home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Menentang kejadian Tuhan...

Saja nak share tis artikel with all of u..  
 
GILA!! Itulah komen pertama aku bila tahu tentang ni. Lelaki mengandung?? Tolong sikit, menjijikkan! Tapi itulah yang berlaku pada seorang lelaki cina bernama Lee Ming Wei. Baginya lelaki mengandung adalah satu seni, jadi dia tak keberatan untuk dijadikan bahan uji. Lee Ming Wei adalah seorang artis yang pernah membuat pameran solo di The Whitney Museum of American Art dan The Cleveland Museum of Art. Tak lama lagi mamat gila nih akan muncul dengan program dokumentari tentang kehamilan. Yang pasti ramai yang memprotes dengan perkembangan yang dikira menentang kejadian alam ni!! 
 
Sewaktu sesi interview 
INTERVIEW LEE MING WEI DENGAN JANICE VRSALIUS (wartawan Paperveins) 
 
Janice 
- Mr Lee, seperti yang telah kita bincangkan, lelaki mengandung ni 
bahaya dari segi perubatan,lebih-lebih lagi anda akan melalui pembedahan Cesarian. Mengapa memilih untuk berbuat begini? 
 
Mr. Lee 
- Ramai orang menganggap ni sebagai perkara yang paling dahsyat, sebagai satu contoh bagaimana sains dan perubatan sekarang memang gila! Tapi bagi saya, saya cuma nak membawa budak tu keluar ke dunia ni. Tak ada yang lebih asli dan mengagumkan di dunia ni selain tu. Ini adalah sesuatu yang ingin saya lakukan. 
 
Janice 
- Sudah tentu anda tahu yang ramai tidak menyenangi tentang idea 
lelaki mengandung ni? 
 
Mr. Lee 
- Saya tahu konsep ni mengejutkan pada mula. Secara biologi, wanita yang patut melahirkan anak, tapi lelaki tak. Di sebalik revolusi seksual yang dramatik sekarang ni, kita masih terpengaruh dengan peranan social. Sekarang kita masih ada beberapa pertanyaan untuk ditekankan. Mengapa lelaki Tak boleh mengandung dan menjaga janin seperti perempuan? Mengapa lelaki Tak boleh menanggung tanggungjawap perempuan yang mengandung? Satu lagi, Mengapa lelaki tak dibenarkan merasa kegembiraan yang ditanggung oleh Perempuan ketika mengandung? Sekarang saya rasa, lelaki dan juga wanita harus mempunyai banyak pilihan dalam hidupnya. 
 
Janice 
- Bapa saya lebih rela menderma semua organ-organ dalam badannya daripada melayan idea gila tentang lelaki mengandung ni!! 
 
Mr. Lee 
- Ya, memang menarik bila ramai lelaki yang rasa tergugat dengan idea ni. Idea lelaki mengandung selalunya dijadikan bahan k etawa. Ada seseorang pernah beritahu saya tentang sebuah filem Amerika yang popular di mana Arnold Schwarzenegger mengandung (Fi lem 'Junior'). Ada juga idea ni dalam satu episode 'The Cosby Show' di mana watak lelaki tu berangan-angan nak mengandung. Sekarang bila ianya dah jadi realiti, tak seorang pun mahu ketawa lagi! 
 
Janice 
- Saya terfikir, banyak sitkom dulu, dalam era 70an dan 80an, dimana watak lelakinya selalu dipakaikan dengan pakaian wanita untuk membuatkan penonton ketawa. Tapi bila lelaki di luar mahu berpakaian seperti wanita, mereka selalunya dipukul atau dimalukan secara seksual. 
 
Mr. Lee 
- Tu satu analogi yang baik. Benda-benda macam tu selalunya dianggap provokatif, menakjubkan dan tak tulin. Tapi sekarang kita ada datuk Bandar yang perpakaian seperti perempuan di live TV. Tak pernah dengarkah? Salah satu artikel di majalah mingguan Egypt. 
 
Janice 
- Saya ingat pernah menyaksikannya tahu n lepas di 'Saturday Night 
Live'. Saya ingat saya berhalusinasi. 
 
Mr. Lee 
- Tapi dia melakukannya untuk berjenaka. Saya r asa ramai' 
pondan-pondan'di luar sana tu kecewa kerana perkara ni dah jadi 
mainstream pula. Saya nampak, ramai golongan yang suka berpakaian wanita ni adalah dari golongan gay. Kalau anda lelaki yang mahu menjadi perempuan tapi tak ada niat untuk menunjukkannya, anda dikira ganjil. 
 
Janice 
- Bagaimana pula respon anda terhadap orang yang menganggap anda ialah 'pondan' mengandung, bukannya lelaki mengandung? 
 
Mr. Lee 
- Saya masih seorang lelaki, secara biologi! Saya tak ada keinginan 
langsung untuk menjadi seorang perempuan, tak pernah langsung berniat. Tapi saya ada keinginan yang kuat untuk merasakan apa yang perempuan rasa. Saya sangat menyayangi emak dan saudara perempuan saya, dan saya gembira dapat merasakan pengalaman mereka. Mengandung adalah perasaan yang sangat indah. Ini adalah satu pengalaman yang harus dirasai ol eh lelaki dan perempuan sebelum mereka mati. 
 
Janice 
- Saya pernah baca tentang projek seni anda bertajuk 'A Hundred Days With Lily'. Anda menganggapnya sebagai pengalaman baru yang spiritual. 
 
Mr. Lee 
- Ya. Saya membawa lily putih bersama saya ke mana saja saya pergi selama 3 bulan. Ia adalah penghormatan kecil untuk nenek saya yang sudah meninggal dunia. 
 
Janice 
- Saya baca ianya sesuatu yang berasal dari Ch'an Buddhism. Betulkah? 
 
Mr. Lee 
- Idea tu memang berasal dari Ch'an Buddhism. Saya membesar dengan kepercayaan Budhis di Taiwan. Kami belajar untuk menghargai kehidupan seharian. 
 
Janice 
- Tapi lelaki mengandung bukanlah sesuatu yang kita nampak setiap 
hari. 
 
Mr. Lee 
- Saya menganggap kehamilan ini sebagai menyimpan kepercayaan Budhist dalam diri saya. Saya dapat merasakan hubungan yang kuat antara diri saya dengan bayi dalam kandungan dan juga dunia di sekeliling kami. Dan sekarang saya merasa kesedaran dan perasaan yang kuat yang saya kongsikan bersama mak dan saudara perempuan, hasil dari kehamilan ini. Saya dapat memahami kehidupan dalam cara yang tak pernah saya sedari dulu. 
 
Janice 
- Saya pernah bercakap dengan wanita-wanita mengandung yang juga menceritakan tentang perasaan sedemikian. Saya pernah merasakan perasaan ini semasa saya mengandungkan anak perempuan saya beberapa tahun dulu. 
 
Soalan terakhir, Mr Lee, sudahkan anda mencadangkan nama bayi anda? 
 
Mr. Lee 
- Saya rasa saya akan tahu namanya bila bayi itu lahir nanti. Buat masa sekarang, kita tunggu dan lihat saja nanti. 
 
EXTRA INFO: 
 
Well, kalau korang nak tahu, Mr Lee akan melahirkan anaknya secara 
pembedahan Cesarian, tarikh melahirkan tak diketahui. Tempat pula 
dirahsiakan kerana dia sekarang dah kurang selesa dengan publisiti 
media yang dibuat secara besar-besaran. Amboii, dia sendi ri yang cari publisiti!! Nak tuduh media pulak! Sebenarnya Mr Lee secara biologinya boleh Menyusukan anak, tapi dia lebih suka memberinya minum dengan botol susu. Akakaka lawak!! Itu ke cara nak merasa pengalaman wanita?? Adehh, nak menangis aku dengar!! 
 
Cover untuk majalah Time. 
 
Image hosted by Photobucket.com 
 
Image hosted by Photobucket.com 
 
Image hosted by Photobucket.com

last modified Mar 28, 2005 at 23:36



[ add a comment ]

entah la eeda.. maybe yes..maybe NO...

139550 | posted by sitimas on March 28, 2005 at 23:42

macam tipu jer perut dia tu... perempuan mengandung luar rahim, baby tak hidup... ni pulak lansung x de rahim...

139540 | posted by zareeda on March 28, 2005 at 21:08