home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Susahnya Mengubah Perangai Manusia

Bismillahirrahmanirrahim... 
 
Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia 
Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah  
daripada merubah tabiat seseorang 
Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat  
manusia kepada baik 
Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar  
suasana 
Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma 
Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik  
suasana lama sudah tidak ada 
Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru 
Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di  
kalangan manusia 
Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh  
desakan hidup selama tiga puluh tahun 
Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama 
Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud 
Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah 
Dunia sudah menjadi cantik dan indah 
Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik 
Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia Tuhan  
datangkan rasul 
Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul 
Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan 
Tapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin 
Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang  
memang sudah rosak 
Manusia pun bertambah rosak dan jahat 
Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat 
Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak  
kecilnya 
Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah 
Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia 
Tidak seperti alam semulajadi mudah sahaja berubah 
 
Nukilan:Ust Hj Ashaari Muhammad 
16.8.2001

last modified Jul 28, 2006 at 20:36



[ add a comment ]