home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

TiDAk Mahu MeNJadi Gile..

..::amalkan petua mental sihat::.. 
 
:::Di semenanjung Malaysia sering dikatakan ada 2 tempat atau insitusi yang menempatkan orang-orang yang tidak ada masalah dalam hidupnya..Satu di Johor iaitu Hospital Permai dan satu lagi di Tanjung Rambutan,Perak iaitu Hospital Bahagia. Insitusi ini menempatkan pesakit mental yang kronik dan tidak mampu lagi dijaga oleh keluarga masing-masing. Malang sekali,pesakit mental yang memerlukan sokongan masyarakat ini sering dilabel sebagai 'GILA',biarpun bukan kesemua mereka mengalami masalah mental yang teruk dan menjejaskan masyarakat. 
 
:::Namun, tahukah anda bahawa setiap orang daripada kita sebenarnya mempunyai ciri-ciri;kalau tak banyak mungkin sedikit gejala masalah mental--jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan kita terpaksa dihantar untuk dirawat oleh pakar-pakar psikiatri di wad psikiatri atau di hospital mental..Misalnya, antara ciri-ciri penyakit skizofrenia iaitu sejenis penyakit mental ialah mudah marah dan syak wasangka keterlaluan kepada orang lain. Hal ini bermakna orang-orang yang mudah marah,melenting,dan bersikap terlalu buruk sangka kepada orang lain berkemungkinan boleh terjeremus ke arah penyakit mental ini..Begitu juga dengan gejala-gejala kemurungan seperti sering bersendirian,tidak mahu berkawan atau bersosial dengan orang lain, sering menyimpan perasaan marah,terkilan dan benci kepada orang lain.Gejala kemurungan yang keterlaluan boleh menjebak diri anda terhadap penyakit kemurungan yang serius dan memerlukan rawatan psikiatri. 
 
:::Di Malaysia dilaporkan 10% penduduknya mengalami gejala penyakit mental tetapi kebanyakkan kurang mengambil berat dan menganggap kurang berbahaya berbanding penyakit lain.Oleh itu,anda perlu prihatin,sedar dan mengawasi diri anda agar sihat bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi mental jua.Kementerian Kesihatan mentakrifkan kesihatan mental sebagai : 
 
1)berasa senang dgn diri sendiri 
2)berasa selesa dgn orglain 
3)mampu menghadapi cabaran dan tuntutan seharian 
 
[MEMUPUK RASA SENANG TERHADAP DIRI SENDIRI] 
1) Terima diri seadanya- belajar menerima diri anda seadanya dgn menghormati,mengakui dan menerokai apa-apa jua kekuatan yang anda miliki.Akui kelemahan diri sendiri dan belajar mengatasi seboleh mungkin. 
2) Mampu mengawal kemarahan- Pelajari cara-cara mengawal api kemarahan kerana kemarahan itu bermula drpd bisikan syaitan. 
3) Mampu bertolak ansur dengan org lain- Belajar memaafkan diri sendiri dan memaafkan org lain dpt memupuk kesihatan mental yang baik. 
4) Berasa seronok melakukan tugas-tugas harian. 
 
[BERASA SELESA DGN ORG LAIN] 
Bagaimanakah cara memupuk rasa selesa dan seronok dengan org lain? Ikuti petua-petua yang sering dititipkan oleh pakar-pakar psikiatri,kaunseling dan motivasi spt berikut: 
 
1) Ucapkan terima kasih kpd org lain 
- lafazkan terima kasih anda setulus ikhlas kepada org lain spt ibubapa,atau sesiapa sahaja yang telah memberi kasih sayang dan khidmat bakti kpd anda. Dengan memupuk perasaan terima kasih kpd org lain,akan dpt memupuk rasa selesa dengan org lain. 
2) Cari seseorang yang anda kagumi dan nyatakan setulus ikhlas mengapa anda mengaguminya? 
- cari seseorg yang anda kenali ataupun tidak untuk dijadikan idola yang anda kagumi dan boleh dijadikan role model dalam hidup anda. Misalnya ada org menjadikan Rasulullah saw sebagai idolanya, ada pula yg menjadikan artis sebagai idolanya dan ada pula yang menjadikan pemimpin sebagai idolanya. Menjadikan seseorg sbg sumber inspirasi dpt memberikan kekuatan kpd anda. 
3) Maafkan semua orang terutamanya diri sendiri 
- belajar memaafkan semua org pd setiap hari agar emosi anda tidak terganggu lagi.Mungkin sukar memaafkan org lain tetapi belajarlah melakukannya biarpun mungkin org itu melakukan sesuatu yang amat menyakitkan hati. Maafkan juga diri anda sendiri krn setiap org pasti melakukan apa-apa jua kesalahan. 
4) Cepat memohon maaf jika anda melakukan kesalahan 
- jika anda tersilap, lekas-lekas memohon maaf kerana selagi anda memendam rasa bersalah di dlm hati, anda akan semakin tertekan dan sakit hati. Anda tidak akan kalah jika anda mengalah dan memohon kemaafanm kerana kemaafan itu sesuatu yang terindah! 
5) Memahami dan menghormati perbezaan 
- Menurut Islam, perbezaan adalah rahmat.Ahli psikologi pula menyarankan jadikan perbezaan sebagai sumber pertumbuhan bukan pertentangan.Belajar menghormati perbezaan antara anda dgn org lain.Hal ini kerana seseorg itu tidak mungkin dan tidak mungkin sama dgn org lain biarpun bersaudara. 
7) Pupuk rasa tanggungjawab 
- untuk elakkan drpd anda bermasalah dlm hubungan dgn org lain, pupuklah rasa tanggungjawab.Misalnya memegang amanah,dan janji sentiasa ditepati.Ingat, org akan sayang jika hati kita baik. 
8) Belajar berkata 'tidak' dengan cara yang tidak menyakitkan hati org lain. 
Jangan biarkan org lain ambil kesempatan ke atas diri kita.Jika apa-apa yang berlaku melanggar hak, berterus-terang dgn cara berhemah dan baik. 
 
[MAMPU MENGHADAPI CABARAN SEHARIAN] 
- Akhir sekali, org yang sihat mentalnya mampu menghadapi cabaran seharian.Misalnya, dia mengenali dirinya, mampu merancang masa depan,menetapkan matlamat hidup yang sesuai dan menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi. 
Sehubungan itu, cuba cari jalan sebaik mungkin untuk kemampuan diri menangani cabaran seharian. Senantiasa adakan perbincangan dgn rakan sebaya, guru, ibu bapa dan menghadiri kursus-kursus kepimpinan dan motivasi untuk memupuk kemampuan anda menghadapi cabaran seharian.. 
 
copy from>>oleh: Esa bin Ahmad Samad 
 
Mutiara kata Ibnu-Qayyum :. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya ...

last modified Aug 23, 2005 at 20:32



[ add a comment ]

nak kena sekeh eeda ni.. amboi amboi.. ni ayat awat skema sgt nie.. hek hek hek mmg mood baik pong.. rasa sehatt jerk nie..

146291 | posted by sitimas on August 22, 2005 at 18:11

makasih ya kerana masih sudi menjadi tamu blog saya yang setia... hehehe... banyak no komennyer, ni mood mesti baik ni... ada apa2 ka???

146271 | posted by zareeda on August 22, 2005 at 3:17