S Spiritual
E Emotional
L Luscious
E Extreme
N Nutty
D Dignified
A Appreciative
N Nice
G Gorgeous
B Brutal
I Ideal
R Rich
U Useful
Ada Apa Dgn Nama


LAYAN KARAT
Tiada Lagi Kidungmu
Kenangan Bersamamu
Lagenda Cinta
Puteriku Sayang
Kak El-Mungkin
Kak El-Penawar

S E L E N D A N G...B I R U

Indahnya Ciptaan Tuhan


NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

Friday, February 25, 2005

jangan la bikin gue marah sama lho...

dia kacau aku lagi laaa...
aku tak suka, betul-betul tak suka
rasa terganggu
kejap-kejap ada call misteri
kejap-kejap ada mesej misteri
huhuhuhu...
aku tamau tukar nombor lagi
baru je aku pakai nombor ni
tapi aku tak suka diganggu...!!!
jangan la kacau aku, ek...

nur indah... jangan membiarkan diri aku di selubungi misteri... panggilan rindu

137755 | posted by selendangbiruu at 22:55 | 2 Orang Beli Selendang

Sunday, February 20, 2005

bila hati dah panas...

Hangin betul aku. Satu badan berasap jer rasa… Dah le musim panas nih…

Tadi tengahhari, time aku dok sibuk melayan orang, nak nak nye pulak komputer ni buat hal.. Telepon aku dok berkelip2 (tak bunyi, pasai aku memang suka vibrate jer)… aku tak angkat sebab bz sesangat.

Lepas tu, aku call le balik no yang missed call aku tu. (Aku ingatkan ada orang nak kasik bisnes kat aku. Boleh le tambah2 duit kopi) Dengar le bunyik lagu ntah hapa2 ntah (sekarang kan segala mak nenek caller ringtone dok ada)… menyampah aku dgr lagu tu. Aku letak tepon.

Tak lama pas tu aku dapat mesej “ sape kh yg berani membuat panggilan palsu seperti kedekut kredit nie ha…” Cessssss…. Tak guna betul!!!! Dia yang missed call aku dulu, aku pulak yg kena…

Aku balas balik “ Got missed call from this no. Does anybody frm ur no call my no..?” Dia balas…. “eh ye ke..? rasanye tak de…” Tengkoraksss engkau le tak de… Kalau tak de takkan le tiba-tiba ada no kau kat aku… Takkan hantu2 Constantine kot tepon aku????? No aku memang aku tak kasik kat ramai org. 2-3 kerat je yg tau. Aku malas nak layan orang tu…. Aku diam jerk..

Ingatkan habis dah takat tu… jap tadi aku dapat call. Aku angkat je terus orang tu Tanya “Sapa tu..” Ehhh…ehhh engkau yang tepon aku, patutnya aku yang tanya engkau, pehal pulak aku yang ditanya? Aku tanya balik sapa dia? Dia kata Daniel…Pas tu dia dok tanya sapa aku… Aku tanya apsal.. ada masalah ker..? “Tak ada masalah, saja je nak tau sape..” Hahhhh boleh blah… aku terus letak tepon…. Enough!!!

Ntah sape2 la…. Kalau tak kenal orang, tak yah le nak tepon2.. Silap orang la… aku bukan kaki layan orang… Nak nak nye… orang yang dok ‘Sapa ni?” “Sapa ni..” Hahhh boleh blah la…

Huhhhhhh legaaaa.....

Hehehehhe... tau apsal aku marah sangat? Sebab aku teringat dulu masa aku mula2 pakai nombor nih, ada orang mesej aku dok tanya mana dapat nombor ni... Aku cakap aku beli kat kedai la... Pastu dia siap cakap ‘ye ke beli...tak baik menipu’.. dia bgtau tepon dia penah kena curi hilang ngan nombor nih... Siap bg tazkirah percuma lagi, Tuhan tak suka orang yang mencuri bla bla bla...

Hangin betul aku... Aku anta msg balik ajak dia jumpa kalau tak caya... Aku boleh tunjuk starter pack yang aku beli tu... Kalau teringin sangat, aku sudi bagi kotak starter pack tu sebagai hadiah... buat kenang-kenangan mengenangkan henpon dia yang hilang.

Tau pulak tak berani.. Dia siap anta kaum kerabat, mak nenek dia tepon aku, tanya itu ini... siap ada keling buat2 salah tepon nombor.. tanya kat mana la... macam2 la..

Bengang betol aku.. Nyaris2 aku nak tukar nombor lagi. Aku tak puas hati... aku anta mesej kat dia “Tak ader pencuri bodoh yang nak guna tepon yang dia curi, yg ader orang bodo yang fikir pencuri tu bodo...!!! Jangan biarkan diri anda diselebungi misteri... kebodohan... P/s memfitnah tu lebih laknat dari membunuh” Hah... ambik engkau... Hehehhehe... puas hati aku...

Elooo minah, tepon aku pun penah kena curik.... tapi tak de la aku nak meracau2 cam orang bodoh macam engkau...!!!

Ntah2 si Daniel ni pun kaum kerabat pompuan tu.

Heheheh... emosi pulak aku petang ni...

nur indah... sarang tebuan jangan dijolok...

137399 | posted by selendangbiruu at 21:33 | 4 Orang Beli Selendang

Thursday, February 17, 2005

port menebeng...

Sejak dua menjak nih aku rasa malas sesangat. Malas nak menulis2 (menaip2)... Otak pun buntu je...

Aku dah jumpa port best nak menebeng (hehehe dah pandai guna sejak dok 'menebeng' kat blog MA)... Warung biasa2 jer... Roti canai dia sedap yak amat. Makan roti je dah cukup sedap... Roti dia tak liat, tak keras... senang nak makan. Tak perlu nak pegang sudu ngan garpu kuat2 nak tarik roti tu...

Ada sekali tu, aku tak ingat makan kat mana, sampai menggigil tangan aku nak tarik roti, liat yak amat... Aku risau roti tu terpelanting jer...

Sayang... tempat dia jauh kat ceruk kampung. Kalau la kat tepi2 jalan orang lalu lalang.. mesti ramai orang pegi...

nur indah... esok pagi aku nak menebeng kat sana lagi...

137181 | posted by selendangbiruu at 11:04 | 5 Orang Beli Selendang

Tuesday, February 15, 2005

keputusan akhir....

"Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati.."


Hmmm.. makan fikir, minum fikir, duduk fikir, berdiri fikir, jalan fikir, tidur fikir (aku mimpi.. mesti sbb aku fikir!), termenung pun fikir... berfikir-fikir.. nak PINDAH ke tak nak nih...????!!!

Hmmmm... akhirnya... aku buat keputusan tanak pindah.. aku selesa di sini. Tapi.. aku dah buat back-up kalau-kalau danchan buat hal..

Aku rasa tenang... aku tak perlu fikir-fikir lagi...

***SECARA RASMINYA AKU UMUMKAN DI SINI, AKU TAK NAK PINDAH BUAT MASA INI. KEPADA SESIAPA YG TELAH LINKKAN SELENDANG BIRU DI RUMAH BARU, MAAF KERANA KESULITAN INI. HARAP MAKLUM***

Peace...


nur indah... setiaku di sini..

137029 | posted by selendangbiruu at 22:05 | 0 Orang Beli Selendang

Thursday, February 3, 2005

dari Dia kita datang....

Al Fatihah untuknya
Dari Dia kita datang
KepadaNya kita kembali

Aku tak kenal dia
dia pun tak kenal aku
Aku kenal adik dia
Patutla semalam
adik dia tak datang sini
Kakak meninggal rupanya..
Innalillahiwainnailaihiraji'un..

"Berapa umur?"
"28"

(Mmmmm muda lagi)
"Sakit apa?"
"Entah... kena buat orang, busung, perut besar.."


************************************************************************************

"Takut la.. penyakit lain doktor boleh ubat, kalau penyakit buatan orang nih... payah la, ishhh takut la.."
"Emmm awak pecaya? Ada lagi ke buat-buat orang ni... Tak de penjelasan sains ker?"
"Ehhhh... tu semua dah termaktub, benda2 ghaib ni kita kena pecaya jugak... sains sains la... ghaib ghaib punya cerita..!!"


Bagi yang tak pernah mengalami, mungkin sukar nak percaya.. tp aku percaya!! Sebab tok aku, mak cik aku, sedara mara aku pernah menderita akibat dengki khianat manusia.

Dari segemuk2 orang, tok aku jadi kurus kering! Pertama kali tengok dia selepas sihat (masa ni belajar di UTM, jarang blk kg), aku terkejut...Tok mana? Rupa2nya depan aku. Tak terbendung air mata!!!

nur indah... ajal maut tak kira usia, tak kenal kau siapa... yang hidup-perlu teruskan, tapi beringat-ingatlah.. erk!!! aku takut oiii... tak boleh dengar citer org meninggal- fobia, trauma.. mesti dalam tempoh tertentu jadi pasif dan takut2 gitu...

136428 | posted by selendangbiruu at 13:02 | 0 Orang Beli Selendang

Wednesday, February 2, 2005

conveyer added...



"Dari sebuah arca
hijau menyubur
terlakar cerita
keliling kelalang"

nur indah... antara ribuan bintang bekerdipan, kau bagaikan kejora

136335 | posted by selendangbiruu at 13:12 | 2 Orang Beli Selendang