home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

5 Prinsip

SEORANG wanita tua - usianya menjangkau 92 tahun datang ke klinik seawal pukul 8.00 pagi untuk mendapatkan rawatan. 
 
Walaupun cacat penglihatan, dia tetap bersolek cantik dan berpakaian kemas dengan rambutnya didandan rapi. Setelah menunggu beberapa jam, wanita tua itu tersenyum manis apabila diberitahu bilik rawatannya telah siap. 
 
"Puan, mari saya tunjukkan bilik rawatan puan," kata jururawat sambil memimpin tangan wanita tua itu menuju ke biliknya. Sambil berjalan, jururawat memberi sedikit gambaran mengenai bilik yang disediakan. 
 
"Kami menyediakan bilik puan dengan peralatan yang lengkap bersama tirai yang digantung cantik," kata jururrawat itu. 
 
"Terima kasih... saya sukakan bilik itu. Segalanya kita yang tentukan, nak gembira atau sebaliknya. "Saya percaya, semuanya bergantung pada pemikiran kita," kata wanita itu tersenyum. 
 
"Tapi... macam mana puan boleh katakan puan sukakan bilik itu, kita belum sampai lagi ke bilik itu?" tanya jururawat hairan. 
 
"Fikiran saya kata begitu. Setiap pagi saya akan buat keputusan sama ada memikirkan kepayahan atau bangun dengan penuh kegembiraan, lalu saya bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang saya bernafas lagi," jawab wanita tua itu. 
 
"Usia tua sama seperti akaun bank. Kita akan keluarkan apa yang telah lama kita simpan," kata wanita itu lagi, yang mengaku dia hidup sendirian selepas suaminya meninggal dunia. 
 
Sambil tersenyum, wanita tua itu mengingatkan jururawat itu tentang lima prinsip amalannya selama ini. 
 
* Sentiasa bebaskan hati daripada rasa benci. 
 
* Bebaskan pemikiran daripada kebimbangan. 
 
* Sederhana dalam hidup. 
 
* Bersedekah tanpa mengharapkan balasan. 
 
* Menerima dengan seadanya susunan takdir. 
 
APAKAH impianmu?  
kalau sudah tetapkan impian,  
berikan tumpuan dan berusaha untuk mencapainya.  
tidak kira apa yang anda mahu lakukan  
yang penting adalah impian.  
Lakukan bersungguh-sungguh hingga impian itu tercapai.  
 
WANG boleh dicari, tetapi ia tidak akan kekal.  
Tetapi, kawan yang sebenar-benarnya akan  
abadi sehingga ke akhir hayat.

last modified Feb 17, 2006 at 19:21



[ add a comment ]