home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat Untuk Bulan, Hujan Rindu Belum Berakhir.....

Letakkan cintaku dalam hatimu… 
Hanya dengan itu dapat kau selam 
Luka hatiku yang parah…. 
 
Dalam cahaya pagi yang masih diselubungi kesamaran kerana mentari dalam perjalanan. Serta-merta hati ini rindu kepada seorang insan datang bertandang, tanpa memberi salam. Dan rasa itu menusuk ke tangkai hati…. Debaran dan kedamaian bersatu hingga diri ini gagal mentafsir jenis apakah perasaan ini. Kadang-kadang aku ingin bebas daripada perasaan begitu namun kadang-kadang aku senang berperasaan begitu. 
 
Mengapa aku tidak dapat melupakanmu? antara perjalanan suci merangkap waktu, sering membuat aku rindu…. Bukannya aku tewas dalam perjuangan dan terus membelai impian. Baru sebentar tadi aku melihat sinar matamu. Meronai garis-garis kesetiaan yang semakin kelam dan amat panjang. Bagaimana aku hendak melupakanmu. Dalam keheningan pagi sering bertemu dan untuk esok, doaku biarlah ia berlalu. Dalam kenangan yang begitu payah untuk aku melupakanmu dan mungkin untuk selamanya. Maka, jadilah aku seorang pengingat yang setia. Setelah aku tahu aku hanya serangga di taman belantara. 
 
Seminggu berlalu… kemudian sebulan berlalu… namun keadaan masih begitu. Aku menunggu kalau-kalau kau menghubungi. Menunggu kalau-kalau kau mahu menemuiku. Terlalu mengharapkan pertemuan kesekian kalinya. Namun kehampaan. Selepas hari itu, kau tidak lagi menghubungi aku, tidak lagi bertanya khabar. Lalu aku tertanya-tanya apakah masa telah memadamkan kasih sayang mu terhadap ku.? Apakah masa telah menghambarkan perasaan mu terhadap ku? Apakah segala-galanya telah tersurat dan aku harus menerima kenyataan bahawa kau kini bukan kau yang dahulu? Kau bukan milik diri ini seorang…. Meskipun kaulah satu-satunya yang aku ada waktu ini. 
 
Kalaulah kau bertanya pada diri ini….(tetapi akan bertanya kah kau…?) Ya! perasaan ini tak berubah….dan tidak pernah berubah…. Masih seperti dulu dan aku tak mahu dia padam. Biarlah ia terus hidup bersama jasad ini. Biarlah…. Kalau tu yang Allah mahukan. Kalaulah perasaan tu seperti burung sekalipun, kita masih boleh menghalaunya untuk pergi jauh-jauh. Tapi perasaan ialah sesuatu yang lain…. Yang hidup tapi tak tahu mengapa hidup, tapi tak tahu dimana…. Bukankah ianya cukup susah untuk diterangkan? 
 
Puas cuba tahan. Tapi hati manusia bukanlah dalam tangan kita walau dijaga sepenuh hati. Takdirnya kau pergi juga…. Dan kau pergi membawa amarah dan rajuk yang terkumpul di hati… apakah itu jalan pengakhir segala derita kerinduan yang kau tanggung? Biarpun sedihnya tidak dapat dijelaskan, tidak dapat digambarkan…. Tetap mendoakan kesejahteraan mu walau dimana bumi kau berpijak. Ah! alangkah indahnya ciptaan Ilahi pada hati yang sekeping ini bukan…? Masih mampu mendoakan kesejahteraan insan yang tersayang meskipun jika dilihat hati ku sendiri… hancur berkeping-keping… 
 
Mengenangkan saat-saat akhir sebelum kau meninggalkan diri ini terasa sebak. Teringat betapa kerinduan mu untuk menatap wajah ini. Dan dengan kerinduan itu juga kau pernah menggambarkan kepada ku betapa saat itu tiada apa lagi yang kau mahu selain ingin mengharapkan pertemuan kita. Dan semuanya berlaku seperti yang tertulis, antara kita jodoh telah tersurat tanpa ada satu pertemuan….  
 
Kadang-kadang kita sendiri tak mahu lakukan kesilapan atau sesuatu yang tak baik pada orang lain. Tapi kerana kita ni manusia, kita lewat sedar kesilapan itu. Sama ada masih ada harapan atau tak, semua tu kehendak Allah juga. Ya Allah Ampunilah hambaMu ini kerana tak kuat untuk menahan kerinduan ini. Masih terasa-rasa betapa dirimu begitu menyayangi diri ini. Rajuk marah marah mu. Segala-galanya begitu jelas tergambar dimata ini. Gambar kau yang tersenyum dengan ketenangan yang tak terungkap hanya dengan luahan kata-kata. Semuanya memerangkap jiwaku dalam kegelapan dan kesedihan. 
 
Ya Allah! Sebesar gunung kasihku pada dia, dia tetap pergi juga. Maka lenyapkanlah perasaan itu kiranya ia mampu membawa diriku ke lembah kederhakaan dan keingkaran terhadap takdirMu. Lenyapkanlah ia…. Supaya yang ada di dalam hatiku hanya kasihMu. Hanya cinta padaMu dan seluruh tumpuanku biarlah hanya padaMu yang termanis untuk kucintai.  
 
Kenang Daku Dalam doamu 
Sungguh jauh dikau pergi 
Meninggalkan diriku ini 
Tiada lagi senyum mesra 
Dan gurau senda 
 
Ingin turut bersama 
Apa daya ku tak terlarat 
Sudah lah memang 
Nasib ku dik 
Demikian rupa 
 
Ku berdoa  
Agar dikau 
Hidup bahgia 
Jangan bimbang 
Padaku nan berduka 
 
Tapi dikau jangan lupa  
Kenang daku dalam doamu 
Itu yang ku pinta 
Dari dulu waktu bertemu..... 
 
Hasil Nukilan 
mr_lonely241

last modified Aug 4, 2005 at 19:12



[ add a comment ]