home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Tahniah Amalina!

Image hosted by Photobucket.com 
 
Hari Ini, seorang gadis Melayu berumur 17 tahun telah berjaya melakar sejarah dalam rekod pendidikan Negara. Adik Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram, Johor bila diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan mendapat 17A1. 
 
Biasanya, seorang calon SPM sekadar mengambil 8 atau 9 subjek, tetapi Amalina telah mengambil 17 subjek sains dan sastera! 
 
Kejayaan Nur Amlina yang sangat cemerlang diraih hasil usaha keras dan disiplin tinggi, dan cita-cita menggunung yang ingin beliau capai. 
 
Berita Harian memetik beliau sebagai berkata “Saya bercita-cita tinggi. Saya pernah menonton televisyen pelajar dapat 15A dan 16A (dalam SPM). Jadi, saya ingin cabar diri sendiri untuk dapat 17A. Saya mahu catat rekod baru. Saya memang suka kepada cabaran dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya,” 
 
Amalina rajin membaca dan pernah dipilih sebagai Tokoh Nilam 2004 kerana minatnya membaca buku. Seorang yang aktif dalam kegiatan luar kelas juga suka mengisi masa lapang dengan melayari internet dan menyertai chatrooms. “Saya suka bertukar pendapat dengan rakan di laman sembang terutama mengenai politik dan peperangan,” kata Amalina. 
 
Tambah menarik, Amalina tidak lupa yang kejayaannya adalah juga dari limpah kurnia Allah Yang Maha Esa. Kata beliau, “Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan, saya akan berselawat dan membaca Bismillah. Saya juga buat solat hajat dan apabila tahu berjaya dapat 17A1, saya tunaikan sujud syukur. Syukur kepada Allah,” 
 
Tahniah Amalina, keran berjaya membuktikan bahawa seorang Anak Melayu boleh berjaya. Anda telah berjaya mengetepikan sangkaan buruk segelintir pihak yang selalu memandang rendah akan kebolehan bangsanya sendiri. Amalina telah menafikan generalization dan stereotyping sesetengah pihak yang menyamakan bangsa Melayu dengan sifat-sifat buruk seperti kemalasan,dengki khianat dan gemar mencari jalan singkat untuk berjaya. 
 
Yang salah bukan bangsa. Yang salah ialah peribadi Melayu itu yang suka mengambil dan mengamalkan tabiat buruk. Lebih malang lagi bila orang Melayu menerima tabiat buruk segelintir Melayu sebagai budaya mereka keseluruhannya. 
 
Orang Melayu jadi hina bila mengambil orang yang bersifat buruk sebagi idola. Melayu mengambil yang kurang cerdik, yang suka khianat, yang kaki rasuah, kaki adu domba dan yang kurang budi pekerti sebagai ikutan dan ikon dalam masyarakat. 
 
Orang Melayu akan jadi mulia jika mengambil orang berilmu, alim ulama, cendekiawan dan yang berakhlak mulia sebagai ikutan dan sumber. Bangsa Melayu adalah bangsa bermaruah dan punya budaya cemerlang. Bangsa Melayu pernah gah mengukir nama di dunia. 
 
Orang Melayu adalah antara manusia pertama mengelilingi dunia , apabila Panglima Awang ataupun Enrique pernah mengemudi kapal membawa Ferdinand Magelland mengelilingi dunia. Malah Panglima Awanglah yang mengemudi kapal kembali ke Sepanyol pada tahun 1521 apabila Ferdinand Magellan mati dibunuh di Filipina. 
 
Orang Melayu kini sudah ada di merata ceruk dunia, sudah berjaya dan turut menyumbang ke arah ketinggian tamadun dunia melalui cara masing-masing. Pentas mengukir nama sudah terbuka luas menunggu anak Melayu untuk berpencak mengatur gerak. Semoga kejayaan Amalina ini, akan menjadi sumber inspirasi kepada semua anak Melayu untuk terus berjaya dan berusaha lebih gigih dalam segala lapangan. 
 
Tahniah Amalina. Kami tumpang bangga dengan kejayaan anda. Semoga terus mengukir kecemerlangan dan tercapai hasrat untuk menjadi seorang pakar O&G di Universiti Oxford.
 
 
************************************************** 
 
-taken from jiwarasa- 
best kan.. bangga la rasa dijiwa... terharu...

last modified Mar 18, 2005 at 4:16



[ add a comment ]