home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

:: Hakikat Kehidupan ::

Kita Merubah Masa Depan 
Dengan 
Merubah Pemikiran Kita 
 
Berfikir Dengan Penuh 
Kesedaran Boleh 
Menukar 
Tabiat Seseorang 
 
Sikap Yang Optimis 
Membuat Kita Lebih 
Efectif Daripada Sikap 
Pesimis 
 
ORANG yang tidak dapat mengendalikan lidah kecilnya yang merah itu akan 
membuatkan kepalanya yang bulat itu menderita. 
 
PERSAHABATAN umpama garisan lurus diatas batu, walaupun batu itu pecah 
tetapi garisan takkan putus. 
 
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu. 
 
KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan 
sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu. 
 
HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada 
bentuk asalnya. 
 
ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. 
 
SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian. 
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 
 
KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu 
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia. 
 
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi. 
 
JANGANLAH hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan 
anda menjadi alpa. Dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda 
menjadi hancur. 
 
JANGANLAH seseorang itu mati dahulu sebelum ia yakin akan kasih sayang 
Allah. 
 
MALAM itu panjang, janganlah kamu pendekkan dengan tidur. 
Siang itu terang, janganlah kamu gelapkan dengan dosa. 
 
The way to Happiness 
 
Keep your heart free from hatred, 
your mind from worry..... 
Live simply...... 
Expext little..... 
Give much..... 
 
Life is a Rope that Swings us through Hope 
Always believe Today is much Better than Yesterday and Tomorrow will be Better than Today! 
Life gives Answers in Three ways, 
It says YES and gives whatever u Want 
It says NO and gives u something Better 
It says WAIT and gives u the Best.. 
 
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, 
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, 
memaafkan ketika berdaya membalas 
dan bersikap adil ketika kuat. 
 
Sometimes we must be hurt in order to grow, 
Sometimes we must fail in order to know, 
Sometimes we must lose in order to gain, 
Because some lessons in life are best learned through pain... 
 
Being defeated is often only a temporary condition. Giving up is what makes it permanent. 
- Marilyn vos Savant 
 
If you're never scared or embarrassed or hurt, it means you nevertake any chances. 
- Julia Sorel 
 
Just because the past is painful, Doesn’t mean the future will be. So never let events from the past, 
Change the events for future, or You will be miserable forever…  
 
HIDUP ini umpama air dimuara 
HAMBAR 
TAWAR 
MASIN 
JERNIH 
PUDAR 
Silih berganti 
semoga tabah kepada 
Allah kita berserah. 
 
Tidak ada pintu menuju 
kebahagiaan. Kebahagiaan itulah 
pintunya. 
Untuk menjadi bahagia. Jadilah 
bahagia. dan 
Tetapkanlah memilih kebahagiaan 
yang berterusan sepanjanag masa. 
 
MEREKA hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang didalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. 
 
TINGGALKAN apa yang kau ragu-ragukan, kepada apa yang tidak kau ragu-ragukan (kerjakan apa yang tidak kau ragu-ragukan) . Sesungguhnya kebenaran membuat ketenangan dan dusta itu menimbulkan keragu-raguan. 
 
ALANGKAH baiknya jika kita boleh membuka dan menutp telinga semudah kita menutup dan membuka mata. 
APA yang ada dihadapan kita dan dibelakang kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita. 
 
SABAR terbahagi kepada dua, iaitu ketika menjauhkan apa yang engkau tidak suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. 
 
APA yang kamu perlu dalam hidup ini ialah keyakinan dan sikap tidak peduli, pasti kamu mencapai kejayaan. 
 
AHLI-ahli fikir sependapat bahawa sikap mendiamkan diri pada saat yang memerlukan percakapan, lebih berbahaya daripada percakapan menceceh pada saat yang sepatutnya berdiam diri. 
 
Apakah diharapkan hujan tanpa awan... 
 
KELEBIHAN manusia berbanding dengan makhluk lain ialah kerana gerak gerinya yang timbul dari dalam bukan dari luar. Jadi, jika kebersihan hati dan kematangan akal tidak dijaga, manusia itu sama seperti makhluk lain. 
 
SAHABATMU suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu. 
 
YANG dihadapan sana adalah kenyataan untuk diri kau. Kau harus berani mencuba memberikan yang terbaik untuk kehidupan diri kau sendiri. Setelah mencuba, barulah berserah kepada Allah dan takdir. 
 
UNTUK pencapaian yang memuaskan, kau perlulah berfikir, merancang dan melaksanakan. Berfikir dengan baik adalah sesuatu yang bijak. Merancang dengan baik pun sesuatu yang bijak. Dan melaksanakan sesuatu yang baik adalah yang terbijak. 
 
Sepatah nasihat ilmu yang berguna, 
secubit budi jadi kenangan.... 
 
BERINGATLAH, hidup perlu ada akal, perancangan dan perlaksaan. InsyaAllah kita akan berjaya.  
 
LETAKKAN akal di hadapan perasaan. Hidup akan sentiasa waras dan tidak kecundang. 
 
SEMAKIN dekat tercapai cita-cita semakin berat cabaran dan penderitaan yang harus kita alami. 
 
SALURAN kelemahan manusia ialah cinta diri terhadap kebendaan. Orang yang berbangga diri sebenarnya amat sedikit mengambil berat tentang dirinya. 
 
Jika ada tuah dibadan, 
kaca kupegang jadi permata... 
 
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.  
 
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. 
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. 
 
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, diamemberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 
 
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 
 
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana ia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa danmenyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? 
 
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawansebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. 
 
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. ..... 
 
"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"

last modified May 16, 2007 at 20:19



[ add a comment ]