|
Luahan & Gelodak di Jiwa
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. "Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
last modified Jun 15, 2007 at 22:01

Negaraku.. Tanah tumpahnya darahku.. Rakyat hidup.. Bersatu dan maju.. Rahmat bahagia.. Tuhan kurniakan.. Raja kita.. Selamat bertahta..
mlm 30hb August 2005
tak pI mana.. ajak Farah kuar makan mlm.. dah tu pi merewang Ipoh.. ihiks.. kot kot ada buat pe pe.. malangnye, tanampak ape pun.. lagipun aku baru kat Ipoh ni.. tatau la depa sambut kat mana.. masa benti kat satu traffic light ni.. terserempak dgn beberapa org budak.. mengucap la kami berdua.. teruk btol la tgk bebudak skang.. tadak sivik la.. ada yg dok peraga gaya ala punk ngan ambut tecacak tu.. ee.. takotnye.. seram..(cam ni ke negara yg dah MERDEKA?)oleh kerana jalan jem siot.. last2 kami balik tgk TV jeee.. (tak p dataran IpoH pun..)tgk kat tv lagik best.. huhuhu..
pastu sok nye..
31hb August 2005 wahahaks... patutnye nak naik cameroon.. last2 malas lah.. ihiks.. aku bangun awal, stat masak b'fast (Farah ada..) so, tak pe lah kalau masak pon ada yg nak makan kan.. kalau aku sorang masak tak berbaloi lah.. rela makan roti lagik, ihiks..
Sajian Merdeka.. aku buat sandwich sardin dip in telur then goreng.. pehtu, ada nasik grg kampung.. (Farah ada gastrik, so makan kasik heavy sket, tapi rasa cam besa je..) pastu lunch aku buat spegethiii.. hu hu hu.. lama tak makan.. adeih.. pastu petangnya.. kami pi Jusco.. reronda.. tgk sale dok ada lagik.. bantai le amek periuk kukus.. nanti leh masak ikan kukus ekh (cam tu laaa bermain lam fikiran aku..) esk esk esk.. aku ni kalau bab makan.. sukaa nye.. (kalau free lagik best.. hahaha) tapi bab nak buat/masak ni kalau dah dok sore2, malas la plak.. rasa tak berbaloi.. kalau ada org plak, tgk le jugak cemana.. kot mai yg jenis pilih2 makang.. cerewet ka.. mampos aku tak masak..tak gheti.. maunye dapo gas tu leh tahan setahun gak le gamaknye..(tak caya, tanya c'dah) he he he.. kalau ada org nak makan.. encourage suh masak ka.. baru le aku ada semangat sket nak masak.. kalau tak.. minta maaf leeee.. ihiks..
Pastu masa on the way balik, ada phone call darik NOR.. ZURAIHANOR!! waaahahhaks.. adoi la.. nak hape la minah ni.. upernye dia suh mai amek dia kat bas stand!! macam tak pecaya ni!! ada ka call aku?? tadak org lain keeee..?? tak pepenah ni.. saba je la aku nie.. dah org mintak tlg, lagikpun lalu situ.. takkan nak cakap, tak leh (kejam nye aku..) so pi amek dia, then kami pi pasar mlm nok p beli ikang siakap.. nok masak ikan stim, ihik (kunun test periuk baru la katakan.. ee.. ee.. tak saba nye..) ha ha ha.. dia nye result.. tgk laaa nanti.. ahaks.. pehtu, pehtu.. kami pon balik.. farah diam je.. ihiks.. ada le sekali sekala lam keta tu si nor dok soal si farah, aku diam la plak.. ihisk.. pah anta nor.. aku ngan farah pon balik.. sebelum masuk tu, farah pi amek sampah masuk lam keta, aku amek anak2 bawak jalan memalam nie.. ihisk.. pah buang sampah.. kammi pun masuk umah.. tukaq baju.. buat apa yg patut, then mata mengadap tv sambil tengok majalah yg beli kat pasar mlm.. ihiks.. pastu aku leh tetido, tejaga tgk hp dak kol satu lebih daaaa.. pastu masuk bilik smabung tidooo.. tidoo.. bagun kol 5, sahur n nowwww... ngantukkkkkk NyeeeEeeEe... sib baik mr pillai & en nik tadak.. fuhh.. leh la ngular sket arik nie..
kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.......
kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir.....
kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....
kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang, KAWAN tu sperti lembu mengikut saje ape dikata........
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.......
kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS,SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp KAWAN aku..
Lihatlah ke arah awan, jangan melihat kearah tanah… Seandainya tiada nyala api yang ada disebelahku, Tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium.
Malam merangkak penuh kepayahan menuju ke pagi. Bilah-bilah kipas berolang-aling tidak sekata dengan bunyinya yang lelah memetah membelah udara malam. Ah, sukarnya untuk mendodoikan mata walaupun dingin malam mengipas ke tubuh.
Cuba dikalahkan tetapi jaganya tidak mahu mengaku tewas lalu dalam lingkup cahaya yang sedikit suram aku duduk berlunjur di atas katil dengan dengus yang berat melangut sendirian.
Apabila akal berombak-ombak laju mata tidak mahu beradu. KALAULAH dunia di tangan ini, sudah pasti bukan ini yang di tetapkan. Bukan begini yang di suratkan dalam perjalanan hidup ini. Setiap perjalanan yang aku lalui ialah dengan keizinan dan kehendakNya.
Tanpa belas ihsan daripada Allah, tiadalah upaya aku meneruskan meskipun dikuatkan seluruh hati. Tetapi berbekalkan sisa-sisa kekuatan yang sentiasa di pohon daripada Allah setiap kali ditimpa musibah, maka aku berdiri hari ini dengan harapan dapat memulihkan kembali kekeruhan yang berlaku.
Mengenangkan asal lahir diri ini memang dicipta sebagai manusia yang dikembarakan waktu, seharusnyalah aku menjadi insan yang kuat. Bukannya seorang insan yang lena dalam buaian kemanjaan dan murah dengan tangisan.
Aku bagai mahu mengejar cintanya hingga ke mana-mana tetapi semakin ku kejar semakin jauh dia meninggalkan. Pada detik itu serasa seolah-olah tiada bumi dibawahtelapak kakiku.
Akukah kolek yang setia, masih terumbang-ambing dilautan sedangbadai menghempas kencang. Lupakah aku bila-bila waktu aku boleh karam. Lupakah aku bila-bila masa aku boleh tenggelam.
Sayang, hanya aku disini mabuk kepayang mengenang dia seorang. Kadang-kadang dia menjadi satu bahan luka-teramat luka. Dalam luka ku simpan cinta ini. Pisau siapakah yang menoreh-noreh, merobek-robek hati. Aku menolak perempuan lain, aku mengenepikan perempuan lain tetapi kelebihan apakah seorang dia maka aku jatuh cinta sebegini rupa?
Semuanya seperti mimpi – indah tetapi menakutkan. Pedih dan menyakitkan. Bisanya meradak-radak tangkai hati. Akulah camar senja yang pulang ke sarang, masih menanti mentari terbit. Mentari itu engkaulah.
Sampai saat ini ku tulis, engkau tidak padam dari ingatan.
25 OGOS 2005
**************************
Wahai Tuhan semesta alam, Sesungguhnya aku berserah diri kepada Engkau. Ya Tuhanku, kasihanilah kelemahan kami. Engkau adalah Maha Penyayang Aku tanpa cintaMU Telah ku mungkiri janjiku lagi Walau seribu kali Ku ulang sendiri Aku takkan tempuh lagi Apakah kau terima cintaku lagi Setelah ku berpaling Dari pandanganMu Yang kabur kerna jahilnya aku Mengapa cintaMu tak pernah hadir Subur dalam jiwaku Agarku tetap bahagia Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana Aku tanpa cintaMu Bagai layang-layang terputus talinya Telah ku mungkiri janjiku lagi Walau seribu kaliKu ulang sendiri Aku takkan tempuh lagi Apakah kau terima cintaku lagi Setelah ku berpaling Dari pandanganMu Yang kabur kerna jahilnya aku Masihkah ada sekelumit belas Mengemis kasihMu Tuhan Untukku berpaut dan bersandar Aku di sini kan tetap terus mencuba Untuk beroleh cintaMu Walau ranjaunya menusuk pedih
Hasil Nukilan Mr. Lonely
Show me the meaning of being lonely
So many words for the broken heart It's hard to see in a crimson love So hard to breathe Walk with me, and maybe Nights of light so soon become Wild and free I could feel the sun Your every wish will be done
They tell me...
CHORUS Show me the meaning of being lonely Is this the feeling I need to walk with Tell me why I can't be there where you are There's something missing in my heart
Life goes on as it never ends Eyes of stone observe the trends They never say forever gaze Guilty roads to an endless love There's no control Are you with me now Your every wish will be done They tell me
CHORUS
There's nowhere to run I have no place to go Surrender my heart, body and soul How can it be you're asking me to feel the things you never show
You are missing in my heart Tell me why I can't be there where you are
CHORUS
What is love? Those who don't like it call it responsibility. Those who play with it call it a game. Those who don't have it call it a dream. Those who understand it call it destiny.
Love works in miracles every day: such as weakening the strong, and stretching the weak; making fools of the wise, and wise men of fools; favouring the passions, destroying reason, and in a word, turning everything UP SIDE DOWN....
Sempena merdeka & farewell Zul, our boss Mr. OMT, suggested that we do BBQ & Karoke in our office...5:30pm start preparations..the food is great..dan banyakkkk sangattt ..ada daging rusa, kambing, ayam, ikan, udang, ketam, sotong, hotdog, mihun & etc...nyum..nyumm..really makan banyak tonight!! Alhamdullillah.... cheff import from Taiping maaa.. har har har.. sapa lagik kalau bukannnn AWIEEEEEEEEEEEE & Abg Chik... ihiks..
Gambar x banyak sangat coz kak aznee balik early.. (using her camera) hu hu hu.. ingat Zul ilang. almaklumlah pemalu nak buat ucapan.. uper nye pi Sitiawan dak tu, pi amek sutung ngan udang.. kira sebelum magrib baru dia mai.. pas makan tuuu.. ada sesi bagi hadiah & ucapan.. masa dia bagik ucapan tu.. sedih la plak tgk dia.. dia pon cam sebak je.. tapi sebab bebudak tuh ha dok kacau.. dia menten dok gegelak.. ha ha ha.. tiba masa karaoke.. Che' We nyanyi laguk pe tah,
hadiah darik Compani depa kasik Jam, personal hadiah darik kami...(kutip together2..) kita org beli Zippo Lighter.. har har har.. tapi ada kawan dok serumah ngan Zul ni, suggest kat aku beli suar spender kat dia.. sebab dia tak cukup spender..(hahaha!! giler per.. ha ha haaa.. kang tak pepasai je..) tapi aku tergelak sorang2 kalau teringat ayat si Najeri tu.. suh beli spender renoma G-string agik.. ahahaha.. eee.. eee.. kalu tgk tuan nye lagik la nak gelak.. esk esk esk..



..::amalkan petua mental sihat::..
:::Di semenanjung Malaysia sering dikatakan ada 2 tempat atau insitusi yang menempatkan orang-orang yang tidak ada masalah dalam hidupnya..Satu di Johor iaitu Hospital Permai dan satu lagi di Tanjung Rambutan,Perak iaitu Hospital Bahagia. Insitusi ini menempatkan pesakit mental yang kronik dan tidak mampu lagi dijaga oleh keluarga masing-masing. Malang sekali,pesakit mental yang memerlukan sokongan masyarakat ini sering dilabel sebagai 'GILA',biarpun bukan kesemua mereka mengalami masalah mental yang teruk dan menjejaskan masyarakat.
:::Namun, tahukah anda bahawa setiap orang daripada kita sebenarnya mempunyai ciri-ciri;kalau tak banyak mungkin sedikit gejala masalah mental--jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan kita terpaksa dihantar untuk dirawat oleh pakar-pakar psikiatri di wad psikiatri atau di hospital mental..Misalnya, antara ciri-ciri penyakit skizofrenia iaitu sejenis penyakit mental ialah mudah marah dan syak wasangka keterlaluan kepada orang lain. Hal ini bermakna orang-orang yang mudah marah,melenting,dan bersikap terlalu buruk sangka kepada orang lain berkemungkinan boleh terjeremus ke arah penyakit mental ini..Begitu juga dengan gejala-gejala kemurungan seperti sering bersendirian,tidak mahu berkawan atau bersosial dengan orang lain, sering menyimpan perasaan marah,terkilan dan benci kepada orang lain.Gejala kemurungan yang keterlaluan boleh menjebak diri anda terhadap penyakit kemurungan yang serius dan memerlukan rawatan psikiatri.
:::Di Malaysia dilaporkan 10% penduduknya mengalami gejala penyakit mental tetapi kebanyakkan kurang mengambil berat dan menganggap kurang berbahaya berbanding penyakit lain.Oleh itu,anda perlu prihatin,sedar dan mengawasi diri anda agar sihat bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi mental jua.Kementerian Kesihatan mentakrifkan kesihatan mental sebagai :
1)berasa senang dgn diri sendiri 2)berasa selesa dgn orglain 3)mampu menghadapi cabaran dan tuntutan seharian
[MEMUPUK RASA SENANG TERHADAP DIRI SENDIRI] 1) Terima diri seadanya- belajar menerima diri anda seadanya dgn menghormati,mengakui dan menerokai apa-apa jua kekuatan yang anda miliki.Akui kelemahan diri sendiri dan belajar mengatasi seboleh mungkin. 2) Mampu mengawal kemarahan- Pelajari cara-cara mengawal api kemarahan kerana kemarahan itu bermula drpd bisikan syaitan. 3) Mampu bertolak ansur dengan org lain- Belajar memaafkan diri sendiri dan memaafkan org lain dpt memupuk kesihatan mental yang baik. 4) Berasa seronok melakukan tugas-tugas harian.
[BERASA SELESA DGN ORG LAIN] Bagaimanakah cara memupuk rasa selesa dan seronok dengan org lain? Ikuti petua-petua yang sering dititipkan oleh pakar-pakar psikiatri,kaunseling dan motivasi spt berikut:
1) Ucapkan terima kasih kpd org lain - lafazkan terima kasih anda setulus ikhlas kepada org lain spt ibubapa,atau sesiapa sahaja yang telah memberi kasih sayang dan khidmat bakti kpd anda. Dengan memupuk perasaan terima kasih kpd org lain,akan dpt memupuk rasa selesa dengan org lain. 2) Cari seseorang yang anda kagumi dan nyatakan setulus ikhlas mengapa anda mengaguminya? - cari seseorg yang anda kenali ataupun tidak untuk dijadikan idola yang anda kagumi dan boleh dijadikan role model dalam hidup anda. Misalnya ada org menjadikan Rasulullah saw sebagai idolanya, ada pula yg menjadikan artis sebagai idolanya dan ada pula yang menjadikan pemimpin sebagai idolanya. Menjadikan seseorg sbg sumber inspirasi dpt memberikan kekuatan kpd anda. 3) Maafkan semua orang terutamanya diri sendiri - belajar memaafkan semua org pd setiap hari agar emosi anda tidak terganggu lagi.Mungkin sukar memaafkan org lain tetapi belajarlah melakukannya biarpun mungkin org itu melakukan sesuatu yang amat menyakitkan hati. Maafkan juga diri anda sendiri krn setiap org pasti melakukan apa-apa jua kesalahan. 4) Cepat memohon maaf jika anda melakukan kesalahan - jika anda tersilap, lekas-lekas memohon maaf kerana selagi anda memendam rasa bersalah di dlm hati, anda akan semakin tertekan dan sakit hati. Anda tidak akan kalah jika anda mengalah dan memohon kemaafanm kerana kemaafan itu sesuatu yang terindah! 5) Memahami dan menghormati perbezaan - Menurut Islam, perbezaan adalah rahmat.Ahli psikologi pula menyarankan jadikan perbezaan sebagai sumber pertumbuhan bukan pertentangan.Belajar menghormati perbezaan antara anda dgn org lain.Hal ini kerana seseorg itu tidak mungkin dan tidak mungkin sama dgn org lain biarpun bersaudara. 7) Pupuk rasa tanggungjawab - untuk elakkan drpd anda bermasalah dlm hubungan dgn org lain, pupuklah rasa tanggungjawab.Misalnya memegang amanah,dan janji sentiasa ditepati.Ingat, org akan sayang jika hati kita baik. 8) Belajar berkata 'tidak' dengan cara yang tidak menyakitkan hati org lain. Jangan biarkan org lain ambil kesempatan ke atas diri kita.Jika apa-apa yang berlaku melanggar hak, berterus-terang dgn cara berhemah dan baik.
[MAMPU MENGHADAPI CABARAN SEHARIAN] - Akhir sekali, org yang sihat mentalnya mampu menghadapi cabaran seharian.Misalnya, dia mengenali dirinya, mampu merancang masa depan,menetapkan matlamat hidup yang sesuai dan menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi. Sehubungan itu, cuba cari jalan sebaik mungkin untuk kemampuan diri menangani cabaran seharian. Senantiasa adakan perbincangan dgn rakan sebaya, guru, ibu bapa dan menghadiri kursus-kursus kepimpinan dan motivasi untuk memupuk kemampuan anda menghadapi cabaran seharian..
copy from>>oleh: Esa bin Ahmad Samad
Mutiara kata Ibnu-Qayyum :. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya ...
She used to be my enemy and never let me be free, Catching me in places that I knew I shouldn't be, Every other day I crossed the line, I didn't mean to be so bad, I never thought you would become the friend I never had.
Back then I didn't know why, why you were misunderstood, So now I see through your eyes, all that you did was love,
Mama I love you, Mama I care, Mama I love you, Mama my friend, You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now, Every little thing you said and did was right for me, I had a lot of time to think about, about the way I used to be, Never had a sense of my responsibility.
Back then I didn't know why, why you were misunderstood, So now I see through your eyes, all that you did was love,
Mama I love you, Mama I care, Mama I love you, Mama my friend, You're my friend ,You're my friend
But now I'm sure I know why, why you were misunderstood, So now I see through your eyes, all I can give you is love,all I can give you is love
Mama I love you, Mama I care, Mama I love you, Mama my friend, Your my friend
Mama I love you, Mama I care, Mama I love you, Mama my friend,repeat 2 times
In love in you,in love in me and love is true,and guaranteed
mama ooOooh mama.. hummm.. for now.. aper nak tulis ialah.. aku dah buat mama terasa hati.. wut have i doneee... wut have i done..(aku tengah sedih kala ni..)
mama... OoOOh mama... semlm kan.. ada sms darik c'dah.. (tak padam lagik sms c'dah.. ada ni.. bila pandang, terkenang mama..) dia ckp mama ada call n of course sembang ngan mak ngah, pastu mama merepek dok tanya kenduri c'dah bln depan.. pastu ucap tahniah ngan mak ngah sbb akan dapat cucu.. sian mak ngah sebab pening2 lalat dok melayan karenah mama.. mak ngah kover up cakep, c'dah tak abeh blajaq lagik cemana nak nikah.. atas karenah mama tu, mak ngah sedih gak la n tatau nak pujuk hati mama.. n guess wat, mama siap ngeluh nak cucu!! huaa!!dahsat tol mama ni.. then mak ngah cakap sabar n tunggu jerk la.. aku terasa lah.. hum.. nyusah kan mak ngah ngan c'dah lak.. bila c'dah balas sms ckp dia ngan mak ngah ok, tak der masalah.. aku rasa lega sket, cuma aku risau mama.. c'dah pun niat dia baik.. inform aku sebab risaukan mama gak, yah.. thank b, lepas dapat sms dari c'dah tu.. aku dlm keadaan tekejut gak, sebab tak kasik tau mama pun apa aku ngan c'dah bualkan lam YM baru2 ni, pelik gak sebab masa mama, abah ngan hanif datang.. tader plak sembang pasal c'dah or anything berkaitan pasal hal kawen c'dah.. hummm.. aku rasa mama saje je cakap cam tu kat mak ngah kot.. c'dah cakap mama susah hati n sugest aku carik cecepat.. haiyer, cakap mmg senang c'dah oi.. tapi.. JODOH tader.. mana nak carik.. ingat senang kee... aku call mama pastu, then tercakap kasar dgn mama.. last ayat aku kat mama.. 'ok mama.. mama nak menantu kan.. k.. fine.. nanti akak carikkan mana2 menantu kat mama...' pastu dku dgr suara mama berubah.. dia cakap.. 'heshhh akak ni...' pastu aku trus matikan talian.. hummmm.. but now.. aku rasa teruk sangat.. sebab semlm dapat sms dari angah, dia cakap aku bodoh sebab buat mama nangis... uwaaaaaaa.. uwaaa... tak lama pastu aku dapat sms darik c'dah again, dia cakap dia ngan mak ngah minta maaf sebab kejadian ni.. mak ngah ckap jgn marah mama..mak ngah tak kisah dan tak marah mama nak tanya apa2 pun, cuma terkejut dgn cara mama n tatau nak handle mama tadi.. (leh bayangkan tak mama aku cemana lam phone.. heee.. hee.. hesh mama aku nie.. ) n mak ngah pesan thru c'dah.. "hati ibu mmg cam ni la.." uwaa.. uwaa.. tetiba aku tersentak.. terfikir ayat tu.. dan sms angah tadi.. sian mama.. uhuks.. apa aku nak buat ni.. then trus balas kat c'dah.. "too late.. dah marah makcik.." jahat kan aku nie.. sian mama.. tuh laa aku rasa bersalah gile kat mama nie.. uhuks..
humm.. baru teringat ada satu mlm baru2 ni, mama ada cakap.. 'nak tak ngan budak yg jiran tu nak kenalkan tu..' aku cuit2 peha abah je.. buat2 mata kat abah.. abah gelak je.. hesh.. aku balas je la.. 'tanaaaaaaaaaaak..' eeeeee.. mama ni sibuk je.. pening laaaa.. pening lah.. ingat leh memain ke memenda ni.. aku ni jenis.. kalau tak suka.. MMG susah le nak SUKA kat seseorg tu (degil?? yerr..)minta maaf lee.. sian la budak yg org sebelah nak kenalkan tu nanti.. baik tapayahhhhh... nyusahkan je kemudian harik nanti.. payah betol ke nak faham aku ni??!! hah!! hah!! eee.. mama aku deperado ke dlm hal ni??? huuhhh!! year.. i think soooo... but now.. aku rasa bersalah kat mama lagiiii.. uhuks.. mana nak carik menantu yg mama nak nie.. i'm depressedd... n i felt terible!! wut shud i do..
tak call mama pun lagik.. semalaman aku off hp.. tanak diganggu oleh sesapa.. malas.. malas sgt.. till now, aku tak minta maaf pun lagik.. aku rasa biar mama okey dulu.. aku pun tak ok lagik.. nanti lah aku call..
guys.. benci nye.. susah nak percaya kaum nie.. pelik.. mmg lumrah wanita suka dgn depa.. aku tak nafikan.. aku pun tak larik dgn situasi ni.. cuma pas kejadian yg lepas, aku lebih berhati2 n terlampau berhati2 sebab tamo kecewa lagik.. aku tak suka perangai depa2 ni.. mmg susah la sesapa nak dapat kepercayaan aku.. aku dah cuba bukak hati kat depa.. cuba kasik peluang kat semua yg sudi mengenali diri aku.. tapi, hampa.. sampai kadang2, kalau ada menda silap sikit je.. aku malas dah nak teruskan.. sebab kebanyakkan nye.. melibatkan hati dan kesungguhan dierang towards me.. dan dari situ lah aku nilaikan depa.. dan yer.. aku kecewa juga dari hasikl tu.. rasanya ketakutan aku dari kejadian lepas tak hilang lagik, phobia?? maybe.. takut dipermainkan.. dan ditinggalkan.. takut.. takut.. dan takut.. tuh la, bila fikir age dah sampai tahap ni, aku malas dah nak couple2 ni.. humm.. aku bukan cari rupa.. bukan kekayaan.. i understands tat bukan semua org sempurna.. aku akui, aku pun bukan sempurna.. tapi susah nak huraikan.. sebab aku & tuhan je tau apa yg terselindung lam hati aku ni.. biarlah.. aper org nak kata, bagi aku menda ni serius dan bukan boleh di buat main.. humm n i'm damed surius about tis.. ape pun i stick too tis statement...
'we come to love not by finding a perfect person, but learning too see an imperfect person perfectly. It is with your HEART and not your eyes that you see love..'
mintaaa maaf laa kalau kata2 aku ni buat kaum adam or sesapa yg terasa.. aper pun, tu mmg hakikatnye, dan sebab tu.. sampai skang aku masih berseorgan kot.. huh.. bukan memilih.. no no no.. aku bukan org cam tu.. huhhhhhhhhhhhh.. sedih kan hidup aku ni, rasa semua tak berjaya.. rasa semua nak buat tak terbuat.. sebab ape.. aku tak der courage.. tak kuat semangat.. takut.. hati dah mati??(wahh bahaya ni.. maksud aku apa aku buat pon aku tatau.. tatau hati aku tertinggal kat mana.. tak der keinginan.. rasa apa aku buat pun, tah!! ada rasa nak berubah, but takkkk berdaya nak push myself!! erghh benciiiii nye!!) tak der passion lagik tuk apa2 pon.. rasa LOST.. lost in terms of... entahhh.. now, main ikutttt sedap kaki jeeee nie.. ikut je la.. fikir pun dah malas.. (macam mana nak bejuang.. isk isk isk..) huargh... afer pon yg sedih, sian mama dok menanti..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Berita Terbaru, hummm.. Simba.. Simba Gemuk, gelaran yg adik ngan mama berikan.. a mix persian cat.. kucing yg kak aznee kasik dulu.. (remember??) pagi tadi mati.. dapat sms dari adik tadi.. uwaaa... uwaa.. sedihnye!!!..humm.. humm.. kena langgar lagik.. uwaaa.. tatau nak cakap apa kat Kak Aznee ni.. mesti dia disappointed.. dan aku? bersalahhh giler ni.. uhuks.. dan dalam thn ni je, 2 eko kucing mama mati.. CD ngan Simba.. uhuks..
Mama nanges lagik.. sian Simba.. abah cakap, abah baru kasik mandi semlm.. kepala dia pecah.. darah banyakkkkk... uwaaaaaaaaaaaaa....
SssSssuka sangat darama bersiri ni.. i fall in love with it..... Full House erghh!!they are so sweet, specially Han Jieu En, OR maybe sebab jalan cerita kot.. jab rasa syahdu.. jab happy..
ni lah drama korea kedua yg boleh buat aku menitiskan ayaq mata.. isk isk isk.. lepas citer Winter Sonata tuu.. ingat tadak dah citer yang ala- ala cam tu.. tapi citer ni lain sket.. macam.. macam.. he he he.. tah ha..

If you were a tear in the rain pouring Down on me I'd be standing there And let you wash away my fears If you were a tear glimmering in my soul I'd not hold you back I'd let you take control
If you were a tear in the wind ever blowing My hair and in my face I'd breathe you in So you'll fill me up and be a part of me It's love in a tear anyone can see and feel Cause together we are one and meant to be
If you were a tear running down my cheek I'd neither let you stop nor let you go
You are a release form the hurt so to speak At last Feeling free to live the life we seek Loving and living life, giving endlessly Just you and me forever in harmony
Tiada siapa boleh memaksa kita.. pakai sesuatu, fikir sesuatu, buat sesuatu...... ia adalah pilihan kita - pilihan yang mutlak. Ia lebih agung dari kata-kata yang akan menyelamatkan cinta kasih dan sayang.
KEHILANGAN
Satu pertemuan kembali terbentuk satu dunia dimana
Kasihmu, senyummmu tangis dan resahmu adalah segalanya aku.
Betapa indah sayang pertemuan kali kedua ini aku menyentuh hingga ke rohanimu dan berbalaslah.
Sayangku, tawaku airmata dan sepiku adalah segalanya mutlak milikmu.
Sesungguhnya amat agung pemilikan ini, walaupun hakikatnya kau tak mungkin jadi hakku sehingga kepunyaan itu...adalah satu kehilangan jua.
Keabadian Cinta
Selembut bicara sehalus sentuhanmu layangan pesona... tak mungkin ku lupa jelingan pertama nan indah penuh makna...
Akan ku sahut cintamu itu bersama kita menuju bahagia
Takkan lagi ku sendiri kasih yang berlabuh kini terasa keabadian cinta kau beri mungkinkah daku bermimpi sebahagia begini ini bukan ilusi ooooo....kasih
Seindah irama gemersik suaramu mengalun sepiku yang merindu akan ku sahut cintamu itu bersama kita menuju bahagia
Tuhan merestui bahagia begini kasihmu nan suci
10 Ogos 2005 silap aku juga kerna jatuh cinta.. insan sepertimu sehalus bidadari seharusnya aku cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu....
Hasil Nukilan mr_lonely241
***************************************************
Sedihnyeeeeeee.. isk isk isk.. terharu giler nie..
Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan Dia tercipta untukku Satukanlah hatinya dan hatiku Titipkanlah kebahagian di antara kami, Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani, Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan Dia Bukan milikku Bawalah dia jauh dari pandanganku Luputkanlah dia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan Menolak bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agar aku sentiasa tenang Walaupun tanpa bersama dengannya.
Ya Allah yang tercinta... Peliharalah aku dengan takdirmu Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku sesungguhnya engkau maha mengetahui Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....
Dan sekiranya aku menemui seseorang yang baru di dalam hidupku Kau semaikan lah rasa kasih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas kepada dirinya Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dan peliharalah kami dari azab api neraka Amin...amin..yarabbal alamin....
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Telah ku mungkiri janjiku lagi Walau seribu kali Ku ulang sendiri Aku takkan tempuh lagi Apakah kau terima cintaku lagi Setelah ku berpaling Dari pandanganMu Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir Subur dalam jiwaku Agarku tetap bahagia Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana Aku tanpa cintaMu Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi Walau seribu kali Ku ulang sendiri Aku takkan tempuh lagi Apakah kau terima cintaku lagi Setelah ku berpaling Dari pandanganMu Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas Mengemis kasihMu Tuhan Untukku berpaut dan bersandar Aku di sini kan tetap terus mencuba Untuk beroleh cintaMu Walau ranjaunya menusuk pedih
Ini sebuah kisah cinta Dari sekuntum bunga sekeping hati Dua jiwa dalam hayalan Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi Satu cita dalam satu hati Terjerat dalam permainan hidup Terkandas dalam cinta terhalang
Mengapa dunia Kejam pada mereka yang bercinta Mengapa bercinta Harus ada saja perpisahan
Kisah cinta berakhir Dengan penuhharapan Kisah cinta berakhir Dengan penuh ratapan Kisah cinta...
Bersinarlah dikau laksana gemerlapnya gemintang... Dan jangan khuatirkan kesedihan dan kegelapan yang datang....
Wahai Diri…. Malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu. Janganlah engkau mensia-siakannya, janganlah engkau menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak dapat engkau capai, membangunkan sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangmu daripada makam Tuhanmu. Ingatan kepada Allah selalu menjunam di dalam hati orang yang arif, sehinggalah mereka melupakan segala sesuatu yang pernah diingatinya, dicintainya, dikasihinya sebelum itu. Apabila hal itu engkau dapat laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada Qadak Allah, dekatnya hati kepada Allah, bermunajat kepadaNya, menyingkap tabir yang ada di antaranya dengan Allah Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan Allah di dalam kesunyiannya, kerinduannya, kekecewaannya, kesedihannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan.
Demi Allah yang selalu datang menguji hambaNya, derita tu akan datang juga tanpa menganal masa. Walaupun kita dah berbuat baik pada sesama makhluk, belum tentu kita akan dihargai. Dan demi Allah, biarlah kita jadi manusia yang tabah terima semua ni.
Sememangnya perasaan walaupun datang dari dalam tetapi tidak boleh disimpan terlalu lama kerana akan nampak juga. Akan terzahir juga apa yang dilindungi. Kerana manusia ini hakikatnya lemah. Masakan mampu melindungi sesuatu yang hebat berperang di dalam. Sakitnya meskipun ditahan, meskipun lukanya tidak kelihatan tetapi kelak akan mempengaruhi setiap gerak laku dan riak pada wajah.
Mengalah dengan takdir tanpa berusaha. Mengalah demi melupakan kesedihan dan kesakitan, sedangkan itulah diri ini yang sebenar. Yang diri ini lalui hari ini walau ada kala mengembirakan, itu semua palsu semata. Adalah bukan milik ini.
Yang manakah wajah diri ini yang sebenarnya? wajah yang tersenyum itukah? Wajah yang sedih itukah? Atau wajah yang mengangis itukah aku yang sebenar? Siapakah aku yang sebenarnya? Bagaimanakah sepatutnya untuk aku meneruskan kehidupan kalau wajah yang tersenyum itu adalah diri ku? Apakah aku patut sebagai wajah yang bersedih? Dan kalau yang sebenarnya wajah yang menangis itulah aku, patutkah aku memilih untuk hidup dalam senyuman dan meninggalkan tangisan?
Ya Allah! Wajahku yang sebenarnya ialah wajah yang sedang menangis itu. Itulah wajahku yang sebenar! Itulah diriku yang sebenar kerana itulah aku yang Engkau ciptakan sedari awal. Maka dalam selemah dan sehina mana pun diriku ini, tunjukkanlah jalan yang benar buat kulalui agar nanti aku sampai kepadaMu bukan dalam keadaan pilu. Tunjukkanlah daku ya Allah, apakah harus kuhidup dengan senyuman sedangkan hatiku yang sebenar adalah dalam tangisan. Atau aku perlu zahirkan pada dunia akan wajahku yang sebenar dengan menampakkan tangisan pada wajahku. Begitukah ya Allah?
Perasaan itu telah lama memandu diri ini ke jalan yang tenang. Meskipun ia wujud dan hidup di dalam diri ini tanpa kehendak hati, tanpa di pinta…. Namun ada ketenangan di sebalik perasaan itu. Reda! Perasaan itu telah banyak mengajar diri ini untuk menjadi hamba yang reda dengan setiap pemberian dan ujianNya. Harapan hati ku, biarpun meskipun bunga-bunga akan berguguran silih berganti, biarlah rasa yang terbit dari hati ini yang tulus dan semula jadi akan berkekalan.
mari menyusun seroja bunga seroja hiasan sanggul remaja putri remaja rupa yang elok dimanja jangan dimanja pujalah ia oh saja sekedar saja
mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung janganlah engkau percaya dengan asmara janganlah engkau percaya dengan asmara
sekarang bukan bermenung dalam termenung sekarang bukan bermenung dalam termenung mari bersama oh sayang memetik bulan mari bersama oh sayang memetik bulan
mari menyusun seroja bunga seroja hiasan sanggul remaja putri remaja rupa yang elok dimanja jangan dimanja pujalah ia oh saja sekedar saja
8 Ogos 2005 Airmata tidak kan bisa merubah perjanjian sampai masa yang menentukan tangisan akan reda semula....
Hasil Nukilan mr_lonely241
ada dua menda menarik nak citer dalam ni..
satu : pasal surat utk bulan.. terkejut sebab dapat email dari Mr_lonely.. hahaha.. kelakar la plak.. tah le sebab ape.. tak sangka akan jadik seriusss gile cam ni.. sorry yep bro.. nak minta maaf pada penulis ni.. Mr_LonelY ye.. ihiks..
phew!!! berpeluh jugak ler.. aper pon dah settle kot... harap soalanya dah terjawab la kan.. asal rasa cam malas la plak arik ni.... hu hu..
dua : pasal nak balik kpg!! Xcitednye!! akhirnya.. penat lelah sebulan aku tunggu, berbaloi gak la.. arik ni tiba detik nak balik ke kpg.. huaarghhhhhhhhhhhhhhh.. best!! best!! besttt!! giler best!!
ahaks.. siap amik cuti Isnin nie.. yeh yeh yeh!! yeh ye yeh!! tapi rasa sedih gak nak tinggalkan anak aku 3 eko kat rumah yg semakin membesar & manjeee.. isk.. cemana ek.. nih, balik dengan Farah kot, pastu.. hari Sabtu naik balik, ada kenduri kat Taiping.. lepas tu anta Farah balik... huk huk huks.. kami nak kenduri si abg najeri(NaKaLsKet) ngan pasangan, kelaka teringat dedolu masa memuda dok chat siap share pc ngan farah, dok pi kasik motivasi kat abg najeri nih la, sebab banyak sangat awek.. last2 ni pilihan nye.. har har har..

ni pulak gamba pas kenduri, gamba farah ngan adik angkat dia kat depan asrama ni.. pe nama tah, lupeee... ape ek farah?? he he heee...

pasal hal gitu2 tu.. biarlah.. i'm totally calm.. rileX jerk.. ihiks.. (hu hu hu..) tader apa lah.. kann?? KANNNNNNNNN??
uwa.. uwa.. nasib aku dah cam ni.. hummm.. ceritanye...
Semalam call rumah nak tanya resepi Bihun S'pore.. aiyer.. bihun yang warnanya, warna putih tuh ha.. ke bihun hailam.. nak tau resipi, call lar rumah..
Sembang punya sembang.. tetiba je mama cakap, "ada org dok mai tanya.." aku pun wat la blank2, "hah?? tanya ape menda lak nie..??" Mama gelak sket dan tanya la aku.. "dah ada serius relationship dgn sesapa ke??" i was like.. tercengang.. hah!! hah!! alamak!! alamak!! mati leee... aper nak jawab nie.. PASTU aku putar je laaa cerita.. puteq.. putaq.. aiyer.. alaaaaaa... aper la mama nieee... aku tanya "abah dah tau ke..??" mama cakap, "ye la.. mama dah cerita semua kat abah..." waaaaaa... pastu.. mama past telefon kat abah.. alaaaaaaa!!!! nak cakap apaaaa ekh.. abah cakap.. "mana budak K'tan aritu..??" errkk.. errrkkk.. aku.. aku cakap, "ada.. ada..tapi dia tadak duit lagi la abah.." (blasah je la..)pastu abah kata.. "haa.. kalau cam tu.. dia tak serius lagi kan.. sampai bila?? dok kawan2 ja buat pa...bak mai no tipun, abah tanya..." "kalau tadak, abah carikkan sesapa je.." waaaHH... mati la aku.. aku tau taste abah cemana.. uhuks, mamposs la.. dah laaa bukan ada sapa pon la ni.. ADN pun tamau aku.. dah tu nak wat cemana, just create je org camtu.. uhuks.. sedih niii!!! mana nak carik org nak buat laki nie.. pastu... aku pon cakap le.. "tak pe la bah.. sabaq la.. nanti ada la tu.." pastu abah jawab.. "dapat org klantan la ekk.. bleh geng ngan abg mie nanti.." pastu dia gelak2.... dan past kat mama balik.. aku dok tanya mama sapa?? sapaaa!! mama tamau jawab.. cuma dia ckp balik kan minggu ni.. jantung aku nak tecabut!
aduhhhH!! mama cakap.. dia ada tanya pendapat kat shuk, pastu adik cakap.. "biar la along tu.. biar dia carik sendiri.. nanti apa2 jadik kang.. nak salahkan sapa.." (BAGUS eK adIk aku NI....) heeeeeee... pastu mama cakap kat aku.. "terpulang lah..cemana nanti..."
apa aku nak buat nie!!! isk isk isk.. org yg mai tanya tu.. jiran aku.. dia ni tlg carikkan bagi pihak kwn dia le.. kebetulan jiran aku teringat kat aku.. ciri2 yg laki tuh nak kononnye ada kat aku... menurut kata mama.. org nye itam & gemok..(ni pon jiran aku yg cakap..) dia ni lecturer kot.. mama cakap dia nak carik bini dia putih sebab dia dah gelap.. isk isk isk.. lelaki skang mmg memilih!! wekkkkkkkkkkkk!! jahatnye..!!
aku tanya mama ngan abah.. "nak ke menantu camtu.." pastu depa bantai gelak.. laa.. kalau dah jodoh, nak buat cemana kan..
TAPI
AKUUUuuuuuuuuuuu TANnnnnnnnnAAaaaakKKkkkKKKk...
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai.. Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....? Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."
Luka Yang di Lukai
Kalau luka jari kakimu tersepak batu, kulitmu berlumur darah menyembur, bangun kau! Jangan kau gentar pada batu. Dengan tanganmu baling seterumu sejauh mau.
Jangan kau biar bisa di kaki menular meracun hati.
Batu semacam itu akan terus ada menyekat jalanan mu di mana-mana Kau harus waspada mengorak langkah setiap masa.
Lihatlah, pada jari kakiku yang sering terlanggar batu. Lukanya sudah lama berlalu. Parutnya masih di situ. Bagiku, luka tidak bisa lagi Alah batu kerana biasa.
Kalau tikanya tiba bisa di kakimu mencengkam jiwa, datanglah kau pada airmataNya kerana disitu kau akan ketemu pengubat segala yang terlara!
Sembilu Kasih Telah ku rasakan dulu Nikmatnya cinta Puncaknya hanya kepedihan...
Sudah ku impikan dulu Tugu harapan... Tinggal hanya debu-debuan...
Tiada kemungkinan terbuka pintu hati Lukanya terasa lagi
Biar kegersangan... Sehingga lusuh dan usang Relaku tempuhi walaupun terkulai layu Sudah terkunci ke dasar hati ini Ku simpan sampai azali
Manisnya cintaku dulu dalam memori Bara menyala dalam jiwa Sudah kuimpikan dulu Tugu harapan.... Tinggal hanya debu-debuan...
Biar kegersangan Sehingga lusuh dan usang Relaku tempuhi walaupun terkulai layu Sudah terkunci ke dasar hati ini Ku simpan sampai azali
Biarku sendiri melalui hidup Luka yang dilukai Tak akan berulang Tak akan ku dekati Ataupun ku hampiri Luka yang dilukai Tak akan berulang...
Biar kegersangan... Sehingga lusuh dan usang Relaku tempuhi walaupun terkulai layu Sudah terkunci ke dasar hati ini Ku simpan sampai azali
Manisnya cintaku dulu dalam memori Bara menyala dalam jiwa Sudah kuimpikan dulu Tugu harapan.... Tinggal hanya debu-debuan...
Manisnya cinta ku dulu Dalam memori... Cintamu menyala dalam jiwa.... Cintamu menyala dalam jiwa
uhukss...
Hasil Nukilan mr_lonely241
Aku tak bisa luluhkan hatimu Dan aku tak bisa menyentuh cintamu seiring jejak kakiku bergetar Aku tak terpagut oleh cintamu Menelusup hariku dengan harapan Namun kau masih terdiam membisu
Sepenuhnya aku ingin memelukmu Mendekap penuh harapan tuk mencintaimu Setulusnya aku akan terus menunggu Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu
Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku Semoga kau tau isi hatiku Dan seiring waktu yg terus berputar Aku masih terhanyut dalam mimpiku
Payah… Payah sungguh alam percintaan.. Bila tercabar kesetiaan, Bila kejujuran hanyalah mainan, Bila kepercayaan cuma senda gurauan
Susah… Teramat susah untuk kulontarkan kata-kata, Bila sedih hati menyiksa, Bila impian musnah disenjakala, Bila mimpi akhirnya palsu belaka,
Kecewa… Bila diri tak dihargai, Bila sayang tak dipeduli. Bila kasih berlalu pergi, Bila cinta tak bertaut kembali..
Wahai hati… Jangan lah kau bersedih sayang.. Percayalah cinta itu pasti datang.. Walau tanpa diundang.. Walau tanpa dirancang..
Wahai hati.. Sejukkan lah apa yang bergelodak.. Dinginkan lah apa yang berkocak.. Bekukan lah marah yang memuncak.. Jernihkan bila ada yang berkeladak..
Hati yang sayu... Percayalah cintamu tak pernah layu.. Cinta itu sentiasa berputik dihatimu.. Dan janganlah kau merasa pilu.. Sesungguhnya ini ujian Allah buatmu..
|