|
NurIndah™
dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23



Bwahahahhahahaha
Akhirnya
Jiwa Kacau Menjadi Milik Aku
Bwahahahahahha
Aku suka! Aku suka!
*************************************************
Jiwa-Jiwa Kacau Bubuh Dalam Sampul Humban Dalam Tong Dijamin Sampai Esok Posman Datang Tersengeh2 Aku Terima Tersipu2 Posmen tanya "sapa bagi tu?" Aku jawab "Private & Confidential" Dia angguk-angguk bukannya tahu pun Posman blah Aku bukak sampulnya Jiwa kacau dah menjadi milik aku Aku suka!Aku suka! Ha ha ha ha ha!! Kalau ingin sendiri punya, cepat order! Mari!Mari!Mari!Mari... Order!! Tapi jgn lupa ongkosnya.. Aku tlg promote takdak komisyen ke! ataupun jiwa kacau percuma? mana ada benda percuma masuk tandas pun kena bayar Kita nyanyi dulu..'Duit oh duit, di mana kau duit???' Kita cari Ayah Pin mungkin dia boleh sponsor se-copy dua Duit ada tapi syiling seringgit berkepuk-kepuk dalam poket Mahukah? laku lagi la wei duit tu,apsal lak tak mau... sampai disember ni masih laku kalau tak mau sila masukkan ke akaun maybank 551463003878 ekekekeke Atau hulurkan saja pada penunggu di kaki lima Sekarang kaki lima sudah tidak berpenunggu, habis Penguatkuasa DBKL halau setiap Sabtu, Beri Sahaja duit itu kepadaku, kubuat kalung digantung menjadi rantai di leherku takpun aku tukar dibank saja, boleh dapat satu lagi buku! Baik tak payah beli lagi satu, dengar-dengar JK II akan terbit, jadi TUNGGGUUUU!
*Komen sambung-menyambung, aku suka! aku suka! Kopipes dari blog Mat Jan.
Lagi-lagi di jongkang jongket
nur indah...Rupa-rupanya posmen tu dah datang pagi tadi. Aku belum bukak. Petang tadi pukul 3 lebih posmen tu tepon, suruh amik di post office. Aku ingat dah tak sampai dah. Kot-kot dia tinggal je kat luar, pas tu budak-budak rembat. Hahahahahha Aku suka! Aku suka!
Beberapa hari (atau minggu? Tak sedar masa cepat sangat berlalu. Kadang-kadang rasa cepat, sedangkan dah lama berlalu. Kadang-kadang rasa dah lama, padahal baru saja benda tu berlaku.) lepas, secara tak sengaja, mula-mula memang sengaja. Tak paham?
Jap.. aku pun tengah blank macam mana nak mula cerita. Aku fail bab karang-mengarang sekarang nih walaupun dulu masa zaman sekolah-sekolah markah aku jarang bawah 80.
Ceritanya, aku pegi blog Afdlin, tercurious lah jugak aku tentang StudoTraffic kat blog dia tu, sebab ada satu komen dalam blog dia ada tersebut jugak pasai ST nih. Mula-mula aku buat tak kisah je, lepas tu bila dekat tempat lain pun aku nampak ST nih, aku mula lah teruja.
Jadi, aku godek-godek balik komen kat blog dia, sebab kalau aku nak tanya afdlin terus betul ke tak ST nih, dah confirm lah tak terlayan, dia kan fofular. Mana lah ada masa nak layan soklan-soklan budus macam nih.
Di sinilah bermulanya, aku rasa dunia internet nih sungguh kecil, bagaikan dunia du hujung jari. Sungguh Indah. Apa yang suratan dan kebetulannya?
Ini lah aku nak cerita nih...
Akhirnya aku jumpa jugak komen yang aku carik tuh. Link ke blog empunya pengomen, nonie. Aku tinggalkan mesej di tag bod dia, lepas tu aku sesaja lah baca-baca entry dia yang lepas. Aku memang jenis macam nih. Kalau aku pegi satu-satu blog dan pada pandangan pertama, blog tu sesuai dengan citarasa aku, aku akan baca dari mula. Ya.. baca dari mula. Dari mula-mula, dari hari pertama orang tu tulis blog.
Samapi pada entry kawan-kawan dia datang dari Brisbane bercuti. Dia sebut nama 4 orang kalau tak salah. Dan salah satu nama tu... 'Is',buat aku terinstinctkan sesuatu. Untuk memuaskan rasa ingin ingin tahu dan dan tertanya-tanya yang mendesak, aku tak berlengah-lengah terus buka fotopages dia. Aku cari gali pada tarikh entry diblog, waktu kawan-kawan dia datang. Dan mata aku tertangkap pada satu gambar seorang perempuan.
Kau ingat entry aku tentang mesej misteri tahun lepas??? Dialah itu!!!! Kawan sekolah rendah, juga di menengah rendah lebih sedekad lalu di AIGS. Tapi, dia makin berisilah.. Kali terakhir aku jumpa dia masa kenduri kawin Siti dan Ajun, dia datang cukup bergaya, ala-ala model gitu. Oh ya... cita-cita dia masa dulu-dulu nak jadi modelling, aku ingat itu.
Hebat kan dunia internet ni??? Tapi.. Lagi hebat perancangan Tuhan!!! Aku pergi ke blog tu, untuk tanya pasal ST, tapi apa yang aku jumpa di situ, lebih bermakna dari apa yang mahu aku cari. Sungguh!!!! Walaupun....aku sedikit jelous, sebab dia dapat mengejar cita-cita dia untuk belajar di luar negara. Aku rasa dia adalah anak murid pertama dari SKTL yang dapat sambung belajar di luar. Mesti cikgu-cikgu aku bangga!!!
nur indah... uhuhuhuhuhu jelesnye aku!!!!
|