home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat untuk Bulan;Hujan Rindu Belum Berakhir (6)

Ku menatap langit 
Yang tenang 
Dan takkan menangisi malam 
Tuk tetap berdiri 
Ku melawan hari 
Ku akan berarti 
Ku takkan mati  
Mungkin masaku T’lah berlalu 
Mungkin hatiku 
Tak berbentuk lagi 
Rasa ini takkan terobati 
Tetapi mati 
Takkan mengobati  
Ku menatap langit 
Yang tenang 
Dan takkan 
Mengisi malam 
Tuk tetap berdiri 
Ku melawan hari 
Ku akan berarti 
Ku takkan mati  
 
BENARLAH, sukarnya membunuh kenangan sedang itulah mengulit ingatan. Bukankah setiap nikmat hidup itu bukan untuk di persiakan, asalkan ada landasan. Ku cuba kuatkan diri, mengunci kamar sayu agar sebak di dada tidak memecah. Disaat-saat beginilah menyebabkan aku sukar meniti ranjau ingat mengenang indahkenangan. Bercerita tentang hati dan perasaan, aku sering meletakkan hati dan perasaan orang di hadapan, tetapi mengubat hati seorang yang telah melukakan bagai melapah hati sendiri. Menolak masalah ke tepi adalah satu tindakan yang tidak wajar,namun untuk menyelesaikannya sebaik mungkin adalah sesuatu yang sukar. Mungkin adalah sesuatu yang sukar. Menyelesaikan masalah tanpa pengorbanan amat payah, lalu siapakah yang harus berkorban? Akukah? Mungkin! Hanya kerana seorang yang aku kasihi,hati dan perasaanku kucampak ketepi. Perlukah? Bercakap tentang pengorbanan yang melapah hati sendiri adalah perit sebenarnya.Aku sedaya upaya menahan airmata dari menyapa pipi. Aku sudah puas menangis sendiri kerana dia. Sudah puas aku memendam rasa kerana dia. Aku tidak dapat melupakannya. Aku gagal menghalau namanya jauh-jauh. Aku cuba melupakannya tetapi semakin aku cuba, semakin bayang-bayangnya datang mendekatiku bagai benar-benar melamar hati. Seringkali air mataku terbuang mengenangkan perempuan ini.  
 
Alangkah bodohnya aku! Dan kadangnya aku menyifatkan aku sebagai seorang yang kalah apabila menangis. Kalahkah aku dan menabur cinta pada seorang sepertinya? Kalahkah aku memenangi hatinya? Semuanya aku terima dengan redha. Ya Allah….. tiadalah kekuatan bagi diriku tanpa kekuatan yang Engkau berikan. Maka berikanlah aku kekuatan itu.  
 
Berikanlah aku ketabahan untuk menanggung semua ini. Berikanlah aku katabahan untuk menerima hukuman dari kelalaian ku dahulu….. 
 
Sekalipun air mataku lebih lebat daripada hujan yang turun pada musim tengkujuh, mungkinkah air yang menitis itu dapat membasuh luka-luka di hatiku ini?  
 
Sekurang-kurangnya juga supaya aku dapat melupakan sejenak wajah yang selalu kurindukan. Wajah yang hanya sebentuk wajah bernama tanpa suara. Namun pernah meninggalkan bekas yang cukup mendalam di hati ku.  
 
Meskipun perasaan itu masih wujud, sekurang-kurangnya aku kini lebih sedar dan lebih menghargai sebuah peluang yang dinamakan kehidupan. Andai laut itu tidak terduga dalamnya, begitu juga hatimu. Nanarnya aku mencari nilai cintamu, semudah itu juga kau tepis harga cinta antara kita. Antara kau dan aku wajarkah terbina dinding pemisah? Dan disaat ini akulah insan yang merendam segala duka ke dasar jiwaku yang parah.  
 
Andailah kau tahu derita yang bersarang di dadaku ini.. Di saat ini, hatiku semakin luka. Tetapi untuk apa aku terus-terusan melayani perasaan andainya terabai sebuah bernama kehidupan? Mungkin beginilah suratan nasib.Apa yang ditakdirkan aku terima dengan ketabahan, dengan kesabaran! Biarlah. Allah itu Maha Adil untuk segalanya. Aku hanya berserah kepadaNya bersama kekuatan yang sisa-sisa Cuma.  
 
Untuk sekian kalinya, semoga bahagia itu ada 
untukmu.  
 
Tanggal  
05 Disember 05 
Engkau perlu orang terdekat untuk curahan hatimu yang akan menasihatimu, menghiburmu atau berbagi duka denganmu. 
 
-mr.lonely-

last modified Dec 12, 2005 at 23:53



[ add a comment ]