkan rasa hati aku. Aku gembira kerana dia faham. Beberapa bulan kemudian, yan pulak melangsungkan perkahwinan n aku tanya ani, dia tau ke dak n dia pegi ke dak…

“Aku dapat kad, tp tak pegi sbb jauhhhhhhh” eheh

Moral of the story: In life what u give, u get back…

nur indah… nak beli hadiah apa ya untuk baby boy dia?

129805 | posted by selendangbiruu at 11:19 | 4 Orang Beli Selendang

Tuesday, November 30, 2004

Dalam hati ada geram...

Tajuk di atas aku cipta khusus untuk ending Dalam Hati Ada Cinta.
Entry ni khusus aku tulis sebab kupukupu nak tau ending this story, she missed d' ending. Actually aku tak berapa ingat sangat, maklum citer dah lama, kalau termiss apa2 boleh la betulkan ye..

Ending dia sungguh la tak seperti yang diharap2kan...
apa ek nama watak terlupa la pulak.. citer ikut nama sbnr la ye…
ako tak nak kawin dgn elly, jadi dia suruh ayah dia putuskan pertunangan pada hari pernikahan!!

So, nak tak nak ayah dia terpaksa la jugak telefon azean, bgtau nak putus tunang. Azean apalagi, mengamuk dekat umi aida, dia tuduh umi yg sengaja suruh ako putuskan pertunangan. Macam mana la di tak mengamuk, barang2 semua dah beli, orang pun dah ramai yg datang kenduri, pengantin pompuan dah siap pakai baju lawa. Tup tup dapat call tak jadik. Memang patut la dia marah, malu laaa, mana nak letak muka...? Kenduri tak jadik. Dia marah umi dan paksa umi buat apa saja supaya ako tarik balik keputusan dia.

Umi pun bergegas ke rumah ako, Elli hairan, tp mcm syak sumting, nak di jadikan cerita dia terjumpa kaset luahan hati umi. At last, dia tau cerita sebenar. Dia tau tentang hubungan umi n ako. Kat rumah si ako ni pulak, umi pujuk jugak2 Biasa la, ayat drama melayu seperti selalu

“Kalau awak sayangkan saya, awak mesti kawin dgn kakak ”

Kalau sayang seseorang, kita mesti berkorban untuk dia, walau diri sendiri terkorban..? Akhirnya ako pun terpaksa la jugak setuju, sbb dia sayangkan umi!!! Bila sampai majlis akad nikah tu, masa ako nak akd, tiba2 elly bersuara,

“Nanti…!!!”

Elly ckp dia tak nak teruskan pernikahan dan bla bla bla, n mak dia sangat berang dan marah… endingnye.. dia tunjuk umi bawak diri sorang2… n dua2 tak dapat ako!!! Kita tunggu je la…Mungkin ada sambungan Dalam Hati Ada Cinta II kot.. ehe…

nur indah... indahnya bila dalam hati ada cinta

129707 | posted by selendangbiruu at 17:58 | 2 Orang Beli Selendang

Monday, November 29, 2004

Tahniah kepada pemenang

Kepada : Sofeanny

Tahniah!!! Anda orang pertama Bertamu di Selendang Biru

Sila tunggu wang bonus anda hujung bulan ini
Dengan pesanan: Berkongsilah kegembiraan anda dgn orang lain
(baca: kasi la duit kat saya sikit)

Daripada: Selendang Biru

nur indah... mari kecapi keindahan

129540 | posted by selendangbiruu at 12:03 | 7 Orang Beli Selendang

Sunday, November 28, 2004

Buku Tamu...

Penghargaan buat tetamu Selendang Biru

Tak kira miskin, kaya, tua atau muda
Siapa-siapa saja boleh isi
Isi apa-apa saja
Asal kau suka
(kecuali yg l*cah ya.. )

nur indah... isi la, kalau tidak, kau akan menyesal

129462 | posted by selendangbiruu at 19:45 | 0 Orang Beli Selendang

bisul oh bisul...

Lenggok jalan aku dah tak macam selalu
Nak cover punya pasal
Kena jalan slow macam mak nenek
Duduk pun dah tak boleh align center
Kadang-kadang senget 45 darjah ke kiri
Bila penat aku senget pulak ke kanan

Adeh… sakit

Tak nak jumpa doktor
Orang cerita
Nanti dia tekan kuat-kuat
Nak buang nanah dan bisa
Tak nak !!!
Aku takut sakit

nur indah... biar bisul di kaki jgn 'bisul' di hati

129429 | posted by selendangbiruu at 11:38 | 2 Orang Beli Selendang

Saturday, November 27, 2004

dah lama tak jumpa...

SMS dari seorang sahabat, dah jadi cikgu pun sekarang

"Kita kawan
Tapi
Susah nak jumpa
Jadi
Kita mesti janji
Walau apa pun yg terjadi
Kita tetap akan jadi kawan
Sampai bila-bila"


**************************************************
Kita dah lama tak jumpa
Tapi aku tak pernah lupa

Aku merajuk dgn dia
Aku lari bawa hati ke rumah kau
Walaupun jauh beratus batu

Ingat public phone Kesang Jaya
Tepi tempat tunggu bas
Aku tipu dia, konon aku kat Bukit Katil
Akhirnya kantoi jugak

Dia telefon Telekom
Nak detect aku telefon dr mana
Konon nak carik adik yg lari rumah
Akhirnya dia tau aku kat rumah kau
Walau pun kau puas menafikan
Ehe.. malu aku, kau juga patut malu
Kita nak tipu tapi tak pandai

Sebab tu kita tak jadi pelakon!!!!

Ingat lagi..

“Aku tak percaya dgn kau lagi,
kau penah tipu aku, kau pun sama
berpakat dgn dia…”


Kesian kau
Kena bambu dgn dia sebab aku
Eheheh… kau memang baik!!

Itu semua cerita lama
Tapi aku tak penah lupa

Friends are like stars, they might not be seen, but they will always be there

nur indah… di antara ribuan bintang, kau dekat di hati… aku takkan lupa!!!

129354 | posted by selendangbiruu at 14:47 | 0 Orang Beli Selendang

Friday, November 26, 2004

Ada orang tanya aku…

“Kalau dah kawin nanti, katalah suami kau kaya. Bulan2 dia kasi kau sepuluh ribu. Kau nak keje ke nak duduk rumah je. Jaga anak, jaga suami, jaga harta benda suami….?”

Aku nak keje sendiri…!!!

Selalu orang akan jawab…

“Rugi la belajar tinggi2 tak kerja, baik tak payah belajar dulu, buang masa, buang duit..!!!”

Itu bukan main alasan aku. Tak dinafikan that is 1 of the reason, tapi…. aku nak pegang duit hasil titik peluh aku sendiri. Aku tak nak bergantung 100% pada suami.

Aku mahu ada kerjaya sendiri dan mampu teruskan hidup aku dan anak2 aku bila sesuatu terjadi nanti. Manalah tau jika ditakdirkan kasih sayang dia berubah atau dia pergi terlalu awal menyahut pangggilan Ilahi (nauzubillah)….

Macam2 boleh terjadi dgn kehendak Tuhan.Hari ni abang sayang, esok abang melayang..!!! What can we do is bersedia.. Aku kira…. Inilah persediaan aku. Terlalu banyak pengalaman dan kisah hidup orang lain yang boleh aku ambil sebagai iktibar.

Tok teh aku sendiri, mengalami pengalaman hidup yang memeritkan. Asalnya dia bekerja, tapi selepas kawin, dia berenti. Konon2nya nak jaga suami dan anak-anak. Nak tumpukan perhatian terhadap keluarga.Tapi… kita merancang, Allah merancang.. but Allah is d’ great planner.

Kasih yang terpatri bersama suami, tidak kekal lama. Ada ranjau yang menawan.. akhirnya hidup sendirian membesarkan dua orang anak yg kurang upaya (kedua-duanya, abang n kakak tak boleh mendengar dan bercakap, si abang boleh la jugak ckp sikit2…).

Apa nak buat..? Ada keje elok2 masa muda dulu dah berenti…. Nasib pandai jahit baju.. Jadilah dia si tukang jahit. Tapi… banyak mana sangat la tempahan yg ada. Ikut musim… bulan raya banyak la… Abih 11 bulan lagi nak buat apa….?

Kesian… suami lepas tangan…!!! Anak-anak yg normal pun suami selalu lepas tangan, inikan pulak anak-anak macam ni. Langsung tak peduli makan pakai anak2, Susah senang anak-anak hanya ibu tempat bergantung. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang…

Arghhh… aku tak nak nasib aku dan anak-anak begitu!!!

Aku mahu menjadi perempuan tabah dan kuat Seperti dalam kebanyakan novel Norhayati Berahim yg aku gemar baca tu… Dah lunyai Rindu dan Noktah…

Aku tak pernah jemu ulang baca, kerana di situ aku temui kekuatan seorang perempuan!!! Tidak hanya pandai menangis bila menghadapi ujian dan derita.. tapi juga cekap menguruskan hidup!! Tidak hanya tunduk pada keegoan seorang lelaki, dia bangun mempertahan maruah diri. Aku ingin jadi perempuan seperti itu..!! !

Aku tak mendoakan, tp… kita tak tahu apa yg akan terjadi dalam rentetan perjalanan hidup kita. Mak Andeh juga tak menjangka perkahwinan yang terbina tak kekal lama…

Seandainya ia berlaku terhadap aku, at least aku telah bersedia untuk menerima. Sebab tu aku tak nak goyang kaki kat rumah walaupun suami aku orang kaya bendahara….hehehehe

“Kalau suami suruh duduk rumah je cemaner…? Isteri kan kena ikut cakap suami..!!!”

Erk!!! Aku merancang…. Tuhan merancang…. Dan Dialah sebaik-baik perancang….

nur indah… kalau dia jodoh aku, aku kira dia cukup memahami… aku hanya merancang, juga memasang angan-angan !!!!

129229 | posted by selendangbiruu at 10:46 | 9 Orang Beli Selendang

Thursday, November 25, 2004

mengejar impian: tengok site...

Encik tu tak jadi pindah awal bulan 12, tunda sebulan lagi.... yes!!!
Jadi, dia dapat settlekan keje aku. Tak payah tunggu pegawai baru....

Hari ni katanya nak tengok site... Adeh.... malas nak keluar hari ni..
Fuhhhh kanan fuhhhhh kiri.... mintak2 dia cancel...
(Nak kena mintak kak sofe tolong cakap.... mulut dia masin!!! )

Dulu tak payah tgk site pun, proses je permohonan.
Sekarang ni leceh betul, nasib jugak dia sibuk nak pindah.
Jadi dia tak sempat nak songel banyak2.... ehe..

nur indah... bukan senang nak senang, bukan susah nak susah...
Grab 5 things b4 come another 5..

129117 | posted by selendangbiruu at 10:47 | 0 Orang Beli Selendang

Wednesday, November 24, 2004

lagi-lagi tomyam...

"Banyaknya isi kandungan dia....."

Ye.... mihun tomyam aku makan semalam banyak betul isi dia,
berketul2 udang, sotong, ayam, tomato, bawang dan serai...!!!

Sedap secukup masam... tapi...

erk!!! nape sotong dia rasa macam sabun FAB yg mak selalu guna dulu...?
(Sekarang mak dah tukar pakai DAIA...)

nur indah... bila aku rasa tersangat lapar, dan aku dapat makan pd waktu itu, nikmat mkn tu sgt terasa dan disyukuri... hingga kadang2 terasa mengalir air mata

129022 | posted by selendangbiruu at 11:53 | 2 Orang Beli Selendang

Tuesday, November 23, 2004

banjir dan raya, tak dapat dipisahkan...

Tahun lepas raya pertama rumah aku dibanjiri air. Peristiwa berlaku pada waktu petang, masa tu aku n family ada kat rumah mak ndak. Hujan sangat lebat disertai guruh bergegak gempita dan kilat sabung menyabung, on the way nak balik, banjir kat jalan. Air dah mula naik.

Bila sampai rumah, air dah masuk takat betis, nasib adik bongsu ada kat rumah, dia dah angkat carpet dan barang2 lain. Jadi pada senja hari raya pertama tu, kitorang bergotong-royong membasuh rumah.

Tahun ni pun sama jugak, cuma bezanya kali ni raya kedua pulak. Kali ni kitorang kat rumah tok, bila balik tu, nak tak nak terpaksa la buat keje amal. Hmmmm... penat!!!!

Malam tu tido kenyenyakan, tapi... paling tak boleh tahan, dalam kepekatan malam tu, hujan turun lagi. Sangat lebat... dan air pun masuk lagi...!!!

Di keheningan subuh yang dingin, bertemankan ayah dan cengkerik, mak basuh rumah lagi sekali.... Aku dan adik lena diulit selimut nan tebal..!!!! Alahai.... anak omak....

nur indah... Ahli nujum kata: tahun depan kena basuh rumah raya ketiga pulak!!

128849 | posted by selendangbiruu at 12:19 | 2 Orang Beli Selendang

Monday, November 22, 2004

selamat...

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS DI MEDAN PERANG ehhh.. silap...
SELAMAT KEMBALI BEKERJA DAN BERBLOGGING KEPADA SEMUA BLOGGERS...

nur indah... barakat selamat... semoga selamat semuanya!!

128722 | posted by selendangbiruu at 11:32 | 0 Orang Beli Selendang

Sunday, November 21, 2004

ikan berulat masak sambal....

uwekkkkkk... uwekkkkkkkkkkkk.... yarkkkkkkkkkkksssssssssssssssssssssssss... grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr geramnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..

Samdol punya kedai mamak. Uwekkkkkkkkkkkk... dah berapa ekor agaknya ulat masuk dalam perut aku hari ni... Uwekkkkkkkkkkk.... oi mamak... aku tak nak masuk fear factor la....!!!!

Lepas nih confirm aku fobia nak makan ikan kat kedai... Nampak ikan tu sikit punya cantik dan sedap... disaluti warna merah sambal.. tapi busuk kat dalam rupanya.. Harap rupa je lawa... Eeeeeeeeeeeyarksssss.... terasa macam ulat-ulat tu sedang menari-nari kat kerongkong aku....

Paling tak tahan bila aku nampak kawanan ulat-ulat tu sedang berjalan terhincut-hincut kat atas tulang dan isi ikan tu.... Aku rasa macam nak nangis masa tu...... Huwaaaaaaaaa..

Firasat aku:
Disebabkan nak untung lebeh dan malas nak buat keje, diorang main taruk je sambal atas ikan goreng semalam punya ( betul ke semalam? entah-entah dah 2/3 hari dah umur ikan goreng tu...).

Hari ni dia mungkin dapat duit aku 3 ringgit lebeh, tapi.. dia lupa, esok, lusa, tulat dan hari-hari seterusnya, aku tak akan lagi melabur duit aku di sana!!

Hari ni aku mungkin rugi 3 ringgit lebeh ( mungkin kurang sebab dah separuh ikan berulat dan nasik tu masuk perut aku, sempat la aku rasa kenyang...), aku tak rugi apa-apa pun... !!!

Aku ingat kata seorang tenaga pengajar masa aku kursus usahawan belajar bab pasaran dulu, dia kata.... kalau seorang customer tak puas hati pada services kita, kita kena kali sembilan ( x 9) maksudnya seorang tu akan sebarkan keburukan tu pada 9 orang yg lain. Kerana seorang tu, kita akan kehilangan 9 orang yg lain. Kalau 10 orang....? Kali la 9... tak ke 90 orang tak datang tempat kita !!!

Tapi.. kalau ada sorang yg puas hati ngan services kita, cuma kali 3 jer.... (x 3)... Sorang puas hati dia akan sebarkan pada 3 orang yang lain... Kenapa sikit? Adat la... kalau tak puas hati, orang akan mengata dan canang habis-habisan. Kalau boleh biar sampai kedai tu tutup... Hukum alam manusia....

Erk !!! Aku nak muntah lagi...!!!

nur indah... orang kata kalau makan ulat buah nanti jadi pandai (ye ke?).. tapi kalau makan ulat ikan jadi apa....?
Aku jadi geram dan geli geleman dan nak muntah dan sangat loya dan sakit hati!!!

128654 | posted by selendangbiruu at 19:30 | 7 Orang Beli Selendang

Saturday, November 20, 2004

beauty lies in you.....

Serenity

Your Beauty lies in Serenity. Calm, inspiring, and nearly alwayslevel-headed. You have a peaceful appearance, people know they can trust you and come to you for advice.

You probably have a soothing and beautiful voice to match you and you are seen as a mature, motherly figure. You don't show much emotion which may make you appear emotionless and distant at times, but you are most likely a very empathetic individual.

You keep your head in bad situations and are calm even in good ones. You probably wear more flowing clothing in light pastel colors and one of your most beautiful feature is your smooth and young face.

Some people may even be inspired simply by your presence, you would make a great mediator or negotiator as people know they can trust and count on you for a peaceful solution.

Some Things
That Represent You:
Element:Water, Wind
Animal:
Swan
Color:Blues, Greens, Pastels
Song:Only Time by Enya
Expression: Reassuring Smile
Gemstone:Amethyst
Mythological Creature: Elfin Kind
Sign:Aquarius
Planet: Neptune
Hair Color: Light Blonde
Eye Color:Blue

Quote:
"Peace and trust take years to build and seconds to shatter"

Where Does Your Beauty Lie? ..::Original Pictures Are Back! Detailed Results::..
brought to you by Quizilla

nur indah... kecantikan tidak terletak pada paras rupa.. tetapi tersembunyi pada indahnya hati

128590 | posted by selendangbiruu at 13:44 | 0 Orang Beli Selendang

Friday, November 19, 2004

pesta makan-makan...

Orang makan mee, aku makan mee

Orang makan laksa, aku makan laksa

Orang makan bihun, aku makan bihun

Orang makan ketupat, aku makan ketupat

Orang makan koi raya, aku makan koi raya

Orang sakit perut, aku awal-awal dah urut perut
Ahhh... Legaaa...!!!! heheh

nur indah... bila lagi nak merasa makan ramai-ramai sesama sanak saudara... ni la masanya.. pulun habis-habisan... setiap tempat persinggahan, aku bantai makan, nak amik hati tuan rumah.... (alasan!!)

128462 | posted by selendangbiruu at 13:05 | 0 Orang Beli Selendang

Wednesday, November 10, 2004

hello cik selendang...

"Hello... assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
"Cik selendang ker...?"

Erk!!! Terkasima sekejap...
ehehe... first time dlm seumur hidup, aku dapat call orang nak cakap ngan cik selendang (aku la tu)... erk!!! sedap jugak nama selendang ni...

"Ye saya....sapa tu..?"
"Niza..."
"Ooo... dah sampai...? Bila balik.. " dan bla...bla... bla..

Alhamdulillah... gigitakbertatoo dah selamat sampai di KLIA,
flight ke Penang pukul 11 mlm ni. Semoga selamat sampai ke rumah ayah bonda...

Selama ini kita berjumpa di dunia maya
Hari ini ku dengar suaramu
Moga di beri kesempatan kita bertemu


nur indah... InsyaAllah.. ada rezeki kita akan berjumpa nanti

127852 | posted by selendangbiruu at 22:18 | 0 Orang Beli Selendang

ngantuk...

dan ini hasil kerja bila aku ngantuk... dan boring jugak !!!



Lambaian kampung semakin menggamit...

nur indah... apakah yang dapat menghilangkan kebosanan ini...

127799 | posted by selendangbiruu at 14:00 | 0 Orang Beli Selendang

Tuesday, November 9, 2004

Selamat Hari Raya...


Kad from nur aidilfitri

Dalam langkahku menerjah arus
Terkadang ada bicaraku menghiris jiwamu
Ada langkahku mengukir dukamu
Bertaut dosaku dalam perjuangan
Berhimpun sesalku dalam keresahan

Sempena Hari Lebaran ini
Ku susun jemari kotorku
Mengharap sempurna kemaafan darimu

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin...
untuk semua bloggers dan umat Islam....


nur indah... tak lupa Hepi Diwali too

127658 | posted by selendangbiruu at 14:28 | 7 Orang Beli Selendang

hobi...

My hobby is... tambah conveyer !!
Lepas ni nak kena tukar, kena panjangkan conveyer, sbb dah makin banyak.. Penat nak tunggu dia pusing satu round...



nur indah... semalam buat survey... nak beli baju melayu untuk ayah dan adik

127644 | posted by selendangbiruu at 13:40 | 0 Orang Beli Selendang

dah tak mampu bersabar lagi...

Semalam hati runsing, mak telefon sambil nangis2... ni semua dia tu punya pasal.. Aku tak ambil tahu hal rumahtangga kau, kau jgn nak ambil tahu hal rumahtangga aku... Aku tak pernah nak sibuk-sibuk anak kau jadi anak dara tua, kawin lambat (ada jodoh jalan.. tak de jodoh mungkin belum masanya...) , aku tak kisah bila anak kau yang memilih tu kawin dgn lelaki tua (memilih sangat... tu la..).

Aku tak pernah nak sibuk-sibuk bila menantu kau tak boleh mengandung walaupun dah berpuluh tahun kawin, (itu kerja Tuhan, ada rezeki, ada...) , aku tak penah sibuk-sibuk ttg segala macam kekurangan kau. Jadi, kau jgn nak sibuk-sibuk hal aku dan keluarga aku.

Dah bertahun-tahun aku sabar, sangat sabar, malah aku lebih suka mendiamkan diri bila orang bercakap ttg kau, aku malas nak ambil port. Malas nak tambah dosa aku mengutuk kau. Dan selalunya... dulu-dulu kalau mak dan adik aku bercakap pasal kau, akulah orangnya yg akan backing kau, aku tutup kesilapan kau dgn berbagai alasan. Sampai kadang-kadang mak aku pun tak puas hati dgn aku. Sebab apa...? Sebab aku tak nak orang benci kau.. Aku mahu hidup dalam keluarga besar yg bahagia dan harmoni.

Tapi... bila kau buat mak aku menangis, bila kau buat bapak aku makan hati, aku memang tak boleh sabar lagi. Aku hormat kau pasal kau dah tua, tapi kalau kau dah melampau aku tak sabar lagi. Kau boleh cakap apa saja dkt aku, tapi jgn buat mak aku terluka, jgn buat bapak aku terasa.

Kau buat bapak aku macam kuli kau, sebab bapak aku tak pandai, sebab bapak aku tak habis sekolah, tak keja pangkat tinggi, tak jadi pegawai itu ini... kau ingat bapak aku tak ada perasaan...? Kau perkuda bapak aku macamlah bapak aku sorang anak kau. Benda senang pun kau cari bapak aku, benda susah apa lagi.... Carilah anak-anak kau yang kaya raya tu... Buat apa cari bapak aku...

Sampai kan anak kau nak pindah rumah pun kau telefon bapak aku datang tolong, aku tak kesah, tapi aku jadi kesah bila aku dapat tau kau panggil bapak aku datang jauh-jauh cuma setakat nak angkat beg pakaian dari dalam rumah ke kereta yg jarak sekangkang semut.

Buat apa belaki kalau laki tak boleh nak buat keje. Apa... laki dia anak raja Brunei ke....? Beg tak berat mana pun suruh bapak aku jugak...!!! Anak kau balik dgn laki dia dari KL pun kau suruh bapak aku ambik, sedangkan bapak aku dah tak sempat nak pegi keje....Anak kau kan kaya.. naik teksi je laaaa....

Aku balik pun tak suruh bapak aku ambik, aku naik bas balik rumah. Sebab apa...? Sebab aku tak mau kacau bapak aku pagi-pagi, sebab aku tau bapak aku nak pegi keje...

Itu pun kau masih cakap mak bapak aku tak boleh harap !!!! Panasssss... Telinga aku sangat panas bila dengar kau cakap mcm tu... Grrrrrrrrrrrrr.... memang kau jenis manusia yang tak reti nak mengenang budi....!!

Bertahun mak aku makan hati dengan kau, selama ni kau buat apa pun mak aku tak pandai nak melawan kau. Sebab mak aku hormatkan kau, sebab mak aku tak mau bapak aku kecil hati, tapi... sekarang tak lagi. Kau sengaja undang kebencian orang terhadap kau, dan aku takkan bersabar kalau orang buat mak bapak aku macam ni. Kalau ada org nak porak perandakan keluarga aku. Aku tak peduli apa orang nak kata...

Sepatutnya dekat-dekat nak raya ni, kau jangan buat hal... Orang nak bergembira, bermaaf-maafan kau cari pasal... Aku, adik aku dan mak dah planning tak nak pegi rumah kau. Tapi.. aku kesian dengan bapak aku, mesti dia nak jumpa kau dan keluarga dia... Seburuk-buruk kau, kau tetap mak yang mengandung dan melahirkan dia.

Aku keliru, nak pegi rumah dia dan menghadapi mulut dan perangai dia yang macam *toooot*, atau kesiankan ayah aku... Arghhhhhhhhhh.... confuse!!!!!!!!!

nur indah... kesabaran ini ada batasnya, jangan sampai kita tercungap dek kerana terlalu bersabar.. dan aku memang dah tak sabar lagi...!!!!

127621 | posted by selendangbiruu at 11:21 | 4 Orang Beli Selendang

Monday, November 8, 2004

eksiden...

Tadi on d' way nak ke bandar, ada accident depan mata, accident yang slow motion, tapi kemek jugak keta kancil ngan angsa (unser) tu. Bawa slow pun hancur jugak... kalau laju macam mana la gamaknya....

Rasanya kancil tu nak belok... mungkin lambat bagi signal, dan si angsa ni pulak mungkin tengah berangan sambil menyanyikan lagu raya, maklum lah... lagi beberapa hari dah nak raya. Tak sempat nak brek, angsa cium bontot kancil... Habis bersepai bontot kancil.. Mulut angsa pun hancur.... Lagu raya dah tak ada makna lagi...

Dalam hati, aku bersyukur sangat sebab duduk belakang angsa tu, kalau aku di depan... mungkin yang hancur bersepai tu, kereta akulah.... ALhamdulillah...

nur indah... berhati-hati di jalan raya, jgn menyusahkan diri anda dan orang lain

127491 | posted by selendangbiruu at 12:14 | 0 Orang Beli Selendang

Sunday, November 7, 2004

ais kacang...



Masa sekolah rendah dulu.. ada lagu ais kacang...

'Ais... ais... ais kacang
Hai sedap rasanya..'

Tak ingat lirik.... main tulis je.... . Tapi, lagu tu memang ada..
(Sedih kerana mak dah bakar semua buku lagu masa sekolah rendah... )

nur indah... panas-panas macam ni makan ais kacang sedap, kan..

127383 | posted by selendangbiruu at 10:55 | 0 Orang Beli Selendang

Saturday, November 6, 2004

Aku anak MARA...

Tadi singgah di rumah aurum, terusik membaca entry ttg sekolah.. ttg mrsm... Rindu.... aku sangat rindukan tempat itu... rindu kawan-kawan... rindu cikgu-cikgu.... rindu kelas aku... rindu co'lek mok cik tepi rumah pengetua... rindu taman salem... rindu suasana bahagia, suka duka waktu itu... rindu serindu-rindunya...
di sana tempat bermulanya cerita tentang AL-AN... Sebuah kisah cinta syok sendiri...

Arghhh !!! Aku tak nak mengimbau kenangan itu hari ni... BElum masanya... Tapi... satu masa nanti, akan aku coretkan juga di sini. Kerana... itu kenangan aku.... tetap subur di ingatan kenangan zaman remaja... ehe !!!

Ini lagu maktab, semua anak-anak mrsm tahu lagu ini.
Rindu nak nyanyi lagu ni ramai-ramai macam dulu...

Wahai putera puteri bangsaku,
ayuh segera menuju,
mengikut gerak langkah maju,
bersatu mencari ilmu,

Di zaman Sains dan Teknologi,
negara perlukan jasamu,
janganlah rasa malas lagi,
bersama memegang teraju,

Di Maktab Rendah Sains MARA,
tuntut ilmu, jangan jemu,
tingkat taat setia pada guru,
berdisiplin selalu,

Hari ini hari mulanya
hari esok berjaya,
tingkatkan segala yang ada,
ke kuliah kita segera.


Tak peduli apa orang nak kata... Aku bangga jadi anak MARA...!!!

nur indah... dah sedekad rupanya aku meninggalkan tempat penuh sejarah itu.. tempat bermulanya cerita dan cinta...

127326 | posted by selendangbiruu at 14:35 | 2 Orang Beli Selendang

kerana hujan lebat...

kerana hujan lebat
aku cuma makan bubur
(hajat hati nak beli mkn malam nanti)

kerana hujan lebat
tak ada orang datang sini

kerana hujan lebat
tak dapat juga beli makan
(ya.. duit aku selamat malam tadi)

kerana hujan lebat
aku tidur kelaparan

kerana hujan lebat
aku tidur kenyenyakan
ehe!!!

nur indah... semalam adalah hari aku plg berwasatiah bab mkn dlm bulan puasa ni... aku yang berjimat!! hehe

127305 | posted by selendangbiruu at 10:38 | 0 Orang Beli Selendang

Friday, November 5, 2004

hujan sgt lebat...

macam mana nak membeli-belah di param (pasar ramadhan)...?




nur indah... kilat sabung menyabung... takutnyeeee

127218 | posted by selendangbiruu at 17:55 | 3 Orang Beli Selendang

koi 'tunjuk-tunjuk'...

Sekejap jer dahhhhhh nak raya. Rasa macam baru jer semalam dengar pengumuman pose… Ish..ish..ish… cepat sungguh masa berlalu.

Tahun ni tak buat koi raya, mak pun dah bagitau tak nak buat, kecuali koi wajib mak, koi semperit (samprit )….. Tahun ni pakat-pakat ambik tender buat koi ‘tunjuk-tunjuk’….

Saya tender almond London (wajib), mama k-ris dan lain2 koi yang sedap… Mak saya tender koi tart ngan koi ape ntah… mak order dari Pak Uda yang dok kat Pahang, dia nak balik beraya kat kampung tahun ni. Adik saya pun dah bawak balik koi ‘tunjuk-tunjuk’ dia.

Saya belom beli lagi, mungkin hari Selasa ni baru nak pegi beli, kat sini ada pemborong koi-koi raya moden n tradisional. Boleh dapat murah. Lagi murah…. Lagi banyak membeli.. lagi banyak duit abih…. huhuhuhu.

Lepas tu saya ingat nak beli pasu kat Ayer Hitam, kat situ pasu besar-besar dan murah-murah… Dah lama teringin nak beli bg kat mak, tp selama ni balik kampung naik bas. Cam na nak bawak…? Takkan saya usung pasu besar gedabak tu naik bas lompat-lompat dari Bagan nak pi rumah saya…

Kali ni bawak keta balik, boleh la membeli belah sesuka hati ( baca: selagi poket dan bank tak kehabisan duit..). Balik nanti ingat nak singgah Mydin kat KL, tapi… for sure orang ramai giler2 pasai lagi 2 hari nak raya. Saya bertolak dari sini malam 11 haribulan, sampai KL 12 hb….

Confirm orang ramai tak ingat. Kalau masuk Mydin tu ntah2 macam duduk dalam tin sardin. Raya kali ni mesti best pasai semua pak-pak dan mak-mak menakan saya balik beraya kat umah tok. Boleh plan nak pegi jenjalan lepas raya... hehehe

nur indah… tahun ni dapat sembayang raya… best..best

127195 | posted by selendangbiruu at 15:14 | 2 Orang Beli Selendang

diserang 'semangat'...

Semangat tiba-tiba menyerang
Malam tadi, pukul 12 lebih
Ada orang jadi rajin terlampau (saya la tu )

Basuh baju...
Basuh toilet...
Kemas bilik...

Penat!!!

Terbongkang.... eheheh

nur indah... nak seribu daya, tak nak seribu dalih

127174 | posted by selendangbiruu at 14:07 | 0 Orang Beli Selendang

mengejar impian:awat la mahai sgt...

Ish..ish..ish...
Nak matikan setem sewa kedai pun mahai..

Agreement setahun, bulan-bulan RM1500.
Kena bayar RM 63.

Setiap satu salinan berikutnya RM 10.
Ish... ish... ish....

Check sini untuk sapa2 nak tau pasai duti setem.

nur indah... belum siap lagi la keje nampaknya

127153 | posted by selendangbiruu at 12:09 | 0 Orang Beli Selendang

Thursday, November 4, 2004

tambah lagi...

conveyer dandai:saluran apakejadahnya anda!!!



nur indah... dandai sepupu sepapat wan kamarudin, jaga-jaga!!!

127066 | posted by selendangbiruu at 21:43 | 2 Orang Beli Selendang

mengejar impian: respon

Sementara menunggu berbuka...

Tadi petang encik tu telefon, ada beberapa dokumen tak complete, geran tanah lupa photostat, gambar 4 keping tak letak, photostat i/c tuan tanah pun lupa jugak....

Esok kena jumpa encik tu... Adoiiiiiii... malas nye.... Ingat dah settle...

nur indah... lagi beberapa minit azan akan berkumandang, perut pun akan kenyang...

127056 | posted by selendangbiruu at 18:35 | 0 Orang Beli Selendang

telefon bergula...

Masa balik kampung hari tu, saya letak telefon atas almari televisyen. Walaupun telefon tu dilengkapi GPRS dan bunyi polyphonic segala, tapi jarang berbunyi, jadi saya pun tak ambil peduli tentang telefon tu lagi.

Lama selepas tu, saya amik telefon dan tengok semut dah penuh dkt kawasan lubang charge. Saya bukak cover dan buang semut2 tu. Dalam hati saya mungkin almari tu ada makanan tertumpah. Saya pun dah tak amik kisah lagi.

Tapi.. bila saya balik sini, satu hari tu, kes yang sama jugak terjadi. Semut berkerumun di kawasan bonjolan getah, betul2 dekat ngan lubang charge telefon saya. Macam ada gula kat situ. Apa… manis ke getah tu….? Ish… ish… ish… confuse betul saya.

Dah banyak kali dah… Malam tadi, saya tertinggal telefon atas meja. Pagi tadi tengok dah penuh semut… Kali ni lagi banyak…. Sampai saya rasa geli sangat. Apa la agaknya rasa yang sedap sangat dekat getah tu, sampai berebut2 semut tu nak berkerumun kat situ.. Apa saya nak buat untuk menyelamatkan telefon saya dari virus semut ni…??

nur indah... semut zaman millenium. dah pandai memilih, nak barang mahal2 jer....

126994 | posted by selendangbiruu at 11:08 | 9 Orang Beli Selendang

Wednesday, November 3, 2004

kalau dah boring...

=

Time study dulu, kalau boring kat dalam dewan kuliah, saya suka menyonteng... Tak tau apa yang saya tulis.... Asal kan pensil kat tangan bejalan... Kaedah conteng-conteng amat berkesan pada saya untuk mengelakkan diri daripada tido....

Kalau lecturer yang best dan pandai buat jokes.... Saya tak penah bosan dan ngantuk. Salah sorangnye lect yang pakai merc JEF 108... Hehehe... kenapa saya ingat..? Pasal saya suka dia ajar, saya jarang miss kelas dia, pasal dia suka buat jokes... Sorang lagi ajar subjek letrik, ni lagi sangat best, pakai keta KIA Sephia warna maroon.

Wah..wah..wah... nampaknya tahap keboringan saya sgt melampau.. Harap maaf jika ada kemelalutan. Sekian.. Terima Kasih...

Yang benar,
nur indah... nanti nak makan apa pulak ek..

126908 | posted by selendangbiruu at 16:44 | 0 Orang Beli Selendang

aktiviti masa lapang...

tambah conveyer untuk zz..



nur indah... kenape hari ni rasa macam boring...?

126869 | posted by selendangbiruu at 14:07 | 2 Orang Beli Selendang

orang kata lagi...

Dalam hidup ni kena ada give and take...
Nak nak nye kalau dalam kehidupan berumahtangga

Ada masa tu kita give, dia take...
Ada masanya pulak dia give, kita take...

Tapi...

Kalau asyik kiterrrrr je yang give tak take-take...
Apa kesss....?

nur indah... pengorbanan dia tersirat barangkali

126836 | posted by selendangbiruu at 11:36 | 2 Orang Beli Selendang

orang kata...

mulakan hari anda dengan senyuman...

tapi...

kalau pagi-pagi dah sakit hati

macam mana nak senyum ye...?

nur indah... jom pakat-pakat senyum ..

126825 | posted by selendangbiruu at 11:07 | 0 Orang Beli Selendang

Tuesday, November 2, 2004

ayam percik kuah putih...

Semalam saya berbuka dengan ayam percik kuah putih.... Saya tak tau kalau ada nama khas untuk resepi ni, tapi memandangkan kuah dia warna putih, saya panggil la ayam percik kuah putih..

Dah lama mengidam... Masa belajar kat Kelantan dulu, cikgu kesayangan kelas saya selalu buatkan ayam percik ni untuk kitorang, dia tak ader anak walaupun telah berpuluh tahun kawin... Sebab tu dia sangat sayangkan kitorang semua...

Bukan setakat ayam percik, macam-macam dia buatkan, nak nak nye bulan puasa macam ni.. Ahhhh... tiba-tiba hati jadi rindu. APa khabar agaknya cikgu saya skrg..? Masih mengajar di sana lagi ke....?

Mmmmm berbalik pada cerita ayam percik, selalunya kat sini ayam percik kuah sambal, bila saya dapat tahu ada tempat kat pasar ramadhan yang agak jauh jugak dari tempat saya jual ayam percik kuah putih, saya terus mintak dia belikan untuk saya.. Mmmmmmm sedapnyeee, tapi tak dpt celen kesedapan ayam percik cikgu saya....

Ok la... untuk lepas gian, bukan senang nak cari ayam percik mcm tu kat sini. Orang Kelantan je pandai masak ni.. heheheh... ye ke....

nur indah... ada tak sesiapa ader resepi ayam percik kuah putih...

126727 | posted by selendangbiruu at 14:24 | 0 Orang Beli Selendang

mengejar impian: RP dah submit!!

Pagi tadi hantar RP, tapi Pegawai tu tak de.
Dia pegi tengok projek di Felda.
Kata kerani tu, petang ni baru balik.
Esok mungkin ada...
Jadi.. saya tinggalkan RP tu di situ.
Petang nanti saya telefon, mungkin esok ke sana lagi... :(

nur indah.... bila tak nak jumpa dia ada, bila nak jumpa tak de pulak... ish..ish...ish...

126712 | posted by selendangbiruu at 12:11 | 0 Orang Beli Selendang

Monday, November 1, 2004

lenguh tangan, sakit pinggang...

Akhirnya siap jugak RP saya. Lenguh tangan menekan keyboard yang keras ni... Pinggang pun dah sakit... Bestnye kalau ada kerusi urut... . Dah anta photostat.... Harap-harap tak ada salah... Saya malas nak betulkan lagi..

Hari ni hujan lagi... Puasa tahun ni, budak-budak kecik tak penat sangat, tak rasa lapar sangat, pasal boleh kata hari-hari hujan... dekat sini la.. tempat lain tak tau la macam mana. Jangan kata budak kecik, kakak budak, mak bapak budak pun tak rasa penat & letih.

nur indah... walaupun tak penat.... ngantuk tetap adaaaaa

126594 | posted by selendangbiruu at 15:59 | 2 Orang Beli Selendang