S Spiritual
E Emotional
L Luscious
E Extreme
N Nutty
D Dignified
A Appreciative
N Nice
G Gorgeous
B Brutal
I Ideal
R Rich
U Useful
Ada Apa Dgn Nama


LAYAN KARAT
Tiada Lagi Kidungmu
Kenangan Bersamamu
Lagenda Cinta
Puteriku Sayang
Kak El-Mungkin
Kak El-Penawar

S E L E N D A N G...B I R U

Indahnya Ciptaan Tuhan


NurIndah™

dikemaskini pada Julai 21, 2004 jam 17:23

Get Firefox!

Tuesday, March 22, 2005

B *A * B* I...

Hmmmm… sekarang nih isu sausej usus B-A-B-I jadi kes besar. Jadik isu nasional, hmmm memang patut pun. Sebab ini berkaitan dengan agama, Sensitivity orang-orang beragama Islam tak boleh dipandang jelek. Telah jelas babi tu memang haram bg orang Islam.

Makan babi jadi B-O-D-O-H dan L-E-M-B-A-P ?????

Ini mengingatkan aku pada satu peristiwa…

Beberapa tahun yang lalu di pejabat FKE... (suasana kabur-kabur time nih... ala2 drama tv1 gitu, hehehe)

Aku temankan Ami nak mintak sign Dr. Jo untuk luluskan dia bawak kredit lebih, sem depan. Masa untuk hantar slip pendaftaran dah makin suntuk. Kena cepat-cepat mintak sign Dr. Jo, waktu tu petang, mmmm tengahhari sebenarnya.. masa tu dia macam kelam kabut sikit, biasa la..orang-besar-besar, busy memanjang…

“Dr… saya nak mintak sign Dr…” kata Ami

“Untuk apa..?”

“Saya nak ambik kredit lebih sem depan”

“Kenapa awak kena ambik kredit lebih?”
Dr Jo tanya dengan nada yang dah lain sikit. Aku dah berdebar-debar ni..

“Emmmm sebab sem lepas saya ada fail subjek, jadi sem depan kena ambik lebih, kalau tak, nanti saya kena extend”

“Saya tak mau sign, sepatutnya awak tak perlu semua ni…”

“Tapi Dr…. nanti sy kena extend”

“Itu bukan masalah saya, kenapa awak fail ? Kenapa orang Cina tak de datang jumpa saya nak tambah kredit. Kenapa orang Melayu je yg dtg jumpa saya? Diorang boleh habis ikut masa.. kenapa diorang PANDAI? Sebab diorang orang kapir??? Sebab diorang makan BABI..??? sebab tu jadi pandai??????!!!


Ting Tong Ting Tong Toink Toink Bzzzzz… Aduhhhh Adoi doi doiiii… Malu yak amat… Muka kitorang dah merah sama naik dengan merah muka Dr. Jo… Merah kitorang merah malu… merah dia merah marah… Huhuhuhu… sedih… malu dan BERBEKAS!!!!

Kami blah… tak terkata!!!

“Tak pe la… biar la aku extend… Aku nak buktikan dekat dia !!!!

Ami cakap penuh semangat bercampur sedih teramat.. !!!

nur indah... kenapa orang Ci*na pandai-pandai-berjaya-berjaya-hebat-hebat belaka????

Disclaimer: Entry ini tak bermaksud makan BA*BI jadi pandai, berjaya dan hebat belaka. Pls read between d' line. Harap maklum.

139233 | posted by selendangbiruu at 22:11 | 1 Orang Beli Selendang

Saturday, March 19, 2005

Kenapa lama tak update?

Soalan mudah susah nak jawab…

Tiba-tiba….

Rasa tak bersemangat

Tiba-tiba…

Rasa hilang mood

Tiba-tiba…

Rasa malas teramat

Tiba-tiba

Macam-macam jadi…

Terima kasih buat yang tak jemu berkunjung

Yang meninggalkan jejak (kk, arisa)

Biarpun sekadar menjenguk

Bertamu di Selendang Biru

Terima lah kasih ku seadanya…

Apa aku buat bila tak update blog?

Bukan sekadar tak update malah tak jenguk pun kadang-kadang..

Kenapa?

Malas sebab danchan lembap?

Ye jugak kot, selebihnya aku tak ada jawapan…

Aku jalan-jalan blog kk, kak sofe, itikputih,kmx, sera, arisa, arcahijau, gtb, cheura byk la lagi

Aku menebeng kat blog MA, Mat Jan.

Aku skodeng blog Joe Perantau, aku nengok kan je Phantom Of the Blog , anne75 (kk la tu), AuntyN, MA, delinn, puteri, xmen, ramai la nak ku sebut tak termampu , hehhehe dok rancak bersembang kat tag. Aku tengokkan jer.. Seronok skodeng orang nih…. J

Ada sekali tu aku baru je ngendap kat tag joe, kk tanya itikputih pernah jumpa selendang biru ke tak? Jawab itikputih “Tak pernah, dia tak bgtau nama sebenar, tp dia janji nak datang konvo nanti, bagi bunga” Hehehe tersenyum sendirik aku…. Tak sempat aku nak balas…server kat sini buat hal…

Itu aje lah keje aku hari-hari, ngendap blog orang, skodeng kejap-kejap, kalau aku rasa nak tinggal jejak, aku letak la komen, bila rasa dah penat, aku buat keje lain (keje di dunia nyata) makan ke, minum ke, tulis-tulis ke, conteng2 ke, paling tak pun…. Aku tengok orang je laaa… seronok tengok gelagat manusia nih… buat kita tersenyum sendiri-sendiri.

nur indah… aku insan biasa, menulis sesedap rasa

139067 | posted by selendangbiruu at 14:20 | 11 Orang Beli Selendang

Thursday, March 3, 2005

perginya teman sepengajian..

Al-Fatihah..
Daripada Dia kita datang, kepadaNya kita kembali...


Pagi kejadian aku terima panggilan telefon dan SMS membawa berita musibah yang menimpa Allahyarham..
Allahyarham pernah bersama2 mereka mengadakan program motivasi sewaktu di UTM dulu.

Tak sangka dia pergi dalam usia yang muda. Sedih aku membayangkan isteri dan anak-anak kecil yang ditinggalkan.

Begitulah janji Tuhan, bila Dia mengkehendaki... jadilah ia...

nur indah... ajal maut tak kenal siapa, muda atau tua, bila-bila masa kau boleh dijemputNya... Al-Fatihah..

138174 | posted by selendangbiruu at 22:52 | 3 Orang Beli Selendang

Al- Ghazali yang ku cari....

...Jeslina yang kutemui



1. Aku dapat dari forwarded e-mail.
2. Sumber asal di sini.
3. Aku bukan sengaja nak blur-blurkan gambar, aku copy dari word, paste di paint... dia jadik blur... aku malas nak buang masa (tak reti sesebenonye.. hehe), biarlah dia blur nampak cam creative gitu... ekekekeke..

nur indah... yang halal telah jelas halalnya, yang haram juga telah jelas haramnya...fikir-fikirkanlah...

138151 | posted by selendangbiruu at 14:46 | 0 Orang Beli Selendang