|
Luahan & Gelodak di Jiwa
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. "Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
last modified Jun 15, 2007 at 22:01
huaaaa.. rasa cam nak tgk tiga2 citer nie.. ihiks.. tapi.. nak dahulukan la citer NARNIA dulu... pehtu King Kong.. cam best kan.. ada yg nak belanje ke ni.. ihiks.. anyoNnnnNEee???


THE FOG!! ermm ermm.. yg ni aku tatau le aku berani ke tak tgk nie.. cam antuuu je tuu.. ihiks..

Ku menatap langit Yang tenang Dan takkan menangisi malam Tuk tetap berdiri Ku melawan hari Ku akan berarti Ku takkan mati Mungkin masaku T’lah berlalu Mungkin hatiku Tak berbentuk lagi Rasa ini takkan terobati Tetapi mati Takkan mengobati Ku menatap langit Yang tenang Dan takkan Mengisi malam Tuk tetap berdiri Ku melawan hari Ku akan berarti Ku takkan mati
BENARLAH, sukarnya membunuh kenangan sedang itulah mengulit ingatan. Bukankah setiap nikmat hidup itu bukan untuk di persiakan, asalkan ada landasan. Ku cuba kuatkan diri, mengunci kamar sayu agar sebak di dada tidak memecah. Disaat-saat beginilah menyebabkan aku sukar meniti ranjau ingat mengenang indahkenangan. Bercerita tentang hati dan perasaan, aku sering meletakkan hati dan perasaan orang di hadapan, tetapi mengubat hati seorang yang telah melukakan bagai melapah hati sendiri. Menolak masalah ke tepi adalah satu tindakan yang tidak wajar,namun untuk menyelesaikannya sebaik mungkin adalah sesuatu yang sukar. Mungkin adalah sesuatu yang sukar. Menyelesaikan masalah tanpa pengorbanan amat payah, lalu siapakah yang harus berkorban? Akukah? Mungkin! Hanya kerana seorang yang aku kasihi,hati dan perasaanku kucampak ketepi. Perlukah? Bercakap tentang pengorbanan yang melapah hati sendiri adalah perit sebenarnya.Aku sedaya upaya menahan airmata dari menyapa pipi. Aku sudah puas menangis sendiri kerana dia. Sudah puas aku memendam rasa kerana dia. Aku tidak dapat melupakannya. Aku gagal menghalau namanya jauh-jauh. Aku cuba melupakannya tetapi semakin aku cuba, semakin bayang-bayangnya datang mendekatiku bagai benar-benar melamar hati. Seringkali air mataku terbuang mengenangkan perempuan ini.
Alangkah bodohnya aku! Dan kadangnya aku menyifatkan aku sebagai seorang yang kalah apabila menangis. Kalahkah aku dan menabur cinta pada seorang sepertinya? Kalahkah aku memenangi hatinya? Semuanya aku terima dengan redha. Ya Allah….. tiadalah kekuatan bagi diriku tanpa kekuatan yang Engkau berikan. Maka berikanlah aku kekuatan itu.
Berikanlah aku ketabahan untuk menanggung semua ini. Berikanlah aku katabahan untuk menerima hukuman dari kelalaian ku dahulu…..
Sekalipun air mataku lebih lebat daripada hujan yang turun pada musim tengkujuh, mungkinkah air yang menitis itu dapat membasuh luka-luka di hatiku ini?
Sekurang-kurangnya juga supaya aku dapat melupakan sejenak wajah yang selalu kurindukan. Wajah yang hanya sebentuk wajah bernama tanpa suara. Namun pernah meninggalkan bekas yang cukup mendalam di hati ku.
Meskipun perasaan itu masih wujud, sekurang-kurangnya aku kini lebih sedar dan lebih menghargai sebuah peluang yang dinamakan kehidupan. Andai laut itu tidak terduga dalamnya, begitu juga hatimu. Nanarnya aku mencari nilai cintamu, semudah itu juga kau tepis harga cinta antara kita. Antara kau dan aku wajarkah terbina dinding pemisah? Dan disaat ini akulah insan yang merendam segala duka ke dasar jiwaku yang parah.
Andailah kau tahu derita yang bersarang di dadaku ini.. Di saat ini, hatiku semakin luka. Tetapi untuk apa aku terus-terusan melayani perasaan andainya terabai sebuah bernama kehidupan? Mungkin beginilah suratan nasib.Apa yang ditakdirkan aku terima dengan ketabahan, dengan kesabaran! Biarlah. Allah itu Maha Adil untuk segalanya. Aku hanya berserah kepadaNya bersama kekuatan yang sisa-sisa Cuma.
Untuk sekian kalinya, semoga bahagia itu ada untukmu.
Tanggal 05 Disember 05 Engkau perlu orang terdekat untuk curahan hatimu yang akan menasihatimu, menghiburmu atau berbagi duka denganmu.
-mr.lonely-
ermm.. kalau tak salah la kan.. masa dalam perjalanan balik dari KeyEll arik tu.. ihiks.. bas kami telah dipotong oleh...lancer.. i guess it's the new one lah.. EvO 7 / 8.. warna merah gile..
GueSS wUt.. he he.. shidah jatuh hati.. haha.. hue hue hue hue.. as for me.. BMW Z3 jugak pujaaan hati ku.. hu hu hu..
- 


BmW Z3


nak type something.. tapi tak ter type.. :( sadis.. farah dah start training.. mesti best dah keje.. humm.. dinner arik tu sempat jumpe si Ainun.. member sekolah dulu.. dia kawen dgn budak JsB.. hu hu hu..cuma tak sempat berburak je.. ampes..
SAMBUTAN JUBLI PERAK YANG ke 25 TAHUN... Sabtu : Legend Hotel, Kuala Lumpur..
pehh, kali ni kami gi KL naik bas.. (pelik kan..) selalu naik keta... badjet burst la.. ha ha ha.. tak sempat nak cover balik lepas raya ni.. hua hua hua.. terukkan.. tapi, sebenar2nya.. aku tatau mana gi.. hesh hesh.. rasa leh naik keta kalaaaaaaaauuu aku tak berbelanja utk gi dinner ni.. hu hu huuummm....
kelam-kelibut jugak.. ada yg tak dapat bilik... ada lambat sampai..(bas kami laaa tu..) org jauh pulak sampai dulu.. pehtuuu... pehtuuu... ihiks.. the food?? tatau nak komen.. 60% adalah makanan seafood yang........ aku, takleh makannnn!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
seterusnya ni... ihiks.. besa la.. ni antara gegambar yg sempat amek...
Artis Jemputan : Kumpulan ape yek?? , Khaty Ibrahim & Saleh Yakobbb.. ihiks.. ok la kan.. Tema mlm tu.. SilVer & gliterrrrRRrrrrRing night... huaaa.. no wonder laaa semer kena pakai meralap-relap... hehehe.. lip lap.. ihiks..
jeng jeng, bas yg kami naiki...

cantik kann?? hua hua hua.. cam nak jalan jauh je..

sampai dahhh.. ihiksss

dah start dahhh!!

potong kekkkk!!

salleh yakob

KhatijaH IbraHim

Our Menu

Us.. ihiks

Beg Yg aku Tak Bawak..

Pemandangan dari BilIk hotel.. waktu pagi before balik ke IpoH.. hu hu hu.. huaaa.. rindunye nak berenang!!

Balik hari Ahad tu.. sempat la rombongan bas kami gi kenduri Roslina & Syahrul.. ihiks..



Bilik Pengantin

Lauknyeeeeee...

BASSSS KAMI!! hiheeeeeeeeeee...dah jadik rombong cik ct la plak..

Diri Begini... Kerna Selama Ditinggalkan Marah Sengsara... Hingga Hilang Terlupa... Siapa Aku Sebenarnya...
Dengarlah Sayu Tangisanku Mengapa Degupanmu Ku Seru Kerna Kesepian nan Terlalu Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu
Dengarkah Sunyi Tangisanku Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu Oh Pergilah Kau Bukan Milikku Pulang Pada Yang Mengasihi... Dirimu...
Sampai Disini Ku Lepas Kau Pergi Biar Ku Damai Bersemadi Lukamu Ku Mengerti Kan Ku Hilangkan Derita...Ini...
humm.. kena gi KL lagik ke?? hu hu hu.. 10th Dec, 2005.. sok la gamaknye kena bertolak.. adoih, sib baik baju tema ala silver dah hamek ptg semlm.. cam comei je baju tuh, tapi org yg pakainye tak comei.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... semenjak abeh posa ni.. adoi... adoi... cam sedappp je badan ni.. wat satey pon bleh.. hok hok hoks.. takpe.. takpe.. confident seket city yek.. lantak leeee... jab lagik.. jab lagik, nak bawak cdah shoopin kasut.. hua hua hua.. tudung match tader lagik.. hua hua hua.. hand beg?? he heeeeeeeee.. best OOoOO.. saper baju lawa leh dapat adiah RM2000.00.. heeeeeeeee... mesti banyak fesyen mlm tu.. can't wait!!
dalam syok2 tu kena bertugas jugak.. jaga dewan.. hampesss.. tak pe lah.. sejab je kot.. hua huaa... harap2 ada memori indah aku & c'dah nanti... hu hu hu...
***********************************************
NiH nak citer kes ateh kat atas bumbung rumah... tadi kan, aku dah typee kisah ni.. but but.. bengong nyer server.. tetiba tak leh nak upload... huaa!! malas nak retype dah.. ape pun search & rescue berjaya!
Kenapa ada cinta, tiada kejujuran. Kenapa ada sayang, tiada kesetiaan. Kenapa ada keikhlasan, tiada keluhuran. Kenapa ada kebahagiaan, tiada keserasian....Kenapa kita perlu bercinta sedangkan kita tak tahu siapa yang selayaknya menerima cinta kita. Kenapa perlu bercinta seterusnya berkahwin.... Kenapa dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan... Kenapa ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita baru sedar dan tahu bahawa apa yang kita inginkan tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.......
done by one of my friend...
p/s: fwd msg from a friend ---
Ya Allah... mudahkanlah yang sukar, dekatkanlah yang jauh... segerakanlah yang tertunda. amin... -------------
Jagalah Dermagamu, Dik!
"Dik, jangan gegabah seperti itu, fikirkan dulu masak-masak kesannya kelak. Sayang jika kau nodai apa yang sudah dengan susah payah kau bangun dan bina selama ini. Bersabarlah, saatnya pasti akan tiba. Saat yang telah diputuskan Allah sejak kau dalam rahim ibumu. Pada hari yang dijanjikan itu, pasti akan bersua jua dirimu dengannya."
"Adik sudah cukup lelah bersabar. Sampai bilakah adik harus menunggu? Sementara detik demi detik terus berputar, adik sudah tidak muda lagi sekarang"
"Semua wanita memiliki fitrah yang sama, ingin segera membina sebuah keluarga. Tapi jodoh itu kan Allah yang mengaturnya. Kau tidak sendiri, dik! Masih banyak saudari-saudarimu yang usianya jauh lebih tua darimu juga belum diperkenankan Allah untuk memikul amanah itu...."
"Ya, kalau pada akhirnya happy ending... semua saudara seperjuangan juga sudah angkat tangan membantu mempertemukan adik dengan lelaki pilihan itu, jadi seterusnya apakah tidak boleh kalau kemudian adik berusaha sendiri?"
"Adikku sayang, bukan bererti kau tidak boleh mencari sendiri. Tetapi kecenderungan rasa kita pada seseorang biasanya akan membutakan mata hati kita kerana semua yang ada pada si dia akan terlihat begitu indah tanpa cela. Ingat, dik, sesal itu selalu datang diakhir cerita"
"Tetapi lelaki yang sepejabat dengan adik itu baik orangnya! Dia rajin bersholat, sopan santun dan ada mengikuti kelas agama. Begitulah menurut kata teman-temanku..."
"Teman-temanmu yang mana? Teman-teman sepejabat yang kau katakan sering bersantai dikafe-kafe sampai pagi? Kan sudah berapa kali diberitahu jauhi mereka! Dan lelaki itu, apakah boleh disebut lelaki baik-baik kalau dia tidak pernah lupa mengirim sms untuk mengingatkanmu mengerjakan sholat? Ironisnya, mengapa dia tidak mengirim sms yang sama kepada teman-temanmu yang lain supaya mereka juga ingat untuk bersholat..."
"Ah, pastinya ini nak bagi tahu bahawa dia bukan lelaki yang sesuai untuk adik, kan? Yang namanya lelaki sholeh itu jauuuuh...jauh di hujung laut sana. Kalaupun dia ingin berlabuh, pasti akan memilih dermaga yang elok. Dermaga yang cantik, pintar, kaya, tinggi, putih bersih, etc...etc! Kalau seperti aku ini dengan rating tahap 6, IQ biasa-biasa, pegawai biasa dan kulit sawo matang tidak mungkin termasuk dalam senarai. Waiting listnya ahhhhh....... terlalu panjang! "
"Ya, berusahalah menjadi dermaga yang baik. Dermaga yang baik kan tidak selalunya dengan kriteria seperti itu. Perbaiki dermagamu dengan mempercantikkan akhlak, memperbanyak ibadah, meningkatkan potensi diri, dengan izin Allah pasti akan ada yang berlabuh juga."
"Memang.. sukar untuk dimengertikan. Siapa yang tidak ingin berjodoh dengan lelaki pilihan yang mempunyai tujuan hidup sama dengan kita. Lelaki sholeh, yang akan membimbing isteri dan anak-anak ke syurga...Kalaulah pada akhirnya adik berjodoh dengan lelaki yang ‘biasa-biasa’ saja, bukan sesuatu yang tidak mustahil kan kalau adik yang justeru membimbing dia ke arah sana?"
"Dik, aku amat mengerti kegundahan hatimu, kerana aku juga pernah mengalami masa-masa usia krisis sepertimu. Dalam keputus-asaan, aku mencuba mencari si dia dengan cara tersendiri, hentam sana sini. Aku dulu pun mempunyai prinsip yang sama denganmu, bertekat akan bimbing si dia menjadi lelaki yang sholeh. Mencari-cari waktu agar sering bersama, mengenalkan si dia lebih jauh dengan Islam. Meski tak pernah dijamah, tetapi itu namanya sudah berdua-duaan, berkhalwat!
Lalu, semua berakhir mengecewakan, si dia tidak seperti yang diharapkan. Mudahnya berpaling ke perempuan lain, kerana dengan aku banyak yang tak bolehnya. Begitu seterusnya, beberapa bahkan ada yang sudah mempunyai asas keagamaan sebelum berkenalan. Mereka sempat membuat hari-hariku begitu berbunga-bunga, sekaligus menderita! Kerana semua bunga itu palsu, dan tidak akan pernah menjadi buah. Aku merasa letih, penat! Ternyata apa yang aku harapkan dengan melanggar takdir itu pun tidak pernah membuahkan hasil. Aku telah menconteng muka sendiri, hina rasanya dimata Allah, dan malu dengan teman-teman seperjuangan. Tetapi Allah Maha Pemurah dan Penyayang, Allah mengirimkan seorang lellaki pilihanNya, seorang yang begitu baik untuk aku. Ketahuilah dik, rasa bersalah itu tidak pernah hilang, meskipun si Abang ikhlas dan mahu mengerti dengan "story" aku sebelum menikah dengannya."
"Lalu adik harus bagaimana mengisi hari-hari sendiri? Hampa rasanya, ilmu-ilmu yang adik terima tentang membina rumahtangga sakinah, tentang mendidik dan membina anak, semua itu hanya tinggal sebuah teori indah dalam khayal. Mubazir, kerana tidak jelas bilakah akan dilakukan. Bagaimana jika hingga akhir hayat adik ditakdirkan tetap bersendirian, kerana lelaki pilihan itu tak kunjung tiba?"
"Adikku sayang, percayalah pada takdir Allah dan bersabarlah. Mungkin Allah belum mengabulkan doa-doamu kerana belum kau panjatkan dengan segenap kepasrahan, belum kau lepas keangkuhanmu kerana kau berusaha menerjang ketetapanNya yang berlaku bagimu. Mungkin juga kau belum tinggalkan segala perkara yang mendekati kemaksiatan. Itulah yang menjauhkan terkabulnya doa-doa kita, dik. Ketahuilah jika Allah memang berkehendak, jodoh adik boleh datang tanpa disangka dan diduga. Akan tetapi jika kehendak Allah sebaliknya, InsyaAllah, itulah perkara terbaik yang ditetapkan Allah bagi dirimu. Mungkin, Allah berkehendak memperjodohkan adik dengan bidadarinya disyurga kelak "
***
"Saya terima nikahnya Muthmainnah binti Syaiful dengan mas kahwin...."
"Alhamdulillah, Ya Allah... hari yang dijanjikan itu akhirnya datang juga. Lelaki pilihan itu kini mengikat janji untuk berlabuh di dermagaku..."
"Subhanallah! Biarkan benih-benih kebahagiaan itu luruh dimatamu, dik. Aku bangga, kesabaran adik pada akhirnya berbuah kebahagiaan. Kesucian dermagamu telah kau jaga dengan baik, dan hanya kau peruntukkan bagi lelaki sholeh yang mulai saat ini akan menemanimu menempuh bahtera kehidupan, dunia akhirat. Barakallah, semuga Allah memberkatimu dan memberikan berkah atas kamu serta menyatukan kalian berdua dalam kebaikan, adikku sayang..."
Khas ku tujukan untuk sahabat-sahabatku yang masih menanti lelaki pilihan, jagalah dermagamu dan persiapkan hanya untuk dia yang akan mendampingimu dunia dan akhirat.
Siapakah aku?
Sekujur tubuh yang mengembara di bumi memenuhi janji menunggu waktu untuk pulang mengadapMu...
cewah.. cam poyo jerk kan ayat tu..
SITI SARAH : BERSAMAMU
Jangan di ucap selamat tinggal Pada diri ku yang manantikan mu Telah kau tunai seribu janji Satu kau mungkiri … Hidup bersama ku
Tidakkah kau kasihan Kepadaku yang mengharapkan cinta mu Mengalir airmata ku Merintih dalam pilu bila kau berlalu
Serikan semula mahligai hati yang lara Bertahun lama ku tunggu Bertaut cinta yang satu (dengan mu)
Berikan ku cinta Sembuhkan luka lama Selagi kasih membara Daku setia selamanya
Jangan diucapkan perpisahan Sayup suaramu membungakan rindu Pasrahku di dalam kerinduan Kasih padamu Subur di hatiku
****************************************
Sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeee.... uwaa.. !!
Kenapa yek.. it happening again...
Kenapa yekk... perasaan rasa tak menentu.. jiwa pulak meronta-ronta..
kenapa yek semua yg dirancang tak menjadi seperti yg kita selalu inginkan..
Kenapa yek apa yang diharapkan.. akhirnya menghampakan..
erghhHHhhH!! Kenapaa yekk!!?? :(
With an arrow you darted into my heart Clueless as to when... Your Arrow Penetrated your sweet ardor in my profundity Without rejection I enjoyed your burning sensation... Your flames during their dance Enjoyed the ardor of my blood There and then that is when Forever you resided deep inside my being... Wounded eternally You impregnated your immortality Your Arrow Swift from its bow Finally found its destination...
(Alejandro Rodriguez)
heeee.. nih 1st day shidah kat sini.. ahaks.. WelCome BacK c'dah..!! opsss!! boss.. he he he.. (jgn marah yek..)
semlm bertolak dari kulim pas Isyak.. sampai je Juru tgk c'dah dah sampai.. kami makan2 situ kol 10 lebih baru bertolak.. dlm kol 12 lebih sampai.. sampai je umah tobby merajuk.. hu hu hu.. lari sana sini.. sian tobby.. ateh tader.. musti tak balik bejalan lagik, masa aku nak mula terlelap baru dia balik.. jenuh manja2 dengan aku.. tak tido nyenyak sampai subuh.. ingat nak bangun pun malas.. nak kejut shidah kol 6.15am.. tapi tgk dia dah bangun.. heee.. soooorry lambat seih.. hu hu hu..
kali ni aku + c'dah sampai awai opis.. opis pon tak bukak lagik.. nak tegelak.. keh keh keh.. pehtu, tak leh kepit sangat la kami..hu hu hu.. BahaYer.. kami dah terpisah.. dah tak berkembar sangat le.. sib baik c'dah dah dok bahagian corporate affairs / admin .. jauh sket tuuuuu.. tapi dalam baper kaki je.. keh keh keh.. arik ni, sarapan roti, lunch bawak gi kedai hutan rimba.. tapau lunch for anip same.. ermmm.. masa nak bayar tu.. tetiba teringat kata c'dah ngan zairul masa makan kami makan kat Kulim.. ermm.. the topic was intresting ah.. pasai org akaunssss... hu hu hu.. tapi.. tak pe la (abaikan).. aper pon b.. aku waser cam ko tak suke sgt, tak pe r.. tis time my treat yek b.. lenkali dah bergaji-gaji.. keh keh keh.. ko bayaq la sendirik yek.. bleh dok.. mlm?? ermm.. dunno yet.. whereee to gooo yeeee.. baju silver tak hamek agik... ulpss..
First day jugak Lina bergelar isteri... huaaa!!! bestnyeeeee... isk isk isk... lain benar muka, berseri-seri..
Tak puas tengok muka bakal ibu baru.. Erda, lawaaaaaaaaaaaaaaa gilee masa mengandung ni.. huh!! best je tgk... ayu gitu.. eee.. banyak nye nak citer.. tapi masa terhad.. hu hu hu..
Not exactly... ihiks.. window shopinggg jerk.. gi Jusco temankan kak intan & lina beli hadih tuk kenduri khawen Faris a.k.a Johnie.. ihiks.. huuu.. ramainye nak kawen.. tak lama lagik lina plak bakal nyusul.. 8.12.05!! wahhh.. jadik puan lina le pas ni.. huuu huuu..
lepas gi Jusco.. kami pi makan mlm kat Dataran plak.. tapi gerai young Tau Fu Sup tader.. makan je la kat gerai lain.. pagi ni.. nak jadik citer, sakit prot.. hu hu huuuu..
|