home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

sama2 ambil iktibar drpd. posting ini.

p/s: fwd msg from a friend 
--- 
 
Ya Allah... 
mudahkanlah yang sukar, 
dekatkanlah yang jauh... 
segerakanlah yang tertunda. 
amin... 
------------- 
 
Jagalah Dermagamu, Dik! 
 
"Dik, jangan gegabah seperti itu, fikirkan dulu masak-masak kesannya kelak. Sayang jika kau nodai apa yang sudah dengan susah payah kau bangun dan bina selama ini. Bersabarlah, saatnya pasti akan tiba. Saat yang telah diputuskan Allah sejak kau dalam rahim ibumu. Pada hari yang dijanjikan itu, pasti akan bersua jua dirimu dengannya." 
 
"Adik sudah cukup lelah bersabar. Sampai bilakah adik harus menunggu? 
Sementara detik demi detik terus berputar, adik sudah tidak muda lagi sekarang" 
 
"Semua wanita memiliki fitrah yang sama, ingin segera membina sebuah keluarga. Tapi jodoh itu kan Allah yang mengaturnya. Kau tidak sendiri, dik! Masih banyak saudari-saudarimu yang usianya jauh lebih tua darimu juga belum diperkenankan Allah untuk memikul amanah itu...." 
 
"Ya, kalau pada akhirnya happy ending... semua saudara seperjuangan juga sudah angkat tangan membantu mempertemukan adik dengan lelaki pilihan itu, jadi seterusnya apakah tidak boleh kalau kemudian adik berusaha sendiri?" 
 
"Adikku sayang, bukan bererti kau tidak boleh mencari sendiri. Tetapi 
kecenderungan rasa kita pada seseorang biasanya akan membutakan mata hati kita kerana semua yang ada pada si dia akan terlihat begitu indah tanpa cela. Ingat, dik, sesal itu selalu datang diakhir cerita" 
 
"Tetapi lelaki yang sepejabat dengan adik itu baik orangnya! Dia rajin bersholat, sopan santun dan ada mengikuti kelas agama. Begitulah menurut kata teman-temanku..." 
 
"Teman-temanmu yang mana? Teman-teman sepejabat yang kau katakan sering bersantai dikafe-kafe sampai pagi? Kan sudah berapa kali diberitahu jauhi mereka! Dan lelaki itu, apakah boleh disebut lelaki baik-baik kalau dia tidak pernah lupa mengirim sms untuk mengingatkanmu mengerjakan sholat? Ironisnya, mengapa dia tidak mengirim sms yang sama kepada teman-temanmu yang lain 
supaya mereka juga ingat untuk bersholat..." 
 
"Ah, pastinya ini nak bagi tahu bahawa dia bukan lelaki yang sesuai untuk adik, kan? Yang namanya lelaki sholeh itu jauuuuh...jauh di hujung laut sana. Kalaupun dia ingin berlabuh, pasti akan memilih dermaga yang elok. Dermaga yang cantik, pintar, kaya, tinggi, putih bersih, etc...etc! Kalau seperti aku ini dengan rating tahap 6, IQ biasa-biasa, pegawai biasa dan kulit sawo matang tidak mungkin termasuk dalam senarai. Waiting listnya ahhhhh....... terlalu panjang! " 
 
"Ya, berusahalah menjadi dermaga yang baik. Dermaga yang baik kan tidak selalunya dengan kriteria seperti itu. Perbaiki dermagamu dengan 
mempercantikkan akhlak, memperbanyak ibadah, meningkatkan potensi diri, dengan izin Allah pasti akan ada yang berlabuh juga." 
 
"Memang.. sukar untuk dimengertikan. Siapa yang tidak ingin berjodoh dengan lelaki pilihan yang mempunyai tujuan hidup sama dengan kita. Lelaki sholeh, yang akan membimbing isteri dan anak-anak ke syurga...Kalaulah pada akhirnya adik berjodoh dengan lelaki yang ‘biasa-biasa’ saja, bukan sesuatu yang tidak mustahil kan kalau adik yang justeru membimbing dia ke arah sana?" 
 
"Dik, aku amat mengerti kegundahan hatimu, kerana aku juga pernah mengalami masa-masa usia krisis sepertimu. Dalam keputus-asaan, aku mencuba mencari si dia dengan cara tersendiri, hentam sana sini. Aku dulu pun mempunyai prinsip yang sama denganmu, bertekat akan bimbing si dia menjadi lelaki yang sholeh. Mencari-cari waktu agar sering bersama, mengenalkan si dia lebih jauh dengan Islam. Meski tak pernah dijamah, tetapi itu namanya sudah berdua-duaan, berkhalwat! 
 
Lalu, semua berakhir mengecewakan, si dia tidak seperti yang diharapkan. 
Mudahnya berpaling ke perempuan lain, kerana dengan aku banyak yang tak bolehnya. Begitu seterusnya, beberapa bahkan ada yang sudah mempunyai asas keagamaan sebelum berkenalan. Mereka sempat membuat hari-hariku begitu berbunga-bunga, sekaligus menderita! Kerana semua bunga itu palsu, dan tidak akan pernah menjadi buah. Aku merasa letih, penat! Ternyata apa yang aku harapkan dengan melanggar takdir itu pun tidak pernah membuahkan hasil. Aku telah menconteng muka sendiri, hina rasanya dimata Allah, dan malu dengan teman-teman seperjuangan. Tetapi Allah Maha Pemurah dan Penyayang, Allah mengirimkan seorang lellaki pilihanNya, seorang yang begitu baik untuk aku. Ketahuilah dik, rasa bersalah itu tidak pernah hilang, meskipun si Abang ikhlas dan mahu mengerti dengan "story" aku sebelum menikah dengannya." 
 
"Lalu adik harus bagaimana mengisi hari-hari sendiri? Hampa rasanya, ilmu-ilmu yang adik terima tentang membina rumahtangga sakinah, tentang mendidik dan membina anak, semua itu hanya tinggal sebuah teori indah dalam khayal. Mubazir, kerana tidak jelas bilakah akan dilakukan. Bagaimana jika hingga akhir hayat adik ditakdirkan tetap bersendirian, kerana lelaki pilihan itu tak kunjung tiba?" 
 
"Adikku sayang, percayalah pada takdir Allah dan bersabarlah. Mungkin Allah belum mengabulkan doa-doamu kerana belum kau panjatkan dengan segenap kepasrahan, belum kau lepas keangkuhanmu kerana kau berusaha menerjang ketetapanNya yang berlaku bagimu. Mungkin juga kau belum tinggalkan segala perkara yang mendekati kemaksiatan. Itulah yang menjauhkan terkabulnya doa-doa kita, dik. Ketahuilah jika Allah memang berkehendak, jodoh adik boleh datang tanpa disangka dan diduga. Akan tetapi jika kehendak Allah sebaliknya, InsyaAllah, itulah perkara terbaik yang ditetapkan Allah bagi dirimu. Mungkin, Allah berkehendak memperjodohkan adik dengan bidadarinya disyurga kelak " 
 
*** 
 
"Saya terima nikahnya Muthmainnah binti Syaiful dengan mas kahwin...." 
 
"Alhamdulillah, Ya Allah... hari yang dijanjikan itu akhirnya datang juga. Lelaki 
pilihan itu kini mengikat janji untuk berlabuh di dermagaku..." 
 
"Subhanallah! Biarkan benih-benih kebahagiaan itu luruh dimatamu, dik. Aku bangga, kesabaran adik pada akhirnya berbuah kebahagiaan. Kesucian dermagamu telah kau jaga dengan baik, dan hanya kau peruntukkan bagi lelaki sholeh yang mulai saat ini akan menemanimu menempuh bahtera kehidupan, dunia akhirat. Barakallah, semuga Allah memberkatimu dan memberikan berkah atas kamu serta menyatukan kalian berdua dalam kebaikan, adikku sayang..." 
 
Khas ku tujukan untuk sahabat-sahabatku yang masih menanti lelaki pilihan, jagalah dermagamu dan persiapkan hanya untuk dia yang akan mendampingimu dunia dan akhirat. 
 
Siapakah aku? 
 
Sekujur tubuh 
yang mengembara di bumi 
memenuhi janji 
menunggu waktu 
untuk pulang mengadapMu...

last modified Dec 6, 2005 at 20:30



[ add a comment ]