home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat Untuk Bulan ; Hujan Rindu Belum Berakhir 8

Oh bulan, khabarkan pada dia aku berkirim rindu. 
Dan, bulan..... Senyumlah pada dia kerana senyumku 
tidak secerah sinarmu. 
 
WALAUPUN telah banyak yang kulalui, telah banyak yang kupelajari daripada kehidupan ini, namun itu tidak bererti kehidupanku selepas ini akan sunyi daripada sebarang kesilapan. Semuanya akan terus berjalan seperti biasa. Cuma yang berbeza ialah segala yang telah kujalani dan lalui itu seharusnya menjadikan diriku lebih dewasa. Sama ada ujian itu datang dalam bentuk bahagia ataupun derita, seharusnya kematangan atas pengalaman itu menjadi panduan kepada jalan yang terang. 
 
Cinta datang dan pergi! Cinta membahagiakan dan menyakiti. Cinta mengajar dan menginsafi. Cinta melalaikan dan nafsu nafsi. Cinta membina dan menghancuri. Cinta tetap datang dan pergi! 
 
Cinta datang dan pergi. Cinta menyelubungi dan mewarnai. Cinta memusnahkan dan menggelapi. Cinta membentuk dan membatasi. Cinta mengetuk dan menggoyahkan pintu hati. Cinta tetap datang dan pergi! 
 
Cinta.... datang dan perginya.... suka dan dukanya.... telah membentuk satu daftar yang panjang dalam jurnal perjalanan hidupku. Aku meraba pipiku dan daku menasihati diriku untuk kesekian kalinya. 
 
Wahai yang bergelar lelaki! Dirimu telah dianugerahi. Dirimu juga telah diuji. Maka segala yang datang dan pergi itu meskipun boleh kau tangisi tetapi hidup ini tidak akan terhenti pada detik hati kita kecewa meratapi. Hidup ini tidak akan terhenti hanya kerana kita kehilangan yang disayangi. Maka telanilah semuanya dengan rela hati. Pasti kau akan merasai betapa di sebalik semua itu, terselit kasih dan rahmat Ilahi. Hanya engkau yang perlu mensyukuri...... barulah kau mampu merasai. 
 
Aku telah banyak terdidik dengan kehilangan. Menangisi kehilangan orang yang aku sayang. Namun alhamdulillah, kerana semua itu telah mempu mendidik rohaniku untuk mengawal batas cinta antara sesama manusia. Mengasihi ayah ibu, saudara mara, sahabat handai.... semuanya harus mempunyai batasan agar tidak melebihi cinta kepada Allah dan agama. 
 
Kehilangan semua dalam hidup ini merupakan suatu ujian praktikal kepadaku bahwa tiada yang abadi satu pun di dunia ini sama ada yang kita sayangi ataupun yang menyayangi kita. Semuanya akan pergi. Kerana lazimnya kehidupan akan berkahir dengan kematian. Pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Setiap permulaan pasti ada akhirnya.  
 
Hanya satu yang tinggal untukku.... yang masih lagi belum berakhir...... 
 
Masih ku merasa angkuh 
Terbang kenanganku jauh 
Langit kan menangkapku 
Walau kan terjatuh 
 
Dan bila semua tercipta 
Hanya untukku merasakan 
Semua yang tercipta 
Hampa hidup terasa 
 
Lelah tatapku mencari 
Arti untukku membagi 
Menemani langkahku 
Namun tak berarti 
 
Dan bila semua tercipta 
Tanpa harus ku merasakan 
Cinta yang tersisa 
Hampa hidup terasa 
Bagai bintang di surga 
Dan seluruh warna 
Dan kasih yang setia 
Dan cahaya nyata 
 
Oh bintang di surga 
Berikan cerita 
Dan kasih yang setia 
Dan cahaya nyata 
 
tika rembulan pun masuk beradu... 
22 Mei 2006 
Dia tidak indah di matamu. 
Dia tidak menggetarkan batinmu. 
Tetapi dia ada di hati kecilmu....

last modified Jun 15, 2006 at 17:51



[ add a comment ]