home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat Untuk Bulan...

‘Sebagai manusia kita selalu harapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan dan percintaan…. Tapi tiba masanya bila datang dugaan daripada Allah, manusia akan tinggalkan kita. Hanya yang ada….. harapan kita kepada Allah’ 
 
Sebagai Ingatan.... 
Nukilan Dy 
 
MUSIM mula berubah menjadi kering, kemboja pun tiada lagi berbunga dengan lebat seperti selalu. Sekali lagi aku mengerti, kemboja sebenarnya hanya bunga yang layak untuk menjadi sahabat pada batu nisan. Bukan seperti resmi bunga-bunga lain yang layak menghiasi meja dan menyerikan majlis. Kemboja ialah bunga sepi yang tersendiri di dalam wujudnya. Menemani pusara dan mengiringi tetamu yang datang meluruskan zikir. Teman kepada jasad yang telah kaku dan semakin mereput, sebagai ingatan kepada yang datang bahawa….. suatu hari nanti semua manusia akan kembali ke situ. Segala jasad yang hodoh yang cantik akan bersemadi dan reput di bawah tanah yang sama. Tiada beza. Hanya amalan… 
 
Bila kemboja tiada lagi berbunga… seperti kemboja sama juga manusia apabila telah tiba masanya. Itulah gambaran pada kehidupan sesama manusia. Kerana hidup ini bukan seperti sebuah perjalanan yang tertulis di dalam sebuah novel. Hidup ini tidak akan berakhir seperti mana yang kita mahukan. Yang kita rancangkan. Hidup akan berakhir dengan tulisan takdir. Bahagia sesudah derita. Derita selepas bahagia…. Semua itu bisa sahaja menjadi milik kita. Tiada siapa tahu apa akan terjadi pada esok hari.  
 
Ya Allah! Bila aku lihat insan berbahagia disisi cinta, bersama kekasih mereka…. aku juga ingin bahagia. Tapi aku amat pasti lagi yakin bahawa tiada Kekasih yang lebih membahagiakan selain daripadaMu…. malah aku teramat pasti bahawa tiada kebahagiaan bagiku di sisi manusia…. melainkan dengan rahmat dan reda kasihMu ya Tuhanku…. 
 
Lalu aku menantiMu di setiap terbit fajar kehidupanku sehingga menjelang senja. Mahu mencari dan mengharap agar Engkau kurniakan cintaku kepadaMu. Aku menunggu ya Tuhanku. Meskipun berulang kali….. namun sesungguhnya aku memang tidak berdaya membuang Engkau dari hatiku….. sesungguhnya aku tidak berjaya bahagia tanpaMu. Aku takkan mampu untuk melakukan segala-galanya tanpaMu. 
 
Lalu, dalam nafas yang semakin perlahan, dalam arah yang semakin kabur, dari langkah yang semakin jauh, aku memohon lagi ke hadratMu…. berilah aku hati yang baru kiranya hatiku yang Engkau kurniakan semalam telah musnah berkecai-kecai kerana mengharapkan cinta manusia, telah hancur bersama kenangan yang mencarik perasaan semalam…. kerana aku mahu pulang. Aku mahu kembali untuk bertemu denganMu, dengan cinta yang utuh, dalam rindu yang tertangguh, dalam pertemuan yang ,mulia untuk meraih kasihMu….! 
 
Ya Allah, aku terlalu mencintainya. Aku takut sekiranya memiliki sesuatu yang aku cintai di antara apa yang ada di dunia ini, akan menjadi hijab antara kita. Antara kasihku kepadaMu. Aku takut untuk hidup bergembira dan berbahagia di sisinya lebih daripada kegembiraan dan kebahagiaan yang aku rasa bila bersamaMu. Aku tak mahu terlalu merinduinya hingga aku tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan denganMu aku tidak pula begitu. Aku tidak mahu nanti aku bergantung kasih kepadanya melebihi hatiku bergantung kasih dan harap kepadaMu. Tidak pernah aku rasakan hatiku begitu hebat bergoncang seperti mana aku merasakan kepadanya. Apalah ertinya semua yang ada kepadaku ini kiranya ia melebihi daripada apa yang aku rasakan kepadaMu. Bukankah itu menunjukkan aku ini jauh daripada rahmatMu? 
 
Kiranya kematian semakin hampir. Dan waktu terasa seperti cepat berlalu…. Membuatkan lupa. Membuatkan diri ini lupa untuk bercinta… lupa untuk menerima mana-mana cinta. Meskipun baru sahaja berlalu namun serasakan telah berkurun KEHILANGAN. Tidak menyimpan tekad untuk terus mengingati, bersedia jika sudah tiba masanya diri ini perlu melupakan segalanya. Tetapi kenangan itu tidak pernah mahu pergi dari hati ini. Dan sebagai hambaNya, diri ini tidak mahu membantah. Tidak mahu manyalahkan kenangan itu. Biarlah… hati ini pasrah…redha dengan ketentuanNya…. tidak mahu merungkai asrarNya atas setiap penderitaan ini, atas PEMERGIAN sesuatu yang bermakna dan paling dikehendaki di dalam hidup ku ini. Mungkin ada yang tersembunyi di sebalik semua itu…. 
 
Ya Rabb, demi kelembutan cintaMu, aku mohon untuk sujud hanya di bawah limpahan Rahmat dan ampun kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira. Tangis dan ketawa itu silih berganti. Ya Allah, meskipun kerap kali aku rasakan akan betapa tak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumiMu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala diri ini kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk ku kembali berdiri menyuci diri dan hati. Untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul dibahuku. Maafkanlah kealpaan dan kelalaian diri ini. 
 
Kini aku sedar…. Cinta dan ketaatan yang sepenuhnya hanya kepada Allah. Akur betapa kerdilnya diri ini untuk berkata-kata. Tetapi itulah hakikat. Manusia akan menderita selagi meletakkan sepenuh cinta dan pengharapan kepada sesama manusia. Kerana manusia lain seperti kita juga, penuh kelemahan dan penuh keinginan untuk dipenuhi. Kita selalu mempunyai keinginan yang kita rasa mahu dipenuhi. 
 
Hidup ini penuh dengan kecewa. Bukan diri ini sahaja malah orang lain juga. Cuma pada orang lain kita tak berupaya melihatnya. Pada diri kita, kita dapat merasakannya. Kecuali kita berserah sepenuhnya kepada Allah. Dia yang menguasai seluruh isi dunia ini. Dia juga yang menguasai seluruh hati dan jasad manusia. Kasih sayang orang di sekeliling terhadap kita juga sebenarnya ialah pemberian Allah….. semuanya milik Dia. Jadi kalau kita serahkan sepenuh hati dan kehidupan kita kepadaNya, kita takkan risau…… pun kita takkan putus asa meskipun kadangkala kita terpaksa berdepan dengan kekecewaan. 
 
Merebahkan diri diatas tilam….merenung jauh dinding batu yang kaku….melepaskan sesak yang bermukim…. Sepantas kilat wajah itu menjelma lagi… wajah itu muncul kembali… tanpa senyuman, tanpa renungan mata. Tetapi wajah itu tetap membuatkan hati ini sarat dengan kasih dan rindu. Sekadar menahan dan menerima kiranya itulah yang Allah tiupkan ke dalam hati ini untuk merasai. Dan malam itu lenaku seperti malam-malam kelmarin, semalam dan malam ini…. Tidur dengan ingatan kepadaNya tetapi penuh rindu dengan hambaNya yang bernama….tanpa suara. 
 
Apakah putikkan menjadi bunga 
Kiranya cuaca sering gerhana 
Dapatkah kasih bersemi selamanya 
Ataupun aku harus berserah 
kepadaNya Yang Maha Esa 
Mestikah ada satu pengorbanan 
Sehingga terjadinya perpisahan 
 
Kiranya itu satu permintaan 
Perlukah kau dan aku merelakan 
Kita hanya insan yang selalu 
Mengharapkan 
Suatu yang indah dalam percintaan 
Kiranya tiba dugaan yang mendatang 
Aku kau tinggalkan 
Karam aku di lautan duka 
Bila wajahmu hilang di mata 
Tiada berita mengubat rindu 
 
Di kala sendu 
Kubiarkan luka di hati berdarah 
Sehingga kering dimamah mentari 
Apakah salahku disakiti sebegini 
Perlukah aku terus mengharapkan 
Camar yang hilang kembali ke sarang 
Apakah masih ada kerinduan 
Yang tersimpan di hatimu sayang 
 
Kadang-kadang aku keletihan di perjalanan ini…. Namun kadang-kadang aku begitu bersemangat meniti harapan masa depan… Layukah bunga di telapak tangan kiranya mentari bersinar di luar jendela…. 
 
‘Selamat Tinggal Kuala Lumpur... suratan jodoh tanpa pertemuan’ 
 
Walau tidak sehebat dan secantik yang pernah kau buatkan namun, seperti yang kata-katamu, ‘hidup ini susah jika terlalu bergantung harap pada orang lain…. Bila tiba-tiba kita tak diperlukan terpaksa juga mengharap diri sendiri… dan itulah yang aku lakukan… Cuba berharap pada diri sendiri… 
 
Hasil Nukilan 
mr_lonely241

last modified Aug 4, 2005 at 19:13



[ add a comment ]