|
NurIndah™
dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23



SELAMAT DATANG 2005 KAU BAWA SINAR UNTUK AKUKAH...?

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA Semoga setahun yang berlalu menjadi panduan untuk mengemudi tahun 2005. Kita mungkin bukan pemimpin untuk orang lain, tapi kita tetap pemimpin terhadap diri sendiri. Pimpin lah dia kepada-Nya.
Year comes, year goes… year in, year out. Hari ini hari terakhir 2004. Esok bermula tahun baru, cerita baru. Tahun 2004, seperti juga tahun-tahun sebelum nya… penuh cerita suka, duka, perit, gembira, bahagia, tangis, ketawa… Semuanya bercampur. Aku memulakan tahun 2004 dengan tangisan air mata, dengan perasaan kecewa dan takut, Mengakhiri nya juga dengan tangisan, untuk mereka yang terkorban kerana gempa dan tsunami…
Tak banyak yang boleh aku banggakan dengan tahun 2004 (dr sudut pencapaian diri aku) . Tahun ini, lebih merupakan tahun penggerak, tahun bertapak… Kalau budak2 yang baru nak masuk sekolah, dikira tahun pra- sekolah atau tadika atau taska.
“Apa azam tahun baru?”
Itu soalan lazim tiap-tiap kali nak masuk tahun baru. Kat berita, majalah, suratkhabar, nanti ada orang yg akan menginterview dan diinterview, artis la, pak pak menteri la, orang-orang 'bangsawan' sampai la orang-orang kebanyakan, soalan ini wajib. Macam-macam lah jawapan yang keluar…. Bla bla bla… semuanya sangat positif… Bagus lah, kalau azam tu betul2 datang dari hati, bukan kerana nak beri jawapan terbaik sebab keluar tv dan majalah…
Untuk tahun 2005 nanti, banyak sebenarnya pengharapan aku.. Dan aku benar2 mengharapkan aku mampu mencapainya…
“Tidak akan Aku ubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubah nasib mereka”
Aku percaya pada janji Tuhan, bila kita berusaha dengan jalan yang betul, dengan cara yang betul, pasti kita akan dapat. Kalau bukan hari ini, mungkin esok-esok… kalau tak cepat, lambat laun kita akan dapat jugak… Kalau bukan seperti yg kita harapkan, mungkin dalam bentuk yang lain..
Contohnye, contohnye lah kan… kalau aku berhajat nak pakai S-class, tapi tak dapat… Tuhan gantikan dengan bangalow ½ juta, ada swimming pool, ada taman mini, ada bibik 5 6 org, ada bla bla bla…… Hehehehe..
Tinggi angan-angan aku… Erk!! Tak salah berangan-angan, dengan angan2 akan datang keinginan yg sangat kuat, dengan keinginan itu kau akan cari jalan untuk mendapatkannya (of course dgn cara yg halal.!!!)
Kata-kata tu adalah doa kan….? Kau orang semua tolonglah katakan banyak-banyak kali, semoga kata-kata alias doa kalian termakbul….Amin… Amin… Amin
nur indah… setiap kali aku tulis perkataan ‘datang’ kat word, dia automatik tukar ke ‘dating’… suka-suka dia jerrr : )

nur indah... 2 3 hari ni sejukkk jer, hujan renyai-renyai, lepas tu lebat... behenti, renyai lagi, lebat lagi... behenti lagi... apakah ini tangisan alam...meratap pemergian berpuluh ribu nyawa manusia..?
Semalam aku ke pejabat * tut* jumpa dengan pegawai baru tu. Janji pukul sebelas, tapi aku sampai setengah jam awal. Dia di transfer dari Penang.. patut la… masa cakap dalam tepon aku dah agak orang utara, slang tak boleh hilang punya!! Mula2 tu aku cakap bahasa Johor le.. (bahasa baku) . Sesi ice breaking, takkan aku nak balun cakap penang.
Sembang punya sembang, dia nak tengok site la pulak.. Waduh… waduh… hari tu dah tengok, ni nak tengok lagi. Aiyakkk…. Masa on the way nak ke site (perjalanan lebih kurang 20 minit) , terbongkar le secreto d’ amor yg aku nih orang Penang… so apa lagi.. mula la keluaq bahasa ibunda aku… Dah start tak formal.. bercakap guna bahasa utara … Habih keluaq, ayaq, bedanoq, loqlaq, belemoih, semua perkataan keluaq…. Hahahhaha…. Macam cakap dgn kawan la pulak… Ice dah break dah…
Pas tu dia ajak aku pi minum la pulak… Terpaksa la aku ngikut, nak buat cam na, aku nak mintak tolong dia. Tak nak pun kena kata nak la… Dia ada cakap kat aku, pegawai lama tu, En. A, nak luluskan proposal aku RM40k jerk… Helllloooo…. Nak suruh aku bukak warung ker?…. Aku mintak RM110k, banyak tu jer dia nak approved… cehhh buat penat aku buat valuation tanah jer, baik aku pakai penjamin..!!!
Aku pun terpaksa la mengkenen-kenen kan pegawai baru ni, tak henti2 le muka aku ni semyum, bukan nak pikat dia ekkkk , kena la buat mcm baik2 gitu, supaya dia kesian ngan aku, dan boleh approved lebih kat aku..
Balik office dia, kitorang bincang satu per satu aku nyer proposal, quotation line by line dia tanya aku, seb baik le aku tau nak menjawab, dan seb baik jugak dia tak bape pandai mende alah IT nih.. hahahhahahha… aku kelentong pun bukan dia tau… ehhehehe… Bukan kelentong apa, kadang2 ada mende aku tak berapa jelas tapi, aku cakap je la berkenaan networking bla bla bla…. Dia pun enggeh kan je la… Hahahahha
Lama wehh aku kat bilik dia, tapi aku puas hati gila2 pasai dia akan approved RM80k dan siap suruh aku bawak balik Laporan Eksekutif suh aku taip… hahahahha… Dan lagi, dia ajak aku buat bisnes.. heheheh… buat proposal untuk orang, Dia buat separuh, aku separuh… dapat duit bahagi dua. Kata dia… "Rezeki awak ada di sini” Alhamdulillah.. semoga Tuhan panjang-panjangkan rezeki aku…
Aku bersyukur sangat-sangat kerana proposal aku sangkut, ni lah hikmahnye... kalau tak mesti aku kena mengadap problem lain pulak.. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Biar susah-susah dulu, senang-senang kemudian.
nur indah… lepas ni aku nak jadi lebih terbuka bila menghadapi masalah, jgn terus down, duduk tenang-tenang, fikir… dan nanti kau akan jumpa hikmahnya.
Akhirnya aku dapat melihat hikmah di sebalik proposal aku yang 'tersangkut'... Dan... aku sangat bersyukur dia sangkut..!!!
Aku not in mood nak cerita, sehari hari ni aku jumpa pegawai tu.. Penat wehhhh.... Penat senyum dan penat otak... Nanti aku cerita hikmah nye tu ye.....
nur indah... alhamdulillah, semoga impian jadi kenyataan
Proposal aku dah sangkut la pulak... Dah nak masuk tahun baru tak settle2 lagi, gara-gara officer lama naik pangkat. Pindah ke KL. Aku call pegawai ganti, dia suruh datang petang ni. Kena start dari awal balik !!!! Huwaaaaaa nak nangis aku rasa.... 
Apesal la kalau aku nak buat sumthing ada je mende2 yang menghalang.... Kata Nur Farahin Jamsari dalam Potret Kejayaan... "Tangga menuju kejayaan... penuh jalan berliku...."
Mungkin ada hikmah yang aku tak nampak... tapi, tak pe la buat-buat nampak je la (ayat nak sedapkan hati..).
nur indah... doakan aku ye
"Mak... tak ketaq ka... tu ombak besaq kat tanjung tu...? Tu dok risau la tu..."
“ Tu la.. dok tengok berita ni.. kesian noooo tgk oghang kena… Ni mak cik hang pulak tak lalu makan nih, pak cik hang kena gheja kat Pulau Jerjak..”
Laaa… pulak dah.. orang nak keluar dari pulau, pak cik aku kena pi keje kat sana pulak.. Apa kesss…
Mak memang jenis risau, risau telampau. Dulu orang perang teluk kat Kuwait, mak kat rumah yang tak lalu makan, masuk keluar jamban berkali-kali. Keluar kes bunuh, rogol macam2 kat tv, aku yang jadi mangsa… mak risau telampau sampai aku naik rimas. Kata mak…
“ Hang duduk jauh, tak nampak depan mata, depa duduk kat sini, selalu nampak, tak la risau sangat… ni hang kat sana, kalau jadi apa-apa macam mana…?”
Macam-macam mak membebel sambil nangis2….
” Ni hang kat sana, ntah makan ke dak…”
Laaa ke situ la pulak… mak oooiiiii orang makan sehari sampai dah tak larat nak makan dah, mak tak nampak ka dah makin tembem nih.. heheh.
Mak…mak… Sekarang ni mungkin dah kurang sikit risau mak tu, masa kes 11 September dulu pun, tak la sampai tak makan, tak macam kes perang teluk dulu. Dengar kapal terbang je, mak dah kecut perut, dah meracau-racau cakap bukan-bukan. Aku la selalu dok sound mak.. Bukan apa… kadang-kadang risau tak bertempat
“Mak… kalau nak mati, kat mana2 pun mati mak, tengah2 tidoq pun boleh mati, mak risau apa… Tu semua gheja Tuhan. Ajal maut semua Tuhan dah tetap dah.. Mak tak payah la nak risau tak pasai2…”
Ehe… aku bukan apa… kesian kat mak, risau pelik-pelik sampai diri sendiri tak tentu hala, gelisah semacam. Aku pun memang la takut kalau dengar berita macam2 ni, tapi still under control.
Tapi… series… aku nangis tengok pak cik yang cakap kat tv sambil nangis2 tu, dia citer dia hilang 4 orang anak tu.. Sedih… takziah untuk keluarga mangsa dan Al-fatihah untuk mereka yang terkorban.
nur indah... semoga keinsafan kita berpanjangan

nur indah... sedih la tengok berita ramai yang meninggal di utara kes tsunami.
 Lagi gambar di sini.
Terima kasih saorangorang. Beca biru telah selamat selendangbiru terima. Cantik, cute-mute. Suka sangat…. …. Terasa macam menang cabutan bertuah pulak.
Dah lama tak menerima parcel, semalam dapat dari kenalan alam maya.. Wah wah wah… seronok tak terkata. Macam mimpi pun ada…
Dulu masa belajar di Kelantan dan JB selalu dapat parcel dari mak.. mak hantar serondeng… Ada sekali tu, mak pos sekali dengan roti gardenia… hehehehheh… mak… mak… apesal la hantar dgn roti sekali, bukannya orang duduk dalam hutan…. buat membazir duit pos jer… harga duit pos boleh beli roti berbungkus2… hehehehhe…
Besfren aku, ani mayoniese ketawakan aku sebab mak hantar dgn roti2 sekali… heheheh memang kelakar pun… Bila aku telefon, Tanya mak apsal hanta dgn roti, mak cakap...
“ Nanti hang boleh makan teghuih… tak payah pi beli roti dah…”
Mak ingat kedai jauh… Terima kasih mak… sampai macam tu mak ingat, benda yang sekecik2 benda pun mak pikir..
Mmmmmmmmuahhhhh saaaaaayang makkk….sayang ayah jugakkkk!!!!
nur indah...terima kasih daun keladi
Isnin (20/12/2004) Semalam , malam-malam buta, aku dapat mesej misteri… Aku kata misteri pasai aku tak tau sapa yang hantar, dan isi mesej dia buat aku susah nak lelap mata.. dan tak sabar-sabar nak tunggu hari siang… Aku nak pegi kedai buku!!!!!
“Hi there,hows life? Anw,juz 2 inform u, this Feb I’m going 2 Australia 4 my Master. Tarikh flight lum confirm. Ps: Jgn lupa beli majalah Dara.com Jan 2005, page 95”
Orang ni macam tau-tau je semenjak 2 menjak nih aku sangat teruja nak sambung master kat oversea. Macam sengaja nak bagi aku jeles jer… huwaaaaaa 
Series aku jeles giler dan aku sangat terganggu dengan mesej tu. Rasa macam nak je putar jam cepat2 jadi siang. No henpon tu macam pernah aku kenal… tapi di mana ya..?
“Takkan la kak lin tukar no henpon kot..? Dia ke nak sambung master? Dia penah jugak bgtau nak p oversea.. ishhh mungkin jugak dia sebab family kakak dia kat sana… “ “Majalah Dara ni apa kes pulak..? Apa kene mengena..? “
Otak aku berselirat dengan macam-macam persoalan.. libang-libu betul aku malam tu.. Dan hati aku pun kuat mengatakan kak lin yg hanta mesej kat aku.. Saja jer pagi-pagi buta nak jeleskan aku.. ngeh ngeh ngeh…
Pagi tu… pagi-pagi buta, sebelum lalat bangun lagi aku dah terpacak kat depan kedai buku.. Sapa la manusia yang mesej aku nih.. Aku tak beli pun majalah tu, belek jer… Terus bukak page 95…. Ada beberapa ketul gambar manusia dannnnn…. “Ohhhhh Isma…. Tak sangka nye…”
At last.. persoalan aku terjawab.. Dia kawan sekolah rendan dulu dan sekolah menengah jugak. Lepas habis PMR kitorang terpisah.. Tapi, aku tak berapa tau kisah hidup dia seterusnya. Last aku jumpa pun dua tahun lepas, masa kenduri kawin Siti dan Ajun.
Macam mana dia dapat no aku? Ohh… mungkin Siti yang bagi, raya hari tu diorang ada ajak aku pegi rumah Isma, tapi aku malas nak beraya malam2.. Lagipun dah last minute baru cakap. Aku bukan reti nak siap cepat. Nak iron baju lagi, nak bersiap lagi…
‘Dia’ kata kat aku,” haa… tu semakin berkobar2 la semangat nak sambung belajar tu..” ngeh ngeh ngeh… memang pun !!!!
nur indah… semoga impian aku tercapai jugak nanti

Semalam aku mimpi makan cheese kek... Sedap sangat cheese cake tu... Bangun pagi, terus aku terasa nakkkk sangat makan cheese kek coklat.. Sedapnye..
Tapi, kat sini tak de kedai kek best-best ler.... Yang ader kedai2 kek 'kampung' jer.... Kek diorang tak sedap, tekstur kek dia tak halus dan empuk...
nur indah... first time aku mkn cheese cake tahun 2002 (ketinggalan zaman betul aku), kwn aku belanja, dulu aku cuma suka coklat kek je...
"Eeee... air ni ada semut.. Bodoh la aku 40 hari..." "Hehehe.. 40 hari sekor, bilang la bape ekor ko minum" *********************************************************************************** Erk!!! Ye ke kalau teminum/makan semut nanti jadi bodoh 40 hari...? Tak tau sejak bila aku mula tau benda tu, but since sekolah dulu semua orang cakap macam tu. Dan aku pun terlupa sama ada tu dalam kitab mana2 atau kajian science atau apa..
Dan aku just terima bulat2 dan semua orang pun macam tu, bila nampak semut terus tak minum. Cumanya skrg ni je tiba2 terasa macam nk dapat kan info betul2 sebab zmn skrg nak berckp ngan orang kena ada proof, ada je org yg akn argue
"Ye ke...? Betul ke" "Mana ko tau" "Sapa cakap...?" "Kitab mana?" "Buku mana?"
Lagipun aku macam terconfuse dan nak tau tahap kebodohan macam mana yg dimaksudkan.. Sebab aku rasa aku pun dah terminum/makan banyak semut..
Erk!!!! Bodoh tahap apa aku ni....?
Tapi...semut rajin kan..? Kalau bodoh tu bertukar jadi rajin, aku nakkk sangat makan semut-semut tu... erk!! lalu ke aku nak telan..? Dan mungkin, soalan arisa pun akan terjawab...
"Klinik semut, arisa .. "
nur indah... anybody can give me any facts with the complete rujukan n info.....?
"Boleh tolong tak?"
"Tolong apa?"
"Tolong pegi dari sini.."
"Kenapa....?"
"Sebab aku tak suka kau..."
"Kenapa tak suka aku...?"
"Sebab aku benci kau.."
"Kenapa..?"
"Sebab kau.... MALAS...!!!"
******************************* MALAS pun pegi Tapi nanti-nanti, esok-esok, dia datang lagi Sejak lama dulu dia datang Aku tak suka dia datang Tapi... dia suka nak datang Dia tetamu aku... Tapi kalau tetamu jahat buat apa..? Ini 'rumah' aku, aku boleh halau dia suka-suka aku Tapi... cukup kuatkah aku?
nur indah... erk!!! susah betul nak lawan penyakit malas ni. Ada tak klinik jual ubat halau malas..? (Ada...ada.... klinik 'hati')
Got from e-mail. 2 3 hari ni malas nak menaip, so just post je yg ready made... heheheh ************************************************************************************************** Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain,berbual,bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.
"Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periangdan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar,baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".
"Lantas...??" sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan
"Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,
"Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna....!!!!".
***************************************************************************************************
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ?
Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki atau perempuan... Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,apakah sudah sempurna di mata orang lain??
nur indah... manusia memang tak sempurna, tapi tak salah kita berusaha ke arah kesempurnaan...!!
Lagu latar, was my peberet song masa muda-mudi.
It looks like heaven to see you walk To see the way you're moving on Sound like an angel when you talk The words come out like in a song
Never thought what love could do inside You're the place where I can hide It feels like heaven to be with you When you treat me like you do
Every minute of the day Just with you I wanna stay There will be no end... We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love Our love will last for all time Could draw a picture just by heart Know every line on your face
You stopped me doing from the start All the things I used to chase Every minute of the day Just with you I wanna stay There will be no end.. We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love Our love will last for all time Should you ever Should you ever
Have any doubt 'bout you and me Please don't ever No love never Don't hesitate to tell me how it should be We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love Our love will last for all time We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love Our love will last for all time
We've got an everlasting love ah....Woo....ah...
We've got an everlasting love ah....Woo....ah...
**********************************************************
CIntakan bunga, bunga itu akan layu Cintakan manusia, manusia itu akan mati (kalau dia tak mati pun, cinta dia yg akan mati)
nur indah... cintakan Allah, Dia yang hakiki
Semalam pegi shopping2.. beli kasut sebab kasut sekarang ni dah haus tapak dia, bila jalan selalu nak terjatuh. Lagipun dah setahun umur kasut ni, ni la kasut yg paling lama bertahan dekat kaki aku. Selalunya pakai kasut sebulan 2 ada je yang tak kena, putus la, hilang la, bila pakai melecet la, macam2 la yg buat aku kena beli baru.
Lepas tu beli beberapa toiletries, dan makan-makan stuff (wajib ni, segala mak nenek jajan)
Lepas berjalan2 tu perut rasa lapar then terus pegi dinner (dah time supper pun..), macam biasa la menu, tomyam campur, telur bistik, bakso, then orang tu kasi sambal belacan n timun 3 ketul kecik (kedekut betul..). Tomyam dia rasa macam asam pedas yang mak saya buat. Nasib sambal belacan dia sedap.. kira nya dapat le cover ketaksedapan tomyam dia… Makan-makan sambil tengok citer cina TV3, dekat sejam la jugak duduk kat situ.
Bila nak balik tu, gosh, ada keta cina bodoh parking kat belakang.
“Mcm mana nak keluar ni”
Aku dah hangin dah… aku memang pantang kalau ada orang2 bodo macam ni, pikir nak senang dia je. Aku dok melilau-lilau cari tuan punya keta, ntah kat mana la dia pi melantak..
Nasib la ada keta wira kat sebelah prihatin, dia keluar. Susah la jugak nak keluar sebab still sempit, undur punya undur, gedegang!!! Bumper kena kat besi2 buruk, yang dok landing tepi jalan tu.
“Kan dah suruh tengok, takkan tu pun tak nampak” (ngeh ngeh ngeh… kena marah la pulak)
“Lol… tadikan awak suruh tengok belakang…” (ayat nak cover kesalahan)
Tak pasal2 pecah sikit kat depan sbb manusia bangangs dot com tu.
Panas betul aku kalau ada manusia bangang macam ni, tau nak lepas diri sendiri je. Orang cina memang macam ni (tak semua, kebanyakan je..), tp selalunya diorang ni memang tak pikir orang lain, kalau tgh beratur kat kaunter shopping complex nak bayar, diorang main redah je potong line, ……………. byk le lagi contoh tp den tongah malas nak nulih ni. Ekau pikio sendighi la ye…. then fill in the blanks.
nur indah… rasa macam nak je pecahkan cermin keta dia (kalau boleh la…)
Conveyer baru.. Test guna yahoo briefcase, photobucket ada problem. Tak tau le apsal tak boleh bukak..
Opppppsssss terkecik la pulak.. Jap lg la modify..

nur indah... ngantuk la, aku nak pegi tido
Selepas menamatkan zaman menengah rendah, aku jarang2 lagi mendapat khabar berita tentang kawan2. Masing-masing sebok dgn kehidupan baru masing2. Ada ke sekolah asrama penuh, ada, ke mrsm (mcm aku), ada yg still kat sekolah tu, dan tak kurang jugak yang berenti sekolah!!!
Satu hari, masa pegi majlis kawen best fren aku masa sekolah rendah (laki dia pun best fren aku, kami berempat kawan baik, laki dia penah suka kat aku, but aku refuse, then tup tup dgr citer diorang nak kawen.. hmmmm in life mcm2 boleh jadi.. len kali aku citer la pasai ni) ada sorang kawan bgtau, classmate masa kat AIGS dulu dah jd artis…
Wah..wah..wah… sungguh unsangkarable… Anak ustaz jd artis..!!! Heheheh… but aku tak leh menafikn, masa sekolah dulu, kalau ada apa2 jenis aktiviti yg melibatkan lakonan, choralspeaking,nasyid, ihtifal,pidato (english ke, arab ke, melayu ke) , apa2 je lah yg kena buat persembahan, dialah orang nye yg kitorang akan sebut dulu. Sham!!! Sham!!! Her real name Nur Ibtisam tp bila dah jadi artis, aku tgk list nama pelakon dah jadi Nur Lidya Ibtisam…
Orang nyer kecik, kemetot jer.. hehehe Dia jugak ada belakon dlm iklan air jenama season, ala… pompuan yang pegang tin air season sambil jln terged-ged tu…
Actually dah behari2 sebenarnya aku dok tunggu nak tengok citer dia belakon ni, tp tak kuar2 muka dia, hari ni baru dapat peluang tgk… Alaaa citer kat tv2 pukul 6.30 ptg, tetiap hari.. If I’m not mistaken, tajuk dia Bayangan Wajah… Watak dia sbg Siti. Kalau tgk gazet sblm iklan, dia paling kemetot sekali, pakai baju rona merah..
Mmmmm aku no komen pasai citer tu sebabbbbb…. Hehehehe tgk sendiri laaaa. Pelakon2 muda semua aku tak kenal, diorang nak cari pelapis kot, atau nak cut cost…? Ehehe dun no la
Aku berhutang sesuatu dgn dia, sebuah buku karangan bahasa inggeris, aku pinjam dari dia, dan aku belum pulang2 sampai hari ni. Dah berbelas tahun buku tu dok dgn aku.. Adakah kalau aku pulangkan sekarang, dia akan anggap aku sengaja nak berbaik dgn dia sebab dia dah jadi artis..? Erk!!! Bangga ke jd artis...? Ehehehe…
Aku tetap kena pulangkan, sebab aku tak nak roh aku terawang2 bila aku mati sebab aku masih berhutang dgn manusia, masa hujung tahun sblm keluar sekolah, semua orang dah bersalam-salaman, dan mintak halal itu ini, adakah dikira dia telah menghalalkan buku tu..?
nur indah… aku masih tertanya-tanya, mcm mana dia boleh jd pelakon…?
Entry aku kali ni mungkin sangat panjang…. Aku terdorong untuk menulis, selepas aku singgah ke sini pagi tadi…. Masih banyak yang tidak tertulis dan tidak terluah… yang mungkin aku tidak terfikirkan, atau terlupa pada waktu aku sedang menulis…
*******************************************************************************************************
Mengapa ada gelap, bila putih menyenangkan…?
Sesuatu yang tak disangka.. seringkali mendatangi kita… inikah suratan dalam kehidupan atau satu kebetulan….?
Apa yg boleh kita buat sekarang adalah berusaha sebaik mungkin untuk menawan kembali hati dia. Cuba.. cuba dan cuba… if u still want him to be with you… only. Cuba untuk membuatkan cuma kita di hatinya. Until he never think ‘bout another women. Bukan dengan bomoh dan jampi serapah, tapi dengan keistimewaan dan kehebatan seorang isteri. Kita Cuma berusaha. Selebihnya kita serahkan pada Dia..
Layanan, tanggungjawab, pengorbanan seseorang terhadap seseorang yg lain akan di pandang sebagai rutin, apabila kita melakukan the same thing everyday, every time. Kita sembahyang, kadang2 ada orang sbyg sebab tu dah jadi rutin, semua orang islam kena sbyg. Bukan sebab datang betul2 dari hati yg ikhlas.
Seorang isteri kena masak, hari-hari dia masak, hari2 dia basuh baju, hari-hari jaga anak, suami akan anggap itu sbg rutin seorang isteri. Itu keje dia!! Sama la jugak bila suami kena buat keje. Itu rutin seorang suami, betulkan itu, betulkan ini, tolong itu, tolong ini. Sebab tu sukar untuk mengucapkan terima kasih. Kenapa nak terima kasih, itu memang tugas dia..!! Mata kita buta untuk menilai pengorbanan seorang isteri juga suami… Hari2 apa yg kita nampak adalah benda sama yang dilakukan hari2 sebelumnya.
Dan… hati akan tersentuh, kalau suami tak penah tolong di dapur, one day masa kita masak, dia datang tolong potong bawang, tolong kacaukan gulai yg kita masak, tolong basuhkan pinggan, hati akn tersentuh. Begitu jugak bila seorang isteri, yg sebelum ni tak penah2 nak urut suami bila suami balik keje. Tiba2 satu hari dia tolong urutkan suami, walaupun he never mentioned, but deep in his heart dia tersentuh dgn layanan mesra isteri dia.
Kasih sayang dan cinta ni sangat abstrak.. Perlu dibaja, perlu di jaga, perlu dibelai, macam pokok jugak. Kalau kita biarkan pokok tu, tak disiram, Cuma mengharap hujan turun, tak dibaja, kalau musim hujan ok la, kalau musim kemarau? Lama2 pokok tu akan layu, pokok tu akan mati.
Sesekali, kita perlu berikan kelainan terhadap rutin kita, buat sesuatu yg jarang kita buat, kalau sblm ni suami pegi keje kita tak penah nak cium tangan, why not mulakan dr hari ini. Kalau selama ni kita mmg cium tangan dia, kita tambah lagi, cium dahi dia pulak… Pernah teringat ceramah motivasi, pakar tu cakap,
“Bila seorang suami nak keluar bekerja, isteri ciumlah tangan suami, ciumlah dahi suami, kerana dgn itu akan mengikat hati dan kaki suami pada kita, hati dia akan teringat untuk pulang ke rumah, kerana ada sesuatu yang istimewa menunggu dia… itulah isteri dia”
Kita Cuma berusaha… selebihnya ketentuan Tuhan. Andai selepas segala usaha, segala ikhtiar kita buat, but suami still begitu, then mungkn Tuhan janjikan kebahagiaan dalam bentuk yg lain pd kita.
“Pandainye kau bercakap”
Ini bukan soal pandai bercakap atau tak, bukan soal “tak kena dkt kau, kau tak tau” Me… orang perempuan jugak, tempias tu tetap terasa.
Sy bercinta 5 tahun, kalau dah kawen, dah ada 2/3 orang anak agaknya. Pernah beberapa kali terjadi, terasa perhubungan kami sangat hambar, rasa macam kosong, macam tak ada apa2… coz rutin yg sama kami lalui. Tak ada surprise dlm perhubungan, tak ada kelainan. Hari-hari sama, hari-hari itu jugak…
Tapi, sebab dah lama menjalin hubungan, rasa sayang nak buat keputusan untuk berpisah, rasa sayang nak bawak haluan masing-masing, maisng-masing tahu, hati masih sayang, tapi… sayang saja tak cukup sebenarnya. (This is another topic, juga tergantung bagaimana kita menilai sesuatu benda)
Sometimes memang kita kena create kelainan tu, kena create surprise tu.. Nak tak nak, itulah resam kehidupan. Kita hidup zaman penuh cabaran, ini bukan zaman mak ayah kita dulu2. Cabaran kita sangat besar,. Dulu tak ader yahoo messenger, tak ader mirc, tak ada blog (org tak boleh bercinta melalui intenet). Dulu tak ada sms (another method nak cairkan hati org, dgn words) Kadang2 d’ simple n d’ smallest thing give the biggest impact. Benda tu kecik jer.. tp buat kita terharu, buat dia terharu.
But life is just like jigsaw puzzle, macam teka-teki… sangat abstrak.. bergantung pada bagaimana kita melihat dan menilai kejadian itu. How we react to the situation. Jika pada suatu sudut yg lain, boleh saja kita memandang, tanpa dia juga kita boleh meneruskan hidup ini. Kita ada pelajaran, masih muda, masih kuat bekerja, tak perlu bergantung pada orang lain untuk meneruskan hidup…
In brief, kita yang menentukan apa yg ingin kita jadi, kita yg menentukan corak hidup bagaimana yg ingin kita pilih, kita yang menentukan… Setiap sesuatu kejadian itu, punya pro n kontra yg tersendiri. Punya natijah yang terselit hikmah tersendiri, jika kita pandang pada satu sudut yang lain, kejadian ini buat kita jadi kuat, buat kita berfikir, buat kita jadi tabah, dan ada juga kejadian2 yang terjadi membuatkan kasih sayang suami isteri smkn erat slps masalah itu di atasi.
Semuanya tergantung… tergantung bagaimana kita menilai kejaidan itu… Lain orang, lain cara dia menilai dan bertindak terhadap kejadian itu. Ada orang sanggup hidup berpoligami, sanggup dimadu dan bermadu, ada pula orang tak sanggup begitu, tak sanggup berkongsi kasih dan tubuh badan suami (sy tergolong dlm golongan ini) . Orang yg sanggup hidup berpoligami, punya reason tersendiri, begitu juga sebaliknya.
Ada orang, flexible… dia boleh meletakkan dri dia pada mana2 keadaan, dan kemudian dia akan create reason2 tersendiri. Kenapa begini.. begitu… And sometimes… I can put my self in any situations, then start thinking the natijah n hikmah…
Ada waktu2 tertentu, saya terfikir, jika saya dimadukan, dan saya kemudiannya tidak lagi mampu untuk menghormati suami saya seperti yang dituntut dalam Islam, bermakna, saya sedang menambah dosa sy terhadap suami saya, apakah dalam situasi ini, adalah lebih baik bg saya meminta untuk berpisah drpd suami saya.? ( Firmah Allah: Maka bergegarlah arash Allah apabila seorang isteri menuntut cerai dari suaminya).
Memandangkan jika bersamanya saya hanya mengumpul dosa saban hari, lantaran ketidakmampuan saya untuk menerima hakikat bahawa saya dimadukan dan lalu saya tidak lagi menghormatinya sbg suami saya. Bolehkah..?
"Jangan mengharap isteri sesempurna Saidatina Fatimah, sekiranya kau tidak mampu menjadi sehebat Saidina Ali "
Jangan terus-terusan menyalahkan diri sendiri, juga orang lain… Ya… memang betul… pada waktu menerima kejadian tersebut, hati kita sangat marah, kita akan cakap apa saja, kita buat apa saja untuk hilangkan kemarahan itu ( kesakitan fizikal dapat menghilangkan rasa sakitnya hati…?
Luahkan… luahkan…. luahkan lah semua rasa marah itu. Jangan disimpan rasa marah itu, nanti merosak jiwa. But, jangan buat keputusan bila kita sedang dalam keadaan marah, kerana keputusan pada waktu itu, dipengaruhi kebencian dan tidak diambil kira semua factor. Apabila kita marah, diri kita dikuasai syaitan. Luahkan sahaja rasa marah tapi… jangan terburu-buru buat keputusan waktu itu, Once kita dah luahkan semuanya, kita rasa release sikit, then… bila hati dah sejukkk sikit, takes time to start thinking.
Tanya sama hati…. Jika mahu begini, begini jalannya.. Jika mahu begitu, begitu pula jalannya.. Tiap2 keputusan punya reason dan cara bertindak yang tersendiri. Orang lain cuma boleh memberi pandangan dari sudut dia melihat dan menilai…
We have our own decision n perception 'bout life...
nur indah… dari sudut pandangan aku yg serba kerdil, jgn terus ambil bulat-bulat, kerana seperti yg aku cakap… tergantung bagaimana kau menilai sesuatu perkara
"Pdot telefon kak F ke tadi?" "Tak lah... saja jer.. buat panggilan rindu.."
Semalam ada orang beli cd citer hantu One Missed Call. Konon2 nak tengok laa... Bila bukak, yang keluar tulisan cina Satu haram tak paham, tak ader subtitle melayu, english subtitle pun tak ader.. Tajuk dah in english...
Tgh2 semangat nak tgk tak dapat pulak. (walaupun takut terketar-ketar masih ada hati nak tgk). Hari ni ingat nak pulangkan balik cd tu.
Aku bukan orang cina, aku tak bersekolah di sekolah cina, aku tak amik cos bahasa cina so aku tak paham apa pun, aku nampak tulisan2 tu macam contengan2 abstrak yang agak cantik....
nur indah... bila rindu sebut namaku, airmata jangan berguguran...
KAta seorang kawan
"Hensem itu anugerah, kemas itu pilihan"
Analogi: Biar tak hensem asal kemas, biar tak cantik asal tak selekeh
Orang yg tak hensem dan tak cantik akan nampak hensem dan cantik bila dia kemas, jadi... pilihlah untuk jadi kemas (bukan tadika KEMAS)... susah sangat ke nak buat pilihan..?
nur indah... asal sedap mata memandang
Lokasi: Dalam Teksi Watak: Pakcik drebar teksi (dgn loghat jawa yg pekat), budak baru grad, kakak minah kilang (juga dgn loghat jawa kurang pekat) dan aku
Watak aku sangat mudah, Cuma tersenyum dan tersengih-sengih sampai ke destinasi.
Pakcik teksi: Sini dah berapa kali langgar mati, semalam ada sekali (aku nampak kemalangan yg pak cik tu ckp, kereta yg eksiden tu dah tak macam kereta, dah jadi besi buruk yang di kerat2, hancur dan rentung!!)
Budak :Jalan ni belum siap kot pak cik…
Pakcik teksi: Entah… kalau nampak dgn mata kasar, macam dah siap. Jalan sini gelap, tak ader lampu jalan, diorang ni bikin jln mcm tak ada psikologi, ibarat tak turun padang… Dekat JPJ tu byk lampu.. kenapa tak dibuat di sini (dlm hati aku: waaaa… pakcik teksi, ckp pasai psikologi, jgn pandang rendah pada orang ya..)
Budak: (Cuma mendengar dan mengangguk. Barangkali, tak tau nak balas apa.)
Pakcik teksi: Konon di parlimen, Parlimen Sri Gading…. Wahh…..
Aku semakin sengih, dalam hati, aku berkata-kata, mungkin pakcik ni nak cakap topik politik pulak lepas ni.
**********************************************
Pak cik teksi ni macam dah kenal lama dgn kakak sebelah aku, mungkin dia pelanggan tetap pakcik teksi.
Pakcik teksi: Bawak bekal apa ini hari…?
Kakak: Saya tak bawak bekal pak cik, malas… rehat nanti nak tido je.. ekekekek (kakak tu ketawa, cara dia ketawa mengingatkn aku pada kak sofe, walaupun aku tak penah dgr kak sofe ketawa, kakak ni suka ketawa, sikit2 ketawa, mengekek, ekekekekek)
Pakcik teksi: A’aa ye lahhh, penat, tido la… Pakcik teksi: Dalam kilang tu sejuk ye…
Kakak: Tak lah pakcik… panas…. ekekekkekeke
Pakcik teksi: Oooo pakai kipas aje ye…?
Kakak: Tak adalah.. kipas pun tak de pakcik
Pakcik Teksi: Ooooo kipas pun tak ade… mmmmm…ye laa.. (Gaya pakcik tu cakap macam ahmad nisfu, tersengih2 aku dengar pakcik tu cakap)
Kakak: Saya tak boleh keje kilang kain ekekekkeke
Pakcik teksi: A’aaaa yelaaa…. Dah biasa keje kilang elektronik. Pakcik ni dari umur 18 sampai sekarang 55, hidupnya dgn stereng aje….
(Pakcik ni suka cakap a’aaa yelaaa… dgn gaya yg tersendiri, buat aku rasa gelihati)
*************************************************
Pakcik teksi: Kereta ni mau jaga, teksi ni dah 20 tahun dah pakcik guna
Budak: Kereta kalau dah lama, kadang2 takut jugak nak jalan jauh
Pakcik teksi: Teksi ni tiap-tiap minggu pak cik hantar workshop
Budak: Rosak apa pak cik (Tanya ala-ala org kebodohan)
Pakcik teksi: Tak rosak…. Jgn tunggu rosak baru hantar kedai, kita ‘cari sakit’ dia, sebelum dia sakit, kita cari dulu… (Pak cik tu ketawa dan aku pun terfikir, bagus jugak petua pak cik ni, tp… ongkosnya mau siap!!!)
Pakcik teksi: Pakai kereta, hon mau kuat Budak: Bagi orang terkejut, pak cik
(Pin… Pin…. Pakcik tu tekan hon 2 kali, mmg kuat, budak dan pakcik tu ketawa besar sama2… hehehhehe… aku tersengih2 seperti biasa, nak ketawa sebenarnya tgk gelagat pakcik dgn budak tu, tp aku tahan kan )
Pakcik teksi: Hon yang bagus, lagi kuat kalau satu jantan, satu betina. Ini pak cik punya 2-2 jantan ni, itu tak berapa kuat tu..
Budak: (Diam je sambil mengangguk-angguk kepala)
(Mungkin budak tu pun macam aku, tak faham maksud pakcik tu… hon pun ada jantina ke…?)
nur indah... aku cuma pemerhati dan pendengar yg bagus
Writing is a skill, which needs to be developed with much practice. To a child ages between 7 to 9 years old, writing can be a boring and unenjoyable task. They will rather be playing than writing. Therefore parents need to know how to make writing fun and rewarding for their children. Here are some practical suggestions you can do at home with your child.
Do encourage your child to draw and discuss his drawings. This will help your child to increase his vocabulary and writing. Remember, building vocabularies build confidence.
Make writing relevant to your child. Get him to help you write down shopping lists and get him to hunt for these items with you at the supermarket.
Writing can be fun, creative and artistic. Encourage your child to make cards for friend and relatives for the festive seasons.
Encourage your child to keep a diary. Get him to write about his feelings, pleasures as well as disappointments. Also encourage him to write about the things that happen at home and the school
Get your children do a lot of writing exercises. Writing is a skill which develop with much practice. Select books that teach step by step writing to help him write easily and effectively.
*** Kredit to Popular zine***
Erk!!! Kalau nak anak pandai menaip, galakkan dia jadi blogger 
nur indah... ini blog aku kan? Jadi.. aku boleh tulis apa yg aku suka kan? Tak kisah la org suka atau tak suka kan? Ini blog aku yang punya... hahahah (cakap gaya ala2 jin ahmad albab, bukan jin samsudin kak sofe ye..)
Kenapa tiba-tiba aku terasa nakkkk sangat amik master..?
Kenapa..? Kenapa....? Kenapa...?
Kenapa sekarang..?
Dan...
Tiba-tiba jugak aku terasa nakkkkk sangat ada baby....
Ish..ish..ish... apa dah kena dgn aku ni
nur indah... erk!!! dah sampai ke seru aku...?
Aku bosan aku kena keje
Kau bosan Kau boleh tido
Arghhh... bosan!!!
nur indah... apakah yang dapat menghilangkan kebosanan ini..?
Pelik le, nape le semut minat sangat dengan barang-barang aku, semua tempat aku duduk ader semut, kat meja depan, meja belakang, atas kerusi, bawah kerusi,kat dinding, kat bilik air, kat sinki, kat pinggan, dalam kettle, kat telefon hatta kat disket pun ada!!!
Erk…apa aku ni ratu semut ke? Sampai semua semut-semut berminat nak mendampingi aku… Ke aku dan barang-barang aku ni semulajadi manis? Ehehehe…
Geram jugak kadang2 tu, masak air pagi, tengahhari dah ‘ramai’ semut dok swimming kat dlm tu, mcm2 gaya dok ada. Kuak lentang, kuak meniarap, kuak anjing, kuak katak semua dok ada... Musykil aku, air jarang pun manis ke…?
Semalam masak air, tapi bila pegi tengok lepas tu, kettle tu dah kosong. Setitis air pun tak dak. Aik… apesal la pulak ni, kettle bocor ke…? Ke semut-semut tu haus sangat sampai habis air tu dia bedal? Misteri… misteri…
Petua tak nak bagi semut berenang dalam kettle: Lepas masak air, biar sejuk sekejap, lepas tu terus tuang dalam botol. Mudah dan selamat… eheheheh
nur indah... erk!! kaki dah kena 'semut-semut' la pulak, kebasnye. mesti dia marah pasal aku dok ngutuk geng dia ni... ehehe
Aku fikir aku mau beli printer baru. Printer aku sekarang sudah pandai besar kepala. Aku beli dia dgn harga empat ratus lebih. Kantung cartridge dia terasing dari badan. Oh ya, system ni Cuma ada pada printer Epson saja, kata cina tempat aku beli. Sebabnya… bla bla bla.
Setiap kali aku nak refill, aku tak perlu buka tutup printer. Bekas dia di luar, betul2 tepi badan dia. Ada empat bekas. Satu untuk cartridge hitam, satu untuk merah, satu kuning dan satu lagi untuk biru. Masa mula2 aku beli dia, dia sangat bagus berkhidmat untuk aku. Hasil kerja dia sangat memuaskan hati aku. Tapi, sekarang tidak lagi.
Bila aku mau dia bekerja untuk aku, dia jadi malas, bila aku paksa-paksa jugak dia buat kerja mau tak mau, Hasilnya bergaris-garis dan bercorak-corak. Dia buat aku marah. Aku mesti ajar dia, aku mau buat dia cemburu. Aku mau beli printer laser. Pasti cepat dan memuaskan hati aku.
Nasib dia akan jadi seperti Lexmark. Aku guna bila aku mau scan saja. Selebihnya dia cuma jadi perhiasan atas meja. Kesian dia, dah lama duduk sorang2, nanti aku hantar Epson jadi kawan dia. Tunggu ya... Hampir lupa, ada sepasang canon terbiar berhabuk dlm bilik aku. Nanti, kalau aku rasa meja aku semak, mungkin aku boleh bawa mereka join canon.
Erk!!! Bila ya aku mau beli...?
nur indah... tempat pengumpulan printer terpakai, ada sesiapa mau sedekah printer, aku mau tambah koleksi
|