home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Selamat Menyambut Ramadhan

Wishing all Muslim - selamat berpuasa.. 
 
Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami 
cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah 
Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya : 
 
Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya 
mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal 
supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang 
bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah. 
 
CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN 
 
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut 
Ramadhan. 
 
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk 
hari-hari. 
 
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau. 
 
4. Solat Tarawikh 20 rakaat. 
 
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk. 
 
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan 
bangun tepat jam 4.00 pagi. 
 
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat 
Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat) 
 
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur. 
 
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur. 
 
10.Jangan tidur sesudah sahur. 
 
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid. 
 
12.Tadarus pendek. 
 
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq. 
 
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera. 
 
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha. 
 
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca 
Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 
kali. 
 
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam 
diwaktu sahur) 
 
18.Solat Zuhur berjemaah. 
 
19.Tadarus pendek. 
 
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang. 
 
21.Solat Asar berjemaah di Masjid. 
 
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang 
melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti 
majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab. 
 
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau 
dengan buah kurma atau buah tempatan.  
 
24.Segera Solat Maghrib di Masjid. 
 
25.Makan malam bersama keluarga. 
 
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara 
berjemaah. 
 
KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN 
 
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah 
setahun. 
 
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas 
di Syurga. 
 
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh 
kasih sayang. 
 
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam. 
 
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di 
akhirat. 
 
Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan 
 
1. Sebelum puasa timbang badan 
 
2. Kawal berbuka puasa 
 
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat 
badan 
 
4. Elakan daripada makan berlebihan 
 
RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN 
 
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan. 
 
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan 
dengan sempena Nuzul Quran. 
 
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr : 
 
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah. 
 
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah 
 
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al 
Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah 
al Ikhlas dan Surah Yasin. 
 
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir. 
 
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat 
Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah. 
 
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah 
tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar. 
 
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN 
 
i. Pastikan Tarawikh terakhir 
 
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga 
dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang. 
 
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:  
 
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Sekadar membaca untuk diri 
sendiri.  
 
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah 
ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. AMIN.

last modified Oct 4, 2005 at 1:28



[ add a comment ]