home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Surat untuk Bulan; Kerana Mu Aku Menangis (iii)

Subuh terasa embun sepi-sepi menyerap naik lambat-lambat. Terdengar pasangan-pasangan burung kembali berdendang halus dan akan terlihat matahari kembali mengenyit panas. Bunga-bunga mulai memutik dan menguntum warna perlahan-lahan. 
 
Tanpa dapat melelapkan mata dengan tenang, aku diserang keresahan yang berpanjangan. Aku cuba melupakan tetapi masih tetap jua terbayang. Aku halau dengan sisa ketabahan tetapi tetap datang….. memenjarakan jiwaku dalam keresahan dan kekesalan. Sesungguhnya perasaan ini lebih berat daripada menampung seguni pasir yang diletakkan di dada. 
 
Bagaimana aku harus menyatakannya. Terlalu banyak rasa yang telah aku simpan. Terlalu banyak duka yang aku pendam. Biarlah semua itu menjadi nadi hidup aku. Kerana untuk menyatakannya….. aku perlu melukakan semula hatiku yang telah tersedia pedihnya. Atau mungkin kepedihan itu akan kembali membunuh senyumku. 
 
Apakah begitu dalam cintaku padanya…? 
 
Lebih dalam dari yang disangka…. Lebih dalam dari apa yang mampu aku curahkan dalam puisi-puisi yang kalian baca. 
 
Kerana kasih padanya cuma aku berdoa kiranya kesedihan hidupku tidak turut menyedihkan orang lain. Tidak membawa orang lain turut dalam kesedihan hidupku. Aku tidak mahu menyusahkan. Aku tidak mahu dirinya berduka atas duka yang kurasa ini. Aku hanya mahu dia gembira meskipun aku tidak mampu gembira. Aku Cuma mahu dia ceria seperti selalunya dia. Aku mahu dia berkilau seperti permata seperti selayaknya dia kerana kisah hidupnya sudah lebih cukup untuk membuatkan dia menderita. Dan derita hidupku ini biarlah aku bawa sendiri.  
 
Dan kehidupan ini tidak akan terhenti pada detik dan saat-saat manis seperti ini. Ia akan berlansung juga dan ujian demi ujian yang akan terus memburu setiap insan selagi bernyawa. Hingga kadang-kadang kebahagiaan yang hadir hari ini belum pasti berterusan seperti mimpi yang pernah menghias malam. Hingga kadang-kadang derita dan kesusahan yang melanda hari ini tidak akan berterusan seperti mimpi yang mengerikan lena pada dingin pagi hari. 
 
Pertemuan….. menghadiahkan kita kasih sayang. Jika cintamu satu, pasti bertemu. Ia tak ternilai.

last modified Nov 6, 2006 at 0:20



[ add a comment ]