home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat untuk Bulan; Hujan Rindu Belum Berakhir

Lihatlah ke arah awan,  
jangan melihat kearah tanah… 
Seandainya tiada nyala api yang ada disebelahku, 
Tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium. 
 
Malam merangkak penuh kepayahan menuju ke pagi. Bilah-bilah kipas berolang-aling tidak sekata dengan bunyinya yang lelah memetah membelah udara malam. Ah, sukarnya untuk mendodoikan mata walaupun dingin malam mengipas ke tubuh.  
 
Cuba dikalahkan tetapi jaganya tidak mahu mengaku tewas lalu dalam lingkup cahaya yang sedikit suram aku duduk berlunjur di atas katil dengan dengus 
yang berat melangut sendirian.  
 
Apabila akal berombak-ombak laju mata tidak mahu beradu. KALAULAH dunia di tangan ini, sudah pasti bukan ini yang di tetapkan. Bukan begini yang di suratkan dalam perjalanan hidup ini. Setiap perjalanan yang aku lalui ialah dengan keizinan dan kehendakNya.  
 
Tanpa belas ihsan daripada Allah, tiadalah upaya aku meneruskan meskipun dikuatkan seluruh hati. Tetapi berbekalkan sisa-sisa kekuatan yang sentiasa di pohon daripada Allah setiap kali ditimpa musibah, maka aku berdiri hari ini dengan harapan dapat memulihkan kembali kekeruhan yang berlaku.  
 
Mengenangkan asal lahir diri ini memang dicipta sebagai manusia yang dikembarakan waktu, seharusnyalah aku menjadi insan yang kuat. Bukannya seorang insan yang lena dalam buaian kemanjaan dan murah dengan tangisan.  
 
Aku bagai mahu mengejar cintanya hingga ke mana-mana tetapi semakin ku kejar semakin jauh dia meninggalkan. Pada detik itu serasa seolah-olah tiada bumi dibawahtelapak kakiku.  
 
Akukah kolek yang setia, masih terumbang-ambing dilautan sedangbadai menghempas kencang.  
Lupakah aku bila-bila waktu aku boleh karam. Lupakah aku bila-bila masa aku boleh tenggelam.  
 
Sayang,  
hanya aku disini mabuk kepayang mengenang dia seorang. Kadang-kadang dia menjadi satu bahan luka-teramat luka. Dalam luka ku simpan cinta ini.  
Pisau siapakah yang menoreh-noreh, merobek-robek hati. Aku menolak perempuan lain, aku mengenepikan perempuan lain tetapi kelebihan apakah seorang dia maka aku jatuh cinta sebegini rupa?  
 
Semuanya seperti mimpi – indah tetapi menakutkan. Pedih dan menyakitkan. Bisanya meradak-radak tangkai hati. Akulah camar senja yang pulang ke sarang, masih menanti mentari terbit. Mentari itu engkaulah.  
 
Sampai saat ini ku tulis, engkau tidak padam dari ingatan.  
 
25 OGOS 2005  
 
************************** 
 
Wahai Tuhan semesta alam, 
Sesungguhnya aku berserah diri kepada Engkau. 
Ya Tuhanku, kasihanilah kelemahan kami. 
Engkau adalah Maha Penyayang  
Aku tanpa cintaMU  
Telah ku mungkiri  
janjiku lagi 
Walau seribu kali 
Ku ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi 
Apakah kau terima cintaku lagi 
Setelah ku berpaling 
Dari pandanganMu 
Yang kabur kerna jahilnya aku 
Mengapa cintaMu tak pernah hadir 
Subur dalam jiwaku 
Agarku tetap bahagia 
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana 
Aku tanpa cintaMu 
Bagai layang-layang terputus talinya 
Telah ku mungkiri janjiku lagi 
Walau seribu kaliKu ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi 
Apakah kau terima cintaku lagi 
Setelah ku berpaling 
Dari pandanganMu 
Yang kabur kerna jahilnya aku 
Masihkah ada sekelumit belas 
Mengemis kasihMu Tuhan 
Untukku berpaut dan bersandar 
Aku di sini kan tetap terus mencuba 
Untuk beroleh cintaMu 
Walau ranjaunya menusuk pedih 
 
Hasil Nukilan 
Mr. Lonely

last modified Sep 1, 2005 at 17:48



[ add a comment ]