|
Luahan & Gelodak di Jiwa
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. "Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
last modified Jun 15, 2007 at 22:01
gaji dah dapat.. setelah ditolak-tolak.. adeih.. sadis nye tgk balance.. ahahaha.. sabar je lah.. hari sabtu hari tu, ayah nye g keje, aku gi shopping dgn iman beli baju dia dgn anak buah aku kat Klang.. almaklumle depa balik beraya ni..... baju iman dah tak muat, uhuhuhu.. dapat la beli baju iman 4 pasang.. (esh esh esh.. rasa macam nak tambah lagi je..) baju anak buah aku beli sorang selai je.. ok la tu kan.
hari ahad buat cucur je.. ingat esok nak buat nasi lemak lah pulak.. har har har.. (bule ke tak tah.. cuba je lah..)
Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) ".
Huraian Pengajaran Hadith: i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
*************************************************** Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... .. __._,_.___
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa engkau menangis?'
'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.
'Aku tidak mengerti', kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'
'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'
Allah berfirman:
Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan''Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ''Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh''Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ' 'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ' 'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu''Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'
'Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.' 'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.'
Anda akan menambah harga diri wanita! Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah.... Setiap Wanita itu Cantik.
Salams
Hari ni, aku buat b’fast kuih che’ mek molek.. huhu.. preparation pun aku buat mlm tadi setelah iman ditidurkan oleh ayahnya.. ahaks.. sib baik dia duk diam je.. (mau pulak..) kalau tak, aku kat dapur je.. dia mesti duk pusing-pusing kepala menghala ke dapur.. nak tengok aku jugak.. (ihiks.. how sweet.. nak tgk umi juga yea sayang..)
Pas clear meja makan.. aku pon lenyek la keledek yang dah aku rebus balik dari kerja tadi.. huhu.. pastu hubby yang teruja tengok kuih negerinya pon nak uli sekali.. ampes.. dia cakap.. “ni lembik sangat ni.. mesti tak jadik.. kuih ni, tepung kena sikit, ubi yg kena banyak..” huaaa huaaa huaaa.. tak peh, tak peh.. 1st try ni kan, kira trial n error la ni.. tapi buat dia mudah je.. Cuma nak kena pandai je adun tu.. pastu.. aku masukkan dalam fridge.. pagi tadi iman bangun jam tiga lebih.. nak susu, pas salin pampers.. dia tidur balik.. aku bangun dalam jam lima lebih.. kekemas apa yg balance mlm tadi, then tunaikan amanah Allah, pastu aku goreng la kuih che’ mek molek tu.. eeeeeeeeeeeeee.. jadik laaaaaaaa.. rupanya ade.. rasanya.. ihiks.. bole la.. Cuma rasa gula tu, tak berasa sangat, aku letak sikit kut.. ihiks.. yey yey yey.. aku letak atas meja with milo O utk hubby.. then aku bersiap nak g ofis, prepare beg untuk iman nak gik school.. dah siap, iman pun aku kejut la.. iman suka gik school.. jangan tak caye.. bangun pagik je.. mulut dah bunyik2.. macam2 dia sembang.. dah la suara dia kuat.. hehehe.. pastu kami dua orang pi ngadap ayahnye, salam2 then kami pon bergerak la ke nursery iman.. (rutin tetiap pagi ni.. cam biasa lah) pastu baru aku ke ofis.. waaa.. hari ni suasana cosy je.. cam nak tidur je.. baru lepas ujan agaknya..
Suasana kembali tenang, setenang hati… aku bersyukur dan gembira dikelilingi orang yang baik dan penyayang.. alhamdulillah.. moga tuhan melindungi kami sekeluarga.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.
"Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok.
Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu nyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar, baikhati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhanuntuk saya".
"Lantas?!", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan
"Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya? ".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,
"Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".
============ ========= ========= ======== Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ?
... .. Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki ke pempuan ke... Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,apakah sudah sempurna di mata orang lain??
Rase-rasenyer sama juga dgn yang dah berkahwin... Redhalah dgn apa yang ada..belum tentu yang baru tu dapat memenuhi citarasa kita..yang lama dah tentu kita kenal buruk baik nya..just improve ourselves..dan sama-sama membetulkan kesilapan dan kekurangan diri masing-masing..learn thru our mistakes... wallahuallam. ..
Salams..
Semalam tersangatlah rajin nye, aku rasa tak bule tidur.. langsung aku bangun dan dgn confidentnya buat la cake chifon pandan.. tapi aku kukus.. tak bakar.. wallah.. mlm tu juga si ayah tak sesabar nak rasa.. (sabarrrrrr je lah...)rasa sedap juga.. fresh from kukusan.. ahaks.. cumanya tak naik tinggi le cake tu..
Esoknya, aku bawa sebahagian cake kat ofis.. esh esh esh cake yg aku rasa tak berapa nak jadi tu.. abis juga akhirnya.. penyelia aku siap minta resipi.. ades.. mr.p, mr.p, nanti aku bagi yek.. jadiknya, aku rasa aku bule buat sarapan utk hubby hari-hari-hari.. cuma kena prepare lewat mlm.. tak de le hari-hari roti-roti-roti.. keh keh.. ape pon kena bg che' iman tido dulu..
Hari ni pulak,tersangatlah free.. keje dah habis.. boss plak tak de g meeting jauh... aku pulak rasa nak balik rumah je.. tak sabar nak jemput iman.. ihiks..
Hari ni sempat sembang (ym) dengan cuzin c'dah.. b.fren farah.. budak2 ofis dan kekawan college dulu.. wakakaka.. ramai tak..
Hari ni juga, aku terasa tersangatlah laparnya... macam nak makan benda heavyyyyyyy jer..
Hari ni juga... bila dah free nih.. aku pun tengok lah posting2 aku yang lelepas.. heeeeeeee.. ada saat2 manis, saat2 yg sedih.. saat2 bangang, suka duka.. haha.. macam cacamarba je blog aku ni, tapi itu lah sebahagian dari kehidupan aku.. yang mana bisa membuat ku berfikir.. serta secara tak langsung membuat ku cekal menempuh ujian mendatang...
CHAIyooOOoooOOk!!
Iman baru cucuk 3 serangkai.. dah 5 bulan dah puteri ku ini.. humm.. Iman.. Iman.. aku tak rasa keseorangan lagi.. mm.. mmuahs! he he he.. giler geram kat dia.. ayah dia lagik ar.. sian Iman sampai tak leh nak nafas.. nak elak pon tak bole.. tapi dia dah pandai marah tau! he he he.. kelakar..
alhamdulillah, kali ni iman tak demam.. syukur..
humm.. apa lagi.. air mata dah tak bisa menitis.. sedihnya.. rasa dipermainkan.. benci dia.. benci..
tapi.. ku radha jua dengan pemberian Mu Ya Tuhan.. moga dikuatkan iman di dada menempuhi onak ranjau yang mendatang...
***************************************
Jinbara - Patri
Lagu ini selalu dengar kat radio time drive tapi tak tau lagu ape.. puas dok dengar tajuk lagu… last-last semalam dapat juga dengar, sape yg nyanyi.. suka lagu ni sebab bila dengar rasa liriknya mmg ada makna yang tersurat & tersirat….. dan lagunya best.. huhu..
Jinbara - Patri Andai hati ini sang kecapi, perasaan jadi talinya, engkau memetik jari jemari, berlagu irama duka dan lara.
Andai tubuh ini boneka, nalurinya benang sutera, engkau dalang mengawalnya, ke timur ke utara kemana jua, aku hanya menuruti, mengikut apa saja hukuman,
andai diri ini taman tasik, sang kirana pula jiwa raganya, engkau menjaring dengan senyuman, dan mengurungkannya dari segala, namun diri ini insani, pasti ada kemahuannya..
kerna aku terpanah arjuna, sedikitpun tidakku menyesali…oo, aku rela ditawanan, aku rela terpatri cinta suci, aku rela ditawanan, aku rela terpatri cinta suci….ooo..oo
Iman dah 4 bulan, makin banyak perangai & peel nya.. dan banyak menda aku tak sempat update. Last time aku cuba login. DANCHAN problem.. sekarang baru sempat cuba.. cuba..cuba masuk.. & nampaknya macam ok je...
alhamdulillah.. Iman selamat dilahirkan pada 21 June lalu di Kinta Medical Centre tepat jam 12.05 tgh hari.. hu hu..
Aku wanita yang punya cinta di hati Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku Mengapa terlambat cintamu telah termiliki Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa Mendua dengan mudahnya Namun kita terbelenggu Dalam ikatan tanpa cinta
Reff:
Atas nama cinta Hati ini tak mungkin terbagi Sampai nanti bila aku mati Cinta ini hanya untuk engkau Atas nama cinta Kurelakan jalanku merana Asal engkau akhirnya denganku Kubersumpah atas nama cinta
Mengapa yang lain bisa Mendua dengan mudahnya Namun kita terbelenggu Dalam ikatan tanpa cinta
1.Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4.Sanggup Memberi Untuk Menerima Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5.Percaya Untuk Dipercayai Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6.Menangkan Lelaki Untuk Menang Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri,sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki.,menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2)Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu,begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lemb*t, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lemb*t,merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14.Hormati Dia Sebagai Lelaki Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15.Dengarlah Dengan Baik Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
--------------------------------------- *Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*
hyee, hari ni, aku dah mula cuti.. (cuti tanpa gaji, utk 3 minggu) sebelum aku bersalin.. huuh.. mudah2an semuanya selamat.. nak rest & buat last preparation. apa yek tak beli lagik..??
nanti pantang balik kulim.. ya'aw.. lama la plak.. 44 hari, fuh.. missing lah, rumahku syurgaku ini.. (missing hubby juga kot.. ahaks.. blush.. blush.. malu laks..)ihisk..
hari ni.. online dari rumah.. sempat lah juga berbalas YM with long lost cousin di kedah.. tah la.. diam je dia kat sana.. takpe lah.. duwan to disturb her.. nanti rasa cam nyibuk pulak.. i guess dia pun busy tgh buat preparation utk majlis khawin dia yg i heard.. insyaallah bulan august ni.. he!! cun..cun abis pantang.. yey!! leh gik tgk 1 of best cousin khawen.. tapi sadly, tah la..cam dah jauhhhh sgt dari dia.. hu hu hu.. sabar je lah.. apa pun moga semuanya berjalan lancar yep b!! chaiyo..
hari ni rasa.. cam sihat alhamdulillah.. dah beberapa mlm, mkn kat luar.. tak masak pun.. tak larat nak masak.. hee.. nasib baik anak buah & suami sangat memahami.. wah, past ni aku sure busy.. nak layan baby.. tanggungjawab pada suami.. rumah? makkkk aiyh.. takpeh.. takpeh.. insya allah, dah bersedia mental, emotion & fizikal..
p/s ; harap sgt past ni dapat kuruskan badan..
hee.. minggu ni.. genap kandungan ku berusia 32 minggu.. alhammmdulillah.. baby iman pun dah kuat menendang.. aduh.. aduh.. bila bawa kereta asyik terkejut2 je rasa perut ni.. baby iman naughty.. naughty..
tak sabar menunggu kelahirannya.. hu hu hu.. macam muka sape yek?? hee..harap ikut muka tok lah kan.. lawa gitus.. he he.. esk esk esk, apa pun doakan moga kami berdua selamat yea..
semalam kan, terharu betul la.. pas solat maghrib.. hubby selongkar barang2 baby.. (hu hu hu..) dia p bukak pampers tu.. dia cakap.. ala.. kecik nyeee.. pastu dia gelak sorang2.. pastu dia ambil bengkung pula.. dia cuba ikat satu-satu tali tu.. alaaahai.. aku gelak je... dia cakap cukup ke ni? (merujuk bengkung tu) hu hu hu.. esk esk.. terharu betui.. aku angguk je la.. esk, cam nak nangis je tgk hubby cam ada perubahan.. uwa.. harapnya ketenangan.. kebahagiaan.. keharmonian rumahtangga kami.. kekal hingga ke akhir hayat.. amin.. (sedisnye.. jgn lah ada yg menganggu lagik.. dan jangan lah dia yg menganggu..)
alhamdulillah.. setelah setahun terpisah.. kami berjumpa kembali.. kasihan betul.. kena datang Ipoh visit aku pulak.. heee..
kami sempat masak-masak sama2, makaroni & cheese.. esk esk.. sedap!!
pestu.. spending time together (shoppingg!! esk esk farah.. farah.. he he..)
yang tak sempatnya.. hummm.. sembang perihal masing2 kut.. maybe dia tunggu aku.. aku tunggu dia.. he he.. eyh tak de lah.. ada la juga sembang (sket je.. time lunch kat.. kat.. Secret Receipi) hu.. dear.. dear.. i miss u a lot..
thank u yep.. kasik in advance gift utk baby.. hu hu..
Relaku menunggumu Seribu tahun lama lagi Tapi benarkah hidup Aku kan selama ini
Biar berputar ke arah selatan Ku tak putus harapan Sedia setia
Relaku mengejarmu Seribu batu jauh lagi Tapi benarkah kakiku Kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan Terlelah gelombang lautan Ku masih setia
Adakah engkau tahu Ini cinta Adakah engkau pasti Ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu Seribu tahun lama lagi Tapi benarkah hidup Aku kan selama ini…
Yeah…
Biar berputar utara selatan Ku tak putus harapan Sedia setia
Jangan putus harapan Sedia setia…
Biar kau tunduk bisu Aku tahu Gelora hatimu Engkau mahu Aku lafazkan rindu
Biar kau hanya diam Aku selam Jiwamu terdalam Perasaan cintamu yang kau pendam
Kata paling terindah Tak mungkin bisa ucapkan Hakikat rasa yang ku rasakan
Pabila ku renung ke matamu Terlihat ku hatimu kasih Persis mutiara
Sinarmu mendamaikan Pergolakan Insan yang lelah mengembara
Tak terbilang kesan-kesan luka Titis hujan airmata Tenang sebentar pedih semula
Buatku rasa gentar Membisikkan hasrat hati sebenar Sekalipun engkau inginku lamar Kasihku
hee.. sonok je tajuk kat atas tu.. borong?? hehehe.. tah macam mana tah, gik masuk kat kedai baby tu.. ingat nak beli bulan depan.. tapi memandangkan dah SALE tu.. ape lagik.. hehe.. cam rambang mata jab.. sib baikle, leh control.. beli apa yang perlu dulu lah kan..kita sambung shopping bule depan.. ihiks..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
hu hu hu.. berkaitan dengan lagu "Kekasih Gelapku", sodih den.. esk esk esk.. sob.. sob.. ceritera kawan aku berkenaan suaminya.. ades..
Ku membenarkan jiwaku, Untuk mencintaimu Ku persembahkan hidupku, Untuk bersama kamu Dan diriku untuk kamu, Belum pernah kumerasai begitu..
Semua itu telah berlalu, Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu, Terus ku tertunggu Di hatiku masih kamu, Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu, Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik, Untuk dirimu Sampai syurga ku menunggu, Sampai syurga ku cintamu Hanya Satu.. Hanya Kamu..
Ku membiarkan hatiku untuk merinduimu Ku menghamparkan sakitku untuk tatapan kamu Bersamamu, harapanku... Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang ku ada, Ku berikan semua Untuk dirimu saja, ku mahu dirimu.. Bahagia untuk selamanya, Biar sampai syurga Aku menunggu cinta darimu, agar ku sempurna
Namun aku tetap aku... Yang terbaik untuk diriku Hanya satu...
Aku lemah tanpa kamu... Ku inginmu dampingi ku.. Aku fahami aku bukan terbaik Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu, Sampai syurga ku cintamu Hanya kamu...
Aku lemah tanpa kamu, Ku ingin mu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik, Untuk dirimu Sampai syurga ku menunggu.. Sampai syurga ku cintamu... Hanya kamu
Yakinkah ku berdiri Di hampa tanpa tepi Bolehkah aku MendengarMu
Terkubur dalam emosi Tanpa bisa bersembunyi Aku dan nafasku MerindukanMu
Terpuruk ku di sini Teraniaya sepi Dan ku tahu pasti Kau menemani
Dalam hidupku Kesendirianku
Teringat ku teringat Pada janjiMu ku terikat Hanya sekejap ku berdiri Kulakukan sepenuh hati Peduli ku peduli Siang dan malam yang berganti Sedihku ini tak ada arti Jika Kaulah sandaran hati Kaulah sandaran hati Sandaran hati
Inikah yang Kau mau Benarkah ini jalanMu Hanyalah Engkau yang ku tuju Pegang erat tanganku Bimbing langkah kakiku Aku hilang arah Tanpa hadirMu Dalam gelapnya Malam hariku
** truth, cry & lie..
Tuhan yang Maha kaya memberi kita ikan, tetapi kita harus mengail untuk mendapatkannya. Demikian juga Jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan pernah mulai. Mulailah sekarang...
Mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya. Jangan pernah pikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tapi sadarilah bahwa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya.
Perkawinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan lajang tidak memiliki kesenangan. Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya. Menikahi wanita atau pria karena kecantikannya atau ketampanannya sama seperti membeli rumah karena lapisan catnya.
Harta milik yang paling berharga bagi seorang pria di dunia ini adalah.. hati seorang wanita.
Begitu juga Pasangan, pasangan adalah 1 jiwa dalam 2 raga Pasangan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilanganNya.
Seorang pasangan adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatiMu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Pasangan adalah tangan Tuhan untuk menjaga Kita.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi Jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan pasangamu... tapi menyesal-lah jika pasanganmu menyesal bertemu dengan kamu.
Bertemanlah dengan orang yang tidak menjerumuskan kamu ke hal2 yg tidak baik dan selalu membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.
Karena semua manusia itu baik kalau kamu bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat keduanya.
Begitu juga Kebijakan, Kebijakan itu seperti cairan, kegunaannya terletak pada penerapan yang benar, orang pintar bisa gagal karena ia memikirkan terlalu banyak hal, sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat. Dan Kebijakan sejati tidak datang dari pikiran kita saja, tetapi juga berdasarkan pada perasaan dan fakta. Tak seorang pun sempurna.
Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah.
Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di depan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam kita.
Kamu tak bisa mengubah masa lalu.... tetapi dapat menghancurkan masa kini dengan mengkhawatirkan masa depan.
Bila Kamu mengisi hati kamu ...dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, Kamu tak memiliki hari ini untuk kamu syukuri. Jika kamu berpikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, berarti kamu sudah berada dijalan yang benar menuju sukses.
Thanks & Salam
alhamdulillah.. alhamdulillah syukur ke hadrat Yang Esa, coming soon.. our 1st Year Anniversary.. (28 Muharam 1429H tahun ni jatuh 6hb Feb 2008) time ni kira peak hour chinese new year la kan.. semalam mama call.. dah wish sesiap.. ha ha ha.. kelakar la pulak.. thank u mum.. mama suh buat cake.. aiyak.. aku cakap, beli je le.. hu hu.. dia cakap tak best.. hu hu.. kebetulan.. mmg ada le kat rumah bahan nak buat cake.. nanti mlm nak process le.. leh bawa balik kampung nanti.. hee.. (tatahu le jadi ke idak.. tak peh, cuba jugak..) hum.. any suggestion you guys.. ape nak kasik kat hubby kiter ek.. ????
humm.. alhamdulillah jugak.. aku dah preggy 5 bulan tis month.. so far, tak der la masalah sangat.. ok je.. cuma nampak kecik jeeee baby ni.. ihiks.. harap-harap semuanya selamat dalam lindunganNYA.. tak leh nak Xpress myself.. kira bersyukur sangat-sangattttt lah..
rabu ni nak balik klante, tak sabar-sabar nak tgk anak buah baru.. anak adik ipar.. ihiks.. anak ke dua, and baby perempuan lagik.. hu hu hu.. nak bagi aper yek..
kali ni kami balik berempat.. aku, hubby, along (anak buah hubby, duk ngak kami sampai June nanti) ngann.. babbyyyy.. hehe.. mesti penat euh.. takpeh.. takpeh.. cuti 4 hari babe..
4 hari di kampung hubby.. eshk.. hati ni sayu juga.. rasa nak balik kampung sendiri.. tapi bila le nak balik.. uhuk.. uhuks.. hari tu mmg plan nak balik.. tapi sian kat along lak.. kang tinggai surang-surang, nak makan ape lak dak ni.. (kini praktikal kat Ipoh, takdak transport.. payah tinggai dia surang.. ajak dia ke kedah.. hubby ckp takpayah le.. hu hu hu..)
la ni.. every sabtu kami cuti taw.. syioknye.. tapi hubby lak keje.. kalu tak.. every week leh balik kampung ku ituww.. uwa.. uwaa.. tapi bak kata abah.. "hangpa tak balik takpe la.. kami pi sana.." ngeh.. ngeh.. tapi sian le kat org tua.. penattt oo travelling ni.. even 2 jam pooonnnn.. penat seyhh.. ahh.. rindunye.. rindunye..
Pantas kau diam membisu Ada garis sendu diwajahmu Salahkah sekadar aku bertanya Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta Apa mungkin kasih mu setia Tak ku duga airmata berlinang Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga Tak terlintas fikiran mencuriga cinta Ku tahu seputih dingin salju Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi Keringkanlah airmata di pipi mu sayang Kembali senyum
Dan maafkanku…
**********************************************
humm, apa nak dikata.. suka.. suka sangat lagu nie.. tah..
humm.. ni nak citer pasal kes "ragut".. percaya atau tak.. hu hu hu.. aku kena ragut semalam.. uwa.. uwa..
bla.. bla.. then gik clinic wat check up..
jeng.. jeng..
hum.. letih dah nak cerita episod arik ni.. pagi tadi dalam jam 4, aku terjaga setelah terdengar bunyi anjing menyalak.. giler kuat.. macam kat belakang rumah je.. aku panik.. takut sesuatu terjadi.. paksakan diri & bingkas bangun.. tgk di tingkap dapur, aku nampak 'comel' (kucing yg baru aku addopt di ofis..) dikerumuni 2 ekor anjing yg besar.. yg aku rasa dah kena kejar & gigit lama dah! aku dapat saksikan kejadian tu depan mata.. ohhhh pitty him.. aku ketuk2 singki & halau anjing tu.. akhirnya 2 ekor tu beredar.. lantas aku buka pintu & gate dapur.. aku ambil tuala.. alaskan comel.. angkat dia.. n aku panggil nama dia.. "comel" "comel" berulang kali.. dia ada tunjukkan respond.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sedihhhhnyaaaaaaaaaaaaaa.. kesian dia, sebab masa di ofis pun dia nampak dah separuh mati.. tinggal tulang je.. sebab tak makan agaknya.. uhuks!! oh comel.. walau baru berapa hari bersama.. dia rapat & pandai sangat bermanja.. tgk badan comel baru dalam 4 bulan umurnya.. suka tgk dia.. sebab ekornya kontot macam my mimi.. jadi aku ambil dia bawa balik ke rumah.. sedih.. sedih..
aku angkat n letak dalam perkarangan dapur.. lepas panggil namanya & usap badan dgn tisu basah.. uhuks.. tetiba.. ajalnya dah sampai.. aku nampak badan nya mengejang.. Ya allah.. ringankan lah azabnya.. uhuks.. aku tutup mata dia.. arghh.. comel!! :( sedihnya hari ni.. pastu aku cover dia ngan tuala.. balik ofis tgh hari ni baru nak tanam dia.. bodoh punya anjing..!!
uhuks.. tapi dah ajal dia.. sesampai di ofis.. aku terus intercom sis aznee.. aku ceritakan la pasal kejadian ni.. kak aznee tanya, my hubby tahu tak?? then my answer.. 'tak tahu'.. kak aznee cakap.. 'padan la....' uhuks.. sedih lar pulak.. :( kalau aku tak ambil dia di ofis.. mesti tak jadi macam ni kan.. rasa bersalah menyelubungi..
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA!!
************************************************
Hari ni.. tah lah, cam nak kena marah ja *#&* A&@& tu.. adus.. adus.. tahan sabar, ada tahapnye, ye tak.. aduhai..
sejak akhir2 ni.. cam pelik je.. hu hu hu..
Dulukan telah diberitahu Jangan mengganggu di hujung minggu Nanti dia akan tahu Rahsia engkau dan aku
Kita sudah sama setuju Berjumpa hanya bila perlu Kerana kita sudah punya teman istimewa
Kuhanyalah kekasih separuh masa Separuh lagi cinta untuk dia Janganlah kau meminta lebih daripada itu
(chorus)
Kuhanyalah kekasih separuh masa Dari isnin sampai jumaat sahaja Janganlah pula kau mengharap Berdampiran selalu denganku
Jika kau tak terima khabar Bererti dia ada di sini Jangan gatal meninggalkan pesan Curiga dia nanti
Tak perlu kata-kata manja Itu sudah sering kudengar Dari dia yang masih tidak tahu Adanya dirimu
*(chorus)
Kuakui ada sesuatu antara kita Tetapi kutahu bukan seperti biasa
Hari ni merupakan hari BORING SEDUNIA, uwargh.. mengantuk argh.. apa nak citer ni eh, mood raya je ada ni..
Jab lagi, nak gi Gopeng, nak berbuka puasa dengan anak-anak yatim kat sana.. hu hu hu.. gi bersama geng2 ofis.. maybe lepas terawih baru balik umah.. adeh..
Semalam berbuka puasa dgn hubby kat Lost World of Tambun.. ahaks.. makan2 ala suasana kat pantai.. ahaks.. for budget around RM30, menunya kira hukey la.. ..
Raya tahun ni.. aku dahulukan hubby.. kira balik kelantan ler.. kuang kuang kuang.. tahun lepas, raya ke 2 aku di tunangkan dgn hubby.. ihiks.. thn ni, kami beraya bersama as husband & wife sudah.. alhamdulillah syukur ke hadrat tuhan.. sedar tak sedar dah 8 bulan kami nikah.. hu hu hu..
Cam ner eyh 1st time beraya kat sana.. cam seram sejuk gak le.. akak ipo haku yg sorang tu baru admit hospital.. baru operate.. kira thn ni.. tatau le sape orang kuatnya.. nak masak.. nak suruh itu ini.. mek kut.. ihiks.. aper pun.. looking foward nak rasa raya kat sana.. dgr citer hubby cam meriah je.. hu hu hu..
sediy le juga tak dapat jumpe semua family masa raya.. kebetulan, dengar kata.. Thn ni meriah juga kat kedah.. semua nak berkumpul.. ades..
|