home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

:: Hanya Pada NYA ::

dalam diam aku memohon 
dalam sendu aku merintih 
dalam senang aku merapati 
dalam derita aku mengakrabi 
 
hanya padaNya 
tidak hanya kenal 
jasad dan hidup 
malah aku akrab bertaut 
dengan roh dan makna 
hanya padaNya
 
 
Hidup tidak memerlukan kita tetapi kita memerlukan hidup walaupun hidup itu penuh cabaran. Gunakan akal kerana akal seperti payung terjun tidak akan berfungsi jika tidak dibuka. Untuk tunjukkan pada orang kita kuat, dalaman mesti kuat. Pokok tak akan sihat, kalau akarnya tak kuat. 
 
Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab tidak disukai manusia dan haiwan. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. Begitulah! pada setiap musim luruh, diri ini setia mengutip kekuatan dan semangat untuk tabah menghadapi sejuknya musim dingin. Dan bila musim panas tiba, diri ini dapat gagah berdiri merentang angin. Begitulah perumpamaan hidup ini. 
 
Ombak datang kita terima. Ombak pergi, kita relakan juga walaupun dengan hati yang pasrah. Pantai tahu ombak tak pergi sendiri-sendiri, pergi bersama pasir kelautan. Pasir itulah kenangan. 
 
Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit... seperti mahu mnghirup embun dan melupakan air di kali.... kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha...? sedangkan ia tetap pergi jua. 
 
Kalau kita terpaksa menderita untuk menahan diri daripada melakukan apa yang Dia tak suka, biarlah kita menderita kerana pengorbanan itu biarpun pahit, tapi janji Allah tetap pasti bahawa akan ada manisnya dalam pengorbanan itu. Kita hanya kan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disitulah letaknya nilai kehidupan. 
 
Fajar tiba membawa sinar baru buat insan yang menunggu kehadirannya dengan harapan pada sepanjang malam. Titisan embun yang menempel didedaun sesekali kelihatan seperti sebutir permata tanpa kilauan. Apapun yang pastinya apabila jendela dibuka, angin pagi senyaman udara subuh akan menyapa dan membawa khabar rindu seperti selalu. 
 
Kalaulah diri ini seperti embun, agaknya diri ini akan lebur sebelum fajar terbit. Ya Allah kiranya yang aku tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia disisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah. ... namun kiranya rasa kasihku ini adalah dalam redhaMu, mekarkanlah selalu meskipun diri ini harus bertarung antara bahagia dan derita. Mungkin diri ini lebih lemah daripada setitis embun... tiada kekuatan menghadapi malam yang gelap sepi dan dingin, ti ada kekuatan untuk menanti meskipun ada kesetiaan di hati. 
 
Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati manusia..... maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Cinta derita, bahagia dan kecewa itu sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkkan kehidupan insan menjadi seperti pelangi. 
 
Ya Rabb, demi kelembutan cintaMu, aku mohon untuk sujud hanya di bawah limpahan Rahmat dan ampun kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira. Ya Allah, meskipun kerap kali aku rasakan akan betapa tak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumiMu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala diri ini kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk ku kembali berdiri menyuci diri dan hati. Untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul di bahuku. Maafkanlah kealpaan dan kelalaian diri ini . Terimalah diri ini untuk kembali kepadaMu. 
 
Tiada suatu kenikmatan kecuali mesti disertai dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Tak ada kebahagiaan, kecuali mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan. Tak ada kelapangan, kecuali mesti disertai oleh kesempitan. Berikanlah dunia untuk hidupmu dan raihlah bahagianmu dalamnya dengan tangan syarak. Kerana itu adalah merupakan penawar terhadap apa juga yang di perolehi di dunia ini. 
 
Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang..... senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya... 
 
Seperti kelmarin dan hari-hari yang sudah. Sunnatullah terhadap bumi ini begitulah setiap harinya. Peredaran waktu bermula dari fajar menjadi siang..... siang beransur ke senja..... senja berlabuh hingga malam tiba dan malam pula berlalu sehingga bertemu semula dengan fajar. Tidak kan terhenti putaran itu sehinggalah tiba saat Allah menetapkan bumi ini akan hancur. 
 
Sesuatu yang kita dapat daripada sebuah persahabatan yang berlandaskan sekeping hati yang suci ialah, cuba memurnikan hati dengan menerima kesilapan orang lain sebagai pengajaran untuk kita.... bukan sebagai hukuman. 
 
Serahkan diri untuk agama, kita akan sentiasa mulia di sisi Allah. Berbaik sangkalah kepada Allah meskipun sewaktu kita benar-benar di timpa kesulitan yang menyakitkan, yang membuatkan kita tidak berdaya untuk hidup. Bahawa Dia akan memberikan yang terbaik untuk kita. 
 
Kadang diri ini keletihan di perjalanan ini.... namun kadang-kadang diri ini begitu bersemangat meniti harapan masa depan.....

last modified May 16, 2007 at 20:29



[ add a comment ]