home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

..:: Sekadar Renungan Dan Motivasi Diri ::..

Saturday, 25.02.2006 
 
Image hosting by PhotobucketWahaii diri,  
engkau hanya mencintai Allah ketika kamu memperolehi nikmat. Sebaliknya apabila datang suatu bencana atau cubaan kepada engkau, engkau segera lari seakan-akan Allah itu bukan kekasihmu. Semestinya seorang hamba itu akan nyata siapa dia, ialah ketika menerima ujian daripada Allah. 
 
Apabila datang suatu ujian atau cubaan daripada Allah, sedangkan engkau tetap bertahan dan tabah menerimanya, maka engkau ialah orang yang mencintai Allah dengan sebenarnya. Sebaliknya jika laluanmu berubah, maka jelaslah kebodohanmu, musnahlah perbuatanmu yang pertama dan ia berlalu entah ke mana. 
 
Bukanlah kudrat hamba melawan takdirNya. Luka di hati memang tidak terucap. Tidak tergambar. Meskipun perasaan ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut. Lalu luka itu biarlah dia yang merasainya. Kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. 
 
Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya, melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abadi meskipun sesuatu itu teramat kita sayangi. Teramat kita kasihi. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya. 
 
Wahai diri, janganlah cita-citamu hanya sekadar pada yang engkau makan dan engkau minum, pada yang engkau pakai dan engkau kahwini, pada yang engkau diami dan engkau kumpulkan sahaja kerana semua itu hanya cita-cita hawa nafsu dan naluri insaniyyah. 
 
Kalau hanya demikian, dimanakah tekad hati dan batin, yakni mencari Allah Al-Haq? Nilai sebuah cita-cita itu ialah apa yang engkau cita-citakan. Maka jadikanlah Tuhanmu dan apa-apa yang di sisiNya sebagai tumpuan cita-citamu.... 
 
_______________________________________ 
Sejarah bukanlah lukisan yang boleh dipadamkan sesuka hati. Sejarah tetap sejarah. Ianya boleh ditinggalkan nun jauh dibelakang tetapi tidak bisa dipadamkan dari ruangan kenangan. 
 
Banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. 
 
Bersederhanalah dalam kehidupan. Terimalah cinta insan yang mencintaimu. Namun kalau itupun tidak mampu kau lakukan.... sebaiknya kau biarkan insan itu mencari bahagianya di tempat lain. 
 
Rupa paras bukanlah ukuran kepada sebuah persahabatan. Kalau rupa paras menjadi ukuran, maka persahabatan tu bukanlah suci. 
 
Hidup ini penuh kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang. Dimiliki.... disayangi... menjadikan kehidupan itu suatu yang cukup bermakna dan indah. Namun selama mana mampu kita miliki yang indah-indah.  
_______________________________________ 
 
Surah AL AN'AAM (ayat 123) 
 
Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan 
langit dan bumi, dan mengadakan gelap 
dan terang, namun orang-orang kafir 
mempersekutukan (sesuatu) dengan tuhan mereka. 
 
Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, 
sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), 
dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan 
(untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya 
(yang dia sendirilah mengetahuinya), kemudian 
kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu). 
 
Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik 
dilangit maupun dibumi; Dia mengetahui 
apa yang kamu rahsiakan dan apa yang 
kamu lahirkan dan mengetahui (pula) 
apa yang kamu usahakan.. 
 
**************************************** 
 
Kesedihan dan kepedihan ini perlukah 
kuceritakan kepada seluruh isi alam? 
perlukah ku framekan untuk kugantung 
disetiap sudut pandangan? 
 
Fahamkah mereka apa yang kurasa.... 
Sedih la diri nie.. uhuks.. 
 
Jumaat, 24.02.2006 
Semalam Lepas kerja.. aku pi amek keta kat pusat servis.. dengan Izham.. hujan lebat giler.. nak kuar takut, teringat ofis di sambar petir.. ada kesan terbakar lak tu kat parking tu.. masa petir tu.. pc si deQ & keta nor pon kena.. eeee.. (c'dah cakap nampak sgt kat sini ada 'ttttttuutt' ee takutnye..) hu hu hu.. 
 
ok pas amik keta.. aku pi opis balik.. amik c'dah then pi survey perabot bersama Abg Mie.. phew.. kol berapa kami balik umah.. hu hu hu.. letih, letih la jugak.. tapi kenyang.. haaa.. haa.. abg Mie blaje kat kedai maju rapat tu.. c'dah & abg mie makan chapati.. aku amek tosei.. hu hu hu.. ihiks.. si HusseIn dok ada.. ahaks.. abg mie pon dah tau pasal citer aku & ussein ni.. c'dah citer.. ades.. kalau kak linda tau mesti aku kena gelak gile..

last modified Feb 24, 2006 at 20:43



[ add a comment ]