home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat untuk Bulan; Hujan Rindu Belum Berakhir 7

Mudah-mudahan malam-malam ini, 
sesudah perpisahan yang begitu lama 
akan menghimpun kembali kita di bawah naungan 
tempat-tempat yang kita sukai itu.  
 
Ya Allah…..daku ingin kembali menatap warna pelangi dengan sesuci hati tanpa sangsi terhadap hari-hari yang bakal kujalani. Tanpa rasa benci pada isi alam walau diriku ini disakiti. Engkau siramkanlah hidayah ke dalam hati-hati kami yang menyimpang dari jalanMu. Ampunilah kami….murnikanlah hati-hati kami untuk kembali bersatu di bawah iman dan takwa kepadaMu. Lindungilah kami, berikan kami hidayah dan tabahkanlah hatiku ini untuk menjalani semuanya….walau diriku ini disakiti sebegini…..tidak kuminta melainkan kesejahteraan dan keampunan baik untuk diriku yang disakiti juga mereka yang menyakitiku… 
 
Terlalu banyak masa yang dibuang. Waktu itu aku hanya menggunakan masa untuk berfikir dan bertanya kenapa diriku semalang itu! Waktu itu aku hanya memikirkan akan saat-saat bahagia yang dikecapi oleh orang lain. Kenapa aku tidak ditakdirkan bahagia dan bertuah seperti orang lain? Dek kerana kejahilan diri, aku bersusah payah memikirkan kenapa takdir tertulis sedemikian. Tanpa aku sedari semua itu adalah kehendak Allah yang tidak mampu difikir oleh akal manusia. Hanya Dia yang tahu. Dan terbuanglah masa. 
Aku menjadi bisu pada lidah tetapi berkata pada hati. Bisikan apakah ini? Perasaan apakah ini? Sayu dan pilu mengasak ruang hati. Hiba memenuhi rongga dada. Entah mengapa. Inikah indah dan gusar. Pernah aku menghantar waras difikiran tetapi aku tidak menemui apa-apa jawapan yang pasti. Benarlah manis pertemuan itu sentiasa menjanjikan pahitnya perpisahan. 
 
Dan luka itu walaupun mengalir, sudah tidak mampu menitiskan air matanya lagi. Telaga masin di mata ini mungkin telah kering kerana dia sudah bosan untuk sentiasa mengalirkannya. Dan ketabahan menebal, setebal tembok yang membatu di dalam jiwa ini. 
Dan apa yang tertimpa ke atas diriku juga ada sebab-musababnya. Perlukah aku tewas dalam menilai hikmahnya ciptaan Allah itu dan terus membiarkan diri lemas dalam arus penyesalan dan ketidakpuasan hati terhadap segalanya? 
 
Demikian diingatkan kita, betapa besarnya fitnah dunia tetapi terlalu banyak dalam ini yang telah menderitakan jiwa dan jasad kita hingga ke akhirnya kita berputus asa daripada memohon kepada Allah…. Seolah-olah dunia ini terlalu penting dan mahal untuk kita lepasi dengan kesakitan. Dan sesungguhnya, kita memang mampu menyedari semua itu…. Kita mampu memperkatakan bahawa dunia ini tiada apanya…hanya medan atau persinggahan untuk suatu perjalanan yang amat jauh tetapi untuk meyakini bahawa kesakitan kelukaan yang kita rasa daripada ujian yang ditimpakan itulah yang payah. Kegagalan untuk berpegang dengan keyakinan akan hal itulah yang banyak menjadikan kita menderita, terseksa dan kecewa. Sedangkan hakikatnya, dunia ini tidaklah seberapa. 
 
Ujian ini datang padaku untuk kutempuhinya. Bukan untuk kupertikaikan kenapa ianya menimpa kepadaku. Kerana semua ini datang daripada Allah. Dan aku harus mula belajar untuk reda….. setulus hati! 
 
17 April 2006 
Semua kejadian itu 
sekalipun menimpakan penderitaannya padamu 
ia pulalah yang akan merasakan kepadamu 
kenikmatannya. 
 
Hasil Nukilan - Mr. Lonely..

last modified Apr 17, 2006 at 19:45



[ add a comment ]