|
Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya.......
Wahai …………………………… bin/binti ……………………………mudah-mudahan Allah Taala memberi rahmat akan kamu, ingatlah, bahawa dunia dan segala perhiasanya telah hilang daripadamu, dan sekarang kamu telah masuk ke alam barzakh, inilah dia tempat permulaan tempat masuk ke alam akhirat, maka jangan lah kamu lupakan janji yang mana kamu telah keluar daripada dunia, dan kamu telah masuk ke dalam bahagian negeri akhirat, iaitu menyatakan dan menerangkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya, maka datang kepada kamu dua orang malaikat, iaitu Munkar dan Nakir yang diperintahkan Allah untuk memeriksa kamu, ketahuilah kamu, bahawa keduanya itu makhluk Allah, sebagaimana kamu jua adalah makhluk-Nya. Dan apabila bertanya keduanya siapa Tuhanmu?Dan siapa nabimu?dan apakah pegangan kepercayaanmu?dan atas apakah kematianmu?, maka jawablah dengan terus terang, iaitu, Allah Tuhanku, Nabi Muhammad penghuluku, Islam agamaku, kitab Quran ikutanku, Kaabah kiblatku, sembahyang fardu kewajipanku, dan sekalian orang islam itu saudaraku, aku hidup dan aku mati di atas kalimah:

Berpeganglah kamu wahai…………………………………………, dengan ini hujjah, dan ketahuilah bahawa kamu akan tetap di alam barzakh ini hingga hari kiamat, dan ketahuilah pula, mati itu perkara yang sebenarnya, dan mesti ditemui oleh tiap-tiap makhluk dan soal Munkar dan Nakir di dalam kubur itu sebenarnya, demikian juga bangkit semula daripada kubur, dihisab amalan melalui titian siratalmustaqim semuanya benar itu, dan hari kiamat tetap akan datang dengan tiada syak lagi, dan Allah Taala akan membangkitkan semua orang yang di dalam kubur, dan dihitung akan segala kerja dan amalan mereka itu apa yang telah mereka buat di dalam dunia.
6 Oktober 2003 : ~shuth in da blog sampai ke penghujungnya.... selamat tinggal rakan-rakan sekalian... teruskan perjuanganmu...
 |