home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat untuk Bulan; Hujan Rindu Belum Berakhir (v)

Keindahan dunia ini 
tidaklah kekal bagi pemiliknya 
dan kesulitan yang ada padanya 
bukanlah merupakan harga mati. 
Masing-masing dari keduanya 
mempunyai masanya sendiri 
yang pasti akan berlaku 
dan semua yang kualami 
terasa seperti mimpi di siang hari. 
 
Di kanan duri di kiri cinta. Sepatutnya yang kanan menjadi pilihan. Sayangnya semua itu ialah duri. Dan di kiri walaupun adalah cinta, tetap terpisah juga. Bolehkah diri ini hidup tanpa kiri atau kanan? Bolehkah diri ini hidup tanpa perlu membuat pilihan? Berjuang menentang perasaan sendiri bukannya semudah yang dikata. Tidak sesenang yang disangka. Memikirkan betapa manusia tidak mempunyai walau sekelumit kudrat untuk menentang kehendak Allah, dan aku harus berjuang menentang segala rasa. 
 
Cinta akan lebih mulia kalau tidak bersama. Ia akan terpelihara dan murni sampai bila-bila. Lumrah cinta, apabila bersama ianya akan dikotori dengan perbalahan, prasangka, permusuhan dan jemu. Mungkin Allah mahu menjadikan cinta ini terpelihara dan suci sampai bila-bila. 
 
Masa demi masa kulalui. Tempat demi tempat aku lewati. Kini aku terasa betapa sakitnya mencintai dan mengasihi sesama manusia. Ada kalanya caraku tidak kena di mata mereka dan ada kalanya cara mereka melukakan hatiku. Tiada sudahnya semua itu. Betapa selama ini aku terlalu menderita kerana perasaan dan kekesalan perbuatanku sendiri dan ada juga kerana perasaan dan perbuatan orang lain. Begitulah kehidupan. Kini aku mohon daripadaMu Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang, cintailah diriku…. Hidupkanlah cintaku terhadapMu. 
 
Tetapi sebagai manusia beriman, tumpuan hidup bukan hanya pada apa yang kita cita-citakan, kerana ia tidak akan habis. Kehendak dan keinginan manusia tidak pernah habis sehinggalah dia menemui kematian. Hidup dalam kesedihan tidak akan memberikan apa-apa makna. aku telah merasakannya dan membuatkan hidup ini seperti kosong. Juga membuatkan diri ini tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Segala yang dahulu dirasakan manis mudah sahaja lenyap. 
 
Tak ada satu pun di dunia ni yang dibina oleh manusia akan kekal. Sekalipun ia dibina dengan tangan yang kuat, sekalipun ia dibina dengan akal yang bijak dan sekalipun dengan hati yang ikhlas. Semuanya akan musnah sama ada cepat atau lambat, sama ada baru atau lama, sama ada dengan rela atau paksa. 
Begitulah hati kita. Kalaulah hari ini aku diberi pilihan untuk memadamkan perasaan yang tak aku bina ini, akan aku katakan aku tak ada pilihan lain selain membiarkan saja ia menguasai rinduku sepertinya angin menguasai gunung….. sepertinya air menguasai laut. Sekalipun aku diberikan sesuatu yang lebih baik dan bahagia…. Aku tetap takkan pilih untuk lari daripada perasaan ini. 
 
Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila minta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, bahawa andaikata semua manusia bekerjasama untuk memberi suatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah untukmu. 
 
Air mata boleh berlinang dan hati boleh bersedih, tetapi kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata, kecuali yang diredhai oleh Tuhan kita. 
 
3 Oktober 2005 
Just because the past is painful, 
Doesn’t mean the future will be. 
So never let events from the past, 
Change the events for future, or 
You will be miserable forever… 
 
Hasil Nukilan, 
Mr_Lonely

last modified Oct 4, 2005 at 3:20



[ add a comment ]